Skip to main content

Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri


Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira. Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga kesihatan diri dipraktikkan dengan sebaik mungkin.

Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri, kita dapat melakukan berbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa. Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat. Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.

Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik, kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema, demam, sakit perut dan lain-lain lagi.

Di samping itu, orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan kita tidak boleh hadir ke sekolah. Jika kita sakit sudah tentu kita merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan. Kita mungkin akan dikurantinkan di rumah dan menyebabkan kita kerugian dalam pelajaran.

Pepatah ada mengatakan bahawa 'kesihatan itu lebih baik daripada harta benda'. Jika kita mengalami masalah kesihatan, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan selesa. Malah kekayaan yang kita miliki juga tidak dapat kita nikmati sepenuhnya. Sebagai contoh, jika kita menghidap penyakit kencing manis, makanan yang sedap seperti daging dan udang tidak dapat kita makan walaupun kita mampu membelinya. Kita juga tidak dapat melancong ke luar negara walaupun kita mempunyai banyak wang.

Orang yang sihat juga mempunyai badan yang lebih cergas dan bertenaga. Jika seseorang sihat itu bekerja, dia dapat melakukan kerja yang diberi dengan baik dan berkualiti.

Otak yang cerdas juga datangnya daripada badan yang sihat. Otak yang cerdas juga membolehkan kita berfikir dengan rasional apabila menghadapi sesuatu perkara, seterusnya kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Sesungguhnya, negara kita amat memerlukan rakyat yang kreatif dan inovatif untuk membolehkan negara menjadi maju dalam bidang sains dan teknologi.

Kesihatan yang baik juga berperanan menjadikan seseorang itu lebih bahagia. Jlka kita sihat, banyak aktiviti yang boleh kita lakukan seperti melancong bersama keluarga. Sesungguhnya, aktiviti yang dijalankan bersama-sama keluarga dapat mewujudkan keluarga bahagia. Sebaliknya, jika kita sakit, kita akan menyusahkan ahli keluarga yang lain. Orang yang tidak sihat akan membebankan keluarga untuk menjaga dan mencari sumber kewangan bagi menampung kos rawatannya.

Orang yang sihat juga dapat menyimpan wang. Orang yang sakit memerlukan wang untuk berbelanja bagi merawat penyakit yang dihidapi. Tambahan pula kos rawatan bagi penyakit yang berbahaya dan kronik amat mahal. Adakalanya rawatan penyakit tersebut hanya terdapat di luar negara. Jika kita sihat, wang yang kita miliki itu boleh digunakan untuk melancong, membuat kebajikan atau membeli barang-barang keperluan yang lain.

Popular posts from this blog

Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Buli Di Sekolah

Masalah membuli di sekolah patut ditangani dengan segera supaya tidak menjadi barah yang akan merosakkan pelajar dan sistem persekolahan. Isu gejala buli ini bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar-pelajar malah ibu bapa juga menerima kesannya. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam menangani gejala buli di kalangan pelajar sekolah.

lbu bapa perlu memainkan peranan utama dalam memberi pendidikan awal kepada anak-anak sama ada dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik. Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap masa. Malah, pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja. Di samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar dilakukan kepada anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi

Peranan media massa juga amat penting dalam membendung masalah buli di kalang…

Resepi Sup Ketam Nipah Buat Penawar Demam Denggi

Bahan-bahan:
Ketam nipah (dibersihkan)1/2 inci halia (dikisar/diketuk)2 ulas bawang putih (dikisar)2 ulas bawang merah (dikisar)1/2 bawang besar (dihiris)Sedikit lada putih (dikisar-tak letak pun tak mengapa)Sedikit daun sup dan daun bawang (dihiris)Sedikit bawang gorengSedikit minyak untuk menumisAir secukupnya untuk kuahGaram dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan semua bahan kisar sehingga garing.Kemudian masukkan air biarkan memdidih seketika.Masukkan pula ketam yang sudah dibersihkan.Kemudian tambahkan air lagi sehingga ketam-ketam tu tenggelam. (kuah boleh diperlebihkan untuk dihirup).Kemudian masukkan garam dan sedikit serbuk perasa dan biarkan mendidih dan biarkan kulit ketam bertukar warna menjadi kemerahan sehingga masak menyeluruh. Bila dah masak boleh la padamkan api.Semasa dihidang, taburkan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
Selamat mencuba !

Resepi Lain

Recommendations by outbrain