Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Tempat-tempat Menarik di Kuala Kangsar

Jika anda berkunjung ke Kuala Kangsar dan kawasan sekitarnya, pasti anda tertanya-tanya apa yang menarik di Kuala Kangsar?. Selain ia bandar Diraja, Kuala Kangsar juga adalah tempat yang bersejarah. Di sini kami kongsikan tempat-tempat menarik yang patut anda lawati, iaitu:


A) Mula-mula sekali anda pergilah ke Bukit Chandan. Apa ada di Bukit Chandan?

1. Masjid Ubudiah, Bukit Chandan

Masjid Ubudiah adalah antara masjid tercantik di Malaysia. Amat mudah melihat masjid ini kerana ia dibina di atas bukit dan di tepi jalan di Bukit Chandan. Ia telah dibina pada tahun 1910 oleh Sultan Perak dengan mengambil arkitek Inggeris. Ia bercirikan Morish. Bahan binaannya seperti marmar diimport dari Itali. Di dalamnya terdapat lampu chandelier yang cantik dan siling yang diukir dengan menarik. Bersebelahan dengan masjid ini terdapat makam diraja.


2. Galeri Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan


Bagi yang minat melawat galeri anda boleh ke Galeri Sultan Azlan Shah yang letaknya di seberang jalan tidak berja…

Recommendations by outbrain