Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di Johor

JOHOR BARU: Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.
"Saya mahu premis vap ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.
"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.
"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini.
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskkandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.
Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu.
Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape ini.
&…

NTT berjaya uji rangkaian 5G di persekitaran pengguna

TOKYO: Syarikat telekomunikasi Jepun terkemuka, NTT DOCOMO Inc buat kali pertama berjaya melakukan transmisi data dalam rangkaian 5G di kompleks komersial, sebagai sebahagian daripada usaha pelancaran sistem komunikasi mobil 5G pada tahun 2020.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, DOCOMO mengumumkan ujian transmisi data yang dijalankan bersama Nokia Networks di kompleks Roppongi Hill di sini pada 13 Oktober lalu berjaya mencapai kelajuan ultra penghantaran data melebihi 2Gbps.

Ujian transmisi data berkenaan menggunakan isyarat gelombang milimeter dengan frekuensi yang sangat tinggi iaitu 70GHZ.

“Ini merupakan satu perkembangan yang sangat penting bagi penggunaan teknologi tanpa wayar 5G yang dapat digunakan di persekitaran pengguna.

“Setakat ini, tiada lagi ujian yang telah mencapai 5G dalam penghantaran data di kompleks komersial seperti pusat membeli-belah kerana masalah stesen pangkalan yang jauh terjarak yang akhirnya menyebabkan pengurangan kekuatan isyarat ketika melalui sistem pen…

Datuk Lee Chong Wei di ranking ketiga dunia

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berada di landasan tepat untuk layak beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil selepas menduduki ranking ketiga dunia, demikian menurut ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan.

Kedudukan Chong Wei dalam ranking dunia melonjak selepas pemain nombor satu Malaysia itu meraih tiga gelaran berturut-turut di Terbuka Perancis, China dan Hong Kong, baru-baru ini.

Chong Wei kembali beraksi pada kejohanan kompetitif Jun lepas, selepas menjalani penggantungan selama lapan bulan oleh BWF kerana kesalahan doping.

Berikutan itu, ranking beliau jatuh merudum daripada pemain nombor satu dunia kepada kedudukan ke-180.

Mengulas pencapaian itu, Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berkata ranking Chong Wei naik mendadak daripada kedudukan ke-180 kepada ketiga dunia, dalam tempoh kurang enam bulan.

"Chong Wei menampilkan prestasi mengagumkan...ia pencapaian yang heb…

Bercuti Sambil Berkerja di KidZania !

Cuti Sekolah ini, Jangan lupa berkunjung ke KidZania, bandar yang dibina khusus untuk kanak-kanak!

KidZania merupakan suatu tempat di mana kanak-kanak diberi peluang menjadi orang dewasa dengan pelbagai kegiatan dan aktiviti yang disediakan khusus untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 14 tahun.

Terdapat 60 ‘syarikat’ di KidZania yang menawarkan peluang kepada kanak-kanak untuk ‘bekerja’ seperti ibu bapa mereka, samada sebagai seorang juruterbang, tukang masak, peguam mahupun doktor gigi.

Terdapat suatu ruangan khas untuk bayi juga, yang dikenali sebagai ‘Rumah Urbano’. Di sini, kanak-kanak yang berusia 3 tahun dan ke bawah berpeluang mendengarkan kisah penceritaan (Story-telling), memasak makanan kegemaran mereka, mewarna, dan banyak lagi.

Panduan PerjalananMelalui TeksiKidZania terletak di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara. Anda boleh menggunakan teksi ke destinasi tersebut yang terletak di pesisiran bandaraya Kuala Lumpur di Petaling Jaya.

Melalui BasTerdapat bas RapidKL yan…

Rancang cuti sekolah elak masa terbuang.

Cuti sekolah tiba lagi. Ketika ini pelbagai ragam dan keadaan dialami pelajar sekolah yang memulakan cuti semester akhir penggal persekolahan tahun 2015. Ketika ramai yang sudah mengemaskan beg sekolah masing-masing dan menutup buku lama.

Ada yang gembira dan bersedih apabila sudah menerima keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 yang diumumkan sebelum ini. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan sekalung tahniah kepada pelajar yang berjaya mencapai keputusan cemerlang 5A dan 7A dalam ujian itu. Kepada yang kurang menyerlah, usah bergundah-gulana kerana perjuangan belum selesai. Anda tetap boleh melanjutkan pelajaran di Tingkatan Satu pada tahun 2016 nanti.

Bercerita pengalaman cuti sekolah yang pernah saya lalui beberapa tahun lalu amatlah menarik untuk dikongsi bersama pelajar, guru dan ibu bapa kepada lebih 5,218,621 pelajar seluruh negara.

Dulu lain, sekarang pula lain. Saya menggunakan masa lapang sempena cuti sekolah ketika berada dalam alam sekolah menengah den…

12 Great Reasons You Should Drink Warm Lemon Water Every Morning

Are you looking for an easy way to improve your overall health? Then you should look no further because drinking lemon water every morning is a simple routine to get into and will have tremendous effects on your health.

There are so many health benefits of lemons that have been known for years. Lemon’s most important benefits are their strong antibacterial, antiviral, immune-boosting powers and their use as a weight loss aid. Lemons are also packed with vitamin C, B, calcium, iron, magnesium, potassium, enzymes, antioxidants, and fibers.

So wait no more and jump start your day with this incredibly simple morning routine.

Lemon Water:


Just squeeze 1/2 fresh lemon (organic if possible but not bottled lemon) with each glass of lukewarm water and then drink it first thing in the morning before you eat or workout.

Benefits to Drinking Warm Lemon Water Every Morning:

1) Boosts Your Immune System

A great source of vitamin C that helps in fighting common colds because it increases immune system resi…

Persediaan Penting Seorang Wanita Sebelum Umur 30 Tahun

Adakah anda seorang student? Ataupun baru sahaja graduasi? Sekarang, sedang bercadang untuk berkahwin pula?

Biasanya, ramai mencari maklumat tentang persediaan perempuan sebelum kahwin. Ada juga yang agak curious, bersungguh-sungguh memenuhkan ilmu di dada tentang persediaan perempuan sebelum malam pertama.

Selepas berkahwin pula, mulalah mengunjungi banyak blog untuk mencari maklumat tentang persediaan perempuan sebelum bersalin dan semasa berpantang. Biasanya, bila sudah sampai tahap ini, umur masih dalam lingkungan 20-an.

Namun, tidak ramai yang memikirkan tentang persediaan perempuan sebelum umur 30 tahun. Apa yang perlu dibuat?

Boleh mula dari sekarang!

1. Kumpul harta
Ramai orang muda sibuk nak beli kereta baru. Waktu ni semua tengah berlumba-lumba tunjukkan kejayaan masing-masing lepas tamat graduasi. Tapi saya cadangkan, lebih elok kumpul harta seperti rumah atau emas.

Rumah kecil pun tak ada masalah sebab setiap tahun nilainya meningkat. Sama macam emas juga. Kereta pula nilainya tu…

9 Sebab Mengapa Kita Perlu Pergi Bercuti

Seronok tak kalau dapat bercuti panjang ? I have a week’s worth of fabulous guest posts in store for you while I’m gone… and I hope you will give them all a warm welcome. :-)

For your information, minggu hadapan, jika anda mengambil cuti sehari sahaja pada hari Isnin 9 November, anda dapat pergi bercuti untuk 4 hari kerana Selasa 10 November merupakan cuti umum Hari Deepavali. Rancang percutian anda semasa 7-10 Nov 2015.


So, Mengapa kita perlu pergi bercuti ?

After a lot of thinking and reading about this subject….here are some of the reasons I think that traveling is a lot more important that we think it is (or at least than *I* thought it was in the past.)


1. Kurangkan Tekanan

Bercuti memberi kita peluang untuk rehat dan melepaskan tekanan. It gives us a break from our fast-paced lives. Of course, traveling can be stressful in its’ own way, but travel stress is positive stress, not the kind of anxiety caused by work or tension related to home life.

2. A Necessary Escape

It sucks to be stuc…

Adakah Anak-Anak Kita Mempunyai Tabiat Makan Yang Betul?

Satu kajian yang dijalankan dua tahun lepas oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:

1. Tidak mengambil sarapanSatu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas. Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.

2. Snek tidak sihatEmpat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba waktu…

10 Rekod Kemenangan Terbesar Bayern Munich

FC Bayern boleh melihat kembali pada rekod 999 kemenangan sebelum ini dalam Bundesliga. FC Bayern telah mencapai 1000 kemenangan setelah menang ke atas 1. FC Köln pada perlawanan ke 10 Bundesliga. Kita lihat kembali pada 10 kemenangan terbesar FC Bayern Munchen yang pernah direkodkan di dalam liga utama Jerman, Bundesliga.

Recommendations by outbrain