Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Apple kumpul 1 tan emas hasil kitar semula produk

LAPORAN tanggungjawab alam sekitar Apple terbaharu mendedahkan gergasi teknologi itu berjaya mengumpul 998 kilogram emas hasil kitar semula produk sepanjang tahun lalu.

Emas tersebut diperoleh daripada produk yang diserahkan di kedai Apple atau dihantar melalui pos.

Setiap iPhone, menurut Forbes, mengandungi kira-kira 25 miligram emas.

Jumlah emas yang diperoleh Apple bernilai kira-kira $43.6 juta (RM171.6 juta), sekali gus mengurangkan keperluan syarikat tersebut untuk melombong emas baharu.

“Kami sedaya upaya mengelakkan pembuangan alat elektronik ke tapak pelupusan sampah supaya unsur berharga pada alat tersebut boleh diguna semula.

"Kami mahu memastikan alatan ini dikitar semula supaya tidak membahayakan kesihatan manusia atau alam sekitar,” jelas laporan tersebut.

Sekalipun mahal, terhad, dan berbahaya untuk diekstrak, emas masih dipilih sebagai komponen alat elektronik kerana mempunyai kemampuan mengalirkan elektrik yang amat baik, mudah dibentuk, dan mempunyai ketahanan…

Pemadam api terkecil masuk pasaran Malaysia bulan depan

KUALA LUMPUR: Berbentuk silinder, seberat 400 gram dan bersaiz lampu suluh menjadikan produk pemadam api buatan Itali 'Mangiafuoco' lebih praktikal untuk digunakan.

Ia dijangka memasuki pasaran negara Mei ini hasil edaran Global Combined Technology Sdn Bhd.

Pengarahnya Mejar (B) Zainal Abdullah berkata produk tersebut mendapat sambutan hangat di Eropah.

"Selain kecil dan ringan yang boleh digenggam kanak-kanak, alat ini sesuai untuk memadam kebakaran berskala kecil.

"Ia menggunakan serbuk potasium yang boleh memadamkan api antara 50 hingga 100 saat," katanya kepada Bernama pada pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Beliau berkata alat tersebut mungkin dijual pada harga antara RM400 hingga RM480.

7 Perkara Tentang Ragam Wanita

Kita selalu mendengar dalam menjalinkan hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, lelaki lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak wanita. Berikut kami senaraikan 7 benda tentang wanita yang membuatkan kaum lelaki tidak faham dengan ragam anda.

1. Baju banyak dalam almari tapi selalu kata tak ada baju lagi dah


2. Terlalu obses dengan bag dan kasut.

Wanita dan beg tangan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Jika tiada beg atau kasut, tidak lengkap rasanya penampilan mereka.

3. Ada extra stamina bila shopping

Kaum wanita ni kalau diaorang shopping, mesti diaorang pusing satu mall dulu dan akan terjah semua kedai pastu patah balik kat kedai yang pertama dia masuk.

4. “Multi-tasking”

Kelebihan yang dimiliki kaum wanita mampu melakukan beberapa jenis pekerjaan dalam waktu yang sama, sehingga lebih efektif dan efisien.

5. Suka bertanyakan soalan yang mereka sendiri sudah ada jawapannya

Mereka sendiri…

Vida Beauty pertimbang tarik balik penajaan terhadap Kelantan

KOTA BAHARU: Syarikat Vida Beauty akan menarik balik penajaan sekiranya prestasi skuad Kelantan masih terumbang-ambing.

Pengasasnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berkata khabar angin mengatakan syarikat itu akan menghentikan tajaan tidak mustahil berlaku jika skuad itu masih tidak menunjukkan peningkatan dalam saingan Liga Super ketika ini.

"Khabar angin itu tidak mustahil akan berlaku kerana saya seorang ahli perniagaan. Jika pasukan tidak 'perform' dan menyebabkan jualan saya jatuh macam mana saya nak bayar tajaan.

"Pasukan perlu kembali ke landasan sebenar bagi memberi keyakinan kepada semua pihak (yang menyokong Kelantan)," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya tentang khabar angin tersebut.

Pada 4 Mac lalu, Kelantan terkeluar daripada saingan Piala FA selepas tewas kepada Kedah menerusi penentuan sepakan penalti, yang berakhir dengan Kedah 5 Kelantan 4.

Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Dr Vida sebelum ini dilaporkan sedia menaja dan mem…

Bukit Merah mungkin diisytihar kawasan bencana

IPOH: Bukit Merah mungkin akan diisytiharkan sebagai kawasan bencana susulan situasi paras air di empangan Bukit Merah, Perak kini berada pada tahap kritikal.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya akan membuat permohonan kepada kerajaan persekutuan untuk melakukan pengisytiharaan itu, jika air di empangan berkenaan terus kekal kritikal dalam tempoh dua hari ini.

Jelas Zambry, kesan daripada pemendapan tanah di tasik tertua negara itu merupakan antara faktor yang menyebabkan keadaan paras airnya kritikal.

"Kami sedang mengkaji beberapa langkah kemungkinan yang perlu dibawa ke Majlis Keselamatan Negeri untuk pengisytiharaan kawasan berkenaan. Namun perkara ini perlu diperhalusi dalam beberapa hari,"katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Hari Vasakhi 2016 di Ipoh pada Ahad.

Setakat ini, menurutnya lagi, keadaan paras air di empangan berkenaan mencatatkan sedikit peningkatan sejak malam semalam akibat tabur…

10 Cara Didikan Ibu Garang Agar Anak Jadi 'Orang'

Cuba ingat balik macam mana stail kebanyakan mak zaman dulu, semuanya boleh dikatakan garang. Kita sendiri sebagai anak mengakuinya. Dan disebabkan kegarangan ibu itulah, kita takut buat salah, ikut semua cakap ibu, cemerlang di sekolah dan akhirnya jadi orang.

Memang masa kecil dahulu ramai antara kita mengeluh 'kenapalah mak aku ni garang sangat', tapi bila sudah dewasa kita akhirnya tahu sendiri kenapa mak bersikap sebegitu. Semuanya untuk kebaikan kita. Dalam setiap didikan ibu yang garang itu ada pengajarannya.

Tapi cara didikan ibu garang sekarang tak boleh disamakan. Dulu kalau kita buat salah, mak akan pukul dengan getah paip atau penyapu lidi, sekarang tak boleh lagi, kena ikut peredaran zaman. Ini antara cara didikan ibu garang sekarang. Garang kerana sayang.

1. Paksa anak tidur awal - semua orang tahu kepentingan tidur yang cukup apatah lagi pada anak kecil. Lakukan peranan anda sebagai ibu, paksa mereka masuk bilik untuk tidur paling lewat jam 10 malam.

2. Jang…

6 Cara Isteri Sambut Suami Pulang Dari Kerja

Walau mungkin ia tidak pernah disuarakan tapi suami yang pulang ke rumah selepas penat bekerja tentunya ingin disambut oleh isteri tercinta. Lebih menggembirakan hatinya bila dirai oleh isteri serta anak dalam keadaan yang menyenangkan.

Rumah bersih serta penampilan isteri yang sedap mata memandang akan meleburkan kepenatannya selepas seharian bekerja. Tapi cara menyambut kepulangan suami bukan dengan dua perkara itu saja.

Ada lagi cara lain yang lebih menyentuh hati suami hingga mungkin membuatkan dia teruja untuk pulang awal setiap hari bertemu anak serta isteri.

Tip dan layanan di bawah ini amat sesuai dipraktikkan untuk anda yang pulang bekerja lebih awal dari suami atau pun suri rumah. Katanya nombor tiga itu adalah cara paling disukai suami. Cuba perhati, ada tak anda melakukan perkara di bawah ini.

1. Memperlihatkan simpati
Fahami peranan suami yang di bahunya terletak tanggungjawab mencari nafkah keluarga. Jika semua isteri memahami keadaan suami yang bekerja keras selama di …

8 perkara anda perlu tahu mengenai isu Sungai Tembeling

Berikut adalah ringkasan 8 perkara yang perlu anda tahu mengenai isu Sungai Tembeling:

1. Apa yang terjadi kepada Sungai Tembeling?
Musim kemarau berpanjangan menyaksikan penyusutan ketara paras air di Sungai Tembeling. Penduduk setempat mendakwa tidak pernah dalam sejarah sungai berkenaan, air sungainya cetek sedemikian.

"Sekarang pasir makin banyak, makin naik, makin tinggi. Dulu pasir tidak tinggi begini tapi sekarang sudah nak menutup aluran sungai dah." - Zakaria Ismail, Penduduk Kampung Bantal

Penduduk mendakwa air Sungai Tembeling sudah mula menunjukkan tanda-tanda kering sejak beberapa tahun lalu.

"Air sungai ini sudah nampak kesannya dalam 5 hingga 6 tahun sudah. Sebelum ini ada kecetekan pernah berlaku pada sungai tapi bukan sebegini cetek," kata pengusaha bot, Hamizun Loai.


2. Apakah punca penyusutan Sungai Tembeling?
Selain cuaca panas, penduduk mendakwa paras sungai yang sorot itu disebabkan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal di kawasan tadahan air …

Jangan Lakukan 6 Perkara Ini Pada Bayi Baru Lahir

Lahirnya si kecil membuatkan, ibu bapa baru cukup teruja. Pelbagai perkara mahu dilakukan untuk bayi tapi berpada-padalah. Kawal keterujaan itu papa dan mama. 6 perkara ini terutamanya jangan dilakukan pada bayi baru lahir. Untuk ibu bapa baru, tip ini perlu anda tahu.

1. Jangan beri sembarangan orang cium
Memang nampak macam ‘over’ tapi pada minggu pertama hidup bayi, pendedahan ada bakteria dan kuman boleh beri masalah serius. Sebabnya sistem imuniasi mereka belum berfungsi sepenuhnya. Jadi sebagai ibu prihatin pastikan sesiapa yang ingin mencium dan memegang bayi anda dalam keadaan bersih. Jika nampak kotor, berilah apa-apa alasan atau terus terang saja sebabnya.

2. Jangan ubah suasana rumah
Bayi memang perlukan banyak perhatian tapi tak perlulah sampai mengubah suasana rumah antaranya seperti langsung tak boleh pasang TV, sentiasa menutup pintu dan langsir kerana bimbang bising. Suasana yang sedikit bising tak beri masalah, biarkan bayi terbiasa dengan suasana itu.

3. Jangan biar …

Fenomena El Nino dijangka berakhir Jun ini

KUALA LUMPUR: Sebuah Pusat Ramalan Iklim (CPC) menjangkakan Fenomena El Nino, yang menyebabkan Malaysia kini mengalami panas terik dan kemarau, berakhir pada Jun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata CPC Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional (NOAA) yang berpejabat di Amerika Syarikat menjangka fenomena itu tamat apabila bacaan Oceanic Nino Index (ONI) mencatat kurang daripada 0.5 darjah Celsius berbanding 2.0 darjah Celsius ketika ini.

"Impak El Nino terhadap suhu negara dijangka beransur reda apabila kekuatan El Nino semakin menurun selain peningkatan kekerapan hujan semasa musim peralihan monsun mencapai kemuncaknya pada penghujung April atau awal Mei nanti.

"Ini kerana hujan dan ribut petir terutamanya pada sebelah petang dan senja di negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah dan Sarawak akan lebih kerap berlaku semasa peralihan monsun," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Be…

Ketahui 3 perkara mengenai keselamatan siber Malaysia

KUALA LUMPUR: Dengan semakin banyak peranti dan telefon pintar dihubungkan ke atas talian kini, keselamatan siber kini menjadi satu aspek yang tidak boleh diabaikan dalam hidup seorang pengguna moden.

Namun dengan semua kemajuan yang telah dicapai, adakah tahap keselamatan siber di Malaysia cukup kukuh untuk menangkis semua ancaman siber di luar sana?


Kelemahan siber PKS mungkin menjadi lubuk?

Kata Fredrikson, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan adalah antara entiti paling terdedah kepada serangan siber di Malaysia.

Ini perkara yang membimbangkan, kerana PKS membentuk sebahagian besar daripada ekonomi Malaysia.

Ini bermakna ekonomi negara secara keseluruhannya berupaya terjejas jika keselamatan siber PKS terus lemah.

Kata Fredrikson, 74 peratus PKS Malaysia menjadi mangsa serangan siber tahun lalu.

“Anda sebagai PKS perlu tanya kepada diri sendiri, apakah tiga atau lima aset paling penting bagi perniagaan anda, yang tidak boleh dicuri atau dibocorkan?

“Dari situ, anda boleh m…

KTM Komuter hadapi masalah teknikal, netizen mengamuk

KUALA LUMPUR: “Dah 105 minit saya berdiri dalam KTM (Komuter) ni.”

“Naik tren pukul 7:15 (pagi), pukul 9:00 (pagi) baru gerak.”

Itu beberapa rungutan yang dikongsi oleh netizen hari ini di media sosial berikutan masalah teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter.

Pengumuman di akaun Twitter rasmi KTM Komuter pada jam 7:09 pagi menyatakan masalah teknikal tersebut berlaku berhampiran stesen Kuala Lumpur menyebabkan komuter ke semua destinasi mengalami kelewatan berbanding jadual asal.

Disebabkan masalah teknikal berhampiran stesen Kuala Lumpur, Komuter ke semua destinasi telah mengalami kelewatan dr jadual asal. Mohon maaf — KTMB 03 2267 1200 (@ktmkomuter) April 17, 2016

Pada jam 8:23 pagi, KTM Komuter mengumumkan tren mula beroperasi dengan kekerapan 30 minit.

Rujuk masalah teknikal pagi ini. Sekarang tren Komuter beroperasi dengan kekerapan setiap 30 minit. — KTMB 03 2267 1200 (@ktmkomuter) April 18, 2016

Namun pengumuman tersebut tidak dapat menghalang kebanyakan netizen melua…

8 fakta anda perlu tahu tentang Dr Zakir Naik

1. Dr Zakir Adbul Karim merupakan seorang ulama, penceramah dan pendakwah dari India yang sering menyampai ceramah mengenai Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia. Beliau dilahirkan pada 18 Oktober, 1965 di Mumbai.

2. Dr Zakir merupakan seorang doktor perubatan yang memperoleh ijazah Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Mumbai. Pada tahun 1991, beliau mula bekerja dalam bidang dakwah, dan mengasaskan Islamic Research Foundation (IRF) .

3. Dr Zakir merupakan seorang yang popular dalam membuat penilaian kritis dan memberi jawapan strategik kepada soalan-soalan yang mencabar yang diajukan oleh penonton selepas ceramahnya.

4. Menerusi ceramahnya, beliau menjelaskan sudut pandangan serta membetulkan pandangan salah terhadap ajaran Islam, dengan menggunakan al-Quran, hadis dan input relatif daripada kitab-kitab agama lain sebagai tambahan, bersama fakta saintifik.

5. Menurut laman blog The Islamic Research Foundation (IRF), dalam tempoh 20 tahun (sehingga tahun 2014) Dr Zaki…

Gempa bumi 7.1 magnitud landa Myanmar

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.1 skala Richter berlaku di Myanmar pada 9.55 malam tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa terletak 115 kilometer ke barat laut Monywa, Myanmar dan 1916 kilometer ke barat laut Padang Besar, Perlis.

MetMalaysia turut memaklumkan pusat gempa dikenal pasti di kedalaman 119 kilometer di bawah permukaan laut.



Setakat ini tiada ancaman tsunami direkodkan.

Operasi penguatkuasaan pembiakan aedes dilancar di seluruh negara

KUALA LUMPUR: Sejumlah 12,110 premis telah diperiksa dan 39 kompaun berjumlah RM19,500 dikeluarkan hasil operasi penguatkuasaan pembiakan nyamuk Aedes di seluruh negara yang bermula semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata kesemua premis yang didapati membiak Aedes dikenakan kompaun maksimum RM500 bagi setiap kompaun dalam operasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan selama dua bulan itu.

"KKM juga menjalankan aktiviti penguatkuasaan di tapak binaan kerana didapati kadar pembiakan Aedes masih tinggi iaitu 31.8 peratus, melebihi sasaran satu peratus yang ditetapkan.

"Perintah penutupan (oleh) mahkamah selama dua minggu akan dikenakan kepada tapak binaan yang didapati membiak Aedes selain tindakan didakwa di mahkamah bagi kesalahan berulang," kata kenyataan itu.

Sejumlah 324 lokaliti terlibat dalam operasi itu iaitu 109 di Kelantan, 62 di Selangor, 51 di Kedah, 35 di Terengganu, 18 di Johor, 10 di Ne…

Whatsapp perkenal ciri sunting teks: 'Bold, Italics, Strikethrough'

APLIKASI sistem pesanan segera Whatsapp akhirnya membenarkan pengguna untuk menyunting teks kiriman mereka.

Kemas kini aplikasi tersebut membolehkan pengguna menukar teks kepada bold (tebal), italics (condong), dan strikethrough (digaris di tengah).

Ciri yang sebelum ini diuji dalam versi beta kini boleh didapati oleh semua pengguna versi 2.12.17 bagi platform iOS dan versi 2.12.535 bagi platform Android.

Ciri ini bagaimanapun tidak wujud dalam bentuk ikon atau butang tertentu namun ‘tersembunyi’ dan perlu ditaip sendiri oleh pengguna untuk mengaktifkannya.

Misalnya, untuk menukar teks kepada bold, gunakan simbol asterisk pada awal dan akhir perkataan seperti ini: *bold*

Bagi bold, gunakan simbol tilde seperti ini: *bold*Bagi italics, gunakan simbol tilde seperti ini: _italics_Bagi strikethrough, gunakan simbol underscore seperti ini: ~strikerthrough~Bagi contoh kombinasi, taip seperti ini: have *you* tried

Pengenalan ciri ini dilihat sebagai tindakan Whatsapp untuk tampil sebagai apl…

Baik dan buruk WhatsApp: 8 jenis group WhatsApp paling lazim

Di zaman teknologi maklumat ini, kebolehan untuk berkomunikasi dengan pantas dan mudah memang sudah menjadi satu keperluan.

Satu aplikasi popular di kalangan pengguna adalah WhatsApp, yang dimiliki oleh Facebook sejak awal 2014.

Dianggarkan 1 bilion orang menggunakan aplikasi ini, menjadikannya aplikasi pesanan ringkas paling popular di dunia. Lebih 30 bilion mesej WhatsApp dihantar setiap hari. Pentingnya WhatsApp dalam kehidupan seharian boleh dinilai dari reaksi pengguna apabila operasi aplikasi ini terganggu, walaupun untuk seketika.

Selain daripada komunikasi antara individu, satu kegunaan WhatsApp adalah membentuk kumpulan yang membolehkan kita boleh berbual-bual dengan ramai orang pada waktu yang sama.

Memang tidak dinafikan, jika digunakan tanpa sebarang pengawasan, WhatsApp boleh mendatangkan impak yang negatif.

Banyak group WhatsApp yang kita ‘mute’ kerana hari-hari membincangkan perkara yang tidak berfaedah, malahan dijadikan ruang untuk menyebarkan fitnah.

Namun begitu, k…

PM Ukraine Arseniy Yatsenyuk umum letak jawatan

KIEV: Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk mengumumkan peletakan jawatannya pada Ahad susulan krisis politik sejak sebulan lalu yang melumpuhkan kerajaan negara itu.

Menurut AFP, pengumuman itu dibuat kurang dua bulan selepas beliau bertahan daripada undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen.

"Selepas melakukan segala yang diperlukan untuk menjamin kestabilan dan peralihan kuasa yang lancar, saya mengambil keputusan untuk berundur dari jawatan Perdana Menteri Ukraine," kata Yatsenyuk, 41 menerusi siaran televisyen yang disiarkan pada Ahad.

Katanya parti Presiden Ukraine, Petro Poroshenko telah pun menamakan speaker Parlimen, Volodymyr Groysman untuk mengambil alih jawatan beliau.

Semua sekolah di Perlis, Jerantut dan Temerloh ditutup hari ini

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Perlis, Jerantut dan Temerloh di Pahang ditutup hari ini, berikutan cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan pada petang Ahad, yang mengarahkan supaya semua sekolah di kawasan-kawasan tersebut ditutup sebagai langkah penjagaan terhadap kesihatan pelajar.

"Berdasarkan pemantauan Kementerian Pendidikan terhadap cuaca kering dan panas sehingga 10 April mendapati negeri Perlis, daerah Jerantut dan daerah Temerloh di Pahang mencatat bacaan suhu tertinggi melebihi 37 darjah celsius pada satu-satu masa setiap hari dan melebihi 72 jam.

"Sehubungan itu KPM ingin memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Perlis, daerah Jerantut dan daerah Temerloh di negeri Pahang akan ditutup selama satu hari iaitu pada 11 April 2016," kata kenyataan itu.

Menurut kementerian itu, penutupan itu melibatkan sejumlah 259 sekolah iaitu 68 sekolah menengah dan 191 sekolah rendah.

Manakala, j…

People are reportedly sharing fewer personal updates on Facebook

Has your Facebook feed turned into a stream of brand updates, memes, and re-shared videos? That's partly because Facebook wants it that way, but it's also partly because people are posting fewer personal updates to Facebook than they used to, according to a report in The Information.

Overall sharing reportedly fell 5.5 percent from mid-2014 to mid-2015, so Facebook has fewer posts to choose from for your News Feed. But the bigger issue is this: people are posting far fewer of their own personal updates — stories about their thoughts, their life, what they're up to — to Facebook. The report says this type of post fell 21 percent during that same timeframe. The decline has continued into this year, though at a somewhat slower pace of 15 percent year over year, according to The Information.

Facebook was founded on this type of sharing, and it's still a large part of what gets people coming back day after day. That means this decline is likely seen as a serious issue with…

Data Inkripsi sepenuhnya untuk WhatsApp

Aplikasi mesej WhatsApp tampil dengan enkripsi atau penyulitan data sepenuhnya untuk menjamin tiada maklumat dapat digodam.

WhatsApp menerusi satu kenyataan di laman blognya berkata, hanya anda dan penerima dapat membaca mesej, gambar, fail dan pesanan suara yang dikirim.

“Tiada siapa boleh lihat mesej itu. Bukan penjenayah siber, bukan penggodam, bukan kerajaan rejim dan bukan kami (WhatsApp). Setiap hari kita membaca tentang rekod sensitif yang diakses atau dicuri.

“Jika tiada apa yang dilakukan, lebih banyak maklumat digital dan komunikasi rakyat akan menjadi terdedah kepada serangan (siber),” kata WhatsApp, yang kini mempunyai satu bilion pengguna.

Ciri penyulitan data ini terkandung di dalam versi baharu WhatsApp.

Pada 2015, WhatsApp disekat untuk tempoh 48 jam di Brazil setelah aplikasi itu enggan memberi kerjasama dalam beberapa siasatan jenayah sebelum ini.

“Saya terkejut dengan usaha kami untuk melindungi data pengguna boleh menyebabkan keputusan sebegini oleh seorang haki…

HSBC tutup operasi secara berperingkat di Brunei

KUALA LUMPUR: Susulan kajian semula strategik, HSBC akan menutup secara berperingkat operasinya di Brunei, yang terdiri daripada perkhidmatan runcit, komersial dan perbankan global.

Proses penutupan berperingkat operasi itu bermula Rabu dan selepas itu HSBC Brunei tidak akan lagi mengambil apa-apa akaun, kemudahan atau perniagaan baharu, kata HSBC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Ini merupakan sebahagian daripada kajian semula perniagaan global kumpulan itu dan merupakan satu langkah penting dalam matlamat HSBC untuk mengoptimumkan rangkaian globalnya dan mengurangkan kerumitan yang dinyatakan semasa HSBC Investor Update pada 9 Jun 2015.

"Bagi meminimumkan kesan atau kesulitan kepada pelanggan kami, proses itu akan dihentikan secara berperingkat dan dari semasa ke semasa dan HSBC Brunei akan memastikan semua obligasi sedia ada kepada pelanggan dipenuhi," kata bank itu.

HSBC Brunei akan berkomunikasi dengan setiap pelanggannya pada bulan-bulan akan datang untuk …

Gunakan air secara berjimat ketika fenomena El Nino

KUALA LUMPUR: Pengguna digesa supaya beringat dan berhemah menggunakan air sepanjang fenomena El Nino yang sedang melanda negara ketika ini.

Akibat cuaca panas berpanjangan ini juga, tujuh empangan di lima negeri dilaporkan mencatatkan bacaan paras kritikal iaitu di bawah 50 peratus.

Tujuh empangan yang susut ke paras kritikal ialah Padang Saga, Muda dan Beris di Kedah; Labong di Johor; Bukit Kwong di Kelantan; Timah Tasoh di Perlis; serta Bukit Merah di Perak.

Bagaimanapun, menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, keadaan itu tidak memberikan kesan kepada permintaan bekalan air bersih.

"Keadaan kualiti air dalam keadaan baik. Penyusutan tersebut belum menyebabkan penutupan loji air bersih kerana air tidak tercemar. Empangan tersebut boleh ditutup sekiranya air tercemar.

"Jika terdapat banyak air, ia berupaya melarutkan (kekotoran dan bendasing). Namun apabila air semakin sedikit, keadaan menjadi lebih tercemar. Bagaimanapun, kualiti…

Mulut penuh bakteria sebabkan ulser dalam perut

JIKA anda merasakan dengan menggosok gigi setiap hari sudah mencukupi untuk menjaga kesihatan mulut dan tubuh badan, anda silap.

Ia masih belum mampu menghalang bekteria di dalam mulut masuk ke saluran darah yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Penyakit kencing manis, kardiovaskular malahan risiko bayi lahir kurang berat badan antara kajian yang dilakukan para saintis dan doktor yang berpunca daripada masalah kesihatan mulut.

Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati lebih separuh daripada rakyat Malaysia merasakan mereka mempunyai tahap kesihatan mulut yang baik.

Hakikatnya daripada kaji selidik menunjukkan 98 peratus rakyat Malaysia kurang menjaga kesihatan mulut dengan 94 peratus daripada mereka berhadapan dengan masalah gusi.


Masalah gusi

Ramai yang tidak sedar masalah gusi yang dihadapi boleh membawa pelbagai kesan kepada kesihatan umum mereka, menurut doktor gigi, Dr Harlina Haron yang berpengalaman selama 25 tahun.

Penyakit gusi adalah titik permulaan kepada p…

5 perkara anda perlu tahu tentang Panama Papers

Pendedahan wujudnya 11.5 juta akaun luar pesisir oleh sebuah organisasi yang digelar sebagai Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ) menggemparkan dunia.

Organisasi yang berpangkalan di Washington itu berkata data ini diperolehi dari sebuah firma perundangan di Panama, Mossack Fonseca dan melibatkan melibatkan ahli perniagaan, selebriti, bintang sukan serta pemimpin dunia.

Antara lain, ianya menunjukkan rekod transaksi kewangan oleh bekas pemimpin atau pemimpin kini Argentina, Iceland, Arab Saudi dan Rusia.

Berikut adalah beberapa fakta ringkas tentang Panama Papers.

1. Apa itu Panama Papers?
Penerbitan hasil siasatan yang mendedahkan aktiviti kewangan luar pesisir golongan elit dunia.

Ia mendedahkan 11.5 juta rekod kewangan ahli perniagaan, selebriti, bintang sukan serta pemimpin dunia dari tahun 1970-an hingga 2015

2. Siapa terajui siasatan?
Pada 2015, terdapat sumber memberi dokumen dari sebuah firma perundangan di Panama, Mossack Fonseca kepada akhbar Jerman Süddeutsche Z…

Penjajahan Alaf Baru

PENJAJAHAN bentuk baru sedang berlaku di Malaysia ketika pemimpin2 melayu islam dan penyokong2 tegar mereka sedang bergasak setiap hari mempertahankan parti/kumpulan masing2 dan dalam masa yg sama saling hentam-menghentam, caci-mencaci dan membuka segala keburukan dan aib masing2..
Sedih kecewa marah geram letih pasrah dan pelbagai perasan kini bercampur baur dan terasa sangat pedih mengenangkan nasib agama bangsa dan negara ini..
Kepada Allah kita memohon semoga ada sinar penyatuan dan kesedaran sebelum semuanya terlambat dan menjadi satu lipatan sejarah yang pasti dikesali buat selama-lamanya..
Sejarah lenyapnya kerajaan islam melayu champa dan langkasuka serta jatuhnya empayar melayu melaka wajar dijadikan pengajaran buat umat islam melayu..

TM, TIME 'bergaduh' di Facebook

SINDIRAN terhadap pesaing merupakan teknik pemasaran yang biasa dilakukan dalam arena perniagaan.

Kali ini, dua pembekal perkhidmatan jalur lebar tempatan, TIME Internet dan TM terlibat dalam ‘pergaduhan’ di Facebook.

Semuanya bermula apabila TIME mengirim status ini pada laman Facebook rasmi syarikat tersebut:


(Hello TM. Anda terlambat sedikit menyertai pesta ini tetapi kami tetap gembira anda ada di sini)

Kiriman tersebut dilihat sebagai sindiran oleh TIME yang lebih awal mengumumkan produk jalur lebar mereka yang mencapai kelajuan 500Mbps berbanding TM.

Sindirian TIME disahut oleh TM di ruang komen:


(Hai TIME. Terima kasih! Tapi macam mana nak berpesta dengan anda jika ke mana-mana saya pergi, tidak ada TIME)

Komen tersebut merujuk kepada liputan TIME yang kurang meluas berbanding TM.

Enggan mengaku kalah, TIME membalas komen tersebut dengan memberi gambaran bahawa mereka merupakan syarikat yang lebih berdikari dalam membangunkan kemudahan jalur lebar:


(Maaflah, bos. Kami sedang c…

43 pelajar, seorang guru SM Sains Tapah alami keracunan makanan

TAPAH: Seramai 43 pelajar asrama Sekolah Menengah Sains Tapah dan seorang guru mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah lewat malam yang disediakan oleh dapur asrama sekolah itu pada Sabtu.

Ekoran itu 32 pelajar telah dimasukkan ke Hospital Tapah dan seorang telah dimasukkan ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.

Manakala, 11 lagi pelajar termasuk seorang guru dibenarkan berehat di bilik rehat (sick bay) asrama sekolah itu sejak Ahad.

Menurut Exco Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, kesemua mangsa berusia 13 hingga 50 tahun itu dipercayai mengalami keracunan selepas menikmati hidangan kari ayam bersama roti jala yang disediakan oleh dapur asrama pada malam Sabtu.


Katanya, daripada 111 pelajar yang menikmati juadah itu, hanya 43 pelajar dan seorang guru terlibat telah mengalami simptom cirit birit, muntah serta pening, keesokan harinya iaitu pada Ahad.

Tambah beliau, setakat ini dapur asrama berkenaan telah diarahkan tutup selama dua minggu dan pihaknya telah m…

5 Nutrition Tips foe a Better Sleep

Do you, MARCH actually is World Sleep Month!


This means research institutes around the globe are releasing reports on the importance of shut-eye, as well as tips on how to get enough.

In France, after observing the link between eating habits and sleep hygiene in a recent study, the National Institute of Sleep and Vigilance (INVS) and the health insurer MGEN share suggestions on how to eat to improve the chances of getting a good night's rest.

Never skip dinner: "If the body has not consumed enough energy, sleep will be fragmented. One must eat enough to make it through until morning," explains INSV president Damien Léger. The evening meal should be hearty yet balanced and easy to digest.

Have meat for lunch, slow carbohydrates for dinner: Foods that are rich in protein, such as meat, tend to heighten vigilance, so those who have trouble falling asleep may wish to avoid them later in the day. For dinner, focus instead on slow carbohydrates – such as potatoes, whole wheat past…

Recommendations by outbrain