Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Pasukan bola keranjang di AS reka pakaian 'syariah compliant'

Apabila bercakap tentang sukan, harus diakui tidak banyak sukan yang menyediakan pemakaian yang mematuhi syariat bagi wanita Islam. Kebanyakan ahli sukan wanita perlu memikirkan sendiri cara bagaimana mahu menutup aurat dan dalam masa yang sama, melakukan aktiviti sukan dengan selesa.

Justeru, apa yang dilakukan oleh gadis-gadis muda di Minnesota, Amerika Syarikat ini, boleh dianggap sebagai satu langkah proaktif bagi wanita Muslim yang gemar bersukan.

Pasukan bola keranjang wanita Cedar Riverside di Minnesota, yang menggelarkan pasukan mereka sebagai Lady Warrior, telah bertahun bergelut dengan masalah pemakaian.

These girls redesigned their basketball uniforms because they're the best: http://t.co/hDRBpcMGBIpic.twitter.com/ghteRH7WFY— MTV Style (@MTVstyle) July 5, 2015

Ketika berada di dalam gelanggang, mereka sering dilanda kerisauan jika tudung kepala mereka tertanggal atau kaki mereka akan tersadung dengan skirt labuh yang dipakai.

Kerjasama mereka dengan University of Minnes…

5 TIPS ELAK EJAKULASI PRA-MATANG

Antara masalah seksual utama yang sering dihadapi oleh kaum lelaki ialah pancut awal ketika di dalam hubungan seks. Masalah pancut awal atau ejakulasi pra matang ini bukanlah masalah baru. Kali ini saya ingin memberikan petua dan tips cara mengelak pancut awal.

Sebelum anda mengetahui cara mengelak pancut awal, anda harus tahu apakah penyebab utama yang membuatkan kebanyakkan lelaki tidak dapat bertahan lama dan pancut awal. Terdapat tiga sebab utama yang menyebabkan berlakunya masalah ejakulasi pra matang, atau pancut awal di kalangan kaum lelaki.



PENYEBAB UTAMA EJAKULASI PRA MATANG/PANCUT AWAL


1. Zakar yang terlampau sensitif. Zakar yang terlampau sensitif boleh menyebabkan deria dan saraf yang berkaitan dengan pancutan mengalami tindakbalas yang terlampau seterusnya meningkatkan keinginan untuk pancut dan klimaks.

2. Keinginan dan ghairah seks yang terlampau tinggi sehinggakan tidak dapat menahan dan menghalang lagi. Akibatnya berlaku pancutan awal.

3. Hormon tidak seimbang, iaitu…

#OlaBola topik nombor satu Twitter, netizen rai hari tayangan pertama

Bermula jam 12 tengah malam sehingga saat artikel ini dikarang, hashtag #OlaBola yang meraikan filem terbaharu terbitan Astro Shaw itu masih lagi menduduki tangga pertama bagi topik paling trending di Twitter.

Ola Bola merupakan filem fiksyen yang diinspirasikan oleh kegemilangan skuad bola sepak tempatan pada dekad 80-an dab bakal memulakan tayangan di seluruh negara hari ini.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton filem arahan Chiu Keng Guan yang sebelum ini tampil dengan filem The Journey yang mencatat rekod filem tempatan dengan kutipan tertinggi sebelum dipintas satu lagi filem terbitan Astro Shaw, Polis Evo.

Nak tengok #OlaBola— nisa_InSpIrIt (@woohyunisa) January 28, 2016

Seems like #OlaBola is a must watch movie for this year.Looks inspiring and i cant wait to watch it👻— Kiddo (@Anne_mokhtar) January 28, 2016

Beberapa netizen turut mengaitkan filem tersebut dengan harapan mereka untuk menyaksikan perkembangan sukan bola sepak tempatan yang lebih baik sepert…

Kembara ke New Zealand Selama 13 Hari Dengan Bajet RM3500

AirAsia baru saja mengumumkan mereka kini kembali terbang ke New Zealand. Tetapi laluan kali ini adalah ke Auckland, North Island yang akan bermula pada bulan Mach 2016 ini.

Kami pasti ramai yang gembira kerana kini kita berpeluang travel ke New Zealand dengan harga tiket kapal terbang yang lebih rendah berbanding tiket premium.

Berikut merupakan perkongsian maklumat dari netizen kepada kami tentang kisah pengembaraan Intan Asmira dan 4 orang lagi kawannya yang telah travel ke South Island, New Zealand pada tahun lalu (2015). Semoga ia dapat dijadikan rujukan untuk anda yang nak travel ke negara Kiwi yang kaya dengan keindahan alam semulajadi ini.

Budget guidelines per person (setelah berkongsi 5 orang):

1. Visa/ETA Aussie – RM20
2. Mega Taxi – airport transfer to Tune Hotel Melbourne return(MELBOURNE)
– RM26
3. Flight ticket : AAX KL-Melbourne-KL (Seat, luggage 20kg share, insurance)
Luggage yang share tu untuk makanan dari Malaysia, tak masuk yang sendirian berhad – RM950.60
4. F…

5 cabaran utama pekerja wanita di Malaysia

KUALA LUMPUR: Usahawan dan tenaga kerja wanita di Malaysia masih berdepan beberapa cabaran utama terutamanya berkenaan ketidaksamarataan dalam perundangan Malaysia.

Berikut adalah lima perkara yang digariskan oleh Bank Dunia.

1. Tuntutan Pemotongan Cukai
Menurut Penasihat Pejabat Pengarah Global Indicators Group daripada Bank Dunia, Melissa Marie Johns, di Malaysia, suami dapat menuntut pemotongan cukai bagi isteri.

Walau bagaimanapun, isteri tidak boleh menuntut pemotongan cukai ke atas pendapatan bagi pasangan.


2. Tiada Jaminan Kerja
Melissa berkata perundangan Malaysia tidak memberi jaminan kerja kepada ibu yang mengambil cuti bersalin.

Beliau mendakwa di Malaysia tiada undang-undang yang menjamin ibu yang bekerja ada mendapat kembali jawatan mereka apabila kembali dari cuti bersalin.

Selain itu, perundangan Malaysia juga tidak memberi cuti menjaga anak yang dianggap penting di sesetengah negara termasuk Sweden, Croatia dan Kanada.

3. Pengambilan Kerja Berdasarkan Jantina
Tambah Melis…

5 perkara penting anda perlu tahu berkenaan "Virus Zika"

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia, (WHO) baru-baru ini memberi amaran virus Zika, yang disebabkan gigitan nyamuk mungkin tersebar secara meluas di seluruh benua Amerika.

Virus itu dikesan kali pertama pada spesis monyet sekitar 1947.

Ia tersebar secara besar-besaran di Amerika apabila jangkitan pertama kali dikesan di Brazil pada Mei lepas.


Apa itu Zika Virus?


Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV).

Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.

Q: What is #Zika? A: Zika is a virus spread to humans by Aedes mosquitoes, the same mosquitoes that spread dengue, chikungunya, yellow fever— WHO (@WHO) January 22, 2016
Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.

Di Brazil, ia dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak k…

Bank Rakyat jangka perniagaan bertahan meskipun ekonomi mencabar

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menjangka aktiviti perbankannya, seperti pinjaman, mampu bertahan sepanjang tahun ini meskipun situasi ekonomi yang mencabar.

Pengerusinya Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal (B) berkata Bank Rakyat telah bersedia dengan langkah-langkahnya sendiri untuk menangani situasi sekarang dengan menjalin lebih banyak kerjasama dengan entiti awam dan swasta.

"Terdapat beberapa institusi yang boleh mencatatkan prestasi baik dalam tempoh baik dan buruk dan saya percaya kami mempunyai persediaan untuk berdepan keadaan sekarang.

"Kami sedang berbincang untuk menjalin lebih banyak perkongsian tahun ini...sekarang ini hanya tunggu masa untuk memuktamadkan beberapa perkara pengurusan dengan mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), di sini, pada Selasa.

Abdul Aziz berkata, MoU tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan produk pembiayaan dan perkhid…

iOS 9.2.1 Release: 5 Things to Expect & 4 Things Not To

Apple’s iOS 9.2.1 update is confirmed but many of the important details remain in the shadows. Based on what we know about Apple’s update process and the update itself, here’s what we expect from the iOS 9.2.1 release from Apple.

iOS 9.2 is only a couple of weeks old but we’re already talking about its successor. Apple’s iOS 9.2.1 update is already confirmed thanks to a release into the company’s beta program for developers and public testers in December.

Update: iOS 9.2.1 is here. Here’s how to prepare and here’s what you need to know about the update for iPhone 6s, iPhone 5s, and iPad.

If you have a paid developer account or an Apple ID, you can download the iOS 9.2.1 beta right now and try it out ahead of its public release date.

The iOS 9.2.1 update is officially going to be the follow-up to iOS 9.2 but we don’t know when Apple will release it for iPhone, iPad and iPod touch. We don’t have an official change log either. The company is keeping those details to itself for now.

Whil…

Rantaian Krisis Akibat Kejatuhan Harga Minyak

Buka mata, buka minda. Jangan nak tepuk tangan tengok kawan O&G tgh pening kepala. Kalau sektor O&G yg paling stable pon tgh kesempitan, industry lain pon akan rasa tempias jgk. Bila kuasa membeli rakyat kurang, peniaga mcm kite pon akan terasa. 
Kita sesama doa rakyat Malaysia mampu harungi krisis ekonomi ni.

Serpihan logam adalah dari roket, bukan MH370

NAKHON SI THAMMARAT: Panel logam yang terdampar di pantai Thailand lebih mirip kepada bahagian daripada roket, dan bukannya pesawat, kata syarikat pengeluar Jepun pada Isnin.

Dakwaan itu adalah susulan pemindahan serpihan panel logam yang ditemui di selatan wilayah Nakhon Si Thammarat di Teluk Siam ke Bangkok oleh pasukan pakar Thailand.

Penemuan pada Sabtu itu mencetuskan spekulasi kerana dikaitkan dengan bangkai pesawat MH370, yang hilang pada 8 Mac 2014 bersama kesemua 239 orang yang dibawanya.

Pesawat itu meninggalkan Kuala Lumpur untuk ke Beijing.

“Langkah seterusnya adalah untuk memeriksa, menganalisis dan membuktikan serpihan tersebut,” ujar jurucakap angkatan tentera udara Thailand, Pongsak Semachai, pada Isnin.

Namun kerja-kerja pengesahan itu mungkin lebih mudah selepas syarikat Mitsubishi Heavy Industries dari Jepun yang menyatakan nombor siri pada serpihan panel yang ditemui itu menunjukkan ia berkemungkinan berasal daripada salah sebuah roketnya.

“Walaupun kami tidak dapa…

Adakah ini sebahagian dari MH370?

Piece of curved metal found at Nakhon Si Thammarat province, Southern Thailand.
Object has 'numbers' on it:
1) number ‘323’ is printed near the ragged edge, 2) numbers ‘307’ and ‘308’ are printed, 3) on reverse side, what appears to be a serial number ‘SG5773-1’.
Adakah ini sebahagian dari bangkai pesawat MH370?

Banglo mewah trend terkini untuk majlis perkahwinan

KUALA LUMPUR: Pemilihan banglo dihiasi perabot mewah, dekorasi dalaman moden serta fasiliti lengkap menjadi pilihan pasangan yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan sekarang ini.

Malah penyewaan sesetengah banglo ini di bawah konsep homestay membantu mengurangkan kos penyewaan bilik hotel bagi anggota keluarga yang datang dari luar kawasan.

Bagi pereka grafik Mohamad Faiz Sazalli, 29, beliau memilih untuk menyewa banglo di Taman Tasik Titiwangsa di sini sebagai lokasi majlis perkahwinannya pada 2013.

Tiada kemudahan sesuai untuk mengadakan perkahwinan di tempatnya sendiri kerana beliau tinggal di pangsapuri.

"Saya amat berpuas hati kerana dapat mengadakan majlis di banglo itu kerana ia amat berbaloi daripada segi kos dan kemudahan serta ia berciri eksklusif. Saya menyewanya untuk tiga hari dua malam dengan kosnya sama dengan kos menyewa sesetengah dewan untuk sehari," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Malah kawasan yang luas di banglo itu menawarkan keselesaan kepad…

Lelaki dihukum penjara 6 tahun kerana hina raja Thailand

BANGKOK: Mahkamah jenayah Thailand pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun kepada seorang lelaki berikutan komennya di Facebook yang disifatkan sebagai satu penghinaan kepada raja di negara berkenaan.

Piya Jal Kittipan, 46, ditahan pada Disember 2014, iaitu lapan bulan selepas pemerintahan tentera mengambil alih kuasa pentadbiran di Negara Gajah Putih itu.

Undang-undang ketat Thailand melihatkan bahawa ia merupakan satu jenayah untuk memfitnah, menghina atau mengancam raja, ratu, pewaris takhta atau pemangku raja.

Kerajaan tentera turut meningkatkan pendakwaan bagi mereka yang dituduh membuat fitnah, dengan mengenakan hukuman yang lebih berat.

Piya didapati bersalah pada Rabu selepas melanggar undang-undang negara berkenaan, iaitu Akta Jenayah Komputer kerna memuat naik dua gambar bermesej di Facebook, dengan menghina Raja Bhumibol Adulyadej, 88.

Bagi kumpulan hak asasi, hukuman penjara tersebut dilihat sebagai satu hukuman yang sangat berat bagi kesalahan yang dilakuk…

Aktiviti terjun tasik ketika suhu di bawah paras beku

MUDANJIANG: Aktiviti luar seperti berenang di sungai atau laut pada musim sejuk dan bersalji adalah sesuatu yang kedengarannya seperti tidak masuk akal.

Namun, di wilayah timur laut China masih ada yang berani berbuat demikian walaupun suhu berada di bawah paras sifar.

Tasik Jingpo yang terletak di wilayah Heilongjiang saban tahun menjadi tumpuan peminat-peminat aktiviti ekstrem itu pada musim sejuk.

Di Huanran yang berusia 57 tahun adalah antara lelaki yang berani melakukan aktiviti renang di Tasik Jingpo walaupun suhu ketika ini mencecah negatif 30 darjah Celsius.

Lazimnya dia akan mencuri perhatian ramai dengan melakukan 'aksi pembukaan' iaitu membuat terjunan bergaya dari tebing tasik itu, hanya dengan memakai seluar renang.

Dianggap sebagai bintang terjun musim salji, Di Huanran sudah melakukan aktiviti tersebut sejak 33 tahun lalu.

“Rasanya seperti saya sedang terbang. Saya sangat sukakan aktiviti ini. Saya berharap pelancong di seluruh China datang melawat Tasik Jingpo …

Sarawak tunggu lampu hijau untuk buru, eksport buaya muara

KUCHING: Pada September ini, Sarawak mungkin mengetahui sama ada ia boleh ditangkap dan dieksport secara terkawal, buaya muara yang membiak dengan pesat dan lebih kerap menyerang manusia kebelakangan ini.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini berkata keputusan itu akan diketahui lapan bulan lagi apabila Persidangan Pihak-pihak yang menyertai Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES) dijadualkan bermesyuarat di Afrika Selatan.

Malaysia, melalui perwakilan dari Sarawak, meminta CITES menyenaraikan buaya muara di Sarawak ke dalam Lampiran II CITES, yang membenarkan buaya di Sarawak ditangkap dan dieksport secara terkawal.

Katanya, buaya muara bukan sahaja haiwan yang dilindungi mengikut Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Tempatan 1998, tetapi juga mendapat perlindungan antarabangsa di bawah CITES.

Awang Tengah berkata sekiranya Persidangan CITES di Afrika Selatan itu bersetuju dengan permohonan…

WhatsApp hapuskan yuran langganan AS$0.99

Perkhidmatan pesanan ringkas, WhatsApp akan menghapuskan yuran langganan berjumlah AS$0.99 (RM4.35) setahun.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di blog mereka, pendekatan mengenakan caj pengguna tidak berjalan seperti yang dirancang kerana sesetengah pengguna tidak mempunyai kad kredit atau kad debit.

“Mereka (pengguna) risau akan hilang komunikasi bersama keluarga dan teman-teman mereka setelah tempoh percuma selama setahun.

“Dalam beberapa minggu ini, kami tidak akan mengenakan yuran langganan untuk beberapa versi dan WhatsApp tidak akan caj anda untuk menggunakan perkhidmatan kami,” kata kenyataan itu.

Tanpa yuran langganan, WhatsApp turut berkata ia tidak akan siarkan iklan daripada pihak ketiga.

“Bermula tahun ini, kami akan menguji satu sisten yang membolehkan anda untuk menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi dengan perniagaan dan syarikat-syarikat yang anda mahu berkomunikasi dengan.

“Ini bermakna anda boleh berkomunikasi dengan pihak bank atau syarikat penerbangan secara…

#MedTweetMY himpun pakar perubatan untuk jawab soalan netizen

KUALA LUMPUR: Perkembangan media sosial adakalanya boleh mengelirukan, jika tidak digunakan dengan baik. Antara bidang yang memerlukan khidmat pakar untuk mengelakkan kekeliruan adalah perubatan.

Netizen di seluruh dunia boleh bertanyakan apa-apa soalan dan kemusykilan berkenaan perubatan kepada sekelompok pakar perubatan tempatan ini yang dihimpunkan dengan nama MedTweet.MY.

Sejumlah 36 pakar perubatan tempatan daripada pelbagai bidang akan cuba untuk meluangkan masa sibuk mereka untuk berinteraksi dengan netizen khususnya dari Malaysia.

Diaturkan oleh Dr. Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin, kumpulan ini diharapkan dapat memberikan didikan dan informasi kesihatan kepada masyarakat bagi memastikan mereka mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dan dipercayai.

Ini senarai 36 pakar perubatan yang terlibat:

1 Dr Khairul Hafidz Alkhair bin Khairul Amin - Pegawai Perubatan General @khairul_hafidz
2 Dr Rafidah Abdullah - Pakar Perunding Nephrology @rafidah72
3 Dr Mohammad Iqbal Sar…

Titah ucapan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Berikut ialah titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-68 di Istana Besar Seri Menanti pada 14 Januari.

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera


1. Beta bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, Beta dapat berangkat ke Majlis pada pagi ini untuk menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena ulang tahun hari keputeraan Beta yang ke 68.


2. Beta menzahirkan ucapan terima kasih kepada Memanda Beta di atas persembahan ucapan tahniah dan ikrar taat setia kepada Beta bagi pihak Kerajaan, pegawai-pegawai perkhidmatan awam dan seluruh rakyat. Beta dan Tunku Ampuan Besar berasa sukacita dan menghargai doa, ingatan dan kasih sayang yang dilafazkan kepada Beta berdua serta kerabat sekalian.

Beta juga menghargai keprihatinan dan doa berterusan untuk anakanda Beta, Tunku…

Khasiat Jintan Hitam Yang Ramai Tidak Tahu

Berikut adalah kaedah memakan Jintan Hitam untuk menjaga kesihatan;

1 Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur. Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.

2 Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu. Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.

3 Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii. Kebaikan: kesihatan tenaga batin.

4 Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur. Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.

5 Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam. Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.

6 Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari. Kebaikkan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.

A…

Media sosial boleh jadi medium penyumbang kes cerai

KUALA LUMPUR: Trend penggunaan gajet elektronik dan media sosial didapati mampu menjadi penyebab penceraian, kata seorang pakar keluarga.

Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor berkata aplikasi seperti WhatsApp boleh menjadi platform untuk pasangan muda meluahkan perasaan marah apabila berhadapan konflik rumah tangga.

"Apabila masing-masing merasa marah, lalu menghantar mesej dalam WhatsApp misalnya. Ia boleh menimbulkan intonasi suara dan hasrat yang berbeza, disusuli persepsi negatif si penerima yang berlawanan dengan niat sebenar si penghantar mesej," katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar bahawa kadar perceraian masyarakat Islam di Malaysia semakin membimbangkan dengan lebih 274,000 pasangan bercerai dalam tempoh enam tahun lalu.

Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia juga menunjukkan 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu yang secara purata terdapat 156 pasangan Islam bercer…

Gelombang panas: Apa yang perlu dilakukan dan dielak

Cuaca panas berterusan yang melanda seluruh negara sejak bulan lalu mulai memberi kesan kepada persekitaraan dan mencetus ratusan kebakaran belukar di seluruh negara yang dilaporkan meningkat tiga kali ganda sejak hujung Januari lalu hingga kini.

Selain kebakaran hutan, cuaca panas turut menyebabkan kebimbangan paras air di empangan seluruh negara yang semakin menurun.

Dengan ketiadaan hujan sejak kebelakangan ini, ia menyebabkan pihak berkuasa mengambil tindakan proaktif dengan melakukan pembenihan hujan.

Pada minggu lalu, Jabatan Meteorologi membritahu bahawa suhu maksimum sekitar Semenanjung Malaysia mencecah 36 darjah selsius berbanding 35 darjah selsius pada minggu sebelumnya.

Aplikasi untuk bantu wanita berhenti guna perkataan 'Maaf' dalam e-mel

JANGAN meminta maaf dalam emel!

Demikian objektif sebuah aplikasi baharu yang bercita-cita mahu memperkasakan golongan wanita di tempat kerja

Ia bermula dengan tindakan tidak menggunakan perkataan seperti “Minta Maaf” dalam emel.

Menurut pereka aplikasi Just Not Sorry, perkataan “Minta Maaf” atau “Saya Bukan Pakar” dalam emel seakan melemahkan kuasa golongan wanita di pejabat.

Lapor The Daily Mail, aplikasi Just Not Sorry kini boleh digunakan dengan aplikasi Gmail dan mempunyai fungsi seperti Spell Checker.

Sebelum emel itu dihantar, ia akan menggaris perkataan dan frasa seperti “Maaf”, “Bukan Pakar,” dan “Sebenarnya”.


Ia terpulang kepada pengguna untuk menggantikannya dengan perkataan lain.

Dilaporkan aplikasi ini dimajukan oleh Cyrus Innovation dan diilhamkan oleh pakar mengenai kehidupan Tara Mohr.

“Ramai wanita terutamanya yang lebih junior, apabila tidak menggunakan perkataan sebegitu, akan menerima jawapan dengan lebih cepat dan substansif,” kata Mohr.

Menurut seorang lagi paka…

4 import Australia tunjang utama skuad Hobin Jang Hobin

Kepimpinan dan karisma dimiliki oleh pertahanan dari Australia, Taylor Regan, buatkan Negeri Sembilan beri kepercayaan kepadanya dilantik selaku ketua pasukan.

Hadir dengan reputasi tinggi, Regan merupakan bekas ketua pasukan kelab Liga Australia, Newcastle Jets FC, dan pernah diangkat selaku pemain pilihan peminat 2015.

Atas faktor pengalaman tersebut, Regan diberi peranan cukup berat bimbing sebahagian besar pemain muda walaupun baharu sahaja sertai pasukan.

"Mereka muda tetapi pada masa sama jika kita melihat apa yang berlaku di sekitar Liga Eropah pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi telah beraksi bersama pasukan utama diusia 17 dan 18 tahun jadi diikutkan mereka tidak boleh dianggap sebagai pemain muda," jelasnya.

Hanya satu sahaja sasaran Regan iaitu bawa Negeri Sembilan buru kejuaraan Liga Perdana atau sekurang-kurangnya ke Liga Super pada 2017.

Walaupun ramai pihak luar yang mungkin pandang rendah keupayaan skuad Hobin Jang Hobin, dia berkata keupayaan …

Keputusan penggunaan vape di Selangor tertakluk kepada dasar KKM

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersetuju sebarang keputusan berkaitan penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri ini adalah tertakluk kepada arahan dan dasar semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Dr Daroyah Alwi berkata sehubungan itu, KKM digesa menggubal, mengkaji dan menyemak akta dan undang-undang yang diperuntukkan agar penguatkuasaan sepenuhnya terhadap akta-akta tersebut mampu dilaksanakan dengan berkesan.

"Kesemua akta yang terlibat dalam pelaksanaan isu vape ini seperti Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 adalah di bawah bidang kuasa KKM, ia di luar bidang kuasa kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Daroyah berkata kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sejak 1 Jan lepas turut mengambil langkah menangguhkan pembaharuan dan permohonan lesen penjualan vape di negeri itu sehingga keputusan sama ada ia dihar…

Ireland giat promosi lokasi Star Wars: The Force Awakens sebagai destinasi pelancongan

Dahulu, tiada siapa yang peduli dengan pulau kecil ini.

Pulau Skellig Michael kini menjadi tumpuan, malah pelancong dan pengembara dari seluruh dunia mula menjejaki keindahannya.

Terletak di dalam daerah Kerry, Ireland, pulau ini mula meniti di bibir orang ramai selepas ia menjadi salah satu lokasi filem paling berjaya 2015, Star Wars: The Force Awakens.

Ia dijadikan set penggambaran untuk menterjemahkan Planet Ahch-To, seperti yang dipaparkan di pengakhiran filem tersebut.

Dan penerbit merancang menjadikannya lokasi utama untuk sekuel Star Wars seterusnya.

Sedar dengan potensi yang dimiliki Skellig Michael, kerajaan Ireland kini giat menjalankan promosi untuk menjadikan pulau itu sebagai sebuah destinasi pelancongan terkemuka dunia.

Laman web ireland.com memperincikan kelebihan pulau ini, antaranya seperti keindahan yang boleh ditemui pengembara, selain aktiviti-aktiviti yang ditawarkan sepanjang berada di situ.

Malah Kementerian Pelancongan Ireland menerusi projek Discover Ireland,…

Johor catat peningkatan kes denggi minggu pertama 2016

JOHOR BAHRU: Johor mencatat peningkatan kes demam denggi yang ketara dengan 513 kes dilaporkan bagi minggu pertama tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Datuk Ayub Rahmat.

Beliau berkata peningkatan sebanyak 301 peratus dicatatkan pada minggu pertama yang berakhir pada 9 Januari itu berbanding 128 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

"Johor Bahru melaporkan kes tertinggi dengan menyumbang 80 peratus diikuti Kota Tinggi sebanyak lima peratus dan Kulai empat peratus," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Terdapat lapan lokaliti wabak baharu dilaporkan dengan enam di daerah Johor Baharu manakala masing-masing satu daerah di Kulai dan Batu Pahat.

Setakat ini, katanya, jumlah terkumpul lokaliti wabak ialah 52 berbanding 11 lokaliti wabak bagi tempoh sama tahun lepas.

"Terdapat 131 lokaliti wabak yang masih aktif sehingga minggu pertama termasuk 37 wabak tidak terkawal serta 22 lokaliti 'hot spot' di daerah Johor Baharu," katanya sa…

Haram muat naik foto menyusukan anak, walaupun tidak dedah aurat - PU Rahmat

Agama Islam sangat menjaga wanita dan meletakkan wanita di kedudukan yang sangat tinggi.

Justeru wanita dinasihatkan agar tidak membuka ruang untuk membolehkan mereka dieksploitasi sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

Itu nasihat Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan berhubung isu seorang wanita yang memuat naik gambarnya sedang menyusukan anak.

Nasihat itu diluahkannya melalui satu kemas kini status di Facebook.


Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak.Soalan: Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing susukan...
Posted by Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan on 
Kata PU Rahmat, sekalipun gambar berkenaan tidak mendedahkan aurat dan mana-mana anggota badan, hukumnya tetap haram berasaskan empat dalil.

1. Perempuan tidak boleh melunakkan suara

2. Perempuan jangan hentak kaki untuk menunjukkan perhiasan tersembunyi.

3. Perempuan jangan menunjukkan perhiasan kecuali yang terzahir.

4. Mana-mana wanita yg berwangi-wangian dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka dia tel…

Tanjong Malim kini dikenali daerah Muallim

TANJONG MALIM: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan mengisytiharkan Tanjong Malim sebagai daerah pentadbiran baharu ke-11 di Perak dikenali sebagai daerah Muallim.

Tanjong Malim sebelum ini terletak di dalam daerah Batang Padang.

Dalam titah pengisytiharan, Sultan Nazrin mengingatkan bahawa ilmu dan agama wajib dijadikan panduan ketika merancang serta merangka pembangunan daerah itu agar tidak berlaku kontradiksi antara nama dengan kandungan.

Ini kerana, titah baginda perkataan 'Mualim' berasal daripada perkataan Arab yang berkaitan dengan ilmu dan ilmuwan agama.

"Unsur ilmu dan agama hendaklah dijadikan identiti daerah ini. Amatlah bertepatan dengan namanya jika daerah Muallim dibangunkan sebagai wilayah ilmu dan kota pelajar," titah baginda.

Daerah Muallim yang berada dalam Parlimen Tanjong Malim berkeluasan 93,434 hektar mempunyai 69,639 penduduk serta terdiri daripada tiga mukim iaitu Slim, Hulu Bernam Timur dan Hulu Bernam Barat.

Titah Sultan Nazrin…

Badrul kecewa rekod 100 meter kembali milik Watson Nyambek

Selepas diumumkan rekod 100 meter kembali menjadi milik Watson Nyambek, ternyata Badrul Hisham Abd Manap melahirkan rasa kecewanya namun tetap terima dengan hati yang terbuka.

Sebelum ini Badrul dimaklumkan keputusan bakal dibuat pada Ahad lepas.

Namun, ianya terus menjadi tanya membuatkan dia terpaksa menunggu sehingga Isnin.

Dan kini apabila keputusan rekod 100 meter miliknya tidak diiktiraf buat masa sekarang, dia terpaksa akur dan semestinya akan dijadikan pembakar semangat baru untuk dia terus berusaha.

"Saya sedih dengan keputusan ini tetapi ini adalah permulaan untuk saya dalam usaha untuk mencuba lebih terbaik tahun ini," kata Badrul.

Tahun ini dia tekad mahu pandang ke hadapan dan tidak mahu isu itu menjadi halangan untuknya mencipta kejayaan terutamanya dalam Sukan Malaysia (SUKMA), di Sarawak Julai nanti.

Fokusnya kini sudah pasti mahu membuktikan rekod 100 meter sememangnya mampu menjadi milik dia di SUKMA.

"Saya sasar untuk cemerlang di Sukma nanti dan say…

Kuali pintar hantar notifikasi hidangan siap dimasak

Sesiapa sahaja yang pernah ke dapur pasti pernah merasai pengalaman menyediakan telur yang terlebih masak, stik yang kurang empuk, atau ayam goreng hangus.

Pengalaman ini memberi ide kepada dua rakan karib di Massachusetts Institute of Technology (MIT) untuk tampil dengan Pantelligent, kuali penggoreng yang dilengkapi dengan teknologi Bluetooth yang boleh digandingkan dengan telefon pintar untuk membantu pengguna memasak, lapor Mashable.

Peranti Bluetooth yang disambung dengan pengukur suhu itu akan menghantar maklumat penting ke telefon bimbit seperti masa yang sesuai untuk menuang minyak ke dalam kuali yang cukup panas, atau memberitahu pengguna bahawa stik sudah mencapai tahap medium rare.

Aplikasi Pantelligent turut menyediakan resepi masakan dan membantu pengguna dengan menghantar notifikasi berkenaan resepi tersebut.

Misalnya, dalam resepi penkek, notifikasi akan dihantar untuk memberitahu pengguna masa yang sesuai untuk menterbalikkan penkek agar tidak hangit.

Selagi anda mema…

8 Perkara Yang Membuatkan Ibu Ini Berhenti Menjerit Dan Menengking Anak-Anaknya

Anda menempuhi hari-hari seperti biasa di pejabat.Keletihan. Tertekan dengan kerenah bos mahupun rakan sekerja yang pelbagai. Ditambah dengan bebanan kerja yang menimbun hari demi hari.Terasa alangkah indahnya kalau boleh dibelah badan ini supaya semua kerja dapat disiapkan serentak. Stress! Anda berharap dapat segera pulang kerumah.Dapat melepaskan lelah dihadapan televisyen sambil menonton drama kesukaan anda. Terbayang pula baki pavlova semalam. Tak sabarnya nak makan! “Oh Tuhan, cepat la pukul 5 menjelang tiba”, anda berdoa di dalam hati.Sebaik sahaja sampai di rumah, anda mendapati pintu gril di rumah tak berkunci. Anda mula tidak berpuas hati. Masuk sahaja ke dalam rumah, keadaan bagaikan tongkang pecah. Barang permainan dimerata-rata hinggakan sakit kaki apabila terpijak lego yang bersepah. Hati dah mula menjadi panas.Di dapur ketika hendak memasak untuk makan malam, tiba-tiba anda terjumpa serpihan pinggan kesayangan anda dilantai. Anda segera memeriksa tong sampah. Betul sang…

Recommendations by outbrain