Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

LAGU HARI KEBANGSAAN 2015

SEHATI SEJIWA 
Demi... tanah yang bertuah Taman... cinta merdeka.. aa Kasih... di hatiku ini Untukmu... tanah pertiwi... ii
Dari... utara selatan Juga... timur ke barat Turut gagah... Sabah Sarawak Sehati Sejiwa
Ku dengar janjimu Bayu Kinabalu Ku dengar sumpahmu Rejang yang membiru Bersatu denganku Tegap Titiwangsa Malaysia Sehati sejiwa
Laut luas terbentang Bukan satu halangan Untuk kita bersama Melafaz janji setia Demi mu Malaysia Cinta kasih di jiwa Tidak akan kami khianatinya..
Walaupun berbeza Budaya Agama Bukanlah penghalang Kita bergandingan Marilah bersatu Sehati sejiwa Malaysia Kekal Sejahtera... 
(Mi i so ginavo) kadazan (Kitai Dekak Mujur) iban ( mi i so ginavo) kadazan (Ngetan Ke Menua) iban (Mi i soginavo) kadazan (Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa Malaysia Sehati Sejiwa

Peniaga Low Yat didenda RM1,800 kerana mendatangkan kecederaan

Tiga penjual telefon bimbit masing-masing didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini kerana menyebabkan kecederaan kepada dua individu di Plaza Low Yat, bulan lalu.

Low Leong Seng, 29, Eric Chan Weng, 23, dan Soo Weng Hing, 26, mengaku salah memukul Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, dan Mohamad Khairul Azmi Mazlan, 23, pada jam 4.57 petang, pada 11 Julai lalu di pusat beli belah popular itu.

Ketiga-tiga mereka didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa berkunjung ke Plaza Low Yat untuk mencari telefon bimbit yang hilang tetapi meninggalkan pusat beli belah terbabit sejam kemudian.

Mohamad Khairul yang pergi dari situ secara berasingan dengan Shahrul terdengar lelaki menjerit “Tahan, Tahan, Tangkap, Tangkap! Ada orang curi phone (telefon)”.

Dia kemudian ternampak seorang lelaki Melayu berlari di eskalator sebelum menyedari individu terbabit adalah rakan Shahrul Anuar yang kemudian terjatuh dan dipukul beberapa lelaki.

Mohamad Khairul yang d…

Malaysia, Thailand akan guna mata wang tempatan

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Thailand (BOT) akan menggalakkan penggunaan mata wang ringgit dan baht oleh sektor swasta untuk menyelesaian perdagangan dua hala dan pelaburan langsung.

Pengaturan ini akan mengurangkan risiko dedahan terhadap turun naik mata wang penyelesaian global dan untuk mengurangkan kos transaksi kepada sektor perniagaan, menurut BNM dan BOT dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kedua-dua bank pusat itu hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung pembentukan rangka kerja kerjasama itu.

MoU itu ditandatangan oleh Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan rakan sejawat BOT, Dr Prasarn Trairatvorakul.

"Pembentukan rangka kerja ini akan merintis jalan ke arah integrasi kewangan dan ekonomi yang lebih meluas di rantau ASEAN.

"Pengaturan dua hala ini akan mengukuhkan lagi aliran perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara serta mendorong hubungan ekonomi yang lebih erat untuk kemajuan rantau ini," kata Zeti.

Sementara itu,…

Jalan Pintasan Rawang

Berikut adalah beberapa gambar jalan pintasan rawang-serendah yang kini masih dalam pembinaan.

Apabila siap kelak, pengguna jalan raya tidak perlu masuk ke pekan Rawang untuk perjalanan Selayang-Serendah. 
Jalan FT1 sedia ada sudah tidak lagi mampu menampung aliran trafik dari Serendah ke KL melalui Rawang dan sebaliknya.











Jajaran ini bermula dari Taman Rimba Templer di selatan hingga ke persimpangan trumpet Serendah. Jajaran ini tidak bertol.

Akhirnya selepas 60 tahun, misteri cahaya dari kunang-kunang terungkai

Selama 60 tahun ahli saintis tidak dapat merungkai misteri di sebalik tindak balas kimia yang menghasilkan kerlipan cahaya yang terhasil dari abdomen kelip-kelip atau kunang-kunang.

Memetik laporan National Geographic, saintis Bruce Branchini dari Kolej Connecticut bersama rakan-rakan setugasnya berjaya merungkai misteri itu dengan penemuan partikel elektron oksigen yang bertanggungjawab memancarkan cahaya.

Eksperimen yang dijalankan Branchini mendapati oksigen yang terlibat dalam pemancaran cahaya kunang-kunang itu berbentuk khas dan dikenali sebagai ‘anion superoksida’.

“Anion superoksida merupakan satu bentuk oksigen molekul yang mengandungi elektron tambahan,” kata Branchini sambil menambah ‘anion superoksida’ mungkin menyebabkan fenomena bio-pendarcahaya (bioluminescence dalam istilah Inggeris yang bermaksud penghasilan dan pemancaran cahaya oleh organisma hidup) lain di alam semula jadi.

Hasil penemuan itu diterbitkan dalam sebuah jurnal berjudul, ‘Journal of the American Chemical S…

Sejarah ASP Zabri - VAT 69

Seorang pemimpin VAT 69 yang dianggap pakar taktikal dan cukup digeruni komunis ialah Allahyarham Asisten Superintendan (ASP) Mohd Zabri Abdul Hamid yang dianggap perwira paling dikenang dalam pasukan elit berkenaan. 
Beliau terkorban akibat terkena jerangkap samar selepas pasukannya memenangi satu pertempuran di Hulu Perak, Perak pada 1975 dan sebagai tanda memperingati jasanya, sebuah kem latihan Komando 69 PGK di Tasik Banding, Grik, Perak dinamakan sebagai Kem Zabri. 
Menyingkap kisah tragis itu, seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran itu, Sallehuddin Omar, 58, menegaskan peristiwa itu seolah-olah berlaku semalam dan semangat perjuangan rakan sepasukan tidak pernah pudar hingga ke hari ini. 
Namun, mereka tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih ketika Zabri yang digelar ‘bos’ oleh anak buahnya menghembuskan nafas terakhir. Semuanya menitiskan air mata kerana kehilangan pemimpin disayangi. Hingga kini, jika bercerita mengenai Zabri, pasti menitiskan air mata. 
Detik p…

Apa yang menarik di Putrajaya?

Anda merancang untuk pergi jalan-jalan ke Putrajaya? Ramai yang tidak mengetahui terdapat banyak tempat menarik sekitar Putrajaya. Jangan lupa singgah di tempat-tempat menarik Putrajaya yang aku senaraikan berikut.

1. Jambatan Putrajaya
Tak lengkap rasanya tak singgah di Jambatan Putrajaya kalau datang ke Putrajaya. Jambatan Putrajaya memang penuh dengan kenderaan bila waktu malam lagi-lagi weekend. Ada yang datang bergambar, lepak, dan menikmati keindahan waktu malam di Putrajaya. Pengalaman yang paling best di Jambatan Putrajaya mestilah surprise birthday di Jambatan Putrajaya. =D


2. Presint 2, Putrajaya
Bangunan-bangunan kerajaan yang sangat unik & cantik ukirannya boleh didapati di presint 2, Putrajaya. Firstime datang sini memang sangat kagum dengan kecantikan dan keunikan seni ukiran bangunan di Presint 2 seperti Mahkamah Kehakiman. Pengantin baru sering menjadikan lokasi ini untuk sesi outdoor photoshoot.

3. Taman Botani, Putrajaya

Jika anda berkesempatan singgah di Taman Botani…

Proton Exora terbakar, pemandu rentung

Lagi kejadian Exora terbakar. Terbaru, seorang lelaki rentung selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang dipandunya terbabas sebelum terbakar di Kilometer 68.2 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Pendang, petang tadi. Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dikatakan memandu seorang diri dari arah Sungai Petani menghala ke Alor Setar. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Jamalluddin Mat Yusop, berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.12 petang berhubung kebakaran membabitkan kenderaan terbabit.Beliau berkata, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dan sebuah Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi jam 5.29 petang."Sebaik tiba di lokasi, kami dapati api sedang marak dan cuba memadam kebakaran sebelum menemui mayat seorang mangsa yang sudah rentung."Usaha mengeluarkan mayat itu dilakukan dan diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke…

9 Rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan Yang Anda Perlu Tahu

Merujuk kepada pengalaman serta kajian Dr. Azizan Osman, 90% daripada usahawan yang baru berniaga, mereka akan mengalami dua situasi ngeri iaitu: Tidak berjaya buat banyak duit. Akhirnya mendorong kepada satu lagi situasi, di mana perniagaan mereka lingkup teruk dan akhirnya “tutup kedai”.

Perkongsian ini bukan bertujuan untuk membuatkan bakal usahawan trauma atau takut untuk memulakan perniagaan. Apa yang mahu ditekankan adalah kepentingan memahami formula, yang terbukti membantu kita untuk mencipta jalan kejayaan menerusi perniagaan. Kuasai Formula M.E.S.T.I. Formula itu adalah M.E.S.T.I (M = Mentor, E = Elmu, S = Sistem / Strategi yang betul, T = Tindakan yang betul, & I = Impian yang jelas).

Ramai yang ghairah dan teruja apabila melihat orang lain berniaga dan berjaya mengubah kehidupan mereka. Namun mereka terlupa beberapa elemen penting. Tanpa ilmu perniagaan, tanpa mentor yang terbukti berjaya, mereka akan terus dihimpit kegagalan dalam perniagaan.

Situasi kurang enak ini berl…

Siaran Langsung Piala Dunia 1982 di Taja Oleh Rakyat Malaysia

Piala Dunia 1982 di Sepanyol.Skuad kebangsaan Malaysia gagal layak, sungguhpun sebelum itu dikatakan mempunyai himpunan pemain terbaik, selain pernah layak secara merit ke Sukan Olimpik 1980.

Radio Televisyen Malaysia (RTM), satu-satunya stesen penyiar pada waktu itu telah menyiarkan secara langsung Piala Dunia 1974 dan Piala Dunia 1978. Liputan siaran langsung bukanlah menyeluruh, hanya pada perlawanan tertentu sahaja.

Namun ketika Piala Dunia 1982, RTM mengumumkan, mereka hanya akan menyiarkan empat siaran langsung sahaja iaitu melibatkan perlawanan pembukaan, dua perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir. Lain-lain perlawanan tiada siaran langsung, hanya perlu menunggu pengumuman keputusan perlawanan di televsiyen ataupun radio.

Alasannya, faktor kos yang cukup tinggi.

Tarikh 13 Jun 1982, adalah perlawanan pembukaan Piala Dunia 1982, antara Belgium dan Argentina. Belgium melakukan kejutan, menewaskan juara bertahan yang diperkuat dengan bintang muda, Diego Maradona.

Rakyat Malaysia …

MATTA Fair: MAS tawar diskaun 30-50 peratus

Malaysia Airlines (MAS) akan menawarkan diskaun antara 30 dan 50 peratus bagi tiket yang dibeli semasa Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) September ini. Diskaun ditawarkan untuk semua destinasi MAS.

"Saluran pengedaran kami adalah menerusi ejen di pesta itu, agensi pelancongan yang kami lantik di seluruh negara serta menerusi laman sesawang kami," katanya pada sidang media mengenai Pameran Matta, di sini hari ini.

Acara tiga hari itu akan berlangsung bermula 4 Sept di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Beliau berkata MAS juga akan menyumbang 10 tiket penerbangan pergi balik ke destinasi seperti London, Paris, Tokyo, Seoul, Bangkok dan Hong Kong kepada pemenang Peraduan Pembeli Pameran Matta.

Peraduan terbuka kepada mereka yang membeli pakej pelancongan pada harga minimum RM300.

Jurucakap MAS berkata, MAS tidak pernah terlepas daripada menyertai MATTA Fair dan dijangka terus terlibat dalam usaha promosi sedemikian selepas penstruktu…

Ferrari 488 Spider bakal dilancarkan September ini di Frankfurt

Walaupun model ini hanya akan dilancarkan secara rasmi di pameran kereta Frankfurt bulan September nanti, Ferrari sudahpun mengeluarkan imej rasmi bagi model 488 Spider. Ini bukan satu perkara asing, apatah lagi bila mengambil kira yang musim panas sudah bermula bagi banyak negara, masa di mana kereta-kereta tanpa bumbung menjadi lebih popular.

Rekaan 488 Spider ini berlainan sedikit berbanding model 488 GTB untuk mengambil kira keperluan untuk menyimpan bumbung dan mekanisma menggerakkan bumbung tersebut. Apabila ditarik balik, bumbung ini melipat kepada dua bahagian dan disimpan di atas enjin. Ini semua berlaku secara automatik dan mengambil masa hanya 14 saat setelah butang telah ditekan.

Penggunaan bumbung keras dipilih berbanding bumbung fabrik (yang biasa digunakan pada masa lampau) adalah kerana ia 25kg lebih ringan, dan memberi lebih keselesaan bagi penumpang.

Sepertimana model 488 GTB, enjin 3,908cc V8 dengan pengecas turbo pada Spider ini menghasilkan 661hp dan tork sebanyak 76…

8 tips keselamatan ketika menaiki eskalator

Kemudahan tangga bergerak atau eskalator di bangunan bertingkat, terutamanya di pusat beli-belah, banyak membantu pergerakan orang ramai ke lokasi yang dituju.

Namun di sebalik kemudahan ini, ramai yang tidak mengetahui bahawa eskalator juga mengundang bahaya yang boleh membawa maut jika tidak digunakan dengan betul.

Insiden kemalangan melibatkan tangga bergerak kerap didengari, namun seringkali dipandang ringan.

Jika diimbas beberapa kejadian yang dilaporkan berlaku di Malaysia, bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak turut menjadi mangsa.

Pada April lalu, seorang kanak-kanak perempuan maut selepas terjatuh dari ketinggian lima tingkat di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa bermain-main di sekitar lobi eskalator sebelum terjatuh.

Satu lagi kes di mana tangan seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun hancur apabila tersepit pada tangga eskalator.

Insiden berlaku pada 23 Julai lalu di sebuah pusat membeli belah di George Town.

Kemalanga…

I-Sajadah bantu kiraan rakaat dalam solat

Mereka yang menghadapi masalah sering terlupa kiraan rakaat sama ada dalam solat fardhu atau yang biasanya ketika melakukan solat tarawikh sendirian, kini boleh menarik nafas lega. Inovasi terbaharu rekaan dua pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ini mungkin boleh membantu anda mengatasi masalah tersebut.

Rekaan ini diberi nama I-Sajadah dan direka untuk membantu masalah kiraan rakaat selain diharap dapat membantu memberi kualiti pada solat bagi golongan yang tertentu, seperti orang tua yang mempunyai masalah ingatan.

Sejadah pintar itu dibahagikan kepada tiga bahagian; bahagian kepala, lutut dan kaki.

Setiap bahagian dilengkapi dengan silicone rubber key yang mengandungi pengesan.

Sejadah ini datang dengan tiga komponen utama iaitu Bahagian Paparan, Pengawal Mikro (Microcontroller) dan Gelang Isyarat Rakaat.

Nombor rakaat akan tertulis pada Bahagian Paparan sekiranya diperlukan

Pengesan pada bahagian kaki akan membantu mengaktifkan kiraan rakaat. Seandainya terlupa, pengguna …

Jerebu dan Masalah Kesihatan

Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

Pembakaran Secara TerbukaAsap Dari KilangAsap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti ber…

Pengarah Urusan Les Copaque nafi minuman Upin & Ipin mengandungi dadah

SHAH ALAM: Les Copaque Production Sdn Bhd hari ini mengesahkan bahawa air minuman jenama Upin & Ipin keluaran syarikat itu selamat diminum.

Pengarah Urusan syarikat itu, Burhanuddin Md Radzi berkata ia amat mendukacitakan apabila ada pihak yang menghebahkan perkara itu dalam laman media sosial dengan mengatakan syarikat itu menjual air minuman Upin & Ipin yang mengandungi dadah.

“Memang terdapat satu sindiket yang mengedarkan ketamin dalam bentuk air, dalam botol air Upin dan Ipin.

“Sindiket ini telah ditumpaskan oleh pihak polis dan polis sudah pun membuat sidang akhbar mengenai perkara itu. Itu jelas, air yang dimasukkan dadah itu hanya dijual untuk penagih-penagih sahaja dan tentulah air ini tidak dijual di pasaran.

“Yang amat mendukacitakan kami ada orang membuat berita yang dimuatkan dalam internet mengatakan kami menjual air Upin & Ipin dengan dadah dan merbahaya untuk anak mereka,” katanya semasa satu sidang media di sini, hari ini.

Burhanuddin berkata pihak polis telah…

Telent rancang bukak pusat jualan di Kuala Lumpur

Syarikat berpangkalan di China, Telent Outdoor (Hong Kong) Technology Co Ltd, merancang untuk membuka sistem pusat jualan (POS) runcit di Kuala Lumpur sebagai batu loncatan untuk menembusi pasaran lain di Asia Tenggara pada suku ketiga tahun ini.

Syarikat yang berada pada kedudukan kedua di China dalam pasaran pakaian dan peralatan aktiviti luar itu, pakar dalam mereka bentuk, mengeluar, memasar, pengurusan jenama dan pengedaran pakaian, kasut dan peralatan aktiviti luarnya yang berjenama.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Hui Tang Tat berkata, syarikat itu menjana perolehan sebanyak RM575.549 juta pada tahun lepas, dengan peningkatan kapasiti pengeluarannya.

Sumber utama perolehan ialah pakaian dan kasut yang mencatatkan pertumbuhan, masing-masing pada 43.8 peratus dan 49.5 peratus, dengan kategori produk baharunya, peralatan, menyumbang 6.7 peratus.

Kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM144.801 juta pada tahun lepas, kata Hui kepada pemberita selepas lawatan ke kemudahan pe…

Pengarah Urusan Les Copaque nafi minuman Upin & Ipin mengandungi dadah

SHAH ALAM: Les Copaque Production Sdn Bhd hari ini mengesahkan bahawa air minuman jenama Upin & Ipin keluaran syarikat itu selamat diminum.

Pengarah Urusan syarikat itu, Burhanuddin Md Radzi berkata ia amat mendukacitakan apabila ada pihak yang menghebahkan perkara itu dalam laman media sosial dengan mengatakan syarikat itu menjual air minuman Upin & Ipin yang mengandungi dadah.

“Memang terdapat satu sindiket yang mengedarkan ketamin dalam bentuk air, dalam botol air Upin dan Ipin.

“Sindiket ini telah ditumpaskan oleh pihak polis dan polis sudah pun membuat sidang akhbar mengenai perkara itu. Itu jelas, air yang dimasukkan dadah itu hanya dijual untuk penagih-penagih sahaja dan tentulah air ini tidak dijual di pasaran.

“Yang amat mendukacitakan kami ada orang membuat berita yang dimuatkan dalam internet mengatakan kami menjual air Upin & Ipin dengan dadah dan merbahaya untuk anak mereka,” katanya semasa satu sidang media di sini, hari ini.

Burhanuddin berkata pihak polis …

10 fakta tentang kisah pengeboman Hiroshima dan Nagasaki

Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki di Jepun 70 tahun lalu masih terpahat di ingatan ramai, terutama kalangan mereka yang turut terkesan dan terpalit dalam kerakusan manusia mengejar kuasa.

Malah peristiwa itu membawa pengajaran hebat tentang keburukan penggunaan senjata pemusnah besar-besaran untuk tujuan peperangan.

Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki merupakan antara peristiwa bersejarah menghayat hati yang kita pernah pelajari ketika zaman sekolah.

Pengeboman dua bandar itu menggunakan bom atom merupakan serangan yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman ketika Perang Dunia II.

Menurut beberapa laporan, senjata nuklear Little Boy dijatuhkan di bandar raya Hiroshima pada 6 Ogos 1945, dan diikuti oleh pengguguran bom Fat Man di Nagasaki pada 9 Ogos 1945.

Sempena ulang tahun ke-70 memperingati peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, berikut disenaraikan 10 perkara penting yang anda perlu tahu men…

10 fakta tentang kisah pengeboman Hiroshima dan Nagasaki

Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki di Jepun 70 tahun lalu masih terpahat di ingatan ramai, terutama kalangan mereka yang turut terkesan dan terpalit dalam kerakusan manusia mengejar kuasa.

Malah peristiwa itu membawa pengajaran hebat tentang keburukan penggunaan senjata pemusnah besar-besaran untuk tujuan peperangan.

Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki merupakan antara peristiwa bersejarah menghayat hati yang kita pernah pelajari ketika zaman sekolah.

Pengeboman dua bandar itu menggunakan bom atom merupakan serangan yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman ketika Perang Dunia II.

Menurut beberapa laporan, senjata nuklear Little Boy dijatuhkan di bandar raya Hiroshima pada 6 Ogos 1945, dan diikuti oleh pengguguran bom Fat Man di Nagasaki pada 9 Ogos 1945.

Sempena ulang tahun ke-70 memperingati peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, berikut disenaraikan 10 perkara penting yang anda perlu ta…

2 Petua Efektif Untuk Membersihkan Oven

Setelah berbulan-bulan memanggang ayam dan steak, membakar kek dan biskut, oven anda pastinya akan menjadi sangat kotor.

Tompokan lemak dan sisa makanan yang hangus telah menjadi arang, dan menyebabkan aroma yang tidak sedap semasa anda menggunakannya untuk memasak. Sekiranya anda terus membiarkan oven anda dilapisi karbon, anda akan mengambil risiko yang sangat besar terutama kepada permasalahan makanan tercemar, dan ia boleh menjadi penyebab kepada kebakaran.

Berikut adalah 2 petua untuk membersihkan oven supaya kembali bersinar. Petua kedua (ammonia) adalah lebih efektif. Namun sekiranya sukar untuk anda memperolehi ammonia, bolehlah gunakan kaedah pertama (baking soda).

1. Petua Membersih Oven Dengan Baking SodaBahan-bahan yang diperlukan untuk membersihkan oven dengan kaedah ini adalah:
3 sudu besar Baking Soda (Soda Bikarbonat)1/4 cawan cuka1/8 cawan sabun pencuci pinggan2 cawan air panas1/2 cawan Baking Soda (tambahan)Kaedah membersih oven menggunakan baking soda:Satukan kesemua ba…

Why the ‘Father of the Internet’ Thinks You Should Print Out Your Photos

Computer scientist Vint Cerf, in this April 23, 2014 file photo, addresses the opening ceremony of NETmundial, a major conference on the future of Internet governance in Sao Paulo, Brazil. Cerf believes a "digital Dark Age" could plague future generations.

He foresees a ‘digital Dark Age’

You know how all your photos and documents and videos and virtually every facet of your life seems to be online? Maybe it’s time to start making hard copies.

Vint Cerf, widely recognized as one of the founders of the modern Internet and now an executive at Google, said this week that due to constant updates and improvements to hardware and software, documents that are available today may be inaccessible in the future.

According to Media, Cerf warned of a “digital Dark Age” — a future in which there will be little record of the 21st century.

“Old formats of documents that we’ve created or presentations may not be readable by the latest version of the software because backwards compatibility is no…

Resepi Daging Tumis Pedas Simple

Bahan-Bahan1kg daging (rebus sampai empuk )Bawang merahBawang putihHaliaSetengah sudu biji ketumbarCili apiKunyit hidup(Tumbuk kesemua bahan2 di atas, manakala daging dihiris nipis )
Cara-caranya
Tumis bahan2 yg telah ditumbuk sehingga naik bau,Masukan daging dan kacau bersama bahan2 tumis sehingga sebati.Masukan sedikit air beserta garam, gula dan sedikit perasa dan tumis sehingga pecah minyak.Masukan hirisan bawang besar dan cili merah / hijau sehingga layu.Sedia dihidang
Selamat Mencuba !

Click disini untuk Resepi Lain

15 Things Why Islam Prohibits You From Eating Pork

1) A pig is a real garbage gut. It will eat anything including urine, excrement, dirt, decaying animal flesh, maggots, or decaying vegetables. They will even eat the cancerous growths off other pigs or animals.

2) The meat and fat of a pig absorbs toxins like a sponge. Their meat can be 30 times more toxic than beef or venison.

3) When eating beef or venison, it takes 8 to 9 hours to digest the meat so what little toxins are in the meat are slowly put into our system and can be filtered by the liver. But when pork is eaten, it takes only 4 hours to digest the meat. We thus get a much higher level of toxins within a shorter time.

4) Unlike other mammals, a pig does not sweat or perspire. Perspiration is a means by which toxins are removed from the body. Since a pig does not sweat, the toxins remain within its body and in the meat.

5) Pigs and swine are so poisonous that you can hardly kill them with strychnine or other poisons.

6) Farmers will often pen up pigs within a rattlesnake ne…

15 Things Why Islam Prohibits You From Eating Pork

1) A pig is a real garbage gut. It will eat anything including urine, excrement, dirt, decaying animal flesh, maggots, or decaying vegetables. They will even eat the cancerous growths off other pigs or animals.

2) The meat and fat of a pig absorbs toxins like a sponge. Their meat can be 30 times more toxic than beef or venison.

3) When eating beef or venison, it takes 8 to 9 hours to digest the meat so what little toxins are in the meat are slowly put into our system and can be filtered by the liver. But when pork is eaten, it takes only 4 hours to digest the meat. We thus get a much higher level of toxins within a shorter time.

4) Unlike other mammals, a pig does not sweat or perspire. Perspiration is a means by which toxins are removed from the body. Since a pig does not sweat, the toxins remain within its body and in the meat.

5) Pigs and swine are so poisonous that you can hardly kill them with strychnine or other poisons.

6) Farmers will often pen up pigs within a rattlesnake ne…

Recommendations by outbrain