Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Mesej Untuk Rakyat Malaysia Dari Tunku Mahkota Johor

Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan d…

Mesej Untuk Rakyat Malaysia Dari Tunku Mahkota Johor

Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di m…

Ahmad Maslan tolak dakwaan wang 1MDB masuk ke akaun Najib

Terkini, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan telah menolak dakwaan bahawa video yang dirakamkan di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui wang sebanyak RM2.6 bilion telah dipindahkan ke akaun peribadinya.

"Itu tidak betul.. tidak ada pengaliran wang dan sebagainya. Sebenarnya presiden (Najib) telah memberi taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) tentang perkara yang berkaitan.

"Beliau tidak pernah menggunakan 1MDB dan masuk ke dalam akaun dia," katanya ketika ditemui pemberita.

Jelas beliau, perkara itu sudah pun diperjelaskan Perdana Menteri dan beliau menafikan telah menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terbaru, video pendek berdurasi 57 saat yang dimuat naik Malaysiakini menunjukkan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sedang berbual dengan beberapa tetamu termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir di …

11 Cara Beradab Menghormati Guru

Guru adalah orang yang mengajarkan kita dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan mendidik kita menjadi orang yang berguna pada masa akan datang. Walau bagaimana tingginya pangkat atau kedudukan seseorang itu mereka adalah bekas seorang pelajar yang tetap terhutang budi kepada gurunya yang pernah mendidiknya pada masa dahulu.

Oleh itu Islam mengajar kita supaya menghormati guru dan memuliakannya sebagaimana kita memuliakan ibu bapa kita.kerana merekalah menyampaikan ilmu kepada kita untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. dan pengganti ibu bapa kita bila di sekolah.

Sabda Rasulullah saw

Maksudnya: Sesiapa yang memuliakan orang alim (guru) sesungguhnya dia memuliakan TuhanNya.
Cara beradab menghormati guru
Menurut perintah dan melaksanakan arahan mereka dan meningglkan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolahMemberi tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar.Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.Mengucap salam setiap kali bertemu guruBercakap dengan penuh …

10 Perkara Tanda Suami Anda Bahagia

Walaupun ada pasang surutnya, setiap isteri inginkan suami mereka bahagia dalam melayari alam rumah tangga. Bukan mudah untuk lihat suami tunjuk sayang pada isteri.

Ketahuilah, 10 tanda di bawah ini menunjukkan suami anda bahagia hidup bersama anda.

Apakah tanda suami bahagia?1. Selalu peluk dan cium
Apabila dia pulang dari tempat kerja, dia akan menghadiahkan anda sebuah ciuman. Ciuman itu bukanlah hanya sentuhan di pipi tetapi lebih sensual dan intim. Anda boleh tafsirkan perbuatannya itu bahawa dia sangat gembira pulang ke rumah bertemu semula dengan anda.

2. Sentiasa call, SMS atau Whatsapp
Apabila dia pergi untuk urusan perniagaan, dia akan menghubungi anda setiap hari dan memberitahu betapa rindunya dia pada anda. Ada juga suami yang baru sampai pejabat, terus buat laporan, hantar Whatsapp pada isteri, “Ayang, abang dah sampai“. Sehinggkan ada teman sepejabat kata dia kena queen-control.

Hakikatnya, apabila seorang suami betul-betul bahagia berumah tangga, dia akan merindui isterinya …

KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, s…

Kaedah Berkesan Membasmi Pembiakan Nyamuk Aedes

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang sangat berbahaya. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya. Peyakit ini sudah menjadi masalah utama di negara kita kerana kematian akibat nyamuk Aedes di negara ini terus meningkat dari tahun ke tahun.

Kita perlulah bekerjasama untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes. Antara cara untuk membasmi nyamuk Aedes ialah memastikan tiada takungan air yang dibiarkan yang boleh membiakkan nyamuk. Tempat-tempat tersebut seperti di dalam tempayan, pasu-pasu bunga, dan kolam mandi. Pastikan nyamuk tidak membiak di dalam tempat-tempat ini dengan menyalinkan airnya pada setiap minggu dan dibasuh sehingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.

Selain itu, tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur. Bekas yang tidak digunakan pula hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.

Saluran bumbung juga boleh menakungkan air yang akan menjadi tempat pembiakan nyam…

Penyelesaian Kepada Zip Seluar Selalu Terbuka

Anda ada masalah zip seluar terbuka tanpa sedar?

Malu tak ?

Kadang-kadang zip seluar boleh turun tanpa sedar terutama seluar Jeans. Kini ada penyelesaian kreatif untuk perkara itu terjadi. 

Anda cuma perlu cari "ring pengikat kunci" dan pasang pada kepala zip seluar. 
Apabila tarik zip ke aras, boleh sangkutkan pada butang seluar seperti dalam gambar. 

The Perfect Man: Short Men Likely To Be Better Life Partners With More Money

The ideal male life partner is, apparently, one who cleans, earns a higher income, is monogamous, and falls short of average height.

Tall, dark, and handsome is the popular description used to describe the perfect man for most women. From the brooding and sultry looks of Hollywood favorites, like George Clooney and David Beckham, women swoon over these men because of their celebrated physical attractiveness.

However, science suggests setting your sights on much shorter, dark and handsome men, like Tom Cruise, because they make better life partners. According to a recent study (not peer reviewed), short men have a higher income and are more likely to stay monogamous, making better boyfriends and husbands, and standing head and shoulders above their much taller peers.

Short men have been stigmatized in society because of their stature. The cultural vision of taller men as being physically dominant and potential protectors has been embedded into the psyche of many women, creating a “prejudi…

Resepi Biskut Mazola

Bahan-Bahan:1 cawan minyak mazola1 ½ cawan tepung gandum (diayak )½ cawan tepung jagung¾ cawan gula halus1 cawan kacang tumbuk1 sudu teh essen vanilla(untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar.
Bahan Untuk hiasanKuning telur untuk hiasanKacang tumbuk kasar secukupnya
Cara-Cara:Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebatiMasukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit )Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.Sapu bahagian atas dengan kuning telur.Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180°C.Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.
Selamat Mencuba !

Click disini untuk Resepi Lain

Lagi Gempa bumi kecil di Ranau, Sabah

Satu gempa bumi kecil berukuran 3.2 pada skala Richter berlaku pada pukul 10.38 malam Isnin di Ranau, Sabah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Kenyataan jabatan itu menyebut, pusat gempa itu terletak di 6.1 darjah utara dan 116.7 darjah timur, kira-kira 327km di barat laut Tarakan, Indonesia dan 11km di utara Ranau.

Gegaran juga dirasai di Ranau. Jabatan itu akan mengeluarkan maklumat tambahan mengenai gempa ini.

Resepi Biskut Peanut Butter

Bahan125 gm mentega125 gm peanut butter75 gm gula5 gm garam230 gm tepung kek10gm soda bikarbonatsedikit perisa vanila
Cara-caraAyakkan tepung kek bersam soda bikarbonatCampurkan semua tepung mentega, penut butter, perisa vanila, gula dan garam sekali.Bentukkan aduanan ikut pilihan sendiri.Susunkan atas dulang pembakar dan sapukan telur kuning di atasnya, kemudian bakar api sederhana.
Selamat Mencuba !

Resepi Lain

Resepi Biskut Mazola

Bahan-Bahan:1 cawan minyak mazola1 ½ cawan tepung gandum (diayak )½ cawan tepung jagung¾ cawan gula halus1 cawan kacang tumbuk1 sudu teh essen vanilla(untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar.
Bahan Untuk hiasanKuning telur untuk hiasanKacang tumbuk kasar secukupnya
Cara-Cara:Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebatiMasukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit )Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.Sapu bahagian atas dengan kuning telur.Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180°C.Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.
Selamat Mencuba !

Click disini untuk Resepi Lain

Tip Bersederhana Ketika Membeli-belah Raya untuk Anak

Hari Raya Aidilfitri semakin hampir dan inilah masanya bazar dan kompleks beli-belah sibuk memperagakan pelbagai barangan untuk menarik perhatian pelanggan.

Iklan dan poster seperti ‘Jualan Murah, ‘Diskaun Hebat’, ‘Pembelian Bernilai’ dan ‘Istimewa Raya’, membuatkan ramai orang terpancing dengan strategi pemasaran.

Banyak keluarga mula sibuk meneliti senarai pembelian dan diulang periksa berkali-kali untuk memastikan mereka membeli segala barangan terbaik.

Lagipun ini hari raya, dan bagi kebanyakan daripada kita, membeli sesuatu yang baharu untuk ahli keluarga dan kediaman dipercayai antara cara untuk meningkatkan rasa gembira dan mood perayaan.

Begitupun, tidak semua keluarga mempunyai kelebihan untuk berbelanja mewah. Maka adalah penting untuk mengajar anak-anak untuk membezakan antara keperluan dan kehendak. Bagi situasi ini, adalah disyorkan supaya dibuat perancangan alternatif bagi anak-anak anda.


CANTIK UNTUK DIMILIKI
Menurut pakar, berdasarkan Hierarki Keperluan Maslow, keperluan asa…

3 cedera semasa rusuhan di Plaza Low Yat

Sekurang-kurangnya tiga orang cedera termasuk seorang wartawan manakala empat individu ditahan susulan kejadian rusuhan berhampiran Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

Polis turut membuka dua kertas siasatan melibatkan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Siasatan juga dibuat di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan merusuh dan mencuri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa turut memaklumkan, suspek yang ditahan adalah kerana disyaki cuba mencetuskan provokasi.

Insiden yang dicetuskan oleh pergaduhan itu bermula kira-kira 12.05 pagi Isnin berhampiran sebuah hotel apabila kumpulan perusuh bertindak menyerang seorang mangsa dengan menggunakan topi keledar.

Keadaan menjadi tegang selepas tujuh lelaki didakwa mengamuk di Plaza Low Yat apabila seorang rakan mereka didakwa ditipu penjual telefon bimbit di pusat beli belah tersebut.

Bagaimanapun, keadaan menjadi tenang semula selepas polis mengarahkan orang ramai bersurai dari kawasan tersebut kira-kira 12.40 pagi.

Sehing…

Siapa yang godam Hacking Team?

Tiada maklumat yang selamat jika ia disimpan dalam pelayan yang dihubungkan pada internet.

Bagaikan karma, syarikat yang menjual dan menawarkan aplikasi menggodam dan pengintipan Hacking Team juga diserang pakar komputer yang setanding dengannya.

Lebih 400 gigabait data termasuk dokumen, invois, email dan akaun media sosial diceroboh lalu didedahkan di internet Ahad lalu.

Jadi siapa yang menggodam Hacking Team syarikat yang berpangkalan di Itali itu?

Jurucakap syarikat itu, Eric Rabe memberitahu ia bukan kerja penggodam aktivis biasa ataupun penggodam amatur, sebaliknya sebuah serangan yang sangat canggih.

Menurut temubual yang dilakukan bersama International Business Times United Kingdom, setakat ini semua orang termasuk media hanya mampu membuat spekulasi tentang siapa yang menggodam pelayan Hacking Team.

"Berdasarkan siasatan forensik yang dijalankan di sini, kami mendapati ia satu serangan yang sangat canggih dan bukan kerja seorang amatur. Pihak media memberi gambaran seakan bahaw…

7 Tesco Akan Beroperasi 24 jam Menjelang Aidilfitri

Tujuh pasar raya Tesco akan beroperasi untuk 24 jam bagi memudahkan urusan pembelian pelanggan menjelang sambutan Hari Raya.

Tesco Extra Shah Alam,Tesco Extra Ampang,Tesco Kajang, Tesco Seri Alam,Tesco Seberang Jaya,Tesco Extra Seremban 2Tesco Extra Mergong
Tesco menjadi pasar raya pertama yang melanjutkan perkhidmatan 24 jam. Tesco turut memperkenalkan harga istimewa untuk beberapa produk.

Ia juga merupakan kali pertama bagi pasar raya besar untuk memulakan inisiatif sedemikian menjelang mana-mana sambutan perayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Datuk Georg Fischer berkata, lanjutan masa operasi adalah untuk memudahkan pelanggan di sebalik kesibukan mereka dalam pembelian barang-barang sempena Hari Raya.

"Lanjutan waktu perkhidmatan adalah untuk kemudahan pelanggan dan juga bagi memastikan mereka mendapat manfaat sepenuhnya daripada tawaran hebat 'Lebih Jimat' yang telah kami memperkenalkan.

"Untuk menambahkan lagi keseronokan, kami juga akan menurunkan harga be…

Resepi Coklat Ferrero Rocher

Bahan-bahan:
250gm butter80gm gula icing20gm qroquant/cornfleks hancur360gm tpg gandum100gm almond powder40gm tpg jagung1/2 sdt esen vanillaalmond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)

Cara-cara:
putar butter & gula sebati.masukkan qroquant.masukkan esen vanilla.masukkan tepung gandum, almond powder & tepung jagung. uli hingga sebati.panaskan oven suhu 150c.bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan dlm dulang pembakar yg sudah disapu dengan marjerin.bakar suhu 150c selama 20-25 minit.golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan di atas almond nibs.bakar balik biskut lebih kurang 5 minit.cairkan coklat masakan & golekkan biskut dlm coklat & masukkan ke dlm paper cup.biarkan sejuk & siap utk dihidang.
Selamat Mencuba !

More Resepi

FGV tiba-tiba jadi saham paling untung?

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) muncul sebagai kaunter paling untung dalam kalangan saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia hari ini susulan laporan rancangannya untuk mengumpul lebih RM1 bilion daripada jualan aset bukan teras.

Langkah syarikat komoditi berasaskan tani dan pertanian global itu bertujuan membolehkannya menumpukan kepada perladangan bagi memulih kembali keyakinan pelabur yang terjejas berikutan pembelian baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Emir Bavani Abdullah berkata syarikat itu berkemungkinan menjual perniagaan tidak menguntungkan di Amerika Syarikat dan Kanada pada harga antara US$180 juta (RM685.5 juta) dan US$250 juta bulan ini.

Pada 10.22 pagi, saham FGV meningkat satu sen kepada RM1.56 dengan 652,500 unit bertukar tangan.

PAC Sudah Terima Laporan Awal Kertas Siasatan 1MDB

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini menyerahkan buku laporan awal audit ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, di Parlimen.

Laporan awal itu adalah hasil audit yang dijalankan antara 10 Mac sehingga 15 Jun lalu dan telah mula dibentangkan pada kira-kira jam 10.30 pagi di hadapan panel PAC yang diketuai Nur Jazlan.

Difahamkan sidang media PAC dijangka akan diadakan pada jam 1.30 tengah hari ini, namun sesi pendengaran itu difahamkan bakal bersambung semula dan diteruskan sehingga jam 4 petang.

Sebelum sesi itu dimulakan, para petugas media dibenarkan mengambil visual.

Hari ini merupakan pendengaran berhubung laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang diadakan di Parlimen.

Pada 4 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.

PAC dilaporkan telahpun memulakan prosiding siasatan pada 19 Mei berkenaan isu kontrove…

Nilai Ringgit Jatuh Menjunam Beri Impak Pada pelajar Malaysia di Luar Negara

Kejatuhan nilai ringgit dikhuatiri bukan sahaja memberi kesan segera kepada beberapa pihak seperti peniaga malah turut terkesan ialah komuniti pelajar Malaysia di luar negara.

Ini memandangkan ramai kalangan pelajar yang menuntut ke luar negara dengan biaya sendiri bertindak menangguhkan pembayaran yuran semata-mata untuk menunggu nilai ringgit kembali pulih.

Salah seorang pelajar Malaysia di Mesir, Ezwan Rafizi Zakaria mengakui ramai di kalangan rakannya yang bertindak menangguhkan pembayaran yuran kerana yakin ringgit akan kembali kukuh.

"Pelajar yang paling terasa ialah yang dibiayai sendiri ibu bapa. Dua tahun lepas kadar tukaran RM24,789 dan tahun lepas RM26,140. Tahun ini RM29,938," jelas Ezwan Rafizi.

Kata pelajar Universiti Mansoura tersebut, yuran terbabit melibatkan jurusan perubatan, pergigian dan farmasi yang ditetapkan pada AS$8,000 (RM30,400).

Data pada tahun 2013 menganggarkan sekitar 12,000 pelajar Malaysia menuntut di peringkat pengajian tinggi di Mesir.

Daripada …

Resepi Mee Kari Kerang

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam-di potong kecil, cuci dan toskan4 sudu besar rempah kari ikan *2 sudu besar rempah kari daging *(*bancuh dngn sedikit air)1 keping asam keping1 kiub pati ikan bilis Knorr2 cawan santan pekat(saya guna 2 kotak santan, setiap satu kotak mengandungi berat 200ml)5 cawan air1 cawan isi kerang atau lebihgaram dan sedikit gula1/2 cawan minyak masak utk menumis2 keping fishcake- di potong nipis10 ketul fish ball- di belah 2

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah1 labu bawang besar4 ulas bawang putih1/2 inci halia2 sudu besar cili kisar2 sudu besar udang kering- cuci, rendam dan toskan

Bahan Tumis:
1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga2 tangkai daun kari1 batang serai- di ketuk

Bahan Mee dan Hiasan:1 kilo mee kuning di celur dan toskan
Daun bawang dan daun sup- di potong2
2 keping tauhu digoreng dan dipotong nipis
4 biji telur direbus kupas kulit dan belah dua
cili merah atau cili jeruk
sawi dan taugeh dicelur dan di toskan
4 biji limau kasturi, cuci dan…

Tips Untuk 10 malam terakhir Ramadhan

Tips Utk 10 malam terakhir ramadhan.. semoga ia berguna kpd kita semua....
1. Tak kira betapa buruk atau baiknya Ramadhan anda, 10 terakhir kenalah kita buat yg terbaik..
2. Dengar atau baca alquran terutama surah AlQadr..  malam 10 terakhir akan adanya malam Lailatulqadar
3. Pilih tempat yg terbaik utk beribadat samada rumah atau masjid. Jangan berbaring dgn bantal sebab takut terlena.
4. Tutup hphone, laptop, ipad dsb
5. Kalau bersendirian, baca alquran dengan kuat supaya telinga dan hati akan bersama2 membaca. Kalau ramai, baca seadanya
6. Perbanyakkan dan lamakan sujud supaya lebih berdoa... menangislah kpd Allah swt supaya mendapat berkah dunia dan akhirat
7. Perbanyakkan doa... mintalah yg baik2 utk kehidupan kita yg akan datang.. mintalah apa yg anda mahu dan jangan malu2 kerana anda sedang meminta dari Allah Yang Maha Kaya... mintalah secara specific seperti nak pergi Haji, Anak yg soleh,....
8. Perbanyakkan solat taubat utk memohon keampunan daripdanya diatas segala kelalaian dan kes…

Resepi Nasi Mandy (Ayam)

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih1/2 sudu kecil serbuk ketumbar1/2 sudu kecil serbuk jintan manis1/2 sudu kecil serbuk lada hitam1 sudu kecil serbuk kunyit1 sudu kecil serbuk kabsa ( lihat di bawah)2 biji bawang besar ~ dihiris bulatGaramSedikit pewarna kuning/ saffron ( kalau takde guna serbuk kunyit pun boleh)Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam…

Gadis 21 Tahun Mati Tergantung Di Pencawang TNB

Seorang gadis berusia 21 tahun telah ditemui meninggal dunia selepas dipercayai menggantungkan dirinya pada pencawang TNB di Springhill, Port Dickson beberapa hari yang lepas.

Pada mulanya, gadis ini dipercayai maut kerana menggantung diri tetapi menurut siasatan, gadis ini bukannya mati kerana menggantung diri tapi disebaliknya kerana bukti pertama adalah kaki sangat dekat dengan tanah dan wajah mangsa tidak bengkak sepertimana keadaan mayat gantung diri.

Jika mangsa membunuh diri, kebiasaannya akan ada kecederaan teruk pada muka serta mata terbeliak dan lidah terjulur keluar.

Sehelai helai kertas pengakuan mangsa tersebut sebelum membunuh diri juga ada kemungkinan besar hanya hasil rekaan pembunuh tersebut. Kes ini masih dalam siasatan pihak polis.



5 Foods That Can Lower Your Risk For Death

Fruits And Vegetables Most nutritionists agree that, for each meal, half of our plate should be filled with something green. A recent study published in the Journal of Epidemiology & Community Health took it a step further after showing that people who eat seven or more servings of fruits and vegetables per day can cut their risk for overall death in half. A research team from the University of Liverpool surveyed nearly 4,400 people in the U.K. who, on average, consumed just under four portions of fruits and vegetables the day before completing the survey. Respondents who ate at least seven portions on a daily basis lowered their risk for death from all causes, which included heart attack, stroke, and cancer, by 42 percent. Even eating two to three daily servings of healthy produce can lower our risk for death by 19 percent. So what is it about fruits and veggies that makes them so healthy? That brings me to my next point: fiber is very good for us. 


Foods Rich In Fiber Fiber is found…

Recommendations by outbrain