Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Google tawar penyelesaian digital bagi PKS

KUALA LUMPUR: Hanya 19.6 peratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menggunakan penyelesaian digital bagi menjalankan perniagaan.

Menurut Ketua Pemasaran Google Malaysia, Jon Day situasi ini amat merugikan kerana 92 peratus pengguna internet di Malaysia menggunakan carian atas talian bagi mendapatkan maklumat produk dan perkhidmatan.

Sehubungan itu, Google menawarkan beberapa penyelesaian digital secara percuma dan pada harga yang berpatutan.

Ia bagi membantu PKS meningkatkan kehadiran di atas talian, pengurusan jualan dan kempen pemasaran.

"Pada asasnya, kami menawarkan dua solusi melalui platform baharu kami. Pertama adalah 'Google My Business' yang merupakan penyenaraian percuma kepada perusahaan dalam semua platform Google termasuk Google Search, Google Maps dan Google Plus.

Kemudian kita ada Google Adworks yang menawarkan pengiklanan atas talian yang membolehkan perusahaan melakukan kempen pemasaran kepada pengguna internet yang relevan kepada perniagaan m…

Ginseng merah korea mampu pulih masalah ereksi lelaki

Ginseng merah (Red Ginseng) dari Korea yang di sejumlah negara di Asia selama ini dianggap sebagai afrodisiak, tampaknya juga efektif untuk menanggulangi gangguan ereksi.

Begitu hasil pengkajian University of Ulsan dan Korea Ginseng and Tobacco Research Institute di Seoul, Korea Selatan, sebagaimana dilaporkan dalam The Journal of Urology.

Dalam pengkajiannya, peneliti melibatkan 45 lelaki yang mengalami gangguan ereksi. Secara rawak, lelaki tersebut diberi pil berisi 900 milligram ginseng atau plasebo sebanyak tiga kali sehari.

Memasuki minggu ke lapan, perawatan dihentikan selama dua minggu, lalu selama lapan minggu berikutnya perawatan diteruskan dengan mengubah pengambilan plasebo diganti memperoleh ginseng dan sebaliknya. Pengkaji dan Peserta tidak tahu yang mana satu pil berisi plasebo dan yang mana berisi ginseng sampai penelitian berakhir.

Hasilnya, nilai fungsi ereksi, hasrat dan kepuasan seksual dalam persenggamaan ternyata lebih tinggi pada saat lelaki itu minum ginseng yan…

Jose Mourinho sah pengurus kelab Manchester United

BEKAS pengurus Chelsea, Jose Mourinho akhirnya sah bergelar pengurus terbaru Manchester United, selepas berunding tiga hari dengan kelab tersebut.

Rundingan antara pengurusan tertinggi kelab dan agen Mourinho berjaya mencapai kata putus, bagaimanapun tiada kontrak yang dimeterai sehingga kini.

Pengumuman rasmi berhubung perkara berkenaan dijadualkan pada Jumaat ini.

Mourinho mengisi tempat Louis van Gaal yang dipecat pada Isnin selepas Manchester United menang Piala FA.

Rundingan yang bermula pada Selasa itu, telah beberapa kali tertangguh berhubung isu hak imej beliau dan dijangka memeterai kontrak tiga tahun untuk membimbing kelab tersebut.

Isnin lalu, Van Gaal, 64, ditamatkan khidmatnya bersama Manchester selepas bersama kelab itu selama dua tahun daripada tiga tahun kontraknya.

Ramai penyokong Manchester United di media sosial dilihat menyokong keputusan itu.

Menurut mereka, walaupun Van Gaal merupakan seorang bintang bola sepak yang berbakat tetapi beliau bukan seorang pengurus …

Industri muzik dan $$$-nya

Oleh: Azman Alias

Semenjak dari zaman Tan Sri P. Ramlee lagi kita dah ada ramai pemain-pemain industri (peniaga,karyawan,pemuzik dan penyanyi) dan perniagaan muzik sudah pun bermula dari zaman itu lagi.

Banyak transaksi, jual beli, pinjaman wang, kontrak rakaman dan perjanjian antara penggiat seni dan pemain industri yang telah berlaku dari zaman P. Ramlee sehinggalah zaman munculnya "New Media" (digital).

2. Industri muzik kita memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan para artis, karyawan dan pemuzik. Banyak wang ringgit yang telah pun kita kongsi bersama dari hasil perniagaan seni kita. Akan tetapi kita terbelenggu dengan masalah industri yang tidak ada penyelesaian sehingga ke hari ini iaitu 'CETAK ROMPAK".

3. Kita semua tahu yang perompak sentiasa ada dikeliling kita, cuma kita tidak tahu siapa perompak-perompak itu saja, malahan "Pemain Industri" pun tidak tahu siapakah perompak-perompak ini. SEMUA hasil kita telah dicetak rompak dan tia…

Misbun Sidek terpilih Ikon Jurulatih Badminton Terbaik Dunia oleh Stesen NHK Jepun

Datuk Dr Misbun Sidek terpilih sebagai ikon jurulatih terbaik di Dunia bagi sukan badminton oleh sebuah stesen televisyen terkemuka Jepun.

Ekoran pemilihan itu, Datuk Misbun telah dijemput ke negara Matahari Terbit selama 10 hari mulai Selasa lalu bagi menghadiri sesi penggambaran bagi slot khas Program "The Miracle lesson - Some strongest coaches of the world and Japanese Children" yang dikendalikan TV NHK BS1.

Sewaktu dihubungi, Datuk Misbun berkata, beliau dipilih mewarnai program itu berdasarkan komitmen dalam memperjuangkan sukan badminton menerusi usaha melatih para pemain bermula dari akar umbi hingga ke peringkat dunia.

" Sepanjang berada disini, saya telah diberi tugasan untuk mengadakan satu program khas bagaimana untuk kaedah melatih barisan pemain di peringkat asas hinggalah lanjutan sambil ditemuramah secara eksklusif oleh barisan wartawan TV NHK.

" Mereka akan mengambil video dari semua sudut bagaimana saya melatih pemain-pemain menerusi rangsan…

Ibu bapa diminta benarkan anak diberi suntikan imunisasi

BACHOK: Jabatan Kesihatan Kelantan meminta ibu bapa supaya membenarkan bayi mereka diberi suntikan imunisasi dalam usaha mencegah daripada dijangkiti penyakit serius termasuk campak.

Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata bayi sepatutnya diberi suntikan imunisasi secara berperingkat untuk 12 penyakit selepas dilahirkan.

Namun, katanya ada ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka diberi suntikan imunisasi itu kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya vaksin imunisasi yang digunakan itu daripada bahan haram.

"Sikap ibu bapa berkenaan menyukarkan pihak kami dalam melaksanakan pelbagai langkah untuk mencapai matlamat sifar kes campak di Kelantan menjelang 2018," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Seminar Imunisasi Peringkat Kelantan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Tangok di sini, hari ini.

Beliau berkata sejak Januari hingga 15 Mei lepas, sebanyak 10 kes campak membabitkan pesakit berusia di antara 5 bulan dan 31 tahun…

Khairy optimis dengan skuad badminton generasi baru

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin optimis skuad badminton kebangsaan mampu membentuk barisan ampuh untuk Piala Thomas 2018.

Bagi Khairy, barisan negara yang tewas di separuh akhir Piala Thomas tahun ini, adalah pasukan yang kini dalam tempoh peralihan.

Khairy melontarkan keyakinan dengan perancangan jangka panjang pengarah teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost.

“Selepas ini generasi baru akan mengambil alih. Saya sudah berbincang dengan Morten Frost sebelum mereka berlepas ke Kunshan, China dan dia berkata ini merupakan kali terakhir barisan ini akan ditampilkan.

“Skuad 2018 kita akan pertaruh pemain muda dan barisan baru tetapi ini semua termasuk dalam pelan jangka panjang.” Kata Khairy.

Khairy turut berpuas hati dengan peningkatan pemain perseorangan, Iskandar Zulkarnain.

Bagi Khairy, pendedahan Iskandar pada saingan Piala Thoms kali ini akan hanya mematangkan lagi permainannya.

“Iskandar menampilkan peningkatan yang sangat menakjubkan dari …

7 Tip Cerahkan Kulit Wajah Di Malam Hari

Jika sekarang kita tak memiliki kulit wajah yang putih dan halus, tak bermakna kita tidak akan memperolehnya. Apa yang penting kita berusaha.

Ada banyak cara menggunakan bahan semula jadi untuk memutihkan wajah. Apa yang perlu rajinkan diri untuk mempraktikkannya.

Berikut adalah tip mencerahkan wajah yang boleh anda lakukan setiap malam untuk melihat hasilnya dan tak mustahil kulit wajah anda jadi putih dan mulus bak Nora Danish.

1. Madu
Madu bertindak sebagai agen pemutih dan pelembap kulit. Selain itu ia juga sebagai antibakteria. Cara paling mudah mendapatkan kulit cerah adalah mengoleskan madu pada wajah, biarkan selama 5 minit sebelum dicuci dengan air suam.

2. Betik
Menggosok sepotong betik pada wajah dan mencucinya setelah 2-3 minit juga dapat membantu mencerahkan wajah.

3. Lemon
Siapa yang tak tahu lemon bermanfaat untuk mencerahkan kulit? Caranya mudah, oles hirisan lemon pada kulit dan bilas setelah 5 minit.

4. Timun
Selain untuk menyegarkan mata, hirisan timun yang ditempelka…

Kim Swee akui pemain JDT tulang belakang Harimau Malaysia

KETUA jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee, tidak menafikan kehadiran 10 pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) kali ini ibarat tulang belakang buat skuad Harimau Malaysia.

Walaupun 10 pemain dari skuad bimbingan Mario Gomez itu terpaksa lewat melaporkan diri susulan memberi laluan kepada aksi Piala AFC, ia tetap tidak mengubah perancangan Kim Swee untuk menjadikan pemain elit ini sebagai sandaran utama dalam aksi 'play-off' Piala Asia, bertemu Timor Leste pada 2 dan 6 Jun depan.

Perancangan Kim Swee dalam aksi persahabatan menentang Myanmar pada Sabtu depan di Larkin, akan memberi tumpuan kepada aksi pemain JDT untuk 45 minit kedua.

Kim Swee tidak menafikan, 10 pemain dari JDT ini adalah tulang belakang untuk pasukannya, di samping menegaskan kelibat pemain lain juga penting untuk negara.

"Kalau kita lihat daripada senarai pemain yang dipanggil, hampir separuh datangnya dari JDT. Bukan setakat berpengalaman tetapi mereka ini mempamerkan prestasi baik bersama JDT.

"Sem…

Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri

Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira. Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga kesihatan diri dipraktikkan dengan sebaik mungkin.

Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri, kita dapat melakukan berbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa. Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat. Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.

Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik, kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema, demam, sakit perut dan lain-lain lagi.

Di samping itu, orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi seb…

Rakyat Malaysia makin banyak habiskan masa dalam kesesakan lalu lintas - Ford

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia makin banyak menghabiskan masa dalam kesesakan lalu lintas daripada masa setahun lalu, menurut tinjauan atas talian oleh Ford, pembuat kereta global.

Syarikat itu berkata daripada 1,050 responden Malaysia, 55 peratus berkata mereka menghabiskan lebih banyak masa dalam kesesakan lalu lintas.

"Lebih dari satu dari setiap lima orang berkata perjalanan mereka dalam kenderaan merupakan saat yang paling teruk dalam sehari," kata Ford dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat itu berkata pengguna kenderaan harian adalah yang kedua paling berkemungkinan melaporkan peningkatan kos perjalanan mereka dari setahun lalu, 75 peratus hanya di belakang Hong Kong, dengan harga minyak paling kerap disebut sebagai penyebabnya.

Ia menyatakan tinjauan itu di Asia Pasifik dikendalikan oleh GlobalWebIndex bagi pihak Ford Motor Company.

Sejumlah 12,619 pengguna menjalani tinjauan itu merentasi 12 pasaran iaitu Australia, China, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Korea Selata…

10 fakta tentang jururawat

Mereka sering menjadi mangsa kemarahan dan rasa tidak senang pesakit, walhal merekalah individu yang bersengkang mata demi menjaga pesakit di hospital.

Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka sering dipandang ringan walaupun peranan mereka cukup penting.

Sempena Hari Jururawat Sedunia hari ini, mari kita lihat serba sedikit fakta tentang jururawat.

1. Istilah nurse berasal daripada perkataan nourice yang bermaksud the one who nourish (yang memberikan khasiat)

2. Aksesori kepala atau nurse cap diinspirasikan daripada aksesori biarawati yang dikenakan untuk menjaga rambut agar tidak berselerak.

3. Sekolah kejururawatan pertama di dunia adalah di India, dan ditubuhkan pada 250 sebelum masihi.

4. Lucretia Lester merupakan antara jururawat paling disegani di dunia. Dia bukan sahaja seorang jururawat tetapi juga seorang bidan dan telah membantu kelahiran 1,300 bayi.

Daripada jumlah itu, hanya dua kelahiran sahaja tidak berjaya.

5. Florence Nightingale, salah seorang ikon kejururawatan mode…

Instagram perkemas paparan, perkenal logo baharu

APLIKASI media sosial popular Instagram memperkenalkan logo baharu.

Jika sebelum ini logo berkenaan menggunakan imej kamera polaroid, kini Instagram memilih reka bentuk yang lebih ringkas.

Dalam satu kenyataan menerusi laman blog mereka, logo baharu mengambil elemen logo lama dan menggunakan warna pelangi sebagai warna latar belakang.

Instagram turut memperkenalkan logo baharu kepada aplikasi lain mereka seperti Layout, Boomerang dan Hyperlapse.

Selain logo, aplikasi itu turut diberi sentuhan baharu dengan memberi keutamaan kepada ciri gambar dan video.

Today we’re introducing a new look. You’ll see an updated icon and app design for Instagram. Inspired by the previous app icon, the new one represents a simpler camera and the rainbow lives on in gradient form. You’ll also see updated icons for our other creative apps: Layout, Boomerang and Hyperlapse. We’ve made improvements to how the Instagram app looks on the inside as well. The simpler design puts more focus on your photos and vi…

Perak bakal pinda dasar, rumah mampu milik tidak lebih RM220,000

Kerajaan negeri Perak akan meminda dasar perumahan dengan menetapkan harga rumah mampu milik tidak melebihi RM220,000, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Rusnah Kassim.

Beliau berkata pada masa sama pindaan itu jika diluluskan akan mewajibkan pembinaan rumah kos rendah bagi setiap projek yang dibangunkan di kawasan melebihi dua hektar.

"Ketika ini pindaan itu sedang diteliti oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri bergantung kepada kawasan tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Townhall' dan Bandar Selamat sempena program Pemukiman Menteri Besar Perak di sini hari ini.

Menjelas lanjut, Rusnah berkata pindaan dasar berkenaan dibuat selari dengan dengan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri bulan lepas.

"Saya telah berjumpa dengan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan Perumahan Rak…

Khasiat Pucuk Betik

Ramai yang kenal bunga betik/pucuk betik tetapi tahukah anda terdapat 3 jenis bunga pada pokok betik iaitu bungan jantan, bunga betina dan bunga hermafrodit. Kebiasaanya, bunga betik jantan dijadikan ulam kerana bunga betik jantan amat jarang atau tidak langsung boleh mengeluarkan buah. Bunga betik jantan secara lumrahnya bertangkai panjang.

Daun betik adalah sejenis daun yang pahit jika dikunyah. Ramai orang melayu terutama yang membesar di kampung-kampung tahu akan khasiat pucuk betik. Justeru itu ramai yang menjadikan pucuk betik sebagai ulam dimakan mentah atau dicelur dan dimakan bersama sambal belacan.

Khasiat Pucuk Betik
Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah darah tinggi, pemakanan harian sememangnya perlu dijaga. Tahukah anda terdapat dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk mengawal dan menurunkan hypertension atau darah tinggi? Salah satunya adalah menggunakan pucuk dan bunga betik. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencelurkan pucuk bunga betik itu di dalam air…

Lelaki warga Malaysia mati ditembak di Hatyai

HATYAI: Seorang lelaki warga Malaysia mati ditembak ketika sedang menunggang motosikal menuju ke sebuah hotel di pekan Hatyai kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hatyai Kol Khittichai Sankha-thavorn, mangsa dikenali sebagai Mohd Nizam Ahmad Basrah, 28, berasal dari Pulau Pinang.

"Mayat mangsa ditemui terbaring dengan kesan tembakan di dada dan punggungnya di Jalan Phadungpakdee," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Polis katanya turut menemui dua kelongsong peluru 9mm di lokasi kejadian.

Khittichai berkata, polis sedang memeriksa motosikal yang ditunggang mangsa dan pemiliknya serta rakaman kamera litar tertutup di lokasi berhampiran bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hatyai untuk dibedah siasat, katanya.

Perlawanan Manchester United dan Bournemouth berlangsung Selasa

LONDON: Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United dan Bournemouth yang dibatalkan akibat penemuan bungkusan mencurigakan pada Ahad bakal berlangsung esok.

Pengumuman dibuat menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap EPL pada Ahad.

“Kami dapat sahkan perlawanan Manchester United dan AFC Bournemouth yang dibatalkan pada Ahad akan berlangsung pada Selasa, 17 Mei, 8 malam (waktu tempatan),” menurut kenyataan itu.

Pengumuman dibuat selepas pihak tentera meletupkan sebuah bungkusan di Stadium Old Trafford, Manchester setelah satu ‘alat seakan bahan letupan’ ditemui sejurus sebelum perlawanan terakhir kedua-dua pasukan musim ini berlangsung.

Pada Ahad, puluhan ribu peminat diarah mengosongkan tempat duduk di stadium yang berkapasiti 75,600 penonton itu apabila amaran dikeluarkan kira-kira 20 minit sebelum sepak mula pada jam 1400 GMT.

United mengesahkan sebuah bungkusan telah dijumpai dan menghantar tweet menyatakan perlawanan telah “dibatalkan.”

10 Khasiat dan Manfaat Ginseng untuk Kesihatan

Ginseng merupakan herbal yang memiliki banyak khasiat dan telah digunakan dalam pengubatan Cina sejak ribuan tahun lalu. Tidak hanya di timur, ginseng juga telah secara luas diadapsi di banyak negara barat karena manfaat kesehatannya yang beragam. Ada berbagai jenis ginseng yang meliputi ginseng India (Ashwagandha), ginseng Siberia, ginseng Asia, ginseng Brasil, dan ginseng Amerika.

Berikut adalah pelbagai manfaat dan khasiat kesihatan ginseng:

1. Ginseng dapat membantu proses pencernaan dan meningkatkan selera makan. Ginseng juga merupakan obat diarea yang baik.

2. Efektif mengubati athma dan gangguan pernafasan.

3. Bagus untuk merawat diabetes, dan bisul.

4. Dapat meminimakan risiko terkena cancer.

5. Ginseng boleh mengurangkan tekanan fizikal dan mental serta membantu memulihkan stamina.

6. Membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

7. Ginseng diyakini akan membantu meningkatkan tenaga seksual lelaki.

8. Efektif mengurangkan kadar kolesterol jahat.

9. Melancarkan peredaran dara…

Kebaikan Amalan Gotong-Royong

Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampung-kampung dan kurang dilakukan di bandar pada masa ini. Pada pendapat saya, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di negara kita. Terdapat beberapa kebaikan amalan gotong-royong jika diamalkan dalam kehidupan seharian.

Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja yang kita lakukan. Dengan membuat kerja secara gotong-royong, kerja yang kita lakukan akan lebih senang. Di kampung, majlis yang diadakan biasanya dibuat secara gotong-royong seperti majlis perkahwinan. Dalam sesuatu majlis yang diadakan itu,, penduduk kampung akan membantu tuan rumah khususnya dalam kerja memasak dan mendirikan khemah.

Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya, gotong-royong dalam…

7 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Berkahwin Dengan Cikgu

1. Confirm si dia seorang cikgu

Confirm kah anda nak kahwin dengan seorang cikgu? Adakah anda jatuh cinta sebab dia seorang cikgu atau dia itu wanita yang kebetulannya seorang cikgu?

Dua keadaan jatuh cinta yang sangat berbeza. Cikgu adalah kerjayanya, sedangkan dia mahu dicintai sebagai dirinya seorang wanita. Kalaupun dia tidak lagi bekerja sebagai cikgu, adakah anda sanggup mengahwininya?

2. Sedia sibuk sepanjang masa

Kerja lain pun sibuk juga. Tapi kerja cikgu sibuknya lain macam. Sudah bersedia dengan sibuknya pasangan anda?

Sibuk seorang cikgu zaman ini memang tak boleh nak selindung lagi. Dari bukak mata, sampai nak tutup mata, seorang cikgu masih sibuk. Kadang-kadang nak pergi kenduri kawin kawan-kawan pun tak sempat.

Jangan marah-marah pulak bila nak pegi honeymoon pun tak ada masa. Jangan salahkan dia kalau dia kena pegi kerja dihujung minggu.

Sepatutnya itu semua sudah berada dalam jangkaan. Takkanlah nak terkejut sedang leka menyusur sungai, tiba-tiba ada jeram di depan.

3. …

7 Perkara Yang Si Isteri Tidak Akan Beritahu

Mesti anda kerap dengar si jejak mengutarakan statement seperti " Aku tak paham lah perempuan ni! " atau " Perempuan sangat complicated. " Hal ini disebabkan, kita sebagai wanita (admin pasti ramai akan agree) sekejap okay, ceria, tiba-tiba tak ada hujan, tak ada ribut kita merajuk, bengang dan sebagainya. Jejaki diluar sana, kami kaum hawa bukan lah berkelakuan seperti itu tanpa apa-apa sebab. Semua emosi yang kami luahkan bersebab, hanya kadang-kala susah kami nak luahkan.

Ketahuilah, ada 7 perkara yang isteri anda tidak akan beritahu, tetapi anda perlu memahaminya.


1. Perkara paling asas, si isteri perlukan kasih sayang anda.
Kaum hawa segan nak cakap walaupun pada suaminya sendiri, dia sentiasa memerlukan kasih sayang anda. Dia ingin anda tunjukkan yang anda kisah dengan apa yang berlaku disekelilingnya.

2. Si isteri bosan.
Hari-hari rutin yang sama, manusia mana yang tidak akan naik bosan? Bangun pagi sediakan sarapan, siapkan anak dan hantar ke sekolah. Hujun…

Facebook tubuh pejabat operasi di Malaysia, bantu luas perniagaan tempatan

KUALA LUMPUR: Rangkaian media sosial, Facebook hari ini mengumumkan penubuhan pejabat operasinya di negara ini.

Pejabat operasi itu terletak di pusat komersial ibu negara, KL Sentral.

Timbalan Presiden bahagian Asia Pasifik Facebook, Dan Neary berkata penubuhan pejabat operasi itu bertujuan memudahkan perusahaan dan perniagaan di Malaysia memasarkan produk perniagaan mereka menerusi platform yang disediakan Facebook.

"Malaysia mencatatkan antara bilangan pengguna Facebook tertinggi di Asia Tenggara dengan kekerapan 18 juta pengguna setiap bulan.

"Sehubungan itu kami ingin menawarkan perkhidmatan pemasaran, pengiklanan dan capaian pengguna kepada perniagaan dan perusahaan di Malaysia supaya mereka dapat meraih peluang ini untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka," kata Dan Neary pada sidang media pelancaran pejabat operasi Facebook di ibu negara pada Khamis.

Neary menambah, Facebook turut akan mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan di negara ini bagi memb…

Leicester City juara Liga Perdana Inggeris

LEICESTER City dinobat juara bola sepak Inggeris buat pertama kali dalam sejarah sepanjang 132 tahun penubuhan kelab tersebut selepas pesaing terdekat Tottenham Hotspur hanya mampu mencatat keputusan seri 2-2 berdepan Chelsea pada Isnin.

Kegagalan Spurs menewaskan Chelsea di Stamford Bridge memberikan Leicester kelebihan tujuh mata di puncak liga sekali gus mustahil dipintas kerana Spurs hanya berpeluang mengutip enam mata maksimum dengan dua perlawanan berbaki.

Gol separuh mata pertama oleh pemain England Harry Kane dan pemain Korea Selatan Son Heung-Min menyaksikan Tottenham mendahului 2-0.

Namun pemain pertahanan Chelsea Gary Cahill mengurangkan defisit gol dengan jaringan pada minit ke-58 sebelum Eden Hazard memusnahkan harapan Spurs untuk memenangi kejuaraan pertama liga sejak 1961 dengan rembatan lencong tujuh minit sebelum perlawanan berakhir.

Kejayaan Leicester dilihat luar biasa memandangkan kelab tersebut diramal tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris sebelum musim bermu…

7 Hobi Buat Otak Kita Makin Pintar

Sejak dahulu kita percaya bahawa setiap dari kita lahir dengan tahap kepintaran berbeza. Ada yang sejak kecil lagi menunjukkan ciri-ciri kebijaksanaan dan ada juga yang sebaliknya.

Tapi bagi yang dilahirkan dengan tahap kepintaran biasa-biasa saja janganlah rasa rendah diri. Melalui kajian sains membuktikan bahawa setiap manusia mampu meningkatkan tahap kepintaran mereka dan pada masa yang sama menikmati proses tersebut.

Menurut saintis antara yang boleh dilakukan untuk tujuan ini adalah mempelajari kemahiran baru. Ia akan mencipta jalan atau ruang baru yang membuat otak bekerja cepat dan lebih baik. Selain itu saintis menyarankan tujuh hobi ini untuk membantu otak jadi lebih pintar.

1. Bermain alat muzik
Hobi ini dapat meningkatkan kreativiti, kemampuan menganalisis, bahasa, matematik, gerak motor otot dan banyak lagi kelebihan.

Bermain alat muzik seperti piano, gitar, biola dan sebagainya akan menguatkan corpus callosum-bundel, saraf yang menghubungkan otak kiri dan kanan.

Corpus ca…

Recommendations by outbrain