Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Kisah Kembara Ke Greenland dan Denmark

PengenalanTerletak di sudut paling utara dunia, Greenland adalah pulau terbesar di dunia yang terletak di Benua Amerika Utara di antara Lautan Artik dan Lautan Atlantik.

Ia adalah sebuah wilayah autonomi di bawah kedaulatan Kerajaan Denmark. Berkeluasan lebih kurang 2,100,000km persegi, pulau ini adalah tiga kali ganda lebih kecil dari Australia.

Meskipun digelar pulau terbesar di dunia, Greenland hanya mempunyai penduduk berjumlah 56,480 (mengikut bancian 2013), antara kawasan yang berpendudukan paling jarang di dunia.

Tidak seperti yang digambarkan namanya, Greenland kekurangan tanah hijau yang subur, sentiasa diliputi lapisan ais yang tebal dan bersuhu ekstrem, boleh mencecah suhu 40 darjah Celsius di bawah paras beku pada musim dingin.

Ini mungkin menyumbang kepada kurangnya jumlah penduduk di tanah di hujung utara dunia ini. Greenland juga dikenali sebagai Kalaalit Nunaat di dalam bahasa Greenlandic (bahasa suku asli kaum Inuit) atau Grønland dalam Bahasa Denmark.

Nama Greenland …

7 Tempat Makan Yang Mesti Anda Cuba Di Pulau Pinang

1 Nasi Kandar Line Clear
Jalan Penang, George Town


Tempat ini terletak di celah-celah lorong. Kedai yang kecil sahaja, tetapi nasi kandarnya cukup ‘kaw’!.

Restoran ini merupakan antara tempat makan nasi kandar wajib singgah di Pulau Pinang.



Lauk-pauk yang panas pasti menarik minat pelanggan untuk mengunjungi tempat ini.

2 Nasi Kandar Beratur
Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town


Kedai makan ini betul-betul terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling.


Kedai makan ini mula dibuka pada pukul 10 malam dan kalau anda datang tepat pada pukul 10 malam, alamat beratur panjang la sebab ramai orang datang nak menikmati nasi kandar bersama ayam ros yang enak. Memang nak suruh orang gemuk makan malam-malam huhu.

3 Jeruk Madu Pak Ali
Kawasan Perindustrian IKS, Perda Tasek, Seberang Perai Selatan

Ibu-ibu mengandung yang mengidam jeruk pasti terliur apabila terlihat atau terhidu bau jeruk yang datang dari kedai Pak Ali ini. Perusahaan Jeruk Madu Pak Ali ini telah dijalankan sejak tahun 1985 lagi.


Kei…

Alkisah Trak ‘Optimus Prime’ Sultan Johor

Bila bercakap tentang kemewahan tidak semuanya manis-manis belaka. Gaya hidup mewah ini ada cabarannya. Sebagai contoh apabila anda ada bot laju yang power anda perlu ada trak yang power juga baru padan.

Oleh sebab itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim meminta HQ Mack Trucks di Wacol, Brisbane untuk membina sebuah trak mewah khas untuk beliau.

Antara fungsi fungsi khas yang dibina yang tiada pada trak lain adalah:

Tempat tidur yang 80 percent lebih besar daripada saiz standard dan dibaluti dengan fabrik kulit yang diimport dari Afrika Selatan.


Royal emblems yang dijahit dengan 72,000 jahitan benang emas pada tempat duduk hadapan.


Hud hiasan harimau emas yang ditempah khas dari Wallace Bishop. Siapa berani kepak hiasan tersebut dengan niat untuk mencuri emas memang cari nahas.


Tempat berehat di belakang yang dilengkapi dengan pelindung matahari (payung), kerusi dan meja. Boleh bayangkan Sultan bawa masuk trak ini dalam hutan dan berkelah atas trak sendiri sambil bbq.


Lantai keseluruhan tra…

Kes Kebakaran di Bachok

Kebakaran sebuah rumah petang ini, 21/2, Ahad,  berlaku di Kg Bukit Hanyut, Gunung, Bachok. Malangnya jentera bomba sampai rumah tersebut dah hangus semua. Kejadian berlaku semasa Tuan rumah sdg solat asar di surau.

Sejarah nama Bangsar.

Nama bagi Bangsar ada berkait rapat dengan pengasas atau orang yang membuka kawasan tersebut suatu masa dahulu.
Haji Abdullah Hukum bin Abdul Rahim (nama lain ialah Muhammad Rukun atau Arya Jaya) telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan Selangor pada tahun 1850. Haji Abdullah merupakan seorang juak-juak kepada Raja Mahmud bin Sultan Muhammad seorang kerabat dan Panglima Perang Selangor yang hebat pada zaman "keris dan pemuras".
Beliau telah mendapat kebenaran untuk membuka daerah Pudu dan Bukit Bintang untuk menanam sayur, tebu, pisang, sireh dan bersawah padi. Haji Abdullah merupakan penghulu di Pudu dan Bangsar selama 7 tahun.
Haji Abdullah juga telah membuka kebun di Bukit Nanas dan Sungai Putih. Di kawasan Sungai Putih terdapat sebuah perkampungan yang bernama Kampung Abdullah Hukum. Ada juga Kampung Kerinci yang mengambil nama suku Kerinci.
Haji Abdullah kemudian menjadi Penghulu Sungai Putih. Pada masa itu, kaum Cina dan India berserta kaum Melayu yang membuka Sungai Putih bera…

Dividen KWSP 2000-2015

Rekod dividen KWSP terdahulu dari tahun 2000 hingga 2015.

17 Persediaan Sebelum Berhenti Kerja Pada 2016

Kami kongsikan 17 persediaan penting sebelum beliau nekad untuk berhenti kerja. (Rujukan dari Internet, Pengalaman Sendiri dan Orang Lain)

1. Sediakan simpanan 36 bulan perbelanjaan bulanan. (Perbelanjaan asas seperti ansuran rumah,kereta,makan dan lain-lain)

2. Kurangkan komitmen hutang pada bank, sebaik-baiknya terus langsaikan hutang piutang yang ada.

3. Sebaik-baiknya telah ada kelengkapan asas (rumah/kereta)

4. Buat bisnes yang aliran tunai pantas (trading). Elakkan model bisnes consigment untuk permulaan.

5. Buat bisnes secara sambilan dahulu, cuba selama 6 bulan, jika pendapatan bersih dari bisnes 3kali ganda melebihi gaji pokok, boleh buat keputusan.

6. Jauhi model bisnes yang memerlukan kita untuk membuat pinjaman dahulu.
(pinjaman untuk kembangkan bisnes atau bisnes sudah stabil boleh dipertimbangkan)

7. Kenalpasti tujuan utama mahu membuat bisnes. Mahu banyak duit atau mahu kaya-raya?

Banyak duit= Kaya sendiri. Kaya-raya = Legasi perniagaan

8. Persediaan mental dan emosi…

Jom ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

Apa yang menarik Februari ini? Sudah semestinya Rumah Terbuka Tahun Baru Cina


Malaysian Chinese New Year Open House CelebrationThis coming Saturday: 20 February 2016

Experience the Chinese New Year festivities in an open house celebration, a programme that brings people together to celebrate the country's various festivals.

VenueIpoh, Perak

OrganiserMinistry of Tourism and Culture Malaysia

Phone+603-8000 8000

Filem 'Star Wars Episode VIII' mulakan penggambaran

Kepada peminat yang telah merindui filem Star Wars, anda kini boleh mula untuk menghitung hari menunggu kemunculan filem terbaharu francais itu yang bertajuk 'Star Wars Episode VIII’.

Ini kerana, Disney melancarkan trailer produksi filem tersebut pada Isnin (waktu tempatan) serta mengumumkan bahawa penggambaran filem itu telah dimulakan.

Penggambaran utama dijalankan di studio penggambaran terkenal dunia, Pinewood Studios.

Pengumuman itu dilalukan menerusi video yang dmuat naik ke saluran rasmi YouTube Star Wars serta menerusi satu kenyataan media dalam portal mereka.

Tidak sampai 24 jam video itu dimuat naik, video Star Wars itu berjaya meraih lebih daripada 3.8 juta tontonan.

Paling menarik, watak Rey serta Luke Skywalker turut membuat penampilan dalam video pendek tersebut.

Episod terbaharu filem Star Wars ini turut membawa kembali pelakon yang telah membintangi ‘The Force Awakens’ seperti Daisy Ridley, John Boyega dan Carrie Fisher.

Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan pela…

7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pelaburan Pada 2016

Sekiranya anda berhasrat meninjau prospek pelaburan dan perniagaan tahun ini, laporan unjuran ekonomi global oleh Standard Chartered ini boleh digunakan sebagai panduan.

Antara tumpuan yang diberikan termasuk situasi ekonomi China, Asia Tenggara, Malaysia, jangkaan harga minyak mentah dan Dolar Amerika Syarikat (AS) serta ekonomi Eropah.

1. APA PROSPEK EKONOMI GLOBAL?
Prospek ekonomi dunia tahun ini adalah malap. Tiada ekonomi yang bakal menyaksikan pengembangan dan pertumbuhan global dijangka mendatar pada kadar 3.0 peratus pada 2016.
2. BAGAIMANA PULA DENGAN EKONOMI ASIA TENGGARA?
Tiga negara Asia Tenggara yang perlu diambil perhatian tahun ini; Singapura, Thailand dan Myanmar.

Ekonomi Singapura dijangka mencabar dengan potensi pertumbuhan hanya pada 2.0-4.0 peratus.

Namun, berita baik bagi Thailand dan Myanmar.

Thailand dijangka menjadi enjin pertumbuhan baru di rantau ini dengan kadar pertumbuhan pada 4.0 peratus.

Selain itu, kerajaan Thailand akan melaksanakan lebih banyak projek m…

3 fakta pasaran saham pasca cuti Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR: Pasaran Asia, Amerika dan Eropah menyaksikan kemerosotan sejak kebelakangan ini.

Beberapa faktor mempengaruhi dagangan pasaran saham antaranya kelemahan harga minyak, pertumbuhan perlahan China, saham perbankan Eropah yang lemah dan kemerosotan ekonomi Jepun.

Berikut adalah tiga pengaruh pasaran untuk 2016 menurut Ketua Ekonomi IQI Groups, Shan Saeed.

1. Dagangan di pasaran saham global dijangka terus menentu tahun ini

Menurut Shan, indeks utama pasaran saham global mungkin menyusut 40-50 peratus menjelang akhir 2016.

Tambahnya, ketidaktentuan yang disaksikan dalam pasaran ketika ini akan berterusan di serata dunia.

"Tahun 2016 akan lebih mencabar berbanding 2015.

"Ketidaktentuan pasaran global akan berterusan, bukan sahaja di Asia tetapi juga di Amerika Syarikat dan Eropah," kata Shan.

2. Nilai Yuan dijangka menyusut 10% hingga 15% 2016.


Shan berkata, peningkatan nilai matawang Yuan kepada 0.89 peratus pada pagi Isnin hanya bersifat sementara.

Beliau menja…

Adakah anak muda Malaysia mahu bekerja dalam sektor '3D'?

KUALA LUMPUR: Apabila kerajaan mengumumkan rancangan untuk membawa masuk lagi 1.5 juta warga Bangladesh ke Malaysia untuk bekerja pada Jun lalu, sambutan yang diterima daripada pelbagai pihak boleh dikatakan kurang memuaskan.

Ramai berpendapat peluang pekerjaan yang diberikan kepada warga asing sepatutnya diberikan kepada warga tempatan, khususnya golongan anak muda yang masih mencari pekerjaan.

Namun secara realitinya, mahukah anak muda Malaysia bekerja dalam sektor '3D' – dirty, difficult and dangerous (kotor, sukar dan bahaya), seperti dicabar oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi?

Apakah pendapat anda?

Saintis China dilapor berjaya cipta ‘matahari buatan’

Para saintis China telah berjaya mencipta gas hidrogen yang tiga kali ganda lebih panas dari matahari, lapor South China Morning Post.

Tenaga solar buatan ini pada masa hadapan dijangka dapat dijadikan sumber tenaga yang boleh diperbaharui sekaligus menamatkan pergantungan terhadap bahan api fosil dan menyelesaikan krisis tenaga global.

Saintis China mencipta gas tersebut dalam reaktor lakuran magnetik gergasi di Institute of Physical Science di sini.

Reaktor tersebut dikenali sebagai Experimental Advanced Superconducting Tokamak (EAST) yang dicipta oleh saintis Kesatuan Soviet sekitar dekad 50-an.

Menurut para saintis itu, ‘matahari buatan’ mereka mampu menjana suhu mencecah 50 juta darjah Celcius yang kekal selama 102 saat.

Teras matahari dipercayai bersuhu sekitar 15 juta darjah Celcius.

Perkembangan ini bagaimanapun menuntut kajian lanjut dan saintis menjangkakan puluhan tahun diperlukan untuk menjadikan gas hidrogen ini sebagai sumber tenaga global.

Sumber: Astro Awani

Calorie Burning Drinks That Works While You Sleep

Metabolism is the rate at which your body burns calories. Making smart choices about what you eat (like fat burning foods and calorie burning drinks) can help boost your metabolism even while sleeping.Bedtime Calorie Burning DrinkDrink Sip this healthy drink before bed and you’ll wake up feeling lighter and more energetic.Ingredients• 1 lemon
• 1 cucumber
• 1 tablespoon of grated ginger
• 1 tablespoon of aloe vera juice
• A bunch of either cilantro or parsley
• ½ glass of waterInstructions:Simply add the ingredients together, blend them and drink a glass of the juice before bedtime.How it Works?By drinking just one glass of this juice before bed, you will greatly reduce your fat levels – especially your belly fat. The ingredients in this drink will give your metabolism a jump start so that it will continue burning fat while you sleep. Because the ingredients in the drink are all proven to speed up the metabolism, so when you consume them you before you go to bed, your metabolism keeps runn…

Apa itu Tahun Baru Cina?

Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia kerana ia menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar.


Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak Cina (nama haiwan).

12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap haiwan membawa signifikasi yang tersendiri.

Tahun ini adalah Tahun Monyet, haiwan kesembilan dalam kitaran.

Pada malam Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk jamuan makan besar bagi mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga.

Ahli-ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat masih muda. Tradisi ini bermaksud kebahagian yang berpanjangan.

Sepanjang perayaan ini, tarian singa akan dimainkan dari rumah ke rumah untuk memberi berkat serta kesejahteraan kepada keluarga penganut.

Apa maksud tahun Monyet?Tahun baru…

5 larangan anda perlu tahu ketika menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina

Sambutan perayaan di negara ini sememangya tidak lengkap tanpa tradisi rumah terbuka atau kunjung mengunjung, dan tentunya, pada ketika ini ramai yang sudah menerima jemputan untuk menghadiri majlis terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

Sememangnya setiap kali anda menghadiri rumah terbuka, pasti adakalanya anda melihat perkara yang tidak senonoh dilakukan tetamu.

Tidak kira sama ada rumah terbuka itu dianjurkan oleh pemimpin negara, keluarga tersayang atau jiran tetangga, tingkah-laku harus dijaga untuk mengelakkan gambaran yang tidak baik daripada tetamu.

Berikut adalah 5 larangan yang perlu dipatuhi ketika anda menghadiri rumah terbuka;

1. Berpakaian sopan

Hormatilah tuan rumah dengan orang di sekeliling dengan memakai pakaian yang bersesuaian. Etika pakaian ketika menghadiri sesebuah rumah terbuka adalah perkara yang penting. Elak daripada menggunakan pakaian yang menjolok mata ataupun pakaian yang mengandungi perkataan yang tidak senonoh.

2. Jangan ketawa kuat

Jan…

Pengurusan kompleks beli-belah perlu lebih prihatin tentang Kemalangan Eskalator

KUALA LUMPUR: Pemilik bangunan komersial khususnya kompleks beli-belah digesa untuk lebih prihatin bagi memastikan kemudahan eskalator yang disediakan kepada orang ramai adalah selamat.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye menegaskan langkah ini sekali gus dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Katanya, pihak pengurusan kompleks beli-belah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan penyelenggaraan eskalator dilaksanakan secara berkala.

"Pemilik bangunan harus memaparkan papan tanda yang mengandungi maklumat keselematan dan mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan eskalator.

"Papan tanda tersebut yang memaparkan panduan, cara gunakan eskalator dengan selamat perlu diletakkan di tempat yang boleh dilihat dengan jelas oleh orang ramai," kata Lee kepada media.

Tegasnya, semua eskalator dalam bangunan komersial perlu diperiksa dengan lebih kerap dari segi teknikal, terutamanya ketika musim puncak se…

Instagram perkenal 'Multiple Account'

Terkini, Instagram telah memperkenalkan ciri akaun berganda (multiple account) yang membenarkan para pengguna mendaftar masuk dan mengakses sehingga lima akaun pada peranti yang sama.

Ciri ini dilihat penting dan diterima baik oleh pengguna terutamanya yang mengendalikan lebih daripada satu profil misalnya profil khas untuk perniagaan dan haiwan peliharaan.

Untuk mengaktifkan ciri terbaharu ini, pengguna perlu mengakses tetapan Instagram dan pilih ‘Add Account’ untuk menambah akaun yang diingini.

Untuk mengakses akaun yang telah ditambah, pengguna perlu ke laman profil dan memilih nama akaun di bahagian atas laman profil tersebut.

Gerakan cari jodoh di alam maya

KUALA LUMPUR: Percayakah anda, jodoh dan pertemuan itu sebenarnya ada di Facebook, Instagram, Twitter dan segala bentuk media sosial di muka bumi ini.

Mengapa tidak? Cara tradisional mencari jodoh kini sudah diambil alih medium media sosial selain beberapa agensi berkaitan yang bekerja 24 jam demi kebahagiaan orang ramai.

Peranan sama dimainkan agensi Ikhtiar Jodoh Islam Malaysia (IJIM) di mana mereka menawarkan perkhidmatan sama namun dengan jaminan sistem paling mudah dan selamat.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam IJIM, Syakirah Mohd Noor stigma masyarakat terhadap agensi pencarian jodoh melalui alam maya perlu berubah seiring kemajuan teknologi dan penggunaan gajet terkini.

"Punca utama orang ramai masih skeptikal menggunakan agensi pencarian jodoh adalah kerana beranggapan ia jalan terakhir bagi mencari pasangan. Agensi carian jodoh banyak membantu kepada mereka yang bermasalah mencari jodoh sebab kita dah tahu masa peredaran zaman dah berubah.

"Dulu kita boleh cari pasan…

Kisah kru penerbangan jadi pemandu teksi kini viral

Benar kata orang, rezeki itu ada di mana-mana. Tertutupnya satu pintu, akan ada satu pintu lain yang terbuka luas. Apa yang penting adalah kesungguhan dan doa yang berterusan.

Mungkin itu pengajaran yang boleh diambil daripada kisah seorang bapa yang diberhentikan perkhidmatannya daripada sebuah syarikat penerbangan, namun tidak menjadikan itu sebagai penghalang untuknya mencari rezeki buat keluarga.

Lelaki yang dikenali sebagai Zullifan Che Din itu, baru sahaja memulakan tugas sebagai pemandu teksi beberapa hari yang lalu.

Difahamkan, dia sebelum ini merupakan seorang kru penerbangan.

Anak Zullifan, Mohd Zulhelmi, memviralkan kisah bapanya itu di akaun Facebooknya, sebagai satu inisiatif membantu bapanya itu mendapatkan lebih ramai penumpang.



Baru empat hari, kisah kecekalan Zullifan tersebar luas di laman sosial, sekali gus menerbitkan rasa kagum orang ramai.

Malah ramai juga yang memuji usaha Zulhelmi 'mengiklankan' teksi bapanya, yang dilihat boleh menjadi strategi promos…

PDRM mungkin naikkan kadar saman - KPN

KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kecewa dengan sikap pengguna jalan raya apabila statistik Ops Selamat 8 tidak menunjukkan sebarang penambahbaikan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata saman maksima RM300 seolah-olah begitu mudah dibayar oleh pesalah jalan raya.

"PDRM akan terus menguatkuasakan undang-undang jalan raya dan seperti mana saya sebut sebelum ini, kita tidak akan memberi apa-apa pengurangan dari segi kompaun terhadap sebarang pelanggaran peraturan jalan raya.

"Kita akan meningkatkan penguatkuasaan kerana penguatkuasaan sahaja saya rasa yang mungkin boleh mengubah sikap orang dan kemungkinan kita akan cadangkan supaya jumlah kompaun ini dipertingkatkan kerana RM300 ini nampaknya semua rasa macam 'kacang' je dia bayar," katanya kepada media selepas menerima sumbangan kereta Perodua Axia di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Justeru, Khalid berkata pertambahan jumlah kompaun dilihat bakal memberi kesan sekaligus ma…

Mangsa Banjir di Sarawak Meningkat

KUCHING: Fenomena air pasang besar lewat petang Selasa dan awal Rabu mengakibatkan beberapa tempat di daerah Kuching, Bau dan Serian terus dinaiki air dan jumlah penduduk terutama yang tinggal berhampiran Sungai Sarawak di sini yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir malam tadi, terus melonjak dengan ketara.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata sehingga pukul 8 pagi ini jumlah penduduk yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir di daerah berkenaan melonjak kepada 5,578 orang pagi ini daripada 3,230 orang malam tadi.

Beliau berkata ketika ini terdapat 21 pusat pemindahan banjir yang dibuka di daerah Kuching, manakala lima lagi di daerah Bau dan dua di daerah Serian.

Bagaimanapun menurutnya pagi ini air di Sungai Sarawak kelihatan sudah mulai surut, dengan kebanyakan kawasan yang dinaiki air sejak malam tadi masih digenangi air yang bertakung, dan akan mengambil sedikit masa untuk surut sepenuhnya.

Semalam antara …

Recommendations by outbrain