Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Resepi Kailan Udang

Resepi Ini sesuai untuk saiz hidangan: 4 orang

Bahan-bahan:400 gram sayur kailan - potong sepanjang 3 cm - potong batang dan daun secara berasingan5 batang putik jagung - potong serong1/2 batang lobak merah - hiris bulat200 gram udang - buang kepala dan kulit, tinggalkan ekor, belah bahagian belakang dan tarik keluar uratnya1 labu bawang besar - potong dadu2 ulas bawang putih - cincang1/2 sudu besar Maggi CukupRasa 3 sudu makan minyak
Cara-caranya:Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga kekuningan.Masukkan udang, lobak merah serta batang kailan. Gaul rata dan masak sehingga udang berubah warna.Kemudian masukkan putik jagung serta daun kailan. Tutup kuali selama 2 minit.Buka penutup kuali dan taburkan perencah Maggi Cukup RasaBuka penutup kuali dan taburkan perencah Maggi Cukup RasaKacau sekali dua dan padamkan api dapur.

Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.!

Kredit: Resepi Malaya

Dr Mahathir mohon maaf kepada Agong

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada Yang Di-Pertuan Agong kerana pindaan perlembagaan yang perlu kelulusan dan tandatangan Baginda tidak lagi menjadi keperluan bagi menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.

Bekas Perdana Menteri tersebut dalam catatan blognya pada Khamis, berkata ia kerana pindaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) baharu telah mula berkuatkuasa walaupun Baginda tidak menandatanganinya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan bahawa pindaan tersebut bukan meliputi semua undang-undang di negara ini.

Lebih 30 prosiding yang tersenarai dalam Perlembagaan memerlukan persetujuan baginda sebahagian darinya tanpa mendapatkan nasihat Perdana Menteri.

Akta MKN memberi Perdana Menteri kuasa untuk mengisytiharkan zon keselamatan, di mana pasukan keselamatan akan mengambil alih.

Dr Mahathir berkata perisytiharan darurat hanya diberi kepada baginda kerana implikasinya serius kerana memberi hak kepada kerajaan menggantung pelaksanaan u…

Gempa bumi 6.2 magnitud gegarkan Itali

ROME: Gempa bumi berkekuatan 6.1 magnitud melanda bahagian tengah Itali pada Rabu, lantas mengakibatkan kemusnahan bangunan dan bekalan kuasa terputus sekitar Rieti.

Laporan media tempatan melaporkan, setakat ini sekurang-kurangnya dua orang disahkan terkorban.

Susulan gegaran kuat itu, penduduk segera meninggalkan kediaman masing-masing untuk berada di kawasan selamat di kawasan terbuka.

Gegaran itu berlaku sekitar jam 3.30 pagi waktu tempatan, dan dirasai di hamparan bahagian tengah negara itu termasuk di ibu negaranya, Rome.

Orang ramai yang menghuni rumah di tengah-tengah kawasan sejarah itu pada awalnya merasakan kesan hayunan imbangan yang lama dan diikuti gegaran susulan.

Pusat Seismologi Mediterranean Eropah meletakkan bacaan gegaran itu pada ukuran 6.1 dengan menyatakan pusat gempanya di Rieti. Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula menetapkan rekod 6.2 magnitud.

Datuk Bandar Amatrice, Sergio Pirozzi berkata terdapat penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan ban…

Kontinjen negara ke Rio catat pencapaian terbaik

Rawang: Kejayaan membawa pulang empat pingat perak dan satu pingat gangsa itu merupakan sebahagian daripada kisah kecekalan yang perlu rakyat teladani.

Olimpik Rio mencatatkan pencapaian terbaik Malaysia setakat ini. Lima pingat yang dibawa pulang Datuk Lee Chong Wei, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong dan Azizulhasni Awang daripada edisi Olimpik kali ini hasil keazaman dan kedahagaan untuk mengecapi kejayaan sepanjang karier mereka.

Perjalanan mereka bukan mudah. Azizulhasni dan Goh Liu Ying bangkit daripada kecederaan fizikal yang serius tidak lama dahulu. Gabungan Tan Wee Kiong dan Goh V Shem memeranjatkan kita semua, bangkit melawan nama-nama besar sukan badminton di peringkat dunia.

Walaupun Malaysia hanya memiliki kontinjen yang kecil namun semangat juang mereka tiada tolok bandingnya demi menjulang nama Malaysia di pentas dunia.

Atlet Malaysia tidak harus mempunyai perasaan sedih atau kecewa dengan apa jua pencapaian di …

Mampukah Chong Wei tumbangkan Lin Dan di Olimpik kali ini?

PEMAIN badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei dalam misi membalas dua kekalahan Olimpik akhir di tangan seterunya Lin Dan dari China apabila mereka bertemu dalam perlawanan separuh akhir pada Jumaat.

Walau muncul sebagai antara bintang badminton paling berjaya, Chong Wei tidak pernah memenangi kejohanan dunia atau Olimpik.

Jika Chong Wei berjaya menumbangkan ‘Super Dan’ dalam percubaan ketiganya di gelanggang Olimpik, dia mara selangkah lagi dalam pemburuan pingat emas yang masih belum pernah dimenangi Malaysia.

“Sekarang saya fikir tentang Lin Dan,” ujar Chong Wei pada Rabu selepas menumpaskan pemain Taiwan Chou Tien-chen 21-9, 21-15 dalam masa 42 minit.

Pemain berusia 33 tahun itu telah berusaha gigih untuk kembali mengungguli takhta badminton dunia selepas menjalani penggantungan akibat kes doping tahun lalu.

Penggantungan itu nyata tidak melunturkan prestasi dan dia kembali mempamerkan aksi terbaik bahkan layak ke separuh akhir Olimpik kali ini tanpa tewas walau satu set…

Jerebu: Kementerian Pendidikan aktifkan bilik gerakan kecemasan

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan mengaktifkan bilik gerakan kecemasan sejak dua hari lepas bagi memantau keadaan jerebu terutama di kawasan sekolah.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Jabatan Meteorologi Malaysia bagi tujuan itu.

"Setakat ini tiada apa-apa lagi (jerebu)...indeks (Indeks Pencemaran Udara) semakin meningkat tapi tak berapa jelas menunjukkan (memberi) apa-apa kesan lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Kota Baharu kali ke-22 di Bangunan UMNO Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Bahagian UMNO Kota Baharu Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilapor sebagai berkata beliau akan memaklumkan kepada negara jiran Indonesia mengenai kebakaran tanah serta hutan di Sumatera tengah yang menyebabkan jerebu rent…

How to Get Google Sitelinks

What are Google Sitelinks?Google sitelinks are a delux listing format that presents a main search result, followed by two or more indented Sitelink results. Most web site operators view Sitelinks as a reputation enhancer, and also a way to control a greater area of the search results page. For these reasons Sitelinks are valuable.

Here’s an example of a Sitelinks listing. On a Google search for the keyword “Sekonic” beneath the main search result we see links to various areas of the Sekonic web site. This would help a searcher in two ways: they can get a better understanding of what the site is about before they visit, and they can take a shortcut from Google to the page that interests them, rather than arriving at the home page and then having to navigate.


Google Doesn’t Say How to Get SitelinksGoogle advises webmasters to build sites with clear navigation and a well-planned hierarchy of pages. These features may make a site more amenable to Google’s Sitelink analysis algorithms.

The …

Harga pingat emas Olimpik 2016 hanya USD$587

FAKTA OLIMPIK 
Pingat seberat 500gm itu dibuat daripada hampir 99% perak yang dikitar semula, manakal kandungan emas hanyalah 1.2% (saduran luar sahaja).
Kali terakhir pingat emas dibuat daripada emas tulen ialah pada 1912 di Olimpik Stockholm.

'Datuk Seri' dari DBKL direman tujuh hari berhubung kes rasuah, gubah wang haram

PUTRAJAYA: Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergelar Datuk Seri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam, ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan terhadap suspek berusia 54 tahun oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram.

Suspek yang tiba dengan kereta kelabu milik SPRM sekitar jam 9:30 pagi di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya dan kelihatan keluar daripada Bilik Bicara Mahkamah Majistret sekitar jam 10:15 pagi.

Menurut peguamnya, Azizzul Shariman Mat Yusoff, suspek ditahan di pejabatnya di Kuala Lumpur.

"Akaun beliau dibekukan manakala kereta BMW milik isterinya turut disita," katanya.

Siasatan dibuat di bawah seksyen 17(a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Peranan sains, teknologi bagi mengelak konflik, keganasan dunia - Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR: Sains dan teknologi berperanan penting dalam menangani kemiskinan dan ketidaksamarataan antara masyarakat.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah permasalahan itu perlu ditangani lantaran ia boleh menyebabkan konflik dan keganasan dunia.

Titah baginda, menerusi teknologi baharu, ia mampu menghentikan kemusnahan alam sekitar, mengurangkan atau menghapuskan penyakit, serta menyumbang kepada peningkatan tahap pembangunan manusia merentasi pelbagai komponen.

“Sumber-sumber tenaga diperbaharui seperti tenaga suria, contohnya mampu mengubah kehidupan miskin bandar dan pedalaman sekiranya dapat dilaksanakan secara efektif.

“Aplikasi-aplikasi inovatif pintar terutama dalam mekanisme pembayaran pula dapat memberi impak yang sangat positif,” titah baginda sewaktu merasmikan Persidangan Antarabangsa Sains Untuk Keamanan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin juga mahu inovasi sains dan teknologi diuruskan dengan baik untuk mengelakkan ia disalahgunakan sebaga…

Kesahihan Perjanjian British-Siam 1909: Apa yang rakyat Malaysia perlu tahu

Semenanjung Melayu mengunjur sepanjang 842 batu atau 1, 355 km dari Segenting Kra di Thailand ke titik paling selatan di benua Asia di Tanjung Piai, Malaysia.

Banyak ketamadunan Melayu muncul di sepanjang semenanjung yang membentuk halangan daratan semulajadi di antara Lautan Hindi dan Laut China Selatan ini.

Langkasuka, Srivijaya dan Melaka antaranya adalah kuasa politik ketamadunan Melayu yang banyak meninggalkan kesan terhadap struktur sosio-politik di Semenanjung Melayu.

Berkurun lamanya, kedaulatan kerajaan-kerajaan Melayu ini membentang melampaui wilayah moden Semenanjung Malaysia sehinggalah Perjanjian British-Siam dimeterai di antara Siam dan British pada tahun 1909 tanpa rela pemerintah kerajaan-kerajaan Melayu.

Sejauh manakah Perjanjian British-Siam 1909 ini sah di bawah undang-undang antarabangsa?

Bunga Mas

Setelah kejatuhan Melaka pada tahun 1511 ke tangan Portugis, Semenanjung Melayu ditadbir oleh beberapa kerajaan-kerajaan Melayu kesinambungan Kesultanan Melaka.

Pihak Po…

8 Reasons Successful People Are Choosing to Wear the Same Thing Every Day

The capsule wardrobe movement continues to gain momentum.
Fast fashion deserves criticism. And our culture’s obsession with ever-changing fashion trends is an artificial pursuit manufactured by those who benefit from it.
The capsule wardrobe movement is far from mainstream. But, elevated in the social consciousness by some high-profile personalities, more and more people are applying minimalist principles to their fashion.
Many people outside the movement remain skeptical. They wonder why anybody would intentionally choose to wear the same outfit every day—especially when financial resources are not in question.
Evaluating my personal experience with a minimal wardrobe and studying recent profiles in various publications, I have created this list of reasons.
If you have ever wondered why some successful people choose to wear the same outfit everyday, or better yet, if you are considering adopting a more streamlined wardrobe yourself, here are 8 convincing reasons:
1. Fewer decisions. Decisi…

10 Ijazah Yang Paling Laku Di Malaysia

Tidak dapat dinafikan, kos pendidikan bukanlah murah. Rata-rata daripada kita perlu menanggung perbelanjaan atau pinjaman sekurang-kurangnya RM30,000 demi segulung ijazah yang menjadi penentu perjalanan karier di masa hadapan.Bagaimanapun, saban hari kita dihidangkan dengan berita graduan menganggur dan gagal mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Jadi persoalannya, apakah pelaburan ribuan ringgit itu berbaloi meskipun tiada jaminan pekerjaan sejurus graduasi?Oleh itu, bakal-bakal siswa perlulah bijak dan berfikiran jauh dalam memilih program pengajian di universiti agar kelayakan mereka kelak selaras dengan keperluan industri, di samping memberi pulangan yang setimpal (jika tidak lumayan) kepada mereka.Mari kita baca senarai 10 ijazah yang mempunyai kadar penggajian tertinggi di dunia dan menjaminkan pekerjaan selepas tamat university. 1. Perubatan dan Pergigian (94.7% Kadar Penggajian)Dengan kos pengajian termahal iaitu sekurang-kurangnya RM100,000 selama 4 tahun, bidang peruba…

People who post their fitness routine to Facebook have psychological problems, study claims

Be honest with me here: You have one or even multiple friends, who always post their gym activity to Facebook. Or maybe that person is you."Ran 15 miles before work! Yeah 💪" can be motivating to read in the morning, or incredibly annoying, depending on how much you hate that painfully overused flexed-bizeps-emoji.Researchers from the Brunel University in London have conducted a study as to why so many people share every workout on social media. The results are unflattering, to say the least.Addicted to attention and esteemPeople who are always keen on documenting their gym activities (or every time you simply go for a good, old-fashioned run) tend to be narcissists. According to the researchers, the primary goal is to boast about how much time you invest in your looks. Apparently these status updates also earn more Facebook likes than other kinds of posts."Narcissists more frequently updated about their achievements, which was motivated by their need for attention and …

Kerajaan pertimbang tambah baik Akta Kebankrapan 1967

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menambah baik Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata dalam satu kenyataannya pada Khamis bahawa kajian terhadap akta itu telah dibuat oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) bagi meneliti beberapa perkara yang melibatkan penjamin dan peminjam.

"Antara perkara yang diberi perhatian adalah mereka yang menjadi penjamin khususnya penjamin sosial kepada peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman.

"Kerajaan berpendapat golongan ini tidak sepatutnya dibebankan untuk menjelaskan pinjaman yang diambil oleh pihak lain," katanya.

Selain itu, Azalina berkata kerajaan juga akan mempertimbangkan untuk mengurangkan tempoh pelepasan bagi individu yang diisytihar bankrap.

"Di bawah akta sedia ada, mereka yang telah diisytihar bankrap hanya akan diberi sijil pelepasan oleh MDI selepas tempoh lima tahun selaras dengan Seksyen 33A," katanya.

Menurut …

Menurut Polis, insiden kekecohan penyokong JDT, Perak berpunca dari provokasi

IPOH: Polis mengenal pasti punca sebenar pergaduhan di antara penyokong JDT dan Perak di Stadium Perak pada malam Sabtu selepas tamatnya perlawanan Liga Super adalah berpunca daripada tindakan provokasi di antara kedua-dua pihak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pada awalnya perlawanan selama 90 minit itu berlangsung dengan lancar.

Katanya, bagaimanapun, selepas tamat perlawanan yang menyaksikan Perak kalah 0-1 kepada pasukan pelawat 'The Southern Tigers', penyokong kedua-dua pasukan terus melaungkan kata-kata provokasi dan kesat diiringi paluan gendang.

"Selepas itu bermula caci-maki antara penyokong diikuti balingan objek seperti botol minuman dan mercun yang menyebabkan mereka terus bergaduh di tempat penyokong selama beberapa minit sebelum dileraikan pihak polis.

"Selepas itu, pintu pagar di hadapan penyokong JDT dibuka untuk mengasingkan penyokong JDT dengan penyokong Perak.

"Bagaimanapun, terdapat beberapa penyokong JDT…

Identiti dua beradik antara tiga mangsa rentung di Rawang dikenalpasti

RAWANG: Dua adik-beradik antara tiga mangsa dilaporkan rentung apabila kereta dinaiki mereka dipercayai dilanggar sebuah bas di Kilometer 447.7 Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Rawang ke pusat bandar, dekat sini, pada Sabtu.

Identiti mangsa yang terlibat dalam nahas itu dikenali sebagai Darjit Singh Nasib Singh, 45, dan adiknya Ranjit Singh Nasib Singh (umur tidak diketahui) serta anak saudara mereka, Rash-deep Singh Balwant Singh, 21.

Bapa kepada Rash-deep, Palwant Singh Hazara Singh, 67, berkata dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh polis.

"Saya tidak sangka keputusan anak saya (Rash-deep) untuk mengikut kedua bapa saudaranya itu bertukar menjadi tragedi.

"Walaupun amat sedih, saya terima pemergiannya sebagai takdir tuhan," katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini, pada Ahad.

Beliau berkata anak bongsu daripada tiga beradik itu seorang yang amat ceria, rajin belajar dan fokus dengan cita-citanya …

Durian dan Nangka Menjadi Pembunuh

Oleh: Dr Mohd Syamirullah

Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia.

"Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada." ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.

Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. …

Pokemon Go adalah satu permulaan

What we must all realise, is that mySpace was the beginning, and that Facebook was where we lost our privacy.

Yahoo helped us search, but Google now knows how we search. It knows us.

WordPerfect helped us work, now we can't work without Microsoft.

Pokemon Go is only the beginning, a culmination of entertainment at the expense of many other things.

But we choose to do it. We trade our time, families, friends, productivity for it. Just at a grander scale than we did comics, shopping, trading cards, football and RPGs.

The Internet Of Things is coming. Fast. It is inevitable. We must learn and help our children learn how to live with it.

Denying the change will only allow it to run us over.

Time is precious. Choose to use it wisely, and remember the things that are truly important to you.

AKPK, PR1MA sambut baik cadangan PTPTN bantu peminjam

KUALA LUMPUR: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menyambut baik inisiatif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membantu peminjamnya menguruskan penjadualan pembayaran balik pinjaman dan proses pembelian rumah.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir berkata Program Pengurusan Kredit (PPK) mampu memberi kelegaan kepada peminjam daripada belenggu hutang dan dapat meneruskan kehidupan dengan aktiviti yang lebih produktif dan berfaedah.

Azaddin berkata program tersebut merupakan satu jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi kemelut hutang yang dialami mereka.

"Bagi peminjam PTPTN, sasaran AKPK melalui PPK adalah mereka yang gagal membuat pembayaran balik pinjaman dan pada masa sama, mempunyai hutang dengan lain-lain penyedia pinjaman.

"Golongan ini dijangka menghadapi kesukaran berurusan sendiri bagi merumuskan satu kaedah penyelesaian yang bersesuaian dan dapat diterima oleh semua pemberi pinjaman…

Samsung Note 7: Ciri penting perlu diketahui sebelum berhabis wang

PENGGEMAR telefon pintar pastinya mengetahui kehadiran produk terbaharu syarikat teknologi Korea, Samsung yang diperkenalkan kepada khalayak pada Rabu.

Samsung Note 7 mempunyai aplikasi yang anda mahu pada telefon pintar, Android.

Sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya, apa kata teliti dulu tujuh ciri penting ini.

TAHUKAH ANDA ...

Samsung Note 7 datang dengan ciri iris scanner, yang bermakna anda boleh unlock telefon hanya menggunakan mata. Ia bagaimanapun masih mempunyai fingerprint scanner yang tentunya berguna kepada mereka yang memakai cermin mata atau kanta lekap.

TAHUKAH ANDA ...

Biarpun menawarkan kamera dengan 12 megapiksel (seperti kebanyakan telefon pintar lain di pasaran), ia tetap mempunyai keistimewaan apabila ciri f/1.7 OIS pada kamera belakang mampu memberi kejutan, selain kelebihan skrin yang besar yang tentu sekali lebih baik untuk mendapatkan gambar dengan frame yang menarik.


TAHUKAH ANDA ...

S Pen pada Note 7 membolehkan anda menulis tanpa perlu membuka (on) s…

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia berlepas awal pagi Khamis

KELANA JAYA: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 489 berlepas ke tanah suci awal pagi Khamis dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines Berhad, MH800.

Kesemua jemaah dijangka tiba di Madinah jam 9.10 pagi waktu tempatan selepas penerbangan selama 8 jam.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah berkata jemaah haji perlu menjaga diri dan mengelak daripada terdedah kepada cuaca panas.

"Kami menjangkakan cuaca semasa musim haji adalah panas dengan suu ang boleh mencapai tahap tinggi dalam lingkungan 50 darjah Celsius," katanya dalam satu sidang media pada Khamis di Kompleks Tabung Haji, di sini.

Selain itu, beliau juga berkata bagi musim haji tahun ini, 22 penerbangan yang membawa jemaah ini menggunakan pesawat A380 MAS, manakala 25 penerbangan lagi menggunakan pesawat Boeing 747 Saudi Airlines yang boleh memuatkan 450 jemaah bagi setiap penerbangan.

Penerbangan terakhir ke tanah suci dijangka berlepas pada 5 September ini.

Sistem permohonan pasport secara online bakal dilaksana September ini

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen akan melaksanakan sistem permohonan dan pembaharuan pasport secara atas talian (online) seawal September ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya mengambil serius dengan isu kelewatan proses memohon dan memperbaharui pasport yang berlaku.

"Kita akan laksanakan sistem online 100 peratus September ini untuk mempermudahkan urusan orang ramai

"Ia sekali gus akan mengurangkan masalah kelewatan permohonan yang dialami masa kini," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI di sini hari ini.

Katanya, kejadian panik susulan laporan di media sosial menyebabkan pihaknya terpaksa menghadapi jumlah permohonan yang luar biasa.

Selain permohonan dengan jumlah yang luar biasa, kekurangan stok dari pembekal antara punca kelewatan permohonan.

Beliau turut meminta pegawai di setiap lokasi untuk turun padang memberi penjelasan situasi semasa di kaunter Jabatan Imigresen seluruh negara.

Malah, pihaknya turut mengambil langkah pro…

Tenaga pakar rawatan penagih dadah di Malaysia mencukupi

PUTRAJAYA: Negara mempunyai kapasiti yang cukup untuk merawat gejala ketagihan dadah dengan 377 pakar perubatan psikiatri di sektor awam dan swasta.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata terdapat 191 pakar perubatan psikiatri di kementerian dengan enam dari mereka mempunyai latihan lanjutan subkepakaran dalam ketagihan dadah.

"Kementerian juga mempunyai tiga pakar perubatan keluarga yang menerima latihan khas ketagihan dadah.

"Pada keseluruhannya memang penagih-penagih dadah dalam negara kita kawalan mereka di bawah pegawai-pegawai yang diberi latihan dalam bidang ini dan latihan ini berjalan berterusan.

"Oleh itu apa-apa persepsi yang mungkin wujud daripada berita yang telah dikeluarkan seolah-olah bahawa kita tidak mempunyai jumlah tenaga yang mendapat latihan dalam bidang ini untuk merawat dan mengawal ketagihan dadah di negara ini bukan betul dan tepat," katanya.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat 414 klinik Methadone d…

'Saya mempunyai beberapa tahun terbaik lagi' - Rooney

Kapten Manchester United, Wayne Rooney, bertegas dia belum menghampiri penghujung tempoh bermainnya menjelang musimnya yang ke-15 sebagai seorang pemain profesional.

Penyerang England berusia 30 tahun itu berdepan bekas kelabnya, Everton, dalam perlawanan penghargaan buatnya pada Rabu, tapi dia menyasarkan beberapa musim mendatang yang sarat dengan trofi berbanding menimbangkan persaraan.

Walaupun kejayaan memenangi Piala FA musim lalu adalah trofi pertama United sejak Alex Ferguson meninggalkan kelab itu pada 2013, Rooney berkata kemungkinan untuk terus meraih kegemilangan membuatnya mahu terus beraksi.

“Apabila anda bermain sebagai seorang kanak-kanak, anda tidak pun memikirkan kejayaan, sebaliknya anda hanya mahu bermain.

"Ia hanya apabila anda mula bermain secara profesional, anda mula sedar sasaran dan cita-cita anda – dan ia harus untuk memenangi trofi-trofi," ujarnya.

Tambah Rooney, dia telah melakukannya bersama Manchester United tapi mahu menang lebih daripada itu.

Polis minta saksi kes tembak di Setapak tampil beri maklumat

KUALA LUMPUR: Pihak polis meminta saksi yang melihat kejadian tembakan membabitkan mangsa pemberi pinjaman wang berusia 43 tahun yang maut ditembak di persimpangan lampu isyarat di Setapak Rabu lepas, agar tampil menyalurkan maklumat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata siasatan sedang berjalan dan polis memerlukan lebih banyak maklumat untuk membantu siasatan.

"Kami menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kes ini agar tampil membantu kami," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Dalam kejadian itu, V. Kandasamy, yang memandu kereta Honda Accord, mati di tempat kejadian selepas ditembak bertubi-tubi, dari jarak dekat oleh dua suspek semasa berhenti di lampu isyarat.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata satu pasukan khas ditubuhkan untuk memburu suspek.

6 langkah menggunakan YouTube Broadcast Box

PETALING JAYA: YouTube Malaysia dengan kerjasama Maxis dan Sunway University pada Isnin telah melancarkan YouTube Broadcast Box.

Ia sebuah studio mudah alih yang lengkap dengan kamera, skrin hijau, dan peralatan suntingan video untuk menghasilkan sebuah video YouTube.

Bagi mereka yang mahu menjadi seorang 'YouTuber' dan menggunakan platform pameran bergerak tersebut, berikut ialah cara untuk menggunakannya:

1) Daftar diri di kaunter
Anda akan disapa oleh petugas yang peramah, dan anda perlu mengisi butiran seperti nama dan e-mel. Anda kemudiannya akan diberikan satu kad memori untuk proses penggambaran dan penyuntingan video.

2) Tunggu giliran menggunakan YouTube Broadcast Box
Apabila anda sudah berada di dalam pameran bergerak tersebut, berikan kad memori tadi kepada jurukamera. Anda juga diberi pilihan untuk memilih latar belakang video seperti bandar Kuala Lumpur dan Gunung Kinabalu.

3) Pilih prop untuk video anda
Pelbagai kelengkapan di set penggambaran disediakan. Anda boleh…

Recommendations by outbrain