Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Resepi Kuih Kaswi

Kuih Kaswi turut dikenali disesetengah tempat sebagai Kuih Lompag. Resepi ini, untuk sukatan loyang bersaiz 10” x 10”. Boleh guna acuan bentuk lain selain loyang.

Bahan bahan:2 cawan tepung gandum1 cawan tepung ubi2 keping gula Melaka - guna 2 1/4 kpg saiz sederhana1 cawan gula pasir - tambah dalam 1 sudu besar7 cawan air1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air
Bahan lain:Kelapa parut mudaSedikit garam
Cara cara:Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat.Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata.Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci.Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga…

Serangan bom lapangan terbang Istanbul

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas terhadap Lapangan Terbang Ataturk Istanbul semalam yang mengakibatkan 36 terbunuh dan hampir 150 orang cedera.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menyatakan rasa terkejutnya dengan berita serangan itu, mengucapkan takziah kepada rakyat Turki terutama keluarga dan mangsa serangan kejam terhadap mereka yang tidak berdosa itu.

"Malaysia berpegang teguh dan sentiasa bersedia untuk bersama-sama dengan semua negara dalam memerangi musuh nombor satu keganasan ini.

"Saya menggesa semua negara Islam supaya bersatu dan meningkatkan kerjasama terutama dalam mengutuk dan memerangi tindakan ganas oleh mereka yang mencela nama Islam," katanya dalam catatan di laman Facebook beliau @najibrazak.

Laporan agensi berita memetik pegawai-pegawai Tukri sebagai berkata tiga pengebom bunuh diri melepaskan tembakan sebelum meletupkan diri mereka di lapangan terbang antarabangsa utama di Istanbul itu.

Naji…

5 Petua Tradisi Merawat Batuk

1. Kicap dan Limau Nipis
Perah limau nipis, ambil airnya sesudu makan. Tambahkan kicap manis dan telan sekaligus.

2. Susu Panas dan Madu
Hangatkan susu, tambahkan madu ke dalamnya dan minum segera untuk meredakan batuk. Madu dengan khasiat anti bakteria akan meredakan batuk yang disebabkan oleh bakteria, sementara susu akan mengurangkan reaksi batuk yang dilakukan oleh paru-paru.

3. Minuman Halia Panas
Batuk juga boleh disebabkan kerana udara dingin, sehingga minuman yang menghangatkan seperti halia akan membantu menenangkan paru-paru untuk tidak melakukan reaksi batuk. Hiriskan halia, masukkan dalam gelas dan tuangkan dengan air panas. Tambahkan sedikit gula atau madu jika ingin terasa lebih manis.

4. Madu
Seperti disebutkan di atas, madu memiliki zat anti bakteria yang boleh meredakan batuk Anda. Namun khasiat ini boleh didapati jika madu Anda asli, tidak dicampuri dengan pemanis atau gula. Caranya mudah saja, telan 1 sudu makan madu asli sekaligus.

5. Daun Kencur
Kencur efektif me…

Euro 2016: Pasukan pilihan tepati ramalan

Hari kedua pusingan 16 terakhir menyaksikan Perancis, Jerman dan Belgium menepati ramalan untuk mara ke suku akhir selepas menang bergaya ke atas lawan masing-masing.

Ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama, tuan rumah terlebih dahulu dikejutkan dengan sepakan penalti lawan selepas penyerang Republik Ireland, Shane Long dikasari seawal minit kedua, dan disempurna mudah oleh Robbie Brady.

Kebangkitan Perancis bermula pada minit ke-58, apabila Antoine Griezmann menanduk masuk hantaran lintang Bacary Sagna untuk menyamakan kedudukan.

Tiga minit kemudian, Griezmann sekali lagi meledak sekaligus menjadi gol kemenangan untuk menjulang skuad Les Blues.

Ireland bermain dengan 10 orang selepas Shane Duffy dibuang padang pada minit ke-66, namun tiada lagi jaringan dicatatkan dan keputusan 3-0 kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Jerman pula menang mudah ke atas Slovakia dengan 3 gol tanpa balas.


Voli dari jarak 25 ela oleh pemain pertahanan, Jerome Boateng meletakkan skuad Die Mannscha…

Chile pertahan gelaran, Lionel Messi tersasar

Chile memenangi gelaran juara Copa America buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Argentina menerusi sepakan penalti 4-2 di Stadium Metlife, sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain apabila Marcelo Diaz dan Marcos Rojo dilayangkan kad merah.

Buat kali kedua berturut-turut, Copa America ditentukan menerusi sepakan penalti, dengan Chile sekali lagi menempah kejayaan, sekali gus meneruskan kemarau buat Argentina yang gagal menjulang sebarang kejuaraan melebihi 20 tahun.

Ini merupakan kekalahan ketiga buat Argentina di pentas final, termasuk tewas kepada Jerman dalam Piala Dunia 2014.

Walaupun masih dibelenggu masalah kecergasan, pemain sayap, Angel Di Maria, beraksi dalam kesebelasan pertama La Albiceleste menggantikan Ezequiel Lavezzi yang mengalami kecederaan dalam perlawanan separuh akhir.

Perancang Bayern Munich, Arturo Vidal kembali menyertai skuad utama Chile selepas tidak beraksi dalam separuh akhir akibat penggantungan satu perlawanan.


S…

Chile jumpa Argentina di final

CHICAGO - Chile bakal menghitung pertemuan dengan Argentina dalam perlawanan akhir Copa America, setelah mereka menewaskan Colombia 2-0 dalam aksi separuh akhir yang tergendala selama dua jam berikutan hujan ribut melanda Chicago, awal pagi ini.

Chile telahpun mendahului 2-0 pada babak pertama permainan, tetapi aksi separuh masa kedua terpaksa ditangguhkan ekoran cuaca buruk yang melanda di Soldier Field.

Kedua-dua pasukan akhirnya kembali ke padang yang ditakungi air hujan dan Colombia, yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Carlos Sanchez menerima kad kuning kedua pada minit ke-57, gagal mengurangkan defisit gol ke atas Chile.

“Kami bermain baik, tetapi Chile merupakan sebuah pasukan yang kuat. Kami fikir yang kami mampu melakukan kebangkitan, tetapi kadang kala segala yang dirancang itu tidak menjadi seperti yang anda mahukan,” kata pemain tengah Colombia, Juan Cuadrado selepas wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan itu melayakkan Chile bertemu Argentina pada perlawanan akhir…

Apa impak bayar zakat terus kepada asnaf?

KUALA LUMPUR: Mufti Perak dan Mufti Kelantan berpendapat kempen membayar zakat secara langsung kepada golongan yang layak menerima bantuan zakat boleh mengikis keyakinan umum terhadap institusi pentadbiran Islam di negara ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan umat Islam bahawa membayar zakat secara terus kepada asnaf tanpa melalui majlis agama Islam hukumnya tidak sah kerana kerajaan sudah menubuhkan institusi yang bertanggungjawab untuk menguruskan kutipan zakat.

Harussani bimbang masyarakat Islam akan pincang sekiranya mereka terpengaruh dengan hasutan supaya mengetepikan majlis agama Islam dan membayar terus kepada asnaf.

“Maka itu saya sekali lagi mengingatkan membayar zakat kepada asnaf dengan bersendirian tidak sah hukumnya dan wajib dia bayar kepada majlis agama kerana kerajaan telahpun menubuhkan satu institusi yang bertanggungjawab mengenai kutipan zakat,” katanya kepada Astro Awani di pejabatnya di Ipoh.

Harussani diminta mengulas kempen yang sedang berleg…

20 syarikat yang berjaya mengekalkan bakat kerja terbaik, menurut LinkedIn

Apple, Salesforce dan Facebook mengungguli carta syarikat yang berjaya menarik dan mengekalkan bakat-bakat hebat.

Senarai ini dihasilkan oleh laman rangkaian profesional LinkedIn berdasarkan reaksi 433 juta penggunanya menggunakan laman itu dan berinteraksi bersama beberapa syarikat dan kakitangannya. 

Selain itu, kajian ini turut mendapati bahawa budaya bekerja sudah berbeza.

Ini kerana golongan pekerja, khususnya dari golongan millenia mahu fleksibiliti dari segi waktu berkerja atau lokasi dimana mereka boleh berkerja.

Sebagai contoh, Suncorp Group membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah.

Selain itu, para pekerja akan memilih untuk bekerja di syarikat yang menawarkan pakej yang berpatutan dan juga faedah tambahan seperti latihan dan pendidikan.

Berikut adalah senarai 20 syarikat yang berjaya menarik dan mengekalkan bakat-bakat hebat di dalam syarikat mereka.

Turut serta adalah penerangan ringkas tentang syarikat itu dan antara faedah yang menarik. 

1. Apple

Apple merupakan pengeluar pro…

Ubat Kuat: Jenis Herba vs Jenis Dadah Perangsang

Ubat kuat sudah sinonim dengan kaum lelaki kerana kemujaraban ubat kuat tersebut dapat sedikit sebanyak membantu tahap ereksi dan melambatkan pancutan semasa melakukan hubungan seks.

Ubat kuat yang disyorkan untuk orang lelaki ialah ubat kuat jenis herba,ubat kuat jenis ini mudah didapati dimana-mana kedai jamu tradisional orang indonesia seperti di chow kit dan banyak lagi.

Ubat kuat jenis herba tiada kesan sampingan,ia hanya membuatkan badan anda suam sahaja, selepas sejam anda mengambilnya kesan mengeras pada zakar dapat dirasai serta merta. Untuk mengelakkan badan anda terasa suam dan dahaga, saya syorkan anda minum 2 gelas air suam selepas mengambil ubat kuat jenis herba ini supaya suhu badan anda normal dan tidak suam-suam.

Bagi ubat kuat jenis dadah ini,ia juga mudah didapati di Jln Masjid India KL dan di kaki lima jalan.Kebanyakan ubat kuat ini diimport dari China dan kebanyakannya juga adalah tiruan.Kesan ubat kuat jenis dadah ini amat kuat berbanding jenis herba kerana ia m…

Resepi Kari Ayam Hijau Thai

Bahan-bahan Rempah Kari Hijau Thai1 batang serai, hiris halus4 biji cili hijau (boleh tambah cili padi jika suka pedas)4 biji bawang merah4 ulas bawang putih1 inci lengkuas1/2 inci halia1 pokok daun ketumbar, bersama akarnya dicuci bersih1 genggam daun selasih1/2 camca teh serbuk jintan manis1 camca teh serbuk ketumbar1/2 camca teh serbuk lada sulah3 camca besar sos ikan1 inci belacan, dibakar2 camca besar jus limau nipis1 camca besar gula Melaka4 camca besar santanSedikit air
Bahan-bahan Utama:1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci dan toskan3/4 cawan tepung pipit1 biji tomato, dibelah 61/4 biji traffic light capsicum (merah, hijau dan kuning) didadu besar2 batang serai, diketuk4 helai daun limau purut10 biji cili padi, diketukPes kari hijau secukupnya300 ml pati santanAir secukupnya1 kiub pati ayam (optional)Jus limau nipis secukup rasaSos ikan secukup rasaSedikit gula1 genggam daun selasih
Cara-caranya:Untuk Pes Rempah Kari Hijau ThaiKisar halus semua bahan2 untuk rempah kari hijau Th…

Khasiat Herba Cekur Untuk Wanita

Pengenalan
Nama Botani : Kaempferia galanga
Famili : Zingiberaceae (keluarga halia)Cekur nie merupakan tumbuhan dalam famili halia iaitu zingiberaceae. Pokok cekur terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur dan bunganya berwarna putih keunguan. Cekur boleh membiak melalui isinya @ rizom. Tempoh matang rizom cekur adalah diantara 8 hingga 10 bulan selepas ditanam.

Khasiat Herba Cekur
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Rizom atau umbisi cekur mempunyai aroma yang agak lembut, Rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian minyak yang lain. Antara khasiat cekur nie adalah seperti berikut :

Tonik lepas…

Euro 2016: Switzerland iringi Perancis ke pusingan kalah mati

RAWANG: Keputusan seri dengan Perancis cukup untuk membawa Switzerland ke pusingan 16 terakhir selepas menduduki tempat kedua dalam kumpulan A.

Tuan rumah pula yang telah mengesahkan kemaraan cukup dengan satu mata untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu kumpulan.

Pelawanan di Lille tampak agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling bertukar kawalan bola dan berbalas serangan dalam memburu gol pembukaan.

Selepas menjadi simpanan dalam pertemuan dengan Albania tempohari, Paul Pogba dan Antoine Greizmann diturunkan jurulatih Didier Deschamps dalam kesebelasan utama dengan harapan dapat membantu Les Blues mengutip tiga lagi mata.

Pogba hampir menyentak Switzerland bagaimanapun dua percubaannya pada babak pertama sekadar singgah pada tiang gol.

Dmitri Payet yang masuk sebagai pemain gantian juga kurang bernasib baik apabila 'volley' hasil hantaran lintang Moussa Sissoko hanya mengenai palang.

Switzerland pula hampir memperoleh peluang memenangi perlawanan apabila pertah…

Sistem kad laporan pelajar ditambah baik

KUALA NERANG: Kementerian Pendidikan akan melakukan penambahbaikan pada sistem kad laporan berkaitan prestasi pencapaian akademik bagi mengurangkan jurang perbezaan antara pelajar bandar dan luar bandar.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia bertujuan bagi mempertingkatkan pencapaian pelajar luar bandar yang sebelum ini kurang memuaskan agar setanding dengan pelajar sekolah di bandar.

"Jika kita lihat graf pencapaian akademik pelajar sekolah luar bandar masih rendah dan kementerian perlu menambahbaik sistem kad laporan dari semasa ke semasa yang mampu meningkatkan prestasi sekolah luar bandar.

Kita ada 134 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan mereka melakukan pelbagai insentif seperti menyampaikan hadiah kepada pelajar dan sekolah yang menunjukkan prestasi baik," katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada golongan tidak berkemampuan dalam Parlimen Padang Terap di sini, pada Ahad.

Beliau berkata pihaknya juga mahu persaingan gender antara pelajar …

Resepi Ayam Peri-Peri Nandos

Resepi ini merupakan Resepi Masakan Portugis dari Afrika Selatan.

Bahan-bahan:1/2 ekor Ayam - leg dan kepak (buang kulit)4 sudu besar Olive Oil4 ulas Bawang Putih10 biji Cili Padi Merah1 sudu besar Paprika1 sudu kecil Oregano1 sudu kecil Garam1/2 sudu kecil Black Pepper1 sudu besar Sos Cili2 sudu besar Madu1/2 inci Halia4 sudu besar Extra Hot Peri-peri Sauce

Cara-caranya:Ayam cuci bersih, buang kulitCampur semua bahan kecuali ayam, blendkan sampai halus.Tuang hasil blend ke atas ayam, gaul rata then perap ikut kesukaan korang. (1 jam, 1/2 hari or semalaman. Terpulang)Alaskan dulang untuk bakar ayam dengan aluminium foil. Susun ayam yang dah diperap atas dulang)Panaskan Oven dengan suhu 170-200C selama 10-15minit.Bakar ayam dalam masa 15-20 minit pada suhu 170-200C ikut kesesuaian oven korang jenis macam mana,Kalau still tak masak, bakar sampai masak. Adjust masa mungkin tambah lagi 10-15 minit.

Selamat Mencuba

Sumber: Resepi Malaya

Resepi Ayam Tandoori Mamak

Bahan Utama :2 ekor ayam – potong 4 / ikut suka, elakkan terlalu kecil
Bahan Perapan13 ulas bawang putih3 biji bawang besar2 inci halia2 sudu teh garam1 sudu serbuk kunyit1 sudu serbuk cili1 sudu serbuk jintan manis1 sudu serbuk jintan putih1 sudu serbuk ketumbar1 sudu serbuk lada sulah1 sudu serbuk kulit kayu manis2 ikat daun pudina2 sudu marjerin3 biji buah pelaga1 cawan susu cair2 biji buah lemon2 ikat daun ketumbar2 sudu sos tiramsedikit pewarna merah
Cara-caranya :Pertama sekali buat tairu/susu masam. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Perahkan 1 biji buah lemon sekali ke dalam pengisar.Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-a…

Sekilas fakta puasa Ramadan

Takrif puasa dari segi istilah bermaksud seseorang menahan diri daripada makan dan minum dan mengelakkan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadan mengikut dalil al-Quran dan hadis.

Ikuti fakta ringkas yang perlu kita tahu mengenai Ramadan:

Halim Ishak, wira di sebalik pembebasan tebusan Abu Sayyaf

RAWANG: Di sebalik pembebasan empat rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf April lalu, siapakah wira sebenar dalam memastikan misi itu berjaya?

Nama Pengerusi Malaysian Community Care Foundation (MCCF), Halim Ishak, mungkin agak asing dalam masyarakat, namun beliaulah antara orang penting dalam merintis jalan kepada misi pembebasan keempat-empat tebusan itu.

Berpegang kepada prinsip menyelamat tanpa pertumpahan darah, Halim dan beberapa individu lain memilih untuk berunding dengan Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Prof Nur Misuari bagi mendapat bantuan mengesan lokasi tebusan yang diculik kumpulan Abu Sayyaf.


"Kunjungan pertama saya berjumpa MNLF adalah pada bulan Febuari iaitu untuk bincang misi keamanan di perairan Sabah. Profesor Nur Misuari ada menerangkan kepada saya tentang perjuangan Islam dan perbezaan mereka dengan Abu Sayyaf dan daripada situ baru saya jelas apa itu MNLF dan Abu Sayyaf. Dari situ Prof sedia untuk membantu dan bekerjasama den…

Kanak-kanak maut di baham buaya di Walt Disney

ORLANDO: Kanak-kanak lelaki dua tahun yang didakwa ditarik ke dalam lagun oleh seekor buaya di taman tema terkenal, Walt Disney World ditemui mati pasukan pencari dan penyelamat.

Mayat Lane Graves dari Nebraska ditemui dalam keadaan sempurna pada tengah hari Rabu (waktu tempatan), tidak jauh dari Hotel Grand Floridian Resort di mana saksi mendakwa melihat dia jatuh ke dalam lagun selepas ditarik oleh seekor buaya.

Menurut laporan CNN, ketua pasukan pencari, Jerry Demings mendedahkan kepada pihak media, Graves berkemungkinan besar mati akibat lemas.

Jasad mangsa hanya mengalami beberapa luka kecil.

Bapa Graves turut dilaporkan mengalami luka tidak serius dalam usaha menyelamatkan anaknya.


Pasukan mencari menemui mangsa kira-kira enam kaki di dasar air air yang keruh, kata Demings.

Kanak-kanak malang itu dilaporkan sedang bersiar-siar bersama ibu dan bapanya di sekitar kawasan resort milik Disney itu pada Selasa, sebelum masuk ke kawasan lagun dan bermain dengan air separas satu kaki.

D…

EURO 2016: Impak Pogba, Griezmann julang Perancis ke pusingan kalah mati

KUALA LUMPUR: Ketiadaan dua perancang utama Perancis, Paul Pogba dan Antoine Griezmann dalam kesebelasan utama nyata menyukarkan Les Bleus mencatat kemenangan ke atas Albania dalam perlawanan awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps meletakkan Pogba dan Griezmann di bangku simpanan selepas mempamer aksi kurang memberangsangkan ketika menentang Romania pada perlawanan pembukaan di Paris.

Berdepan Albania, Deschamps mempertaruhkan pemain muda, Anthony Martial dan Kingsley Coman bagi mengisi posisi bintang Juventus dan Atletico Madrid itu, namun gagal memberikan impak apabila Perancis terpaksa menerima tentangan sengit Albania sehingga minit ke-90 perlawanan.

Griezmann menanduk masuk hantaran silang Adil Rami dari kanan padang, dilihat sudah cukup buat Perancis mengutip tiga mata penuh.

Bagaimanapun Dmitri Payet menjadikan kemenangan di Marseille lebih manis apabila sekali lagi tampil cemerlang dengan merembat rendah bola ke sudut kanan gol menewaskan Etrit …

Kritik Iceland 'parkir bas', Ronaldo dikecam penyokong

Apabila sebuah negara kecil dengan populasi kira-kira 300,000 penduduk dan bukan suatu kuasa besar dalam bola sepak berjaya mencapai keputusan seri dengan pasukan yang diketuai pemain bola sepak berprofil tinggi, tidak pelik jika ia menjadi perbualan ramai.

Dalam perlawanan pertama antara Iceland dan Portugal untuk Kejohanan Euro 2016 semalam, kedua-dua pasukan seri 1-1.

Bukan sahaja penyokong tergamam, malah dalam kalangan pemain juga tidak percaya dengan situasi itu.

Paling vokal tentu sekali kapten Portugal yang juga bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Tatkala dia dikritik sebagai tidak menyerlah dalam perlawanan itu, dia sendiri tidak ketinggalan menyelar pasukan lawan yang disifatkan sebagai "terkongkong mentaliti".

BACA: Euro 2016: Ronaldo gagal menyerlah, Hungary kalahkan Austria

Ia diluahkan Ronaldo selepas melihat cara pasukan Iceland meraikan keputusan seri itu, selepas tamat perlawanan.

Cristiano Ronaldo had some harsh words for Iceland after their 1-1 draw. h…

Euro 2016: Ronaldo gagal menyerlah, Hungary kalahkan Austria

KUALA LUMPUR: Dua kejutan berlaku hari ini dalam saingan kumpulan F dimana Portugal 'diikat' Iceland manakala Hungary menewaskan Austria 2-0.

Perlawanan tumpuan menyaksikan Portugal menentang Iceland dan tumpuan terarah kepada Cristiano Ronaldo.

Bagaimanapun Iceland terlebih dahulu mengugat gawang Portugal seawal minit ketiga namun rembatan Gylfi Sigurdsson diselamatkan penjaga gol Rui Patricio.

Ronaldo tidak menyerlah malam ini terlepas beberapa peluang termasuk gagal menyepak kemas hantaran jauh Pepe dalam babak pertama.

Portugal akhirnya mendapat gol menerusi Nani yang menyudahkan hantaran silang Andre Gomes pada minit ke-31.

Bagaimanapun, Iceland mendapat gol penyamaan menerusi Birkir Bjarnason dalam babak kedua.

Pemain FC Basel itu tidak dikawal mudah melakukan volley hasil hantaran Johann Berg Gudmundsson pada minit ke-50.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan F, Hungary menewaskan Austria yang terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain.

Pemain Austria, David Alaba hampir menj…

Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Buli Di Sekolah

Masalah membuli di sekolah patut ditangani dengan segera supaya tidak menjadi barah yang akan merosakkan pelajar dan sistem persekolahan. Isu gejala buli ini bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar-pelajar malah ibu bapa juga menerima kesannya. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam menangani gejala buli di kalangan pelajar sekolah.

lbu bapa perlu memainkan peranan utama dalam memberi pendidikan awal kepada anak-anak sama ada dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik. Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap masa. Malah, pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja. Di samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar dilakukan kepada anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi

Peranan media massa juga amat penting dalam membendung masalah buli di kalang…

EURO 2016: Sepanyol dan Itali menang, Ireland kecewa

DALAM saingan kumpulan D semalam, Sepanyol yang turun selaku juara bertahan mendominasi permainan sejak sepak mula namun pelbagai percubaan pasukan itu dinafikan ketangkasan penjaga gol Republik Czech, Petr Cech.

Sepanyol seperti mendapat tuah selepas Thiago Alcantara dimasukkan pada minit ke 70. Gol kemenangan hanya hadir tiga minit sebelum masa permainan tamat menerusi Gerard Pique yang menanduk hantaran Andres Iniesta.

Vladimir Darida berpeluang menyamakan kedudukan namun tendangan volley dari jarak dekatnya diselamatkan penjaga gol Sepanyol, David de Gea.

Sementara itu bagi saingan kumpulan E, Itali mempamer aksi cemerlang menundukkan Belgium 2-0.

Kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan, namun Itali terlebih dahulu menemui gol pembukaan menerusi pemain tengah, Emanuele Giaccherini pada minit ke-32.

Tersentak, Belgium menggandakan asakan, namun kekebalan pertahanan the Azzuri dan ketangkasan kapten Gianluigi Buffon menyelamatkan gawang daripada dibolosi.

Belgium terus malang…

Guna model kejayaan Selat Melaka untuk Laut Sulu

KLANG: Malaysia bercadang untuk mengguna pakai model Rondaan Laut Selat Melaka untuk memperkukuh tahap keselamatan di Laut Sulu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kejayaan mengurangkan kadar jenayah di Selat Melaka membuktikan model ini sesuai untuk digunakan dalam menghadapi ancaman keselamatan di perairan negara.

Statistik yang dikeluarkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuktikan kerjasama kerajaan Malaysia, Indonesia dan Singapura sejak 2004 dan penglibatan Thailand pada 2006 menunjukkan penurunan ketara aktiviti lanun dan rompakan laut.

Pada 2004, sebanyak 37 kes dicatatkan, manakala tahun 2015 hanya 3 kes direkodkan.

Sejak Januari lalu, tiada kejadian rompakan laut dilaporkan.

Mengambil contoh model ini, Hishammuddin berkata ia akan dibentang dalam pertemuannya bersama Menteri Pertahanan Indonesia, Jeneral Ryamizard Ryacudu dan juga Voltarie Gazmin, Menteri Pertahanan Filipina yang dijadualkan Ahad ini.

"Laut Sulu ialah lokasi panas untu…

10 Makanan Ini Boleh Menyebabkan Anda Gemuk

Kita semua pasti suka dengan kepelbagaian makanan di Malaysia terutamanya nasi lemak dan roti canai. Tetapi adakah kita tahu kandungan kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung di dalam makanan tersebut? Sekiranya diambil tanpa kawalan, makanan-makanan ini boleh menyebabkan kegemukkan.

1. Nasi LemakNasi lemak adalah salah satu makanan kegemaran setiap rakyat Malaysia. Bukan sahaja diambil pada waktu pagi, malah untuk makan tengahari dan makan malam. Hidangan nasi lemak mengandungi karbohidrat, protein dan lemak. Ia juga mengandungi lebih kurang 390 kalori tidak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang.

Hidangan lengkap sepinggan nasi lemak mengandungi lebih kurang 450 hingga 500 kalori. Lebih menggemukkan apabila makan bertambah dan kadang-kala ada ayam goreng yang mengandungi 240 kalori, sambal sotong yang mengandungi 170 kalori atau pelbagai jenis lauk lain. Untuk resipi nasi lemak yang lebih sihat, klik di sini

2. Roti CanaiRoti canai dengan kuah kari adalah ma…

Resepi Lala Masam Manis

Bahan–bahan:500 gram lala3 batang serai4 ulas bawang putih5 ulas cili padisos cilisos tomatogaram/gula secukup rasa (sikit sahaja)1 biji lemon
Cara–caranya:tumbuk serai, cili padi dan bawang putih.tumis semua sekali kemudian masukkan sedikit sos tomato, sos cili, ikut selera.tambah perahan lemontak perlu tambah air pun takpe, sebab nanti dah masukkan lala dia dah masak keluar air dari lala tu.
Selamat Mencuba !

Kredit: Resepi Malaya

50 terbunuh, 53 cedera dalam tembakan rambang Orlando - Datuk Bandar

ORLANDO: Lima puluh orang terbunuh dan 53 yang lain cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan merampas tebusan di sebuah kelab malam gay di Florida, kata polis pada Ahad.

Kejadian itu menjadikannya kes tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat.

"Kami telah memeriksa bangunan dan adalah menyedihkan bukan 20 yang kita temui tetapi 50 mayat yang dijumpai di sebelah penembak.

“53 lagi telah dimasukkan ke hospital,” kata Datuk Bandar Orlando Buddy Dyer dalam satu taklimat ringkas bersama media.

Sebelum ini dianggarkan sejumlah 20 orang maut di sebuah kelab malam dan bar yang popular untuk golongan gay di sini, selepas insiden seorang penyerang bersenjata cuba menjadikan mereka tebusan pada awal Ahad.

Dalam keadaan cemas, pihak berkuasa turut menerima pesanan ringkas daripada pelanggan bar berkenaan, lantas membuatkan sepasukan anggota Pasukan Khas Senjata dan Taktik (SWAT) menyerbu lokasi itu, lapor AFP.

“Malang sekali, terdapat mereka yang terkorban …

Euro 2016: Permulaan gah buat juara dunia Jerman, benam Ukraine 2-0

JERMAN membuka saingan Kumpulan C temasya tahun ini dengan cemerlang apabila gol Shkodran Mustafi dan Bastian Schweinsteiger melakar kemenangan pasukan itu ke atas Ukraine di Lille.

Mustafi menyempurnakan hantaran Toni Kroos daripada sepakan percuma pada minit ke-19 untuk Jerman mendahului permainan.

Turun sebagai penyandang juara dunia, Jerman yang mendominasi perlawanan bernasib baik apabila beberapa asakan bahaya Ukraine yang mencari gol penyamaan gagal membolosi gawang yang dikawal Manuel Neuer.

Neuer cemerlang menafikan rembatan deras Yvhen Konoplyanka sebelum pertahanan Jerome Boateng berusaha keras menolak keluar bola yang hampir melepasi garisan gol.

Masuk menggantikan Mario Gotze, Schweinsteiger melengkapkan kemenangan dengan menampan kemas hantaran lintang Mesut Ozil daripada satu serangan balas pada minit terakhir perlawanan.

Sementara itu, hasrat Ireland Utara membuka lembaran pertama penyertaan dalam kancah Piala Eropah dengan cemerlang tidak kesampaian apabila terpaksa t…

Euro 2016: England kecewa, Switzerland dan Wales lakar kemenangan

ENGLAND memulakan kempen Euro 2016 dengan keputusan yang agak mengecewakan apabila sekadar seri 1-1 dengan Rusia dalam aksi Kumpulan B.

Penjaga gol Rusia Igor Akinfeev beraksi cemerlang apabila berjaya menyelamatkan cubaan jarak dekat Adam Lallana dan juga kapten pasukan Wayne Rooney.

England mendapat gol menerusi sepakan percuma Eric Dier pada minit ke-73.

Namun Rusia menyamakan kedudukan dalam masa kecederaan menerusi tandukan kapten pasukan Vasili Berezutski.

Dalam satu lagi saingan Kumpulan B, Wales menang tipis ke atas Slovakia 2-1.

Kepulangan dramatik Wales ke kancah kejohanan utama selepas 58 tahun itu bermula dengan jaringan pemain sayap Real Madrid, Gareth Bale seawal minit ke-10.

Kelekaan pertahanan Wales pada minit ke-61 dihukum Ondrej Duda yang baru seminit masuk menggantikan Patrik Hrosovsky.

Sembilan minit sebelum tamat, Hal Robson-Kanu menyempurnakan lorongan Aaron Ramsey untuk gol kemenangan Wales.

Sementara itu, dalam saingan Kumpulan A, Switzerland berjaya menewaskan…

Honda Malaysia lancar Civic generasi ke-10 – harga dari RM113,800

Honda secara rasmi menjadi pengeluar Jepun pertama melancarkan model berenjin turbo untuk pasaran segmen C.Menurut Pengarah urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia yang baharu, Katsuto Hayashi, Civic generasi terkini ini akan menjadi satu model penting buat Honda Malaysia dan ia akan menawarkan “keseronokan” kepada para peminat Honda.Di bawah ialah fakta-fakta mengenai Civic:Honda Malaysia sudah menjual lebih dari 80,000 unit model Civic di Malaysia sejak tahun 2001. Sebelum itu, Honda dijual oleh Kah Bintang.Honda Malaysia yakin Civic generasi kesepuluh ini mampu memulihkan segmen C yang semakin malap. ia mengalami penurunan sebanyak 19 peratus hasil kenaikan jualan bagi segmen B (32 peratus), SUV Kompak (450 peratus) dan SUV Sederhana (28 peratus).Rekabentuk luaran Civic ini lebih cenderung ke arah sebuah hatcback 5-pintu. Ia mirip potongan Audi A7 Sportback, Jaguar XJ atau jika kita imbas kembali 20 tahun lalu – Proton Wira Aeroback. Nyata bentuk sporti ini sudah kembali. …

Recommendations by outbrain