Skip to main content

Posts

Murid tahun satu meninggal dunia dipercayai dibelasah pelajar senior

Seorang murid tahun satu meninggal dunia didakwa akibat dipukul pelajar senior di asrama sebuah sekolah rendah dekat Kapit, Sarawak. Murid lelaki yang mengalami luka dan lebam di kepala serta badan itu dilapor meninggal dunia jam 3.30 petang Khamis ketika mendapat rawatan di Hospital Sibu.
Recent posts

KL2017: Tilikan emas hari ke 12

USAI hari ke 11 semalam, skuad negara memperolehi 63 pingat emas dengan 45 perak dan 39 gangsa.

Bagaimanakah jangkaan pencapaian atlet negara pada hari ke-12 kejohanan?

Jom kita Tilik Emas bersama Nujum Pak @shahrazadsani.

Dua hari dah tak kena, hari ke-12 mesti kena punya! Tilik Emas bersama Nujum Pak @shahrazadsani. #AyuhMalaysiaku#bangkitbersama@501Awanipic.twitter.com/mmnMEI53UQ— israrkhalid (@ciakhalid) August 24, 2017

Jangan buat 'tak nampak' jika orang lain dibuli

KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu lebih berani bersuara dan membuat laporan polis jika melihat kejadian buli, terutamanya yang melibatkan pelajar sekolah.

Pengasas Bersama GoodKids, Koggelavani Muniandy berkata ia menjadi tanggung jawab semua pihak untuk membantu mangsa buli, dan meningkatkan tahap kesedaran masalah budaya buli di kalangan masyarakat.

"Jika anda melihat sesiapa yang kena buli, jangan fikir 'Ini bukan anak saya', 'Ini bukan pelajar saya', 'Ini bukan jiran saya'.

"Anda sebagai seorang dewasa, sebagai ahli komuniti, jika melihat sesuatu yang salah, hentikannya.

"Kalau tidak berani untuk menghentikannya, buat laporan polis, dan memanggil orang lain yang berdekatan. Sekurang-kurangnya, bantu mangsa buli itu," kata Koggelavani.

Sebelum ini, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mencadangkan ibu bapa, penjaga dan guru dilatih menjadi polis simpanan atau sukarelawan bagi membantu pihak berkuasa mengesan …

Kilauan emas pertama Malaysia menerusi chinlone linking

KUALA LUMPUR: Malaysia meraih kilauan emas sulung menerusi acara chinlone linking yang turut menjadi pingat emas pertama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 hari ini.

Pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Titiwangsa di sini, skuad chinlone negara yang diketuai Muhammad Faiz Roslan beraksi bak wira untuk menyambar emas dengan mengumpul 391 mata menewaskan Filipina yang mengutip 271 mata.

Malaysia mempamerkan aksi bertenaga sejak di pusingan awal dengan mengumpul 376 mata diikuti Filipina dengan 293 dan Brunei 157.

Nauraj Singh diberi penghormatan baca ikrar atlet Sukan SEA

KUALA LUMPUR: Jaguh lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa dipilih sebagai pembaca ikrar atlet pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017). Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pemilihan atlet berusia 25 tahun itu berdasarkan rekod pencapaian sepanjang penglibatan Nauraj dalam sukan berkenaan. "Nauraj dilihat sebagai atlet yang menyerlah dalam program Kita Juara, dia melayakkan diri ke Program Podium. Nauraj adalah contoh atlet yang bermula dari bawah dan boleh jadi atlet bertaraf dunia. "Jadi saya bagi penghormatan kepada Nauraj Singh," katanya kepada pemberita pada program Larian Obor KL2017 di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 di sini hari ini. Selain itu, Khairy berkata Nauraj dipilih sebagai pembaca ikrar atlet kerana ketinggian yang dimilikinya iaitu 1.93 meter yang boleh menjadi tumpuan ketika ikrar dibacakan pada upacara pembukaan rasmi KL2017 pada 19 Ogos ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil. "Saya pilih Nauraj kerana d…

Sembunyikan Kegembiraan, Kekayaan, Kejayaan

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jgn tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu.

Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur.... betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain.

Tapi kini, tanpa kita sedari, melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 'share'..beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak2, upload gambar...dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku prestasi anak, mmm..dan banyak dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita tak ambil peduli:


ada antara yang lihat gambar makanan yg kita upload mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip…

75 peratus kanak-kanak terdedah kandungan unsur lucah

Hasil tinjauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menunjukkan 75 peratus daripada kanak-kanak Malaysia pernah terdedah dengan kandungan yang ‘tidak sesuai’ yang kebanyakannya berunsur lucah.

Daripada jumlah itu, majoriti kanak-kanak yang terlibat dalam kajian berkenaan menyatakan segera meninggalkan kandungan terbabit.

Hanya 6.4 peratus yang melaporkannya kepada ahli keluarga.

Recommendations by outbrain