Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

Harga minyak global kembali merudum

Harga minyak dunia kembali menjunam sekitar 20 peratus ekoran tercetusnya kebimbangan mengenai lebihan bekalan di peringkat global dan peningkatan pengeluaran komoditi tersebut.Pada hari ini, minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) menyusut kepada AS$40.70 (RM165.57) setong manakala minyak mentah Brent turun kepada AS$42.69 (RM173.67) setong.Harga minyak berkenaan pernah memuncak setinggi AS$50 (RM203.22) setong pada awal bulan Jun yang lalu.Memetik laporan Bloomberg, firma Morgan Stanley meramalkan harga minyak mentah boleh merosot ke paras AS$30 (RM121.94) setong akibat ketidak seimbangan dalam sistem penawaran dan permintaan di peringkat global."Walaupun proses pengeluaran minyak mentah secara berlebihan sedang diperlahankan, inventori terutama petrol di seluruh dunia sedang ditingkatkan selain kebangkitan semula dalam aktiviti penggerudian Amerika Syarikat," katanya dalam laporan tersebut.Baru-baru ini, ringgit mengalami penurunan mingguan terbesar dalam tempoh 10 bu…

Twelve Reasons for Not Accepting a Counter Offer

You have now made your employer aware that you are unhappy. From this day on your commitment will always be in question.When promotion time comes around, your employer will remember who is loyal and who isn’t.When times get tough, your employer will begin the cutbacks with you.When your employer replaces you after six months and ‘lets you go’, it’ll be harder to turn them around than it was for them to turn you around.Accepting a counter offer is an insult to your intelligence. You didn’t know what was best for you.Accepting a counter offer is a blow to your personal pride, knowing you were ‘bought’.Accepting a counter offer rarely changes the factors that drove you to look for a new job in the first place.Where is the money for the counter offer coming from? Is it your next pay rise early?Statistics show that if you accept a counter offer, there is a ninety percent chance you will be out of the job within six months.What type of a company do you work for if you have to threaten to re…

7 Perkara Berfaedah Yang Patut Dilakukan Oleh Pelajar Universiti Semasa Cuti Semester

Cuti semester bukan sekadar cuti. Kita perlu ada rancangan. Serius.

Jangan dibiar masa kita itu tanpa agenda. Nanti pasti syaitan dan nafsu menyusun agenda untuk kita. Hati-hati.


1. Buat internsip / kerja part timeKorang yang kat rumah tu janganlah seperti mumia hidup. Bangun, makan, main handset, tidur. Ulang setiap hari sampai habis cuti. Alangkah ruginya. Haha.

Cubalah cari kerja. Untuk pengetahuan adik-adik semua, sebenarnya internship itu disediakan oleh banyak company untuk pelajar TIDAK kira tahun berapa pun pengajian kita. Cubalah mohon.

Saya jamin dari sini korang semua pasti dapat sesuatu selain daripada elaun. Lagi baik mohon di tempat yang ada kaitan dengan kos kita.

Kalau tidak pun, kerja part time. Masa tak terbuang, pengalaman engage dunia luardapat, pitih (duit) pun dapat. Huhu. CV / resume pun cantik.

2 benda ni korang yang tentukan nak berapa lama. Sebulan ke 2 bulan dan sebagainya. Selepas tu, baru korang tahu tinggi rendah langit penat ibu bapa kita cari duit.

Dah d…

Kisah Nik Lutfi dan Teacher Raihanah

Org sibok dok viral pasal cikgu itu cikgu ini, meh aku nak viral jugak... siap ko cikgu..!!
Wahai penduduk bumi.... saksikanlahhhh..... inilah muka cikgu yg sokmo denda aku berdiri atas kerusi, atas meja, bawah meja, kutey bahu aku, buat muka nga aku...  Takleh jwb soklan... "On the chair....!!!" Takleh jwb lagi... "On the table...!!!" Takleh jwb lagi... "Under the table" .................. Meringkok bawah meja lah aku sampai abes mase dia..
1999.. Secondary 2... Masih segar lam ingatan aku.... Dalam stahun dia ngajar, ada satu hari tu... dia puji aku.. "I like the ending of ur essay nik..." And then esoknya... macam biasa "On the chair, on the table, under the table..." sampai abis tahun..
Garang orangnya, susah nak senyum.. Tegas... bekeng... suke bg homeworks.. "I asked u in English... DO ANSWER ME IN ENGLISH...!!!" Terkebil-kebil...tergagap-gagap aku nak jawab soklan dia.. dan biasanya ended up like.. "On the chair, on the table, under t…

Kronologi kes tembak di Malaysia sepanjang 2016

KUALA LUMPUR: TAHUN ini menyaksikan beberapa tragedi berdarah membabitkan kes tembak yang berlaku di seluruh negara.

Hampir setiap bulan, ada sahaja kejadian meragut nyawa yang dilaporkan akhbar-akhbar tempatan.

Berikut adalah kronologi kes tembak yang berlaku di seluruh negara bermula awal tahun ini.


25 Januari, KUALA LUMPUR:

Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tembakan, dipercayai ditembak dari jarak dekat di Jalan Jinjang pada pukul 2.10 petang.

Mangsa dikenali sebagai S. Surya Kumar, 41, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk pemandu kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton.

11 Februari, PULAU PINANG:

Seorang ahli perniagaan maut ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi di Jalan Datuk Keramat pada pukul 3.30 pagi.

Syed Amen Jainul Abdin yang merupakan pemilik restoran nasi kandar dan kedai mencuci kenderaan ditemukan berlumuran darah dalam kereta yang dipandunya.

28 Februari, SELANGOR:

Seorang pengawal keselamatan…

Kes tembak di Setapak: Mangsa tukar kereta elak diekori

KUALA LUMPUR: Pengurup wang yang ditembak maut di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota, Jalan Genting Klang di sini pada Rabu, baru dua minggu membeli kereta baharu setelah mendapati ada pihak mengekorinya.

Menurut seorang rakan mangsa yang enggan dikenali, mangsa yang menjalankan perniagaan itu sejak kira-kira 10 tahun lepas sebelum ini menggunakan Toyota Camry.

"Baru dua minggu dia beli kereta baharu jenis Honda Accord. Dia tukar kereta setelah mendapati ada pihak tertentu memantau pergerakannya," katanya kepada Bernama.

"Saya jumpa mangsa sebulan lepas di sebuah hotel di Jalan Ipoh dan dia tidak mengadu tentang apa-apa masalah (ketika itu). Kelakuan dia seperti biasa," katanya.

Menurut polis, mangsa maut serta-merta dalam kejadian 3.35 petang itu yang menyaksikan 18 das tembakan - 10 daripadanya mengenai mangsa - dilepaskan dua penembak yang merupakan pembonceng dua motosikal.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, badan serta paha.

Mayat dihant…

10 fakta menarik tentang Harimau Malaya

Hari Harimau Sedunia (International Tiger Day) disambut pada 29 Julai setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran awam dan sokongan terhadap isu-isu pemuliharaan harimau. Ia pertama kali disambut di Saint Petersburg Tiger Summit pada tahun 2010.

Sehubungan dengan Hari Harimau Sedunia sedunia pada hari ini, ketahui 10 fakta menarik mengenai haiwan spesis panthera tigris malayensis atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya.


Sehingga tahun 2004, harimau Malaya tidak diiktiraf sebagai sub-spesies yang berbeza, sebaliknya dianggap sebagai sub-spesies harimau Indochina.Harimau Malaya diabdikan dalam lambang rasmi kerajaan Malaysia iaitu dalam Jata Negara Malaysia.Pasukan bola sepak Malaysia turut digelar harimau Malaya. Maskot dan jersi utama juga diadaptasi daripada corak belang yang terdapat pada harimau Malaya.Harimau Malaya mendapat pelbagai nama gelaran namun yang paling popular pastinya ‘Pak Belang’.Leonardo DiCaprio, David Beckham, Meryl Streep, Ian Somerhalder dan Betty White antara nam…

Undian Olimpik: Chong Wei dijangka mudah ke separuh akhir

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, harapan terbaik Malaysia untuk membawa pulang pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik, boleh menarik nafas lega apabila undian acara badminton Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil sedikit berpihak kepada beliau.

Dalam undian yang dibuat pukul 11 pagi waktu Brazil, Chong Wei selaku pemain nombor satu dunia, diletakkan sebagai pilihan utama diikuti dua musuh tradisinya Chen Long dan Lin Dan dari China yang masing-masing diletakkan sebagai pilihan kedua dan ketiga.

Pemain berusia 33 tahun itu dilihat mempunyai laluan mudah untuk ke separuh akhir apabila diundi dalam kumpulan A bersama pemain di ranking bawah dari Singapura, Derek Wong dan Soren Opti dari Suriname.

Beliau diberikan bye pada pusingan kedua sebelum ke suku akhir untuk berdepan sama ada pilihan keenam dari Taiwan Chou Tien Chen atau Hu Yun dari Hong Kong yang merupakan pilihan ke-10.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing 2008 dan London 2012 itu bakal …

Pencerobohan Lahad Datu: Sembilan pengganas dipenjara seumur hidup

KOTA KINABALU: Sembilan tertuduh dalam kes pencerobohan Lahad Datu terselamat daripada tali gantung dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Hakim Mahkamah Tinggi Stephen Chung menjatuhi hukuman itu hari ini terhadap warga Filipina Atik Hussin Abu Bakar, 45; Basad H. Manuel, 41; Ismail Yasin, 76; Virgilio Nemar Patulada alias Mohammad Alam Patulada, 52; Salib Akhmad Emali, 63; Al Wazir Osman, 61; Tani Lahaddahi, 63; Julham Rashid, 69; dan Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53.

Pertuduhan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan ini memperuntukkan hukuman mati.

Dalam penghakimannya, Chung berkata tiada keterangan yang menunjukkan bahawa tertuduh terbabit secara langsung dalam pertempuran yang berlaku semasa pencerobohan itu, ataupun bukti bahawa mereka membunuh mana-mana anggota keselamatan secara kejam atau mencederakan sesiapa.

Beliau menegaskan orang paling utama dalam kes pencerobohan itu seperti Datu Agbimuddin Kiram dan 'Jener…

Generasi muda perlu terlibat program jati diri elak gejala negatif

KUALA KANGSAR: Generasi muda digesa melibatkan diri dalam program jati diri dan kepimpinan bagi menghindarkan mereka daripada terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah.

Panglima Pendidikan dan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Mior Rosdi Mior Mohd Jaafar berkata pada masa sama, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memberi perhatian serta kasih sayang secukupnya kepada golongan itu.

"Melalui program kepimpinan dan jati diri, generasi muda mampu mencari potensi diri mereka dan menggunakannya ke arah kebaikan sejagat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Summer Camp 5/16 bagi Program Remaja Berwawasan di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Desa Rimba, di sini hari ini.

Seramai 600 pelajar dari 15 sekolah menengah seluruh Perak menyertai program lima hari itu, bermula hari ini.

Program berkenaan merupakan program nasional di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 8 yang diperkenalkan sejak 2012 bertujuan membendung dan menanga…

Seorang maut dalam insiden letupan di Jerman

BERLIN: Seorang maut manakala 11 lagi cedera dalam sebuah insiden letupan di sebuah restoran di bandar Ansbach, Jerman pada Ahad malam, ujar polis tempatan.

DPA melaporkan, pasukan keselamatan kini sedang mengawal situasi di bandar dalam negeri Bavaria berkenaan dan anggota penyelamat sudah berada di tempat kejadian.

Pada awalnya, media Jerman melaporkan letupan itu dipercayai berpunca daripada masalah kebocoran gas, namun pihak berkuasa kemudiannya memberitahu letupan itu perbuatan yang sengaja dilakukan.

"Ia memang sengaja diletupkan," ujar jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Michael Siefener, sambil menambah siasatan masih diteruskan.

Pihak berkuasa pula memberitahu, orang yang terbunuh dalam letupan berkenaan adalah suspek kejadian.

Tunku Ismail akan berjumpa FAM secara tertutup

PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal mengadakan pertemuan dengan exco tertinggi dan pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara peribadi dan tertutup bagi membincangkan isu sedia ada berkaitan skuad kebangsaan yang dibangkitkan baru-baru ini.

Bernama melaporkan, lokasi pertemuan tersebut masih belum ditentukan sama ada di Kuala Lumpur mahu pun di Johor Bahru.

Menurut laman sosial Johor Southern Tigers petang tadi, pertemuan itu bertujuan untuk menggesa individu-individu tertentu untuk berundur dan menyerahkan tugasan tersebut kepada mereka yang lebih berkaliber, dedikasi dan berintegriti bagi FAM dan bagi pengurusan pasukan kebangsaan.

Tunku turut bertitah, "Individu yang akan menerajui FAM dan pasukan kebangsaan mestilah layak dan berkaliber serta diterima oleh semua pihak termasuk semua penyokong bola sepak tanah air."

Pada 18 Julai lalu, Tunku Ismail mendedahkan bahawa baginda memiliki satu pendrive menyimpan aktiviti dalaman FAM…

Tidur Bogel Dapat Kuruskan Badan?

Terdapat sebuah kajian yang menyatakan tidur dengan bogel dapat mengurangi berat badan. Bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk, ingin kembali memiliki tubuh yang langsing,seksi adalah dambaan mereka. Pelbagai cara dan kaedah yang digunakan seperti menggunakan diet produk kelangsingan ataupun dengan bersenam

Pun begitu, ada kajian yang mungkin dianggap karut dan pelik oleh segelintir pihak mengenai cara untuk menurunkan berat badan, iaitu salah satu daripadanya adalah tidur tanpa berpakaian.

Mungkin cara ini tidak disukai dan di anggap tidak logik oleh sesetengah pihak, namun menurut penulis buku berkaitan diet dan berpengalaman dalam bidang ini menjelaskan seseorang itu boleh kurus sekiranya tidur di dalam keadaan berbogel.

Berdasarkan penulisan tersebut, dia mendakwa sekiranya tidur tanpa sehelai pun pakaian, badan seakan-akan menekan butang “reset” kepada hormon “fat loss” dengan cara merembeskan hormon yang boleh membina sel di dalam tulang, kulit dan otot …

Penyelidik UM berjaya tanam saffron di Malaysia

KUALA LUMPUR: Crocus sativus L. atau lebih dikenali sebagai Saffron atau Za'faran merupakan herba termahal di dunia. Ia digunakan sejak ribuan tahun dahulu terutama di Asia Barat sebagai rempah utama dalam masakan.

Digelar raja segala rempah, helaian-helaian halus berwarna merah za'faran, merupakan stigma kering daripada bunga saffron yang mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi.

Hanya boleh ditanam di kawasan negara empat musim seperti kawasan Mediteranean, Asia Barat dan Eropah, harganya di Malaysia boleh mencecah antara RM28,000 hingga RM32,000 bagi setiap satu kilogram.

Bagaimanapun, usaha sekumpulan penyelidik Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) diketuai Profesor Dr Rosna Mat Taha bersama Nordiyanah Anuar, Noraini Mahmad, Asif Khan, Dr Sadegh Mohajer, Nor Amirah Md. Nor telah berjaya menanam dan menghasilkan bunga saffron di Malaysia selain memperolehi stigmanya yang digunakan dalam masakan.

Pokok saffron yang ditanam secara in vivo dalam bilik kultur itu berbunga …

Bimbang Kemungkinan Berlaku Rampasan Kuasa kedua Di Turki Ekoran 42 Buah Helikopter Hilang

ANKARA: Berikutan kehilangan sekurang-kurangnya 42 helikopter daripada inventori tentera Turki
semasa cubaan rapasan kuasa Jumaat lalu, Tukri menyatakan kebimbangan kemungkinan berlaku cubaan rampasan kuasa kali kedua.

Wartawan CNN Turk, Serdar Tuncer, menggambarkan kehilangan aset ketenteraan itu seolah-olah da pihak mahu mengulangi cubaan rampasan kuasa.

"Adakah mereka berjaya? Tidak! Tetapi adakah mereka akan mencuba?" katanya.

Cubaan rampasan kuasa daripada pihak tentera sebelum ini telah menyebabkan 265 terbunuh dan lebih 2,000 cedera yang kebanyakannya adalah penduduk awam yang menyahut seruan Erdogan supaya menentang cubaan rampasan kuasa itu.

Kerajaan Turki dalam satu kenyataan membaritahu mereka telah berjawa mengawal keadaan sepenuhnya dan memulakan sistem pembersihan tentera di mana 2,745 hakim telah dipecat dan lebih 2,800 anggota tentera termasuk penasihat ketenteraan Erdogan ditangkap.

Berikutan tindakan yang dianggap khianat itu, Edrogon tidak menolak kemungkinan me…

Pidato Erdoğan di hadapan ribuan rakyat Turki selepas cubaan kudeta

“Saudara-saudariku, saya atas nama peribadi, atas nama bangsa ini, saya mengucapkan terima kasih atas aksi heroik yang kalian perlihatkan. Saudara-saudari tercinta, kita semua bersama dalam perjalanan suci ini.”
“Dalam perjalanan ini, ketundukan, penghambaan hanya ada kepada Allah. Mereka yang menghamba kepada hamba, menghamba kepada kepentingan, dengan menyusup ke dalam tubuh angkatan tentera kita yang bersih, lewat apa yang mereka lakukan pada pasca 17-25 Desember, lewat apa yang mereka lakukan (kudeta) malam tadi, mereka telah menampakkan diri mereka sebenarnya.”
“Malam tadi, mereka memperlihatkan keganasan dalam erti sebenrnya. Begitu rendahnya mereka ini, senjata, kereta kebal dan helikopter yang dibeli dengan hasil keringat rakyat, mereka halakan kepada rakyat. Pesawat F-16 terbang di langit ini, apa itu mereka beli dengan wang bapak mereka?” kecam Erdogan dengan keras.
Erdogan juga menyebut kelompok kudeta ini adalah sekelompok kecil di dalam tubuh angkatan tentera. “Mereka tidak …

Tentera Turki lancar rampasan kuasa

ANKARA: Elemen tentera Turki mengumumkan pihaknya telah merampas kuasa di negara ini pada Sabtu, mencetuskan pertempuran berdarah di Istanbul dan Ankara. 

Seorang jurugambar AFP melihat tentera menembak ke arah orang ramai yang berkumpul berhampiran salah sebuah jambatan Bosphorus di Istanbul dan agensi berita Anadolu yang dikendalikan negeri melaporkan bahawa Parlimen di Ankara telah dibom.

Tidak dapat dipastikan siapa yang menguasai negara NATO strategik dengan penduduk seramai 80 juta orang itu ketika kereta kebal dilihat di sekitar jalanan dan letupan demi letupan bergema di dua bandar terbesar di negara ini. 

Pada awal malam, Presiden Recep Tayyip Erdogan yang kelihatan menggigil, muncul di kaca televisyen dari lokasi yang tidak diketahui, menegaskan beliau masih berkuasa dan berikrar tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang melakukan tindakan rampasan itu.

"Saya amat percaya pihak yang merancang rampasan kuasa ini tidak akan berjaya," katanya, bercakap dari telefon …

Langkah untuk mengatasi pencemaran sungai.

Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya punca pencemaran dapat dikurangkan dan antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:-


a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.

Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.



b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.


Hasil tinjau…

Pasport Malaysia palsu dapat permintaan tinggi - Biro Imigresen Thailand

BANGKOK: Keistimewaan yang dinikmati pemegang pasport Malaysia menjadikan pasport negara itu antara dokumen perjalanan yang mendapat permintaan paling tinggi daripada 'pelanggan' sindiket pasport palsu, kata Biro
Imigresen Thailand.

Pesuruhjaya biro itu Lt Jen Pol Nathathorn Prousoonthorn berkata keistimewaan dan faedah yang diberi kepada pemegang pasport Malaysia, khususnya pengecualian daripada mendapatkan visa, menjadikannya amat menarik dalam kalangan pengguna pasport palsu.

"Seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia (pemegang pasport Malaysia) tidak perlu memohon visa untuk melakukan perjalanan ke beberapa negara termasuk Thailand kerana mereka dikecualikan daripada visa.

"Inilah yang menyebabkan pasport Malaysia menjadi sasaran sindiket pasport palsu (yang beroperasi di Thailand), terutamanya untuk pelanggan mereka dari negara tertentu," katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini.

Berikutan 'daya tarikan' yang dimiliki pasport Malaysia, katany…

Tun Mahathir umum pakatan baru pembangkang

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan satu pakatan parti pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Amanah akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Antara individu yang dikatakan berminat berhubung pembentukan parti baharu itu termasuk bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Saya akan menjadi yang pertama menyertai (parti baharu), tetapi tidak semestinya sebagai presiden. Parti politik baharu akan membentuk satu pakatan besar untuk lawan BN pada PRU-14.

“Pakatan baharu itu boleh disertai sesiapa sahaja termasuk parti pembangkang, NGO dan individu,” kata Tun Dr Mahathir selepas mengadakan mesyuarat selama tiga jam dengan pemimpin pembangkang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Bagaimanapun, Tun Dr Mahat…

Remaja maut kenderaan terjunam dalam gaung

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan terjatuh ke gaung sedalam 50 meter di Kilometer 260 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora, Ipoh pada Rabu.

Dalam kejadian pada jam 5.20 petang itu mangsa Muhammad Safiq Danial Alias, 18, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Mohamad Nur Hafiz Mohd Ridzuan, 20, patah kaki kiri.

Menurut Pegawai Turus Trafik Perak, Mohd Mahiri Hussin siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa gagal dikawal sebelum terbabas ke kiri jalan dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter itu.

Katanya, kedua-dua mangsa telah tercampak keluar dari kenderaan manakala kenderaan telah mengalami kerosakan teruk.

Jelasnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


“(Kenderaan) dipercayai terbabas ke kiri dan melanggar pembahagi jalan dan menjunam ke gaung sedalam 50 meter.

“Mangsa meninggal d…

Risiko pencerobohan data aplikasi Pokemon Go

RAWANG - Isu pencerobohan keselamatan data peribadi oleh Pokemon Go, yang ditimbulkan arkitek utama firma keselamatan Red Owl, Adam Reeve mencetuskan kebimbangan pengguna.

Ia sekali gus menyaksikan sebahagian besar daripada mereka bertindak membuang aplikasi tersebut.

Pada dasarnya, pengguna aplikasi Pokemon Go membenarkan akses penuh kepada akaun Google mereka, termasuk aplikasi Gmail, Drive dan sebagainya ketika mendaftar untuk bermain permainan tersebut.

Secara teorinya, apabila akses sedemikian diberikan kepada sesuatu pembekal perkhidmatan, segala data aktiviti akaun Google yang dihubungkan juga dikongsi secara tidak langsung.

Walaupun ramai yang mengecam tindakan Niantic selaku pengasas aplikasi permainan tersebut, pakar teknologi dan gaya hidup Jonathan Roubini berpendapat, seberapa banyak maklumat yang dikongsi serta sejauh mana tahap perkongsian tersebut adalah tanggungjawab pengguna.

"Isu ini sangat penting. Semua orang perlu sedar.

"Dengan penggunaan Cloud, baik G…

Antara Ronaldo dan Messi, siapa paling hebat?

WISEL penamat dibunyikan dan Stade de France menjadi saksi kepada kesudahan kempen Euro 2016 di mana Portugal dinobatkan sebagai juara baru Eropah selepas dipisahkan dengan satu gol sekali gus meranapkan impian tuan rumah, Perancis.

Tangisan kegembiraan kapten pasukan, Cristiano Ronaldo menambahkan lagi drama kejayaan skuad Selecao yang sebelum itu sekadar underdog untuk menjulang trofi Henri Delauney yang menjadi rebutan 24 pasukan yang bertanding.

Ronaldo kini berada di kemuncak kariernya, setelah berjaya membantu Portugal memenangi kejuaraan sulung dalam sejarah penyertaannya di kejohanan peringkat antarabangsa.

Ia sekali gus membangkitkan persoalan dan perdebatan dalam dunia bola sepak, siapakah pemain terhebat era ini – Ronaldo atau Lionel Messi?


Penyelamat kisah hodoh Portugal
Ronaldo nyata membosankan sepanjang kempen di Perancis. Beliau gagal menampilkan prestasi cemerlang dan pasukannya tidak berupaya mencatat satupun kemenangan biarpun diletakkan bersama Iceland, Austria dan …

Video adik angkat Ronaldo bertadarus dapat perhatian

JIKA semalam Cristiano Ronaldo menjadi sebutan kerana semangatnya yang berjaya membantu Portugal memenangi kejohanan EURO 2016, apa kurangnya dengan adik angkatnya.

Martunis, 19 tahun, menerima pujian melambung daripada netizen selepas video dia bertadarus dimuat naik ke akaun Instagram.

Remaja yang kini bersama Akademi Bola Sepak Sporting Lisbon, memuat naik video itu ke akaun Instagramnya dengan nama martunis_ronaldo, seminggu yang lalu.

Bismillah,waktu nya tadarus 😇🕌 A video posted by مرتنس سربنى (@martunis_ronaldo) on Jul 2, 2016 at 10:38am PDT

Ramai yang terharu dengan kemerduan suara Martunis mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran, selain memuji Martunis kerana tidak melupakan amalan sebagai umat Islam walaupun jauh di negara orang.

Martunis yang berasal dari Indonesia, mencetuskan rasa simpati ramai kerana kisah sedihnya yang menjadi mangsa tragedi tsunami pada tahun 2004.

Dia yang ketika itu berusia tujuh tahun, ditemui terdampar di pantai dengan mengenakan jersi pasukan bola s…

Recommendations by outbrain