Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Happy New Year 2016

CONSIDERATIONS FOR 2016

________________________________ 1. ON EARNING: Never depend on single income. Make investment to create a second chance. _________________________________ 2. ON SPENDING: If you buy things you do not need, soon you will have to sell things you need. ________________________________ 3. ON SAVINGS: Do not save what is left after spending, but spend what is left after saving. ________________________________ 4. ON TAKING RISK: Never test the depth of a river with both feet. ________________________________ 5. ON INVESTMENT: Do not put all eggs in one basket. ________________________________ 6. ON EXPECTATIONS: Honesty is a very expensive gift. Do not expect it from cheap people. ________________________________ 7. Past is a waste paper, present is a newspaper, and future is a question paper. Come out of your past, control the present, and secure the future. ________________________________ 8. When bad things happen in your life, you have three choices. You can either let it define you, let it destroy you or …

Jangan tergesa-gesa beli rumah baru

KUALA LUMPUR: Pembeli dinasihatkan untuk tidak tergesa-gesa membeli rumah biarpun dengan harga rumah yang dijangka akan terus turun.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) Chang Kim Loong, ini kerana pembeli harus terlebih dahulu menilai kemampuan mendapatkan pinjaman perumahan.

Ia bagi memastikan tidak berlaku bebanan hutang melampau.

Beliau berkata HBA sudah menjangka trend penurunan harga rumah susulan harga penawaran yang melampaui kemampuan pembeli.

Tambah Kim Loong, 2016 bakal menyaksikan diskaun harga rumah lebih tinggi berbanding tahun ini.

“Jangan terburu-buru apabila membeli rumah. Tahun ini sahaja banyak diskaun ditawarkan dan tahun depan ia dijangka meningkat.

“Periksa dahulu dengan institusi kewangan status kewangan anda untuk mendapatkan pinjaman. Jangan terperangkap untuk membeli rumah tetapi permohonan pinjaman tidak diluluskan oleh bank,” kata Kim Loong dalam rakaman temubual bersama wartawan.

Beliau pada masa berkata wujud pembeli yang terl…

Jangka hayat Pakatan Harapan dijangka lebih pendek dari Pakatan Rakyat?

PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) menjangkakan jangka hayat Pakatan Harapan (PH) lebih pendek dari Pakatan Rakyat (PR).

Berdasarkan kepada konflik yang berlaku antara parti-parti komponen dalam PH hari ini, ditambah lagi dengan masalah dalaman di dalam parti masing-masing, dijangkakan paling lama hayat PH boleh bertahan ialah sebaik sahaja selepas PRU 14 (Pilihan Raya Umum ke-14).

Malah PPP tidak menolak, kemungkinan gabungan itu berakhir lebih awal dari PRU 14 juga adalah tinggi, berikutan satu demi satu konflik di kalangan mereka timbul.

Sehingga hari ini, PH masih belum mempunyai keputusan bersama terhadap TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik) walaupun setelah hampir sebulan dokumen perjanjian tersebut didedahkan.

DAP dilihat cenderung untuk menyokong TPPA, manakala PKR sehingga hari ini masih berdiam meskipun sebelum ini mereka mahu menunggu sehingga dokumen itu didedahkan.

PAN (Parti Amanah Negara) pula, hanya segelintir pimpinan pemudanya kelihatan membantah, manakala pimpinan…

Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Sepang dan Kuala Langat 28 Disember

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Sepang dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan dan tekanan air rendah berikutan kerja membaiki meter paip agihan utama serta menaik taraf paip sedia ada.

Antara kawasan yang terlibat termasuk Pekan Dengkil; Kampung Dengkil; IPD Sepang; Mahkamah Sepang; SMK Sri Sepang; Tanjung Sepat New Village; dan Berek Polis Tanjung Sepat.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Amin Lin Abdullah berkata gangguan air itu akan berlaku bermula 9 malam Isnin depan (28 Dis) sehingga 5 pagi keesokan harinya.

"Pengguna dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 28 Dis ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata bekalan air dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh 16 jam bermula 5 pagi (29 Dis).

Pengguna boleh memuat turun aplikasi telefon pintar mySYABAS (melalui Google Playstore and AppStore) atau melayari www.syabas.com.my; Facebook SYABAS puspel atau Twitter SYABAS puspel Syabas…

Wajarkah Mourinho dipecat? soal netizen

Wajarkah pengurusan pasukan bola sepak Chelsea memecat jurulatih Jose Mourinho?

Itulah persoalan yang ditimbulkan oleh peminat bola sepak di media sosial.

Rata-rata mempersoalkan tindakan tersebut.

Mourinho membimbing pasukan Chelsea untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga pada musim lepas, selepas kembali semula ke kelab bola sepak itu pada 2013.

Setakat ini, pasukan tersebut berada 1 mata di luar zon penyingkiran selepas tewas 9 daripada 16 perlawanan.

#ThankYouMourinho#CFC#OneOfUspic.twitter.com/IzkeGRmtjE — Nelson (@OfficialNelson_) December 17, 2015

Huge mistake!! Everyone can all make mistakes, he doesn't deserve it. #ThankYouMourinho#CFC 👏👏 pic.twitter.com/TyA1NIzzMd — Mandresy Rafa (@ManRafa8) December 17, 2015

CHELSEA FC biggest mistake in 2007: Sacking José Mourinho. CHELSEA FC biggest mistake in 2015: Sacking José Mourinho. — . (@iChelseaTweets) December 17, 2015

Kerajaan belum cadang benarkan pengeluaran KWSP untuk bayar hutang kad kredit

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan bayaran balik hutang kad kredit, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata ini kerana prinsip KWSP adalah sebagai sebuah organisasi keselamatan sosial yang menyediakan simpanan untuk persaraan ahli.

"Caruman di Akaun 2 KWSP iaitu dalam kategori akaun prapersaraan boleh dikeluarkan namun hanya untuk tujuan tertentu seperti kesihatan, perumahan dan pendidikan.

"Sekiranya terdapat permintaan untuk meningkatkan pengeluaran untuk tujuan lain dikhuatiri akan menjejaskan jumlah yang mencukupi untuk ahli bersara kelak," katanya, menjawab soalan Senator Datuk Goonasakaren Raman yang ingin tahu sama ada kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP untuk membayar balik hutang
kad kredit.

KWSP menetapkan 70 peratus caruman untuk Akaun 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2.

Bagaimanapun, Chua berkata kerajaan telah mewu…

Soviet Union's Secret Space Cannon

In 1975, the USSR actually fired a cannon from an orbiting space station. Forty years later, we finally got a good look at this gun. A quarter of the century after the end of the Cold War, the only cannon that has actually fired in space finally comes to light.Installed on the Almaz space station in 1970s, the R-23M Kartech was derived from a powerful aircraft weapon. The original 23-millimeter cannon was designed by Aron Rikhter for the Tupolev Tu-22 Blinder supersonic bomber. That gun is relatively well known. However, its space-based cousin had largely remained in obscurity.Until now. This year, thanks to a Russian television show, the world got to see grainy footage of the space gun. Using that footage, we created the virtual model of the R-23M that you see above. Here's the inside story:This year, thanks to a Russian TV show, the world got to see grainy footage of the space gun. From the dawn of the Space Age, the secrecy-obsessed Soviet military was terrified by the prospect o…

BRUNEI NEVER BANNED NON-MUSLIMS TO CELEBRATE CHRISTMAS

Recently, there has been news spreading about the state of Brunei Darussalam which has banned Christmas celebrations in that country. I wish to state here that this news was instigated in order to create misunderstanding about Brunei by saying that it does not recognize freedom of religion and never intend to discriminate those who are not Muslims. The News with the headline, 'The Sultan of Brunei has banned the celebration of Christmas' depicted the country of not giving the Christians their due permission to celebrate their religious festivals, the Christmas, and one will be sentenced to prison if they are found guilty.
First, we should know the fact that the mentioned headline is clearly contradict with the Friday sermon delivered on the 4th of December 2015 in several mosques in Brunei Darussalam. Accordingly, the sermon containing the prohibition of celebrating Christmas is directed only to the Muslims. As for those of other religion, they are allowed to celebrate their re…

Azman Mokhtar terajui Khazanah hingga Mei 2019

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd telah memperbaharui kontrak pekerjaan Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Jun, 2016 hingga 31 Mei, 2019.

Azman, 54, memegang jawatan itu pada 1 Jun, 2004, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khazanah adalah dana pelaburan strategik kerajaan yang diamanahkan untuk memegang dan menguruskan aset komersial kerajaan dan menjalankan pelaburan strategik.

Dana pelaburan strategik itu terlibat dalam pelbagai sektor seperti tenaga, telekomunikasi, institusi kewangan, penjagaan kesihatan, penerbangan, infrastruktur, riadah dan pelancongan, hartanah, media dan kreatif, pendidikan serta teknologi dan inovasi.

Beberapa syarikat tersenarai utama dalam portfolio pelaburan Khazanah termasuklah Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, CIMB Group, Axiata Group Bhd, IHH Healthcare Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd dan UEM Sunrise Bhd.

Sazali Samad digantung 4 tahun selepas positif ujian doping

KUALA LUMPUR: Atlet bina badan negara Sazali Samad dikenakan hukuman gantung empat tahun bermula 22 Sept lepas, iaitu tarikh keputusan ujian, selepas didapati positif ujian doping.

Timbalan Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) Datuk Dr Ahmad Badrus Othman berkata Sazali menerima keputusan tersebut tanpa bantahan dan atlet berusia 48 tahun itu juga tidak berhasrat membuka ujian sampel B.

Beliau berkata Sazali, yang telah 20 tahun mengharumkan nama negara, hanya menyedari makanan tambahan diambilnya mengandungi bahan terlarang selepas Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) mengeluarkan keputusan ujian berkenaan.

"Sazali juga tidak merujuk kepada Institut Sukan Negara (ISN) tentang suplemen itu. Kita menerima penjelasan Sazali bahawa pengambilan bahan tersebut bukanlah disengajakan tetapi ekoran kecuaian beliau sendiri.

"Sazali adalah atlet bina badan yang sangat berdisiplin, beliau banyak mengharumkan nama negara. Kita faham, beliau sendiri juga kesal dengan apa terj…

2016 tahun mencabar, kerajaan mungkin tarik semula subsidi - KRI

Khazanah Research Institute (KRI) menjangkakan kerajaan tidak mempunyai pilihan selain mengkaji semula pemberian subsidi kepada rakyat pada tahun depan.
Pengarah Penyelidik KRI, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata walaupun kejatuhan harga minyak akan memberi sedikit kelegaan kepada rakyat, namun ia akan memberi kesan secara langsung kepada pendapatan negara.
Tambahnya, jika kerajaan terpaksa menarik semula subsidi, ia sekaligus akan memberi tekanan kepada rakyat seiring peningkatan kos sara hidup masa kini.
"Apabila harga minyak jatuh, pendapatan juga akan berkurang. Mungkin kerajaan akan mengkaji balik subsidi-subsidi (yang akan diberikan kepada rakyat).
"Adakah kita mampu memberi subsidi ataupun tidak. Ini memberi tekanan sekali lagi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi pihak media.
Malah, katanya beberapa faktor lain akan turut membelenggu rakyat pada tahun 2016 terutama membabitkan nilai pertukaran mata wang dan kos pengangkutan.
"Bagi saya, tahun 2016 amat mencab…

Adakah ini Manuskrip Milik Abu Bakar as-Siddiq?

Penemuan sebahagian helaian manuskrip Al-Quran di Universiti Birmingham pada Julai 2015 lalu telah mencetuskan beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh pengkaji manuskrip. Antara hasil kajian yang telah ditemui setakat hari ini ialah:
1) Usia helaian manuskrip ini ialah sekurang-kurangnya 1370 tahun. Ujian radio karbon meletakkannya antara tahun 568 dan 645. Nabi Muhammad wafat pada tahun 632.
2) Prof David Thomas daripada University Birmingham menyatakan bahawa penulis manuskrip ini berkemungkinan mengenali Nabi Muhammad. Namun, kajian berdasarkan kaedah penulisan dan bentuk tulisan khatnya mencadangkan bahawa ia tidak ditulis pada zaman Nabi Muhammad.
3) Jamal bin Huwareib dari Mohammed bin Rashid Al Maktoum Foundation menyatakan bahawa ia adalah sebahagian al-Quran versi awal yg dikumpulkan oleh Abu Bakar Al-Siddiq, khalifah Islam yg memerintah dari tahun 632-634. Kualiti bahan dan kualiti tulisannya menunjukkan ia ditulis untuk seseorang yang penting kedudukannya.
4) Manuskrip ini p…

Facebook bakal perkenal servis perkhidmatan pengangkutan di Messenger

Messenger kini dalam kajian untuk memperkenal satu ciri baharu iaitu perkhidmatan pengangkutan menerusi aplikasi tersebut.

Dengan ciri baru ini, pengguna boleh menempah teksi tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan atau meninggalkan kotak perbualan mereka.

Segala urusan termasuk penempahan serta pembayaran boleh dilakukan menerusi aplikasi Messenger bagi memudahkan pengguna.

Menurut satu kenyataan Facebook, Uber merupakan servis pengangkutan yang pertama yang akan berkolabarasi dengan Facebook bagi tujuan ini.

Rangkaian sosial ini mengumumkan bahawa ia akan membolehkan pengguna menempah pemandu Uber menerusi Messenger, tanpa perlu meninggalkan perbualan mereka.

Servis terbaru boleh didapati menerusi Messenger versi terbaru.

Pengguna hanya perlu tekan pada butang ‘menu’ dan kemudian pilih butang ‘transportation atapun memilih ikon 'kereta' yang akan terpapar pada skrin telefon.

“Kami dalam usaha untuk menjadikan pengangkutan semudah menghantar mesej," kata Pengurus Pro…

Anak perempuan Mark Zuckerberg jadi bintang Facebook sekelip mata

KEPUTUSAN pengasas Facebook, Mark Zuckerberg untuk bercuti selama dua bulan setelah kelahiran anak perempuannya nyata memberi pelbagai manfaat.

Lebih banyak masa diluangkan Zuckerberg bersama keluarganya selain sering berkongsi detik-detik indah itu di laman media sosial yang diasas oleh beliau sendiri.

Susulan itu, anak perempuannya Maxima Chan sering menjadi tarikan netizen di media sosial dan 'ditatang' bagaikan seorang selebriti.

Melihat kepada perhatian yang diberikan kepada Maxima, si comel ini bolehlah dianggap sebagai seorang Bintang Facebook.

Berikut tiga sebab kenapa Maxima layak menerima nama jolokan itu:

1. Anak Pengasas Facebook

Hakikat bahawa Maxima Chan ialah anak kepada Zuckerberg, antara jutawan paling muda di dunia, sudah memadai untuk beliau berada di kaca mata dunia.





2. Peminat yang ramai

Setiap kali Zuckerberg memuat naik gambar Maxima Chan, berjuta-juta komen serta ‘likes’ ditinggalkan netizen. Malah, ada yang tidak sabar untuk melihat lebih banyak gambar s…

Zimbabwe to make Chinese yuan legal currency after Beijing cancels debts

Zimbabwe has announced that it will make the Chinese yuan legal tender after Beijing confirmed it would cancel $40m in debts.“They [China] said they are cancelling our debts that are maturing this year and we are in the process of finalising the debt instruments and calculating the debts,” minister Patrick Chinamasa said in a statement.Chinamasa also announced that Zimbabwe will officially make the Chinese yuan legal tender as it seeks to increase trade with Beijing.Zimbabwe abandoned its own dollar in 2009 after hyperinflation, which had peaked at around 500bn%, rendered it unusable. It then started using a slew of foreign currencies, including the US dollar and the South African rand.The yuan was later added to the basket of the foreign currencies, but its use had not been approved yet for public transactions in the market dominated by the greenback.Use of the yuan “will be a function of trade between China and Zimbabwe and acceptability with customers in Zimbabwe,” the minister sai…

Disebalik cahaya festival 'Fear, Love, Hope'

KUALA LUMPUR: Menggabungkan tiga elemen - pendidikan, hiburan dan keusahawanan, Festival Fear, Love, Hope (F.LO.H) mahu menarik perhatian umum khususnya golongan muda untuk terus bergiat aktif dalam bidang-bidang terlibat.

Menekankan konsep keseimbangan dalam aktiviti yang dilakukan, idea dua selebriti ini, Erwan Muhibbain dan Adeep Nahar memfokuskan kepada aspek amal kebajikan bukan sahaja dari segi dana malah menerusi perkongsian ilmu.

"Matlamat Festival F.LO.H ialah kita nak mempromosikan keseimbangan, guru kita ingatkan cinta itu di antara takut dan haram, kebimbangan serta harapan, kalau kita ada kebimbangan sahaja kita tidak boleh terbang, jika kita ada harapan saja tidak ada ketakutan tidak boleh terbang juga, jadi bila ada dua-dua mahabbah, cinta akan hadir, akan muncul," jelas Erwan kepada Astro AWANI.

Berpegang kepada tiga slogan utama - Find the Floh, Feel the Floh dan Go with the Floh, Erwan menegaskan, festival yang dianjurkan ini bukan untuk komersial semata-…

Penduduk Tawau panik seketika akibat gegaran

TAWAU: Penduduk sekitar pantai timur Sabah khususnya di daerah Tawau panik seketika apabila berlaku gegaran kuat sehingga menyebabkan orang ramai termasuk di pusat bandar berlari keluar ke jalan raya.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi, gegaran berukuran 6.2 magnitud tersebut berlaku pada pukul 2.47 pagi tadi yang berpusat di Tarakan, Indonesia kira-kira 96km dari Tawau.

Gegaran juga dapat dirasai di Semporna dan Lahad Datu.

Apple nobat Periscope sebagai aplikasi terbaik 2015

Apple telah mengumumkan senarai terbaik tahunan pilihannya, dengan aplikasi Periscope menduduki tempat pertama.

Periscope merupakan aplikasi penstriman video secara langsung yang dimiliki oleh Twitter.

Aplikasi suntingan gambar, Enlight, pula berada di tempat kedua.

Turut berjaya menempatkan diri di dalam senarai top 5 adalah aplikasi foto popular iaitu Instagram.

Antara yang turut berada di dalam senarai terbaik tahun ini ialah Lara Croft GO sebagai aplikasi permainan terbaik, Workflow sebagai aplikasi iOS paling berinovatif, dan Dark Echo sebagai aplikasi permainan paling berinovatif.

Aplikasi berbayar terbaik tahun ini adalah Heads Up! Games, manakala Clash of Clans dinobatkan sebagai aplikasi dengan pulangan tertinggi.

Pemecatan Mourinho: Penyokong dakwa karma daripada Eva Carneiro

HARI INI, peminat bola sepak khususnya tertumpu kepada isu pemecatan pengurus Chelsea, Jose Mourinho.

Hal tersebut bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan ia sudah menjadi topik perbualan hangat apatah lagi selepas kekalahan kelab berkenaan kepada Leicester baru-baru ini.

Ia sekali gus menyaksikan Chelsea terperosok ke tangga 16 dalam Liga Perdana Inggeris.

Penyokong berpendapat apa yang berlaku kepada Chelsea musim ini agak pelik dan meletakkan Mourinho sebagai punca.

Namun apa yang menarik, ramai juga yang percaya bahawa apa yang terjadi kepada Mourinho adalah balasan di atas tindakannya terhadap bekas pakar perubatan pasukan tersebut, Dr Eva Carneiro.

Ramai yang membanjiri laman sosial dengan hashtag #evacarneiro dan #evacarneirokarma.


#Mourinho downfall led from the abusive behaviour towards #EvaCarneiro. His arrogant outburst suggested he thought he was untouchable. — rod bishop (@rodbishop15) December 17, 2015

Never, just never make Eva #Carneiro angry #MourinhoSackedpic.twi…

849 kemalangan, 36 kematian di LPT2 sehingga November

KUALA LUMPUR: Sebanyak 849 kes kemalangan dengan 36 kematian dicatatkan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dari 1 Februari hingga November tahun ini, persidangan Dewan Negara diberitahu Selasa malam.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata daripada statistik itu juga, sebanyak 664 kes kemalangan adalah berpunca daripada faktor manusia seperti memandu dalam keadaan mengantuk, memandu melebihi had laju yang diwartakan, cuai serta gagal mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan.

"Faktor persekitaran seperti pencerobohan haiwan liar atau haiwan ternakan dan air bertakung mencatatkan jumlah 113 kes dan 72 kes kemalangan disebabkan oleh faktor mekanikal kenderaan.

"Didapati kes kemalangan maut tidak berlaku di lokasi yang beralun tetapi ia melibatkan laluan yang lurus dan permukaan lebuh raya yang baik atau tidak beralun," katanya dalam ucapan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 bagi kementeriannya di sini, pada Selasa.

LPT2 dibuka sepenuhnya …

Pak Long...jaga-jaga! Sekerap dalam pot, nanti hilang!

Jaga-jaga Pak Long...sekerap dalam pot, nanti hilang...
Hujan kemarau yang tak menentu di akhir tahun macam minggu ini memang mencemaskan orang motong. Dua minggu lagi sekolah akan  dibuka. Baju seluar, kasut stokin, tali pinggang, beg kena beli baru...hari mula buka sekolah nanti, buku tulis kena beli dan yuran PIBG lagi kena bayar. 
Anak-anak orang motong mungkin tak bertukar pakaian tahun baru nanti. Bagi anak yang melangkah ke sekolah menengah, mak bapa tiada pilihan selain terpaksa membeli.
Sekerap dalam pot itulah modalnya. Ada yang sudah seminggu di simpan, ada yang kembung ada yang nipis ditimpa hujan bercampur bertindih dalam pot. Sebahagian besar daripada kami di daerah terperosok ini, bau getah sekerap adalah wangi, titisannya adalah penyambung nyawa, ketulan bekunya umpama slip gaji.
Andainya hujan menimpa diwaktu siang, susu meleleh pergi bersama peluh, andai hujan turunnya malam, esok lusa dapur mungkin tidak berasap.
Dua minggu lepas, seorang ustazah bercerita dalam ceramahn…

Bolehkah Persekutuan Malaysia berpecah?

Malaysia sudah wujud sebagai sebuah negara merdeka yang berdaulat hampir 6 dekad.

Tidak seperti Hong Kong dan Singapura yang merupakan nadi perdagangan British di Timur, pihak penjajah British tidak banyak membuat pelaburan di Tanah Melayu dan British Borneo untuk tujuan pembangunan infrastruktur.

Pihak penjajah British menjarah habis-habisan hasil kekayaan negara untuk tujuan kepentingan ekonomi British sahaja.

Nasib rakyat tempatan tidak terbela.

Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia muncul kini sebagai salah sebuah negara perdagangan yang terbesar di dunia.

Pembangunan yang begitu pesat dikagumi seantero dunia.

Kualiti hidup rakyat dan tahap pendidikan anak bangsa mengalami peningkatan yang memberansangkan terutamanya di kalangan Bumiputra, golongan yang terpinggir sewaktu zaman penjajahan.

Walaubagaimanapun, kini terdapat suara-suara yang mendorong terhadap pemisahan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Adakah ini sesuatu yang tidak mustahil menurut amalan undang-undang an…

Cukai lapangan terbang mungkin ditingkatkan

SUBANG JAYA: Caj perkhidmatan penumpang, atau lebih dikenali sebagai cukai lapangan terbang, mungkin akan ditingkatkan.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, cukai lapangan terbang perlu dikaji semula setiap tiga tahun berdasarkan perjanjian dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

"(Peningkatan harga) akan berkuat kuasa, kerana ia sudah dalam perjanjian.

Kita tidak perlu membuat pengumuman melainkan jika kerajaan mahu menghentikan atau mengkaji semula perjanjian itu, tetapi selagi ia ada dalam perjanjian itu, kita tidak boleh mengubah keputusan ini," kata beliau.

Pada 1 Disember lalu, Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata cukai lapangan terbang akan mencapai kitaran lima tahun bulan hadapan.

Beliau bagaimanapun berkata sebarang keputusan mengenai kajian semula cukai lapangan terbang bergantung kepada kerajaan.

Pada masa ini, cukai lapangan terbang untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ialah RM65 bagi penumpang antarab…

Famous Chinese Steamed Tilapia @ Lan Je, Rawang

Rawang: A restaurant so famous for its steamed tilapia (Fei Zhou Yue or African fish, anyone?), one has to endure the horrendous traffic at peak hours (a good half an hour from the toll exit in Rawang), brace the heat (the restaurant ain’t air-conditioned nor shielded from the sweltering heat fully, aside from the misty air blown from the many fans with vapours), and patience tested to the limit from the 15 minutes stand-by mode at the sidewalk waiting for a seat, AND roughly 20 minutes cooking time. Phew.


But when such simple and unassuming outlet has got the legendary boo_licious and so many others singing praises, you know it’s gotta be good!



Refrain from arriving during peak hours. The shop’s opened for lunch and dinner, but come public holidays/weekends, the queue for a table can be a rather …. unforgiving o rdeal. Fortunately, the staff are helpful, and thankfully remember who’s first, and who’s last, and who’s the impatient in-betweener who’s trying to sneak up and play dirty.

If …

Angin kencang dan laut bergelora dijangka berterusan sehingga Ahad

KUALA LUMPUR: Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan dan Palawan bermula Rabu hingga Ahad ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata angin kencang timur laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan itu.

Jabatan itu berkata keadaan tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti rekreasi laut.

Sejarah Serendah

Sejarah Pembukaan SerendahSejarah pembukaan Serendah bermula dari Sungai Serendah. Paras tanah yang rendah menyebabkan kawasan ini sering dibanjiri selepas hujan lebat. Oleh itu penduduk tempatan telah mengambil singkatan “rendah” serta menamakan tempat ini sebagai Serendah.

Untuk mengatasi masalah banjir, penjajah British telah membina sebuah empangan yang mempunyai tujuh perigi di hadapan empangan tersebut. Perigi-perigi tersebut dapat melepaskan air hujan dengan cepat apabila berlaku hujan lebat.

Sebutan Serendah dalam bahasa mandarin lebih mirip kepada dialek Hakka. Ini disebabkan Serendah yang merupakan salah satu pusat perlombongan bijih timah telah menarik ramai pendatang Cina keturunan Hakka ke situ.

Mengikut catatan Tokong Sin Sze Si Ya Kuala Lumpur, Para pendatang Cina yang menceburi sektor perlombongan di Tanah Melayu mula bertapak di Melaka. Dari Melaka, mereka memulakan aktiviti perlombongan di Lukut, Seremban, Semenyih, Kajang dan ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, mere…

Recommendations by outbrain