Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Kenapa ada pelajar yang mendapat keputusan SPM yang baik tetapi gagal mendapat tempat di IPTA

Ada beberapa kes yang telah dirujuk kepada saya tentang kegagalan beberapa orang pelajar yang mendapat keputusan yang agak baik dengan mendapat 5A dan 7A tetapi gagal mendapat tempat di IPTA – di dalam program yang dipohon. Untuk itu, saya telah membuat analisa terperinci ke atas 2 daripada beberapa calon yang dirujuk sebagaimana berikut. Keputusan SPM yang diperolehi 2 calon (contoh kes sebenar)Andaian untuk pelajar C (aliran sains)
- Digunakan sebagai benchmark
- Mendapat gred A dalam 5 mata pelajaran utama dan gred B & C dalam matapelajaran lainPelaksanaan Dasar Meritokrasi Pengambilan Pelajar ke IPTAKementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan kepada prinsip meritokrasi yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah ko-kurikulum untuk menentukan merit setiap pemohon. Untuk sesi 2012/2013 tiga(3) buah politeknik Premier juga akan mengguna pakai dasar yang sama. Berdasarkan kepada contoh-contoh di atas berikut adalah bagaimana…

Recommendations by outbrain