Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Resepi Sotong Masak Hitam Johor

Bahan-bahan :Beberapa ekor sotong1 labu bawang besar (hiris bulat) *3 ulas bawang putih (penyekkan) *1/2 inci halia (tumbuk kasar) *1/2 inci kunyit hidup (tumbuk kasar) * atau sedikit serbuk kunyit2 - 3 batang cili hidup/ padiSedikit garamMinyak untuk menumisCara-cara :
Potong sotong ikut preference masing-masing dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG.Kemudian tos dan ketepikan.Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *.Lepas tu, masukkan ink sotong dan biarkan sekejap.Kemudian masukkan sotong.Tunggu sampai sotong keluar air.Kemudian masukkan cili dan sedikit garam.
Simple saja kan? Selamat Mencuba !

Resepi Lain

SME Young Entrepreneur Fund

IntroductionYoung Entrepreneur Fund (YEF) is a special fund allocated by the Government as part of its continuous strategy of acculturation and creation of new entrepreneurs among Malaysian youth.The purpose of this fund is to provide alternative access to the young entrepreneurs in obtaining financing to start their new business as well as for the needs of their existing business.

Financing ConceptBased on Shariah financing concept (Bai’ Inah, Bai’ Bithaman Ajil, Ijarah, Ijarah Thummabai’, and Bai’ Istisna)

Purpose and Margin of FinancingWorking Capital RequirementTypes of Working Capital Margin of Financing Working Capital – purchases of raw materials, stocks, overhead cost, advertising & promotion etcUp to 100%Note: *Reimbursement is allowed for expenses not more than 3 months old at the point of financing approval

Purchase of Assets for Business Operations Types of AssetMargin of FinancingLoose tools, machinery and equipment, office equipment etcBrand NewUp to 95%Used / Reconditione…

Ringgit cecah RM4.45 berbanding dolar AS

Ringgit melepasi nilai RM4.45 berbanding dolar AS dalam dagangan awal Selasa dipacu kegusaran terhadap ketidakstabilan China dan ekonomi serantau.

Pada jam 9 pagi, ringgit jatuh kepada 4.4600/4690 berbanding dolar AS, berbanding 4.4160/4240 pada jam 5 petang semalam.

Unit tempatan itu mencecah paras terendah 17 tahun pada Isnin selepas pelabur asing terus melepaskan ringgit.

Ringgit turut didagang rendah berbanding mata wang utama lain antaranya dolar Singapura pada 3.1130/1204 berbanding 3.0916/0976 pada Isnin.

Ringgit turut didagang rendah berbanding mata wang yen pada 3.7269/7768 berbanding 3.67238/7382 pada Isnin.

Nilai ringgit turut rendah berbanding euro pada 5.0157/0263, berbanding 4.9371/9569 pada Isnin, serta lemah berbanding pound pada 6.7627/7768.

Sementara itu, saham di Bursa Malaysia dibuka rendah dalam dagangan awal hari ini susulan kelemahan permintaan yang dipengaruhi prestasi rendah Bursa Asia dalam tempoh tiga minggu.

Pada pembukaan pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI …

Resepi Padprik Udang

Bahan-bahan:
10 ekor udang sederhana besar ~ dibersihkan dan digunting bhg belakang1 bj bawang putih ~ dicincang1sb lada merah yang telah dikisarsedikit cili padi ~ dibelah tp jgn putus2 helai daun limau purut ~ disiat1 btng serai ~ diketuk1/2 biji bawang holland ~ di hiris kasar2sb sos tiramsedikit sos cilisedikit kacang panjang, jagung muda, carrot ~ dipotongsedikit airminyak untuk menumis
Cara-caranya:Panaskan minyak, masukkan bawang putih, lada kisar, cili padi, serai dan daun limau. Tumis hingga wangi.Masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit air. Bila dah mendidih, masukkan udang, bawang holand dan sayur yg telah dipotong tadi. Kacau rata dan rasakan garam. Saya tak letak garam sbb sos tiram dan sos cili dah cukup rasa masin dan manisnya.Bila udang dah masak, tutup api, angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba !

More Resepi

5 lagi mayat ditemui, mangsa bot karam di Sabak Bernam

HUTAN MELINTANG: Lima lagi mayat mangsa bot karam termasuk seorang kanak-kanak ditemui menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban susulan insiden bot karam di perairan Sabak Bernam sejak tiga hari lalu meningkat kepada 29 orang setakat ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata semua mayat berkenaan ditemui pasukan pencari dan menyelamat antara pukul 1.30 hingga 4 petang tadi.

"Tiga mayat berkenaan ditemui di muara Sungai Bernam oleh pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di kawasan tiga batu nautika daripada lokasi kejadian bot karam.

"Manakala dua lagi mayat ditemui oleh kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditemui kira-kira 15 batu nautika daripada pantai," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Berdasarkan penemuan mayat oleh kapal milik TLDM itu, keseluruhan kawasan pencarian diperluaskan kepada 1,000 kilometer persegi dan dibahagikan kepada sembilan sektor di laut manakala 2,000 kilometer oleh a…

Aktiviti Memerhati Burung di Malaysia yang Ramai Tidak Tahu

Dari hutan paya bakau yang berlumpur sehingga ke banjaran gunung berkabus, kepelbagaian landskap tropika di Malaysia menjadi tempat tinggal kepada beratus-ratus spesies burung. Lokasi negara yang terletak di laluan penghijrahan burung Australasia, juga menjadi tuan rumah kepada 120 atau lebih burung-burung hijrah. Sehingga lebih daripada 600 spesies dapat dilihat di Semenanjung dan lebih kurang 580 spesies di Borneo Malaysia, semuanya boleh dikunjungi dengan mudah di taman-taman dan hutan-hutan simpan, tidak hairanlah Malaysia telah muncul sebagai syurga bagi para pemerhati burung.


Separuh daripada keluasan tanah di Malaysia dilitupi oleh hutan hujan dan tanaman. Dengan kepelbagaian habitatnya, terdapat banyak tempat yang menjadi pilihan untuk hidupan burung di negara ini. Hutan hujan Malaysia biasanya dibahagikan kepada tiga jenis habitat yang tersendiri: pantai pesisir hutan bakau, hutan hujan tanah pamah dan hutan tanah tinggi.

Eko-sistem hutan paya bakau, di mana air masin bertemu a…

SME Bank tawar pinjaman kepada usahawan di media sosial

Di luar negara, penggunaan laman web e-commerce lebih popular daripada berniaga atau menjual barang di laman media sosial yang digunakan secara meluas di Malaysia.

Bagi yang ingin mengembangkan perniagaan mereka di media sosial, SME Bank memperkenalkan Online Business Financing (OBF).

Pinjaman sehingga RM500,000 disediakan kepada usahawan yang mempunyai jenama atau platform atas talian sendiri.

Ia boleh digunakan untuk pengiklanan dan juga membeli peralatan yang diperlukan mengembangkan perniagaan mereka.

Antara syarat yang untuk memohon pinjaman OBF ialah mempunyai laman media sosial yang aktif selama setahun atau platform atas talian yang dibina sendiri.

Selain itu, mereka yang mempunyai kedai atas talian seperti di Ebay dan Mudah.my juga layak untuk memohon OBF.

Apple akan kuasai ruang tamu dengan Apple TV

Dengan kemas kini yang ditunggu-tunggu, Apple telah mendedahkan rancangannya untuk menguasai segmen ruang tamu, dimana penganalisis berkata syarikat gergasi teknologi itu telah sekian lama mengabaikan segmen berkenaan.

Pada satu acara yang berlangsung di San Francisco baru-baru ini, Apple melancarkan model iPhone baharu, iPad dengan skrin yang lebih besar dan melancar semula Apple TV dimana ia lengkap dengan App Store, integrasi Siri dan alat kawalan jauh baharu.

Namun, Apple akan menghadapi persaingan sengit dari syarikat seperti Amazon dan Roku, yang menawarkan ciri-ciri yang terdapat di Apple TV dengan harga yang lebih rendah.

Set Apple TV baharu akan mula dijual pada penghujung Oktober dengan harga bermula dari $149 (RM650).

Apple melancarkan semula Apple TV apabila pelabur meminta syarikat itu untuk mengurangkan pergantungan kepada iPhone.

Apple TV juga boleh menjadi punca keuntungan bagi syarikat itu namun penganalisis berkata, hasil daripada rancangan dan perkhidmatan akan menjadi k…

Resepi Kerabu Jantung Pisang

KERABU JANTUNG PISANG


BAHAN-BAHAN :
1 biji jantung pisang1/2 cawan ikan bilis kecil - boleh ditambah1 biji bawang besarkerisi secukupnyaGaram secukup rasajus limau nipis secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
3 biji bawang merah1 ulas bawang putih2 biji cili merah - boleh ditambah1 inci belacan dibakar

CARA MEMASAK :
Kopek jantung piasng sampai ke bahagian yang lembut . MAsak air dalam dalam periuk samapi mengelegak dan potong jantung pisang , masukkan jantung pisang ke dalam air rebusan serta masak sampai jantung pisang empuk lembut . Tos dan ketepikan dulu .Tumbuk lumat semua bahan . Kalau nak lagi pedas boleh ditambah cili api .Masukkan bahan ditumbuk ke dalam mangkuk yang sesuai bersama jantung pisang , kerisi secukup rasa , ikan bilis secukupnya dan jus limau nipis secukupnya . Masukkan garam dan gula secukup rasa , dah siap kerabu ni dan boleh dihidangkan .
Kerabu jantung pisang ni dicampur dengan ikan bilis kecil yang digoreng ranggup ,bertambah sedappp...

Resepi-Resepi Lain

Selamat Men…

Resepi Laksa Johor Istimewa

Sajian 2 liter

Bahan-bahanBahan-bahan A (dikisar)

Bawang merah besar 1 biji, Bawang putih 5 ulas, Halia sebesar 2 ibu jari, Cili kering 15 biji, Cili boh sekucup rasa* kalau suka pedas letaklah cili lebih

Bahan-bahan B (dikisar)
2 tin ikan markarel in oil, ikan markarel masin sebesar tapak tangan , sengenggam udang geragau, sengenggam udang fresh kecil-kecil dibuang kulitBahan-bahan C (ulam-ulaman dan dipotong-potong)
Daun kesum, timun, bawang, kacang panjang, cili merah, bawang goreng, nenas limau nipis bunga kantan* Timun untuk laksa johor ni ada cara potong dia. Tak sama macam cara potong untuk makan rojak atau sumbat dalam tahu sumbat. 
Bahan-bahan lain
Rempah kari daging 2 pek kecil, 2 sudu besar kerisik kelapa, 1 sudu petis, santan 2 tin, gula dan garam secukup rasa, asam keping, jus lemon * boleh ganti dengan tamarin.Sambal belacan.
Cara-caranyaBila minyak dah panas, tumiskan bahan-bahan A sampai garing, jangan sampai hangit ye tuan-tuan dan puan-puan.

Then masukkan rempah kari daging…

Keadaan Jerebu di Lembah Klang Tahap Tidak Sihat

KUALA LUMPUR: Lembah Klang paling teruk terjejas dengan jerebu, apabila semua kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga 6 pagi tadi.

Selangor merupakan negeri paling teruk terjejas sejak tengah malam tadi dengan bacaan IPU tertinggi dicatatkan di Banting.

Bacaan IPU di Banting melepasi paras sangat tidak sihat antara 12 tengah malam tadi sehingga 2 pagi tadi dengan bacaan antara 203 dan 211.

Bagaimanapun, bacaan pada 6 pagi tadi, ia menurun kepada 188.

Kawasan lain di Lembah Klang yang mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Batu Muda 188, Pelabuhan Klang 177, Shah Alam 166, Cheras 162.

Putrajaya pula mencatatkan bacaan 179.

Bacaan IPU di Nilai, Negeri Sembilan turut melepasi tahap sangat tidak sihat apabila ia mencatatkan 205 pada 12 tengah malam, sebelum ia menurun kepada tahap tidak sihat dengan bacaan 181, 6 pagi tadi.

Selain nilai, dua kawasan lain di Negeri Sembilan turut mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Seremban 177, dan Port Dickson 171.
Du…

5 Cara Untuk Mengatasi Rasa Bosan Bekerja

Perasaan bosan boleh melanda dan memang biasa timbul apabila kerja datang menimbun. Jangan terburu-buru mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan mencari kerja baru. Lebih-lebih lagi jika anda hanya mengalami masalah kerja biasa atau mengalami kebuntuan. Sebaik-baiknya, kenal pasti masalah anda dan cari penyelesaiannya.

Kemungkinan masalah timbul kerana anda terikat dengan rutin dan mengalami tekanan. Ini bukan masalah yang serius kan? Jika anda berpindah hanya merasa bosan, rasanya tindakan anda kurang bijak dan bertanggung jawab. Ada kemungkinan anda akan merasa bosan dalam perkerjaan baru anda, kemudian anda berpindah lagi. Ini bukanlah sifat pekerja yang mahu anda beri rujukan (recommendation) kan?

Berikut adalah beberapa tips dalam mengatasi kebosanan dalam kerja apabila menghadapi rutin dan tekanan kerja, untuk rujukan anda:

1. Ambil cuti dan melanconglah ke lokasi impian anda.Lakukan aktiviti yang mencabar dan merangsang adrenalin; atau tempat pelancongan yang tenang dan aman.…

Resepi Puding Buah Mangga

Bahan Puding Mangga1 bungkus agar-agar1 liter susu segar cair250 g buah mangga, dipotong halus (sedap jika dapat mangga harum manis)1 sudu serbuk jelly175 g gula pasir300 ml jus manggaBahan Sos Puding350 ml susu segar cair1 sudu tepung jagung larutkan dengan 1 sdm air bersih1/2 sudu kecil vanila pasta1 biji telur, (kuningnya saja).
Cara Membuat Puding ManggaCampur semua bahan seperti jus mangga, serbuk jelly (jeli), susu serta gula. Kemudian masak hingga mendidih.Kemudian tuangkan mangga yang telah dipotong halus, kacau dan biarkan mendidih.Siapkan loyang, dan tuangkan adunan didalamnya, kemudian sejukkan.Untuk membuat sosnya, Campurkan gula ke dalam susu cair yang segar kemudian rebus dan biarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan dan masak hingga mendidih.Sekarang ambil sedikit adunan dan campurkan telur kuning kedalam rebusan saus tersebut kacau hingga sebati dan biarkan hingga mendidih. Siram sos diatas permukaan pudingSelesai

Selamat Mencuba !

Mo…

Tips Rawatan Sakit Gigi Tanpa Ubat

Jika Anda merasakan sakit gigi mungkin itulah sakit yang paling menganggu hidup Anda. Fungsi gigi adalah untuk membantu melembutkan dan juga merobek makanan, bila harus terkena gangguan tentunya proses makan Anda akan terganggu juga. Selain menganggu proses makan Anda, biasanya sakit gigi akan menular dan mempengaruhi sakit di bagian tubuh lainnya.

Misalkan dengan sakit gigi yang muncul, disusul dengan sariawan dan juga pusing di kepala Anda. Gangguan yang muncul pada gigi juga bermacam-macam.Mulai dari gigi berlubang hingga gusi berdarah. Bila Anda merasakan gangguan tersebut sudah menghampiri gigi Anda, segeralah atasi gangguan pada gigi Anda.

Antara cara menghilangkan sakit gigi dan petuanya adalah:1. Hilangkan plakIni cara menghilangkan sakit gigi yang pertama. Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine supaya dapat hilangkan plak pada gigi. Plak antara punca-punca gejala sakit gigi. Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari selepas membasuh gigi.

2. Minyak gamatCara menghilangkan s…

Kisah Istana Bunian di Bachok, Kelantan

Rumah persendirian yang diberi nama Istana Bunian ini direka dan dibina seorang diri oleh Hashyim Rahman di Kg Tok Burung Bachok Kelantan. Hashyim Rahman merupakan seorang tukang rumah yang terkenal dengan hasil kerja seni yang sangat teliti. 
Kerja-kerja pembinaan Istana Bunian ini telah dimulakan sejak tahun 1981 lagi. Namun, Setakat hari ini, ia masih belum siap 100%. Sdr Hashyim membinanya seorang diri sahaja. Jika beliau tidak berpuas hati, beliau akan memecahkan bahagian tertentu dan membinanya semula dengan idea yang baru. 
Jika berkunjung ke Bachok, cari lah Kg Tok Burong dan Anda boleh lihat hasil kerja beliau yang sangat teliti dan berseni. 
Sumber

Resepi Sotong Goreng Tepung Ranggup

Bahan-bahan:Bahan A

1 kg sotong - di bersihkan dan di potong bulat

Bahan B

1 biji telur (whole egg) - dipukul biasa guna garfu
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam
Garam halus - secukup rasa
Serbuk kunyit - kalau suka

Bahan C

3 -5 cawan tepung gandum
1 susu besar baking powder
2 sudu besar tepung jagung (optinal - kalau guna serbuk kunyit, tak nak letak pun takpe)

Note: Gaul sebati biar ketiga-tiga bahan ini bercampur sekata.

Cara-caranya:1. Campurkan sotong (Bahan A) ke dalam campuran Bahan B. Gaul sebati. Dan biarkan seketika (dalam 5-15 minit) untuk mesrakan bahan-bahan dan keluarkan sebanyak mungkin air dari sotong.

2. Selepas itu asingkan sotong dari bekas asal dan masukkan ke bekas baru. Buang air sotong dari bekas asal. Langkah ini penting untuk mengurangkan sikit kelembapan yang boleh mengakibatkan sotong meletup ketika di goreng nanti.

3. Panaskan minyak secukupnya (deep fried). Anda boleh menggunakan periuk atau kuali yang dasarnya dalam supaya bila di masukkan n…

5 perkara menarik mengenai Apple iOS 9

Antara yang diumumkan oleh Naib Presiden Kanan kejuruteraan perisian, Craig Federighi, adalah kemaskini sistem operasi iOS9 yang akan mula dikeluarkan pada bulan September.

Menyasar untuk memperbaiki kelemahan ciri-ciri sistem iOS 8 pada tahun lepas, Apple menumpukan pada kelancaran pemprosesan iOS 9 agar lebih pantas dan kompak.

Berikut adalah antara naik taraf yang menarik mengenai iOS 9.

1 – SiriPenambahbaikan Siri lebih menyerlah apabila dimuatkan kebolehan Proactive Assistant. Ia bermaksud, Siri kini berupaya menyampaikan maklumat dan menjalankan tugasan tanpa apa-apa tindakan dari pengguna. Sebagai contoh, pengguna boleh melihat emel dan menyuruh Siri mengingatkan semula pada kemudian masa.

2 – MultitaskingKhusus buat pengguna iPad, penambahan antara muka baharu membolehkan pengguna membuka beberapa aplikasi baharu. Apabila menekan ‘split view’ pengguna boleh membuat berbilang tugasan dengan memaparkan beberapa aplikasi pada waktu yang sama.

3 – Mod rendah kuasaCiri baru ini berupaya…

Tanah Rizab Melayu Tinggal 12% ?

Tanah rizab Melayu ialah tanah yang telah diwartakan menerusi Enakmen Rizab Melayu 1913 yang dikuatkuasakan di negeri-negeri bagi menjamin pemilikan tanah untuk kaum Melayu di Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 1931, tanah rizab Melayu berjumlah 3,149,225 hektar di seluruh negara. Pada tahun 2009, tanah rizab Melayu berkurangan menjadi 1,578,263.91 hektar sahaja. Kajian terkini menyatakan tanah rizab Melayu hanya tinggal 11.9% sahaja.

Persoalannya, mengapa tanah rizab Melayu semakin berkurangan sedangkan Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan telah menyebut tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama sifat dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan.

Mengapa, setelah tanah rizab Melayu diambil, kerajaan negeri tidak bertindak menggantikan tanah rizab Melayu yang diambil tersebut? Parti manakah yang memerintah kerajaan negeri tersebut?

Bukankah kerajaan negeri yang memerintah tersebut ialah kerajaan yang diperintah oleh orang Me…

Bekalan ternakan korban untuk Aidiladha mencukupi - Shabery

Orang ramai tidak perlu bimbang mengenai bekalan ternakan korban untuk Hari Raya Aidiladha tahun ini kerana stok adalah mencukupi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, statistik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menunjukkan keperluan stok penyembelihan ternakan lembu dan kambing dapat menampung permintaan, malah melebihinya.

Statistik DVS menunjukkan stok bekalan penyembelihan ternakan pada bulan ini adalah sebanyak 54,200 ekor lembu dan 40,493 ekor kambing.

Ia melebihi anggaran keperluan lembu dan kambing bagi tujuan sambutan Hari Raya Haji tahun ini iaitu pada hanya kira-kira 26,200 ekor lembu dan 12,324 ekor kambing.

"Berdasarkan statistik dan anggaran ini, kita yakin jumlah bekalan untuk tujuan korban tahun ini mencukupi," kata Ahmad Shabery pada sidang media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini selepas merasmikan Ekspo dan Forum Livestock Asia 2015.

Perangkaan DVS menunjukkan sebahagian besar ternakan lembu un…

Bekalan ternakan korban untuk Aidiladha mencukupi - Shabery

Orang ramai tidak perlu bimbang mengenai bekalan ternakan korban untuk Hari Raya Aidiladha tahun ini kerana stok adalah mencukupi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, statistik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menunjukkan keperluan stok penyembelihan ternakan lembu dan kambing dapat menampung permintaan, malah melebihinya.

Statistik DVS menunjukkan stok bekalan penyembelihan ternakan pada bulan ini adalah sebanyak 54,200 ekor lembu dan 40,493 ekor kambing.

Ia melebihi anggaran keperluan lembu dan kambing bagi tujuan sambutan Hari Raya Haji tahun ini iaitu pada hanya kira-kira 26,200 ekor lembu dan 12,324 ekor kambing.

"Berdasarkan statistik dan anggaran ini, kita yakin jumlah bekalan untuk tujuan korban tahun ini mencukupi," kata Ahmad Shabery pada sidang media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini selepas merasmikan Ekspo dan Forum Livestock Asia 2015.

Perangkaan DVS menunjukkan sebahagian besar ternakan lembu untuk pa…

Bekas MB Selangor Abdul Khalid dipelawa sertai PAS

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah dipecat daripada PKR, telah dipelawa oleh PAS untuk menyertai parti itu.

Bagaimanapun, katanya beliau belum menimbangkan tawaran itu kerana masih ada perkara untuk diselesaikan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Beliau berpendapat berlaku ketidakadilan berhubung pemecatannya daripada PKR.

Abdul Khalid dipecat daripada PKR selepas beliau enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor seperti diputuskan oleh parti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 anjuran PAS Terengganu di Pulau Serai sebelum ini. Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Resepi Padprik Ayam

Bahan-bahan (Untuk 4-5 orang )

isi ayam -ikut suka byk mne pun,agak2 la...(direbus)1/2 inchi halia (diracik halus)3 ulas bawang merah (diracik halus2)1 batang serai (di ketuk)4 sudu cili boh5 helai daun limau purut (disiat2)6-7 biji cili padi (diketuk)Kubis bungaKacang panjangLobak merahKicap Cap Kipas UdangSos tiramGaram 
Cara-caraMula sekali, isi ayam hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. (Tak perlu direbus terlalu lama)

Kemudian tumis halia, bawang merah,serai sehingga garing dan berbau harum.

Masukkan pula cili boh. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan kicap, garam , secukup2 rasa.

Masukkan pula isi ayam yang telah direbus ; juga stok ayam ke dalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung)

Kacau dan biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn udang@sotong bagi yg meminati seafood.)

Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang & carrot. Kacau seh…

Pakatan Harapan ditubuhkan - Wan Azizah

Persidangan Meja Bulat Pembangkang hari ini bersetuju menubuhkan sebuah pakatan baru, yang diberi nama "Pakatan Harapan".

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, penubuhan pakatan itu merangkumi tiga parti politik iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Katanya, krisis yang melanda negara pada ketika ini telah mendesak parti pembangkang bersatu untuk berdepan Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Wan Azizah yang enggan mengulas lanjut tentang kesediaan menerima penglibatan PAS dalam Pakatan Harapan, menegaskan pakatan itu kini dianggotai oleh tiga parti sahaja buat masa ini.

"Keadilan, DAP dan Amanah. Itu sahaja buat masa ini. NGO bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Persidangan Meja Bulat Pembangkang di sini hari ini.

Turut hadir ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Antara pemimpin pembangkang yang turut hadir sebagai panel adalah, Timbala…

10 fakta menarik berkenaan Al Mashaaer Al Mugaddasah

Berikut adalah 10 fakta menarik  berkenaan perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro:

1. Mula dibuka pada November 2010 dan mula beroperasi pada November 2011

2. Perkhidmatan rel ini hanya beroperasi 7 hari setahun ketika musim haji dan beroperasi terus-menerus selama 24 jam.

3. Menggunakan tren 12 gerabak dengan kapasiti 3,500 penumpang.

4. Kekerapan adalah diantara 2 - 15 minit bergantung pada pergerakan. Terdapat 5 pergerakan berdasarkan ibadat rukun dan wajib haji.

5. Mempunyai 9 Stesen:
Arafah 1Arafah 2Arafah 3Mudzalifah 1Mudzalifah 2Mudzalifah 3Mina 1Mina 2Jamarat (Mina 3)
6. Al Mashaaer Al Mugadassah Makkah Metro dikendalikan sepenuhnya oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mulai musim haji tahun ini. (Kontrak 3 tahun)

7. Operasi musim ini bermula pada 4 pagi, 7 Zulhijjah 1436H bersamaan dengan 21 September 2015 dengan melibatkan 7,400 kakitangan termasuk 400 anak Malaysia

8. Panjang Tren ini adalah 300 meter, dan mempunyai 120 pintu

9. Panjang laluan adalah 18.1 km

10…

Panduan Perjalanan Sempena Aidiladha 2015

Plus Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dan menggesa orang ramai mematuhinya bagi mengelakkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan semasa cuti perayaan Aidiladha.

Menurut kenyataan PLUS, trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dijangka bertambah bersempena perayaan Aidiladha yang disambut Khamis ini dan mereka yang merancang untuk melakukan perjalanan antara 23 hingga 27 Sept dinasihat agar mematuhi TTA.

Mereka dari Lembah Klang dan menuju ke bandar raya utama antara 23 dan 27 Sept dinasihat untuk memulakan perjalanan seperti jadual berikut:

* Antara 6 pagi dan 8 pagi untuk ke Kangar, Alor Setar, Johor Bahru dan Kota Tinggi;

* Sebelum tengah hari untuk ke Kepala Batas, Butterworth, George Town, Bayan Lepas, Batu Pahat, Segamat dan Muar;

* Antara tengah hari dan 2 petang untuk ke Taiping, Kuala Kangsar, Gerik, Jasin dan Melaka;

* Antara 2 petang dan 6 petang untuk ke Ipoh dan Alor Gajah;

* Selepas 6 petang untuk ke Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut, Tanjung Ma…

Penyakit jantung penyumbang utama kematian pramatang di Malaysia

Penyakit kronik berkaitan jantung, diabetes dan strok menjadi penyumbang utama kematian pramatang di negara ini.

Walaupun pelbagai usaha dan kaedah dilaksanakan bagi mencegah masalah penyakit berkenaan, namun ia terus menjadi kebimbangan masyarakat pelbagai peringkat usia.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Feisul Idzwan Mustapha, dianggarkan 50 peratus kematian pramatang di negara ini adalah disebabkan penyakit kardiovaskular.

"Bila saya maksudkan pramatang adalah kematian di bawah usia 70 tahun di mana mereka masih produktif. Jangka hayat rakyat Malaysia kini berada pada purata 74 tahun.

"Secara ekonomi mereka masih (boleh) bekerja. Jadi kita telah kerugian dari segi modal insan di negara.

"Faktor utama dikaitkan dengan dengan penyakit jantung di Malaysia adalah faktor merokok dan juga penyakit hipertensi, darah tinggi," katanya pada Sesi Interaksi Antara Kementerian Kesihatan dan Kumpulan Media sempena Hari Jan…

Sejarah Rawang

Makna RawangRawang ialah bandar di daerah Gombak, Selangor, Malaysia. Ia merupakan ibu daerah Gombak sehingga 1997. Sejarah Rawang bermula di Sungai Rawang.

Mengikut penterjemahan kamus Melayu, Rawang bermaksud kawasan hutan paya. Mengikut catatan sejarah, Sungai Rawang merupakan kawasan paya bertanah selut pada awalnya. Begitulah Rawang mendapat namanya.

Sebutannya dalam bahasa Cina adalah terbalik dengan bahasa Malaysia iaitu “Wang Ra”. Mengikut kata-kata warga emas tempatan, ianya disebabkan oleh bacaan ayat dalam bahasa Cina dahulu yang bermula dari kanan ke kiri. Ini adalah berbeza dengan bacaan tulisan roma yang sebaliknya menerusi papan tanda jalan pada masa dahulu.

Ada juga yang mengatakan bahawa pendatang Cina yang awal rasa terbalikkan sebutan Rawang lebih lancar dan membawa maksud yang lebih bagus.

Apa sekalipun cerita yang diturunkan, sebutan Rawang adalah lebih mirip kepada dialek orang Hakka. Ini kerana orang Hakka dari Wilayah Hui Zhou merupakan pendatang Cina yang mula-m…

Resepi Rendang Maman Minang

Bahan-bahan:1ekor ayam kampung atau boleh juga (1 ekor itik/10 ekor puyuh/1kg daging)2kg sayur maman2 kg santan/6 biji kelapa(perlu banyak santan)Cili api rm1.50/ikut suka pedas8/10 keping asam keping2buku kunyit hidup/agak2garam secukup rasa.
Cara memasaknya:1.Siang daun maman,basuh dan tus terlebih awal
supaya daun maman tidak terlalu basah,

2.Bersihkan daging dan masukkkan ke dalam kuali.

3.Kunyit dan cili api dikisar dan campurkan
ke dalam daging tadi.

4.Kecutkan daging bersama air cili tadi sehingga agak kering,baru masukkan santan.(Kalau kelapa parut,perah lah terlebih dahulu,ambil santan pekat-pekat).Kalau bahan daging tadi agak keras masukkan dulu santan cair.Kalau tiada santan cair,masukkan air cili kisar tadi lebih2.

5.Kacau bahan daging & air cili itu supaya rata.Masukkan garam.Kalau puyuh,dagingnya lembut,eloklah dikeluarkan dulu dan biarkan santan itu mendidih sampai pekat.

6.Setelah pekat masukkan asam keping.Nampak santan tersebut sudah terbit minyak dan pekat baru m…

15 Surprising Uses of Lemons You’d Never Think Of

Whether we put them in our water and soft drinks as taste enhancers or use them as a skincare remedy, there are infinitely more uses of lemons than you might think. If you are not in the habit of keeping these handy citrus fruits around, consider keeping a ready supply: you never know when you might need to call upon this miracle fruit.
You might already have some ideas about uses for lemon oil and other parts of the fruit, but your list is about to get longer. Here are some of the best-kept secret uses of lemons. You’ll never be caught without one again.
1. Say Goodbye to Ink Spots
There is almost no limit to lemon juice uses: this acidic substance can even be used to get rid of stubborn ink spots. It is best to apply the lemon juice before the ink dries, so make sure you have a lemon on hand at all times. After liberally treating the ink stain, wash clothing in cold water and watch the lemon work its magic.
2. Whiten Your Fingernails
Bleaching has long been one of the most common lemon u…

Nasihat Kesihatan Ketika Jerebu

1. GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

2. NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU

Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.Me…

Recommendations by outbrain