Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Budaya MC dalam masyarakat

Doktor A : Sakit apa puan? Pesakit B : Tak sakit pun. Saya nak mintak MC. Hari ini sepatutnya saya kena pergi court, tapi saya tak nak pergi. Lawyer suruh saya ambil MC Doktor A : Puan tahu tak MC tu apa? Pesakit B : Surat cuti sakit lah. Doktor A : Jadi puan tak sakit, mana boleh dapat MC. Itu menipu namanya. Pesakit B : Alah. Doktor ni macam tak biasa pula. Doktor A : Tak. Kena biasa ke? Pesakit B : (Mula meninggi suara) Bukannya saya nak sangat, lawyer saya yang suruh. Tak kan lah saya nak menipu kat mahkamah. At least ada MC, ada lah bukti kenapa saya tak hadir. Doktor A : Puan tak nak menipu, jadi minta saya tipu? Cakap kepada lawyer puan suruh dia jumpa saya. Atau pun cuba puan call dia, mungkin dia tak tahu MC tu apa. Biar saya cakap dengan dia. Pesakit B : (Marah-marah) Doktor, selama ni boleh saja saya minta MC. Nanti saya buat surat aduan baru tahu! Percayalah, ini berlaku hampir setiap hari. Apakah yang patut saya lakukan?
Percaya atau tidak, MC sudah jadi budaya, alternatif mudah unt…

Muslim di Afghanistan pada 1830an

Di sini kami ingin kongsi maklumat dari sumber internet (FB: Amzarul Yusrin) tentang satu gambar lama yg dirakam oleh jurukamera British suatu masa dahulu. 
Disclaimer: Tiada sumber rujukan primary yang boleh diguna pakai sebagai cross checking. Anda boleh adakan kajian anda sendiri untuk menyangkal atau menyokong artikel ini. 
1830an. Di wilayah Afghanistan. Solat Jumaat di kawasan lapang yang dihadiri lebih kurang 150,000 penduduk Muslim seluruh wilayah Asia Tengah. Jumlah mungkin lebih dari itu. Menurut repot jurukamera dan pasukan ekspedisi menangis sangat terharu melihat pemandangan ini yg pertama kali dilihat mereka. 
Seluas mata memandang para lelaki Muslim dari kalangan pelbagai etnik bangsa berbeza mampu bersatu beribadat menyembah Yang Esa. "Such a beauty elegant scenery, pure masjestic!" ucap salah seorang krew penjelajah tersebut. 
Gambar ni lah yg membuatkan Gerakan Zionisme Dunia menghuru harakan Afganistan beratus tahun dulu sehingga sekarang. Dipecahkan dengan pe…

Sony Digital Entertainment membangunkan interaksi 4K pertama di dunia

TOKYO: Sony Digital Entertainment Services Inc., sebuah syarikat yang mereka bentuk sosial yang menyediakan jenis pengalaman komunikasi baharu melalui telefon pintar, akan buat pertama kalinya menghadiri Pameran Perdagangan SXSW2016 dari 13 hingga 16 Mac di Austin, Texas, Amerika Syarikat.

Sony Digital akan menyediakan dua pengalaman promosi baharu.

Magictron

Magictron adalah sebuah tanda interaktif di mana pengguna boleh menjadi sebahagian daripada jenama itu dan pada masa yang sama menikmati pengalaman berinteraktif.

Dengan teknologi pengecaman imej, pantulan pengguna itu dalam monitor yang besar menghasilkan pelbagai kesan yang kreatif.

"Magictron" mencipta foto komersil bagi pengguna, yang boleh dikongsi melalui SNS. Satu versi mudah alih "magictron" juga disediakan di laman sesawang SXSW2016 mereka.

Ciri-ciri Magictron

Memahami "jarak" di antara kamera dengan seseorang, ia menunjukkan animasi interaktif yang mengelilingi seseorang lelaki atau wanita.Men…

Pekerja IT portal TMI tinggalkan nota rahsia

KUALA LUMPUR: Terdapat satu nota tersembunyi dalam kod HTML portal tersebut yang ditinggalkan oleh kakitangan portal tersebut.

Difahamkan, mesej tersebut ditinggalkan oleh seorang kakitangan IT, Yusseri Yusoff yang juga merupakan orang terakhir mematikan suis pelayan portal berkenaan.

Melalui kenyataan mesej itu, Yusseri mengimbas kembali memori dia bersama rakan sekerjanya berdepan dengan penggodam portal tersebut buat kali pertama pada tahun 2012.

Difahamkan, sebelum pilihan raya yang ke-13, mereka mengesan ada pihak yang menggodam portal berita itu dan terus mengganggu mereka selama sebulan.

Menurut Yusseri, dengan bantuan syarikat AIMS dan syarikat Global Transit Communications (GTC), mereka akhirnya berjaya memulihkan kembali portal itu.

Yusseri mengakhiri nota tersebut dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang telah memberikan sokongan sejak hari pertama ia dibuka.

Kumpulan The Edge Media Group menghentikan operasi portal berita The Malaysian Insider (TMI) berm…

Lori hilang kawalan rempuh 14 kereta di Jalan Duta

KUALA LUMPUR: Sebuah lori 10 tan yang membawa muatan pasir hilang kawalan lalu merempuh 14 kereta di hadapannya di Jalan Duta petang tadi.

Menurut Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S. Markandan, kemalangan pada pukul 4.50 petang itu tidak meragut nyawa namun menyebabkan kecederaan ringan kepada semua mangsa yang terlibat.

"Pemandu lori berusia 32 tahun itu mendakwa dia hilang kawalan apabila berlaku kegagalan brek pada lori berkenaan ketika berada pada jalan yang sedikit menuruni bukit menghala ke pusat bandar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Markandan berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku di laluan lima lorong satu hala dan kenderaan yang dilanggar adalah di lorong keempat dan kelima ketika jalan sedang sesak.

Katanya ketika kejadian jalan raya dalam keadaan basah selepas hujan dan lori berkenaan melanggar kenderaan di hadapannya yang bergerak ke arah yang sama.

Beliau berkata lori dan semua kenderaan terlibat dibawa ke B…

Jangan muatnaik gambar kurang sopan di media sosial!

KUALA LUMPUR: Golongan wanita diingatkan supaya tidak memuat naik gambar-gambar mereka dalam keadaan kurang sopan di media sosial bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa eksploitasi oleh pihak lain.

Peringatan itu dibuat oleh Malaysian Association of Women Empowerment (MyWomen) berikutan banyaknya kes gadis-gadis di negara ini yang kini lebih berani memuat naik gambar-gambar seumpama itu di laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

Presiden MyWomen Datuk G. Geethanjali berkata perbuatan mereka sangat membimbangkan.

Sehubungan itu MyWomen, sebuah badan bukan kerajaan, pada Sabtu melancarkan program 'Social Media Ethics How Much is Too Much' di bangunan MIC di sini dalam usaha membimbing golongan wanita tentang tatacara menggunakan media sosial, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu.

MyWomen bekerjasama dengan Puteri MIC untuk menjayakan program berkenaan.

Projek PRIHATIN di UK

KUALA LUMPUR: Siapa sangka bahawa rakyat Malaysia di luar negara mengambil berat terhadap golongan gelandangan di United Kingdom (UK)?

Kumpulan komuniti kecil ini menunjukkan kepada dunia sifat sebenar kita iaitu mempunyai nilai perkongsian dan penyayang.

Kira-kira 80 sukarelawan Malaysia menganjurkan Projek PRIHATIN yang bertujuan memupuk masyarakat dan pelajar Malaysia di UK untuk mempunyai pemikiran terbuka dan sifat keprihatinan terhadap golongan yang kurang bernasib baik di sekitar Kota London.


Projek PRIHATIN adalah satu inisiatif baru oleh Kelab Pelajar London yang disokong oleh IKRAM United Kingdom & Eire, IKRAM Care and Relief dan Majlis Pelajar Malaysia United Kingdom dan Ireland (UKEC).

Siri pertama projek itu bermula di London baru-baru ini yang bertemakan 'Mendekati Gelandangan, Semaikan Senyuman'.

Menurut Pengarah projek Izzat Fahimuddin Mohamed Suddian, pelajar Ijazah Kedoktoran tahun akhir dalam jurusan kajian Nano-Perubatan di King’s College London, beliau…

Ray Tomlinson, pencipta emel meninggal dunia

Lagenda dunia pengkomputeran, Ray Tomlinson, 74, meninggal dunia pada Sabtu akibat serangan jantung.

Tomlinson merupakan pengirim emel pertama di dunia ketika bertugas di Bolt, Beranek and Newman (BBN) pada sebuah syarikat yang berperanan penting membangunkan Internet versi terawal yang dikenali sebagai ARPANET pada tahun 1971.

Ciptaan Tomlinson iaitu arahan SNDMSG kepada komputer membenarkan mesej dihantar secara terus dari pengirim kepada penerima.

Sebelum itu, mesej elektronik hanya boleh dikongsi melalui rangkaian yang amat terhad.

Menghidupkan semula simbol '@'

Tomlinson juga masyhur sebagai individu yang bertanggungjawab menggunakan simbol ‘@’ dalam alamat e-mel yang memisahkan di antara nama pemilik akaun dan hos emel.

Menurut CNN, ketika ditanya mengapa simbol itu dipilih, Tomlinson berkata simbol tersebut jarang digunakan ketika itu maka sifatnya unik.

Simbol itu juga merujuk kepada kata sendi at (@) yang sesuai digunakan.

Ciptaan Tomlinson masih dianggap baru pada er…

FAM diminta kaji semula hukuman ke atas 216 pemain terlibat rasuah pada 1994

ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta mengkaji semula hukuman ke atas lebih 200 pemain yang terlibat dalam rasuah pada 1994 bagi membolehkan mereka mencurah bakti dalam sukan bola sepak negara.

Presiden Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Kedah (KEFA) Faridzul Kassim berkata dengan cara itu ia dapat memberi peluang kepada mereka untuk berbakti semula dengan persatuan atau kelab bola sepak di peringkat negeri.

Beliau mendakwa kebanyakan daripada mereka yang merupakan pemain berbakat ketika itu menyuarakan rasa tidak puas hati dengan hukuman digantung seumur hidup yang dikenakan FAM ketika itu walaupun ada juga pemain yang terlibat tetapi terlepas daripada hukuman.

"FAM perlu kaji faktor kenapa mereka berbuat demikian... Mungkin sebab mereka tidak dibayar gaji oleh persatuan bola sepak negeri ketika itu. FAM perlu tahu dan ambil berat mengenai perkara itu," ujarnya.

Faridzul yang juga bekas pemain bola sepak Kedah berkata ramai daripada pemain berkenaan yang ber…

Perlumbaan penuh dramatik Azizulhasni di London

AZIZULHASNI Awang berjaya merangkul pingat gangsa dalam saingan final acara keirin Kejohanan Trek Dunia London pada Isnin.

Azizul menamatkan perlumbaan di belakang Joachim Eilers (pertama) dan Ed Dawkins (kedua).

Kejayaan merangkul gangsa itu turut menjadi penyuntik semangat untuk mencipta kejayaan di temasya Olimpik Rio selepas ini.

Jaguh berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang mengakui perlu menempuh perlumbaan penuh dramatik sebelum dapat meraih pingat gangsa acara keirin di Kejohanan Trek Dunia UCI pada Ahad.

Menceritakan detik kejayaannya di Lee Valley Velopark, Stratford, London itu, Azizuhasni berkata beliau hampir mengalami kemalangan pada pusingan pertama kerana dihimpit pelumba Poland dan tuan rumah yang menyebabkan beliau terpaksa berlumba di pusingan 'repecharge' untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

"Alhamdullilah, walaupun begitu sengit saya berjaya memenangi pusingan repecharge dan mara ke pusingan seterusnya.

"Tapi saya pelik, kedua-dua pelumba y…

MH370, 2 tahun sudah berlalu

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus komited melakukan segala-galanya dengan kemampuan yang ada untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan berharap pesawat milik penerbangan Malaysia itu akan dijumpai di kawasan pencarian di Lautan Hindi.

Beliau menjelaskan, jika pesawat itu tidak juga ditemui, Malaysia, Australia dan China akan mengadakan mesyuarat tiga pihak untuk menentukan langkah seterusnya.

Najib juga berkata, pihaknya menyedari bahawa penemuan serpihan pesawat itu di Pulau Reunian Julai lalu tidak dapat meredakan kesedihan keluarga dan waris mangsa MH370.

Tahun ini merupakan tahun kedua Malaysia bersedih sejak tragedi 8 Mac 2014 apabila pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang dari radar.

Pada 24 Mac 2014, kerajaan mengumumkan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.

4 langkah untuk ubati ketagihan anda pada 'Ganja' media sosial

Cadangan seorang pemimpin Pemuda UMNO baru-baru ini agar penggunaan ganja dibenarkan agar rakyat dapat ‘melupakan’ beban kos sara hidup menarik perhatian saya.

Sebenarnya, tanpa ganja sekalipun kita sudah ada ketagihan yang sentiasa dinikmati saat hati kita mendongkol geram dengan harga nasi lemak yang semakin mahal atau ketika poket sudah kering walau gaji diterima belum berusia seminggu.

Kita sebenarnya sudah lama 'dicandu' media sosial.

Ketagihan media sosial sebenarnya bukan penyakit olok-olok

Pasti ramai yang pernah memasang azam sebegini:

“Aku mahu puasa Facebook tiga hari.”

“Hari ini aku tidak mahu baca timeline Twitter.”

“Aku tak akan semak Instagram minggu ini.”
Namun kita tahu cara azam ini berakhir. Selepas sehari dua, mata kembali menjeling puluhan bahkan ratusan notifikasi di skrin telefon pintar, kesemuanya merayu agar dibaca.

Akhirnya kita tewas.

Ketagihan sebegini dikongsi ramai. Kajian Cornell University pada hujung tahun 2015 menggelarkan fenomena ini sebagai…

Li-Fi: Teknologi akses internet guna cahaya, 100 kali lebih pantas daripada Wi-Fi

MADRID: Menghubungkan telefon pintar anda ke akses internet menggunakan cahaya adalah kaedah terbaharu yang ditawarkan oleh teknologi Li-Fi, selain ia turut mempunyai kelajuan sehingga 100 kali ganda berbanding Wi-Fi.

Syarikat teknologi Perancis, Oledcomm melakukan satu demonstrasi teknologi Li-Fi berkenaan di Kongres Mobil Sedunia di Barcelona, dengan meletakan sebuah telefon pintar di bawah cahaya lampu. Telefon berkenaan kemudiannya memainkan video.

Kelebihan terbesar Li-Fi atau ketepatan cahaya (light fidelity) adalah kelajuan cahayanya.

@Oledcomm released the 1rst open #innovation platform for #LiFi connectivity in #MWC16! https://t.co/h7WECFUQF3pic.twitter.com/4rDKxIZxkP— OLEDCOMM (@oledcomm) February 23, 2016

Ujian makmal menunjukkan teori kelajuannya melayari Internet melebihi 200 Gbps, iaitu satu kelajuan seperti memuat turut 23 DVD dalam satu saat, menurut Ketua OledComm, Suat Topsu.

“Li-Fi boleh mengatasi kelajuan Wi-Fi sebanyak 100 kali ganda menggunakan gelombang radio unt…

Facebook perkenal ciri "Reactions" berbentuk emoji

Facebook pada Rabu memperkenalkan ciri terbaharu "Reactions" di mana pengguna kini bukan sahaja boleh 'Like' status seseorang tetapi berkongsi reaksi mereka dengan lima emoji baharu.

Lima emoji tersebut – Love, Haha, Wow, Sad dan Angry – berjaya dilancarkan selepas lebih dari setahun dalam perbicaraan.

Emoji terbaharu ini boleh dipilih pada butang 'Like' apabila pengguna menekan ikon tersebut untuk beberapa saat.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berkata bukan setiap masa seseorang itu berkongsi kegembiraannya. Kadang-kadang mereka ingin berkongsi sesuatu yang menyedihkan atau mengecewakan.

"Saya telah menghabiskan banyak masa berfikir tentang cara yang betul untuk melakukan ini dengan pasukan saya.

"Salah satu matlamat saya adalah untuk membuat ia semudah menekan dan menahan butang 'Like'," katanya.

Dengan berita baik ini, kami ingin mengingati anda untuk tidak melakukan dua perkara terseb…

Pihak berkuasa Mozambique sahkan terima serpihan didakwa dari MH370 dari warga AS

MAPUTO: Pihak berkuasa udara Mozambique pada Rabu memberitahu bahawa seorang lelaki warga Amerika Syarikat telah menyerahkan objek yang dipercayai serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu.

Joao de Abreu, Presiden Institut Penerbangan Awam Mozambique memberitahu AFP, buat masa ini belum ada sebarang pengecaman dan pengesahan dibuat.

"Objek itu diserahkan pagi tadi (semalam) oleh seorang lelaki warga Amerika bernama Blaine Gibson," kata de Abreu.

"Dia menemui objek itu ketika berjalan di kawasan pantai berdekatan Vilankulo, Pulau Benguerra (sebahagian dari kepulauan Bazaruto)."

Gibson dilaporkan merupakan seorang blogger dan aktif menyiasat kehilangan pesawat tersebut.

Gibson hadir menyerahkan kepingan debris itu dengan ditemani wakil dari kedutaan Australia.

"Objek itu berukuran 57 sentimeter kali 90 sentimeter. Ia tidak bersimetri, diperbuat dari bahan komposit, dan berwarna kelabu," jelas de Abreu.

"Masih terlalu awal untuk …

Saya terus kekal dalam UMNO, tidak terbabit konspirasi jatuhkan Najib - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan keluar dari parti UMNO.

Katanya beliau telah bertanya pendapat sahabat-sahabat politiknya serta keluarganya yang semua berpendapat bahawa beliau harus kekal dalam parti itu untuk terus memperjuangkan nasib rakyat.

“Isu ini tidak berbangkit. Saya menjadi ahli UMNO sejak tahun 70-an.

“Saya percaya parti saya ialah parti yang baik. UMNO tidak bersalah dalam perkara ini,” katanya semasa satu sidang media di Bukit Damansara, hari ini.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa hormat dengan keputusan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan keluar dari parti pada Isnin.

Muhyiddin berkata demikian semasa merujuk kepada keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang sebulat suara memutuskan penggantungan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO Jumaat lalu.

Beliau berkata Majlis Tertinggi UMNO telah membuat keputusan itu dengan gopoh.

Saya tidak diberikan peluang yang ad…

Apple bantu pencarian MH370 sejurus terima berita kehilangannya

WASHINGTON: Syarikat Apple mendedahkan bahawa ia ada membantu pihak berkuasa Amerika Syarikat dalam usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370.

Menurut naib presiden kanan hal ehwal kerajaan dan perundangan syarikat gergasi teknologi itu, Apple telah bekerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan untuk membantu mengesan pesawat tersebut.

“Apabila pesawat Malaysia Airlines itu terhempas, dalam masa satu jam selepas pesawat itu disahkan hilang, operator kami bekerjasama dengan pembekal telefon di seluruh dunia, dengan syarikat penerbangan, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk mengesan ping, mengenal pasti lokasi akhir pesawat itu,” kata Bruce Sewell yang juga penasihat guaman syarikat itu.

Pesawat MH370 didapati hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Malaysia ke Beijing.

Pesawat berkenaan dipercayai berakhir di Lautan Hindi melalui bukti ping yang dikesan oleh sebuah syarikat telekomunikasi satelit Britain Inmarsat, dan diperkuatkan lagi dengan penemuan flaperon di Pulau…

Gambar ini Menceritakan Bermulanya Episod Kejatuhan Empayar Islam

Sedih dan sayu melihat gambar ini. Ia memperingati 94 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN KHALIFAH ISLAM.

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Bulan ini, March mengingatkan kita 3hb Mac 2016 adalah bertepatan dengan 94 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar k…

Recommendations by outbrain