Skip to main content

Resepi Gulai Keladi Kemahang dari Kuala Lipis

Gulai Keladi Kemahang

Bahan-bahannya:

Keladi Kemahang
  1. Secekak keladi kemahang
  2. Tempoyak dalam 3- 4 sudu besar (biarlah kuahnya pekat sikit, jangan cair sangat)
  3. 10 ulas cabai burung @ cili api (kalau nak pedas boleh bubuh banyak)
  4. Kunyit hidup satu inci (kunyit serbuk tidak sesuai)
  5. Seikat daum kesum
  6. Bunga kantan ( pilihanlah jika ada)
  7. Sedikit Air
  8. Garam secukup rasa
  9. Sekiranya tempoyak tak berapa masam boleh tambah asam keping dalam sekeping :)
  10. Sedikit gula putih sebagai perisa dan bahan perasa lain amat tidak digalakan :)

Cara- caranya:

  • Tumbuk lada api dan kunyit
  • kalau keladi panjang sangat potong separuh
  • pastu campur semua bahan di atas dalam periuk tambah air sehingga ampuh keladi.
  • Ketika memasak periuk hendaklah di tutup dengan tudungnya.
  • JANGAN dikacau-kacau atau di timbuk-timbuk atau digode-gode (macam buat gulai lemak pulak)
  • tunggu sampai masak sehingga keladi tadi menjadi lembut atau sudah boleh di putuskan dengan sudu
  • Bolehlah ditutupkan apinya.


p/s: Biasa kalau keladi itu gatal payah boleh putusnya. Untuk lebih sedap gulai keladi ini tambahlah jering semai dipotong-potongkan @ petai,terung, terung manggor (pipit) atau terung telunjuk atau campur keledek sahaja best juga.

Tips lainnya campurkan setengah sudu teh minyak masak... petua ini bagi mengelakkan keladi itu menjadi gatal.

Sedapnya susah nak cakap. Kena cuba sendiri dan makan bersama nasi yang panas-panas.

Selamat mencuba !

More Resepi

Popular posts from this blog

Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Buli Di Sekolah

Masalah membuli di sekolah patut ditangani dengan segera supaya tidak menjadi barah yang akan merosakkan pelajar dan sistem persekolahan. Isu gejala buli ini bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar-pelajar malah ibu bapa juga menerima kesannya. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam menangani gejala buli di kalangan pelajar sekolah.

lbu bapa perlu memainkan peranan utama dalam memberi pendidikan awal kepada anak-anak sama ada dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik. Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap masa. Malah, pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja. Di samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar dilakukan kepada anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi

Peranan media massa juga amat penting dalam membendung masalah buli di kalang…

Resepi Sup Ketam Nipah Buat Penawar Demam Denggi

Bahan-bahan:
Ketam nipah (dibersihkan)1/2 inci halia (dikisar/diketuk)2 ulas bawang putih (dikisar)2 ulas bawang merah (dikisar)1/2 bawang besar (dihiris)Sedikit lada putih (dikisar-tak letak pun tak mengapa)Sedikit daun sup dan daun bawang (dihiris)Sedikit bawang gorengSedikit minyak untuk menumisAir secukupnya untuk kuahGaram dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan semua bahan kisar sehingga garing.Kemudian masukkan air biarkan memdidih seketika.Masukkan pula ketam yang sudah dibersihkan.Kemudian tambahkan air lagi sehingga ketam-ketam tu tenggelam. (kuah boleh diperlebihkan untuk dihirup).Kemudian masukkan garam dan sedikit serbuk perasa dan biarkan mendidih dan biarkan kulit ketam bertukar warna menjadi kemerahan sehingga masak menyeluruh. Bila dah masak boleh la padamkan api.Semasa dihidang, taburkan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
Selamat mencuba !

Resepi Lain

Resepi Kek Coklat Indulgence

Adakah anda peminat Kek Secret Recipe? Di sini dikongsikan Resepi Kek Coklat Indulgence ala Secret Recipe.

Bahan Kek2 cwn gula1 3/4 cwn tepung1 cwn serbuk koko1 1/2 sudu teh baking powder1 1/2 sudu teh soda bikarbonat2 biji telur1 cwn susu cair1/2 cwn minyak2 sudu teh esen vanilla1 cwn air
Cara-caranya:Campurkan bahan kering,gaul sebati.Putar telur dan gula hingga kembang.Masukkan susu,air,minyak dan esen vanilla,putar sebati.Masukkan bahan kering tadi gaul sebati.Alas loyang dengan kertas minyak.Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )Biarkan 10 minit sejuk baru keluarkan dari loyang.
Bahan Mousse Putih1 sudu teh gelatin1 sudu besar air panas1 cwn coklat putih1 1/2 cwn whipping cream
Cara-caranya:Larutkan gelatin bersama air panas,biarkan 5 minit.Cairkan coklat cara double boiler.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.Putar whipping cream hingga lembut.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.
Bahan Black Mous…

Recommendations by outbrain