Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Pelakon antara tiga suspek ditahan reman memiliki benih ganja

KUALA LUMPUR: Polis mendapatkan perintah reman ke atas seorang pelakon dan dua yang lain sehingga 30 September ini kerana memiliki benih ganja dan senjata berbahaya.

Pelakon berusia 29 tahun itu ditahan bersama seorang anak kepada individu bergelar Datuk, dan seorang pekerja pengurusan teknologi maklumat warganegara Fillipina di sebuah banglo di Jalan Ampang kira-kira 12.40 tengah hari Ahad.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, ketika serbuan dibuat, pasukan risikan telah merampas tiga pokok ganja yang ditanam dalam pasu dan ganja yang sudah di proses dalam bekas kaca.

"Pemeriksaan lanjut turut menemui tujuh bilah pedang samurai, 21 pisau, tiga buku lima, empat pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak dan sehelai ves Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Menurut Amar, polis percaya ganja yang ditanam adalah untuk kegunaan sendiri namun tidak menolak kemungkinan suspek menyamar sebagai polis berikutan penemuan ves dan lampu 'beac…

Tragedi go-kart: Polis mohon percepat ujian toksilogi

KUANTAN: Polis Pahang akan memohon kepada Jabatan Kimia mempercepatkan keputusan ujian toksikologi ke atas tiga pemandu kenderaan jenis go-kart yang terlibat dalam kemalangan menyebabkan dua beranak terkorban,
semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata sampel darah dan air kencing pemandu Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini, yang diambil semalam telah dihantar ke Jabatan Kimia hari ini.

"Kebiasaannya tempoh menunggu untuk mendapatkan keputusan analisis dadah dan alkohol mengambil masa selama dua minggu, tetapi kita akan cuba minta ia dicepatkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata ketiga-tiga pemandu itu juga telah dibenarkan pulang petang semalam, selepas keterangan mereka diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini.

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat yang memperuntukan hukuman p…

Orang ramai dinasihat lebih waspada terhadap jangkitan virus Zika di Kelantan

JELI: Jabatan Kesihatan Kelantan menasihati orang ramai di negeri ini agar memberi perhatian terhadap aspek pencegahan penularan jangkitan virus Zika.

Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata ini termasuk mereka yang berkunjung ke negara jiran seperti Thailand yang dilaporkan terdapat kes berkenaan.

"Walaupun masyarakat tahu nyamuk dan gigitan nyamuk terdapat di mana-mana, jika mereka memberi perhatian terhadap aspek perlindungan diri seperti memakai baju lengan panjang, tudung dan perlindungan lain, jangkitan tersebut dapat diatasi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2016 peringkat Kelantan dan Kem 'I Want' peringkat daerah Jeli di Dataran Jeli.

Dr Ahmad Razin berkata setakat ini, pihaknya belum menerima laporan berkaitan kes Zika di negeri ini.

"Kempen dan program membersihkan tempat pembiakan nyamuk Aedes perlu diteruskan dan melibatkan seluruh masyarakat," katanya.

Wanita dilanda krisis rumah tangga cenderung jadi mangsa 'love scam'

KUALA LUMPUR: Golongan wanita yang mempunyai krisis rumah tangga dan ibu tunggal berusia pertengahan dilaporkan cenderung menjadi mangsa sindiket penipuan 'Love Scam' atau cinta dalam talian yang didalangi lelaki warga asing.

Mendedahkan perkara itu, Pegawai Penyiasat Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ASP Mohd Syafiq Jinuin Abdullah berkata wanita berusia antara 31 dan 40 tahun direkodkan antara paling ramai terpedaya dengan sindiket ini.

Katanya, faktor kesunyian dan masalah rumah tangga tidak harmoni yang sering didepani golongan wanita berkenaan mendedahkan diri mereka menjadi mangsa sindiket tersebut.

Selain itu, beliau berkata individu yang tidak mempunyai masa untuk bersosial dan mencari teman hidup juga berpotensi menjadi mangsa sindiket berkenaan.

"Mereka (anggota sindiket) ini mempunyai 'skrip' atau kata-kata manis untuk memikat dan menjalinkan hubungan cinta sebelum memperdayakan mangsa wanita mereka me…

Perhimpunan Bersih 5 pada 19 November - Maria Chin

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Bersih 5 akan diadakan pada 19 November ini, kata Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Beliau berkata Bersih 2.0 akan melancarkan Konvoi Bersih di seluruh negara bermula 1 Oktober dengan kemuncaknya pada perhimpunan Bersih 5 itu nanti.

Maria berkata perhimpunan kali menuntut lima perkara dilaksanakan, antaranya mengadakan pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah, dan memperkasa Sabah dan Sarawak.

"Objektif Konvoi Bersih adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang tuntutan Bersih mengenai reformasi institusi dan keparahan krisis 1MDB.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu keluar dan memulakan perbualan nasional tentang isu-isu ini kerana masa depan bersama kita akan terjejas," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Pelancaran konvoi Bersih akan dilancarkan di seluruh negara dan bakal berlangsung secara serentak di enam kawasan iaitu Kangar, Johor Bahru, Kota Bahru, Lumut, Sandak…

452,721 calon duduki peperiksaan UPSR di seluruh negara

KUALA LUMPUR: Seramai 452,721 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 selama lima hari bermula Khamis lepas (1 Sept) dan berakhir 8 Sept ini di 8,100 pusat peperiksaan seluruh negara.

Daripada jumlah berkenaan, 443,677 adalah calon daripada sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 9,044 calon lagi daripada sekolah swasta.

Calon tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR, sejajar pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Di JOHOR, seramai 54,663 calon UPSR ditempatkan di 945 pusat peperiksaan yang dikendalikan 6,145 petugas.

Pengarah Pendidikan Negeri, Shaharudin Sharif dalam kenyataan berkata daripada jumlah itu, 16,104 calon adalah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC); 2,088 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan 788 calon sekolah swasta.

Tinjauan Bernama di SK Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru mend…

Why we will Fail the Fight Against Zika - Pity our children

Posted on August 31, 2016 by Dato Dr Amar Singh who is the Head of Pediatric Department and Senior Consultant at Ipoh General Hospital.
I hope the title has encouraged you to read this article. It is not meant to be pessimistic but a realistic look at our current situation. The opinions expressed here are personal and do not reflect those of the organisation I work with.
As we stand today as a nation, with our poor health behaviours, the Zika epidemic that is coming (if not already here) will hit us hard. The following realities or facts are the reason for my statement: 1. The Zika virus is spread mainly by infected Aedes mosquitoes and also by sexual transmission. Our nation is rich with Aedes mosquitoes. 2. The virus is new to us, we are not immune to it, there is no definitive drug to treat it and any vaccine will take a few years to be developed and tested. 3. Most importantly we have failed as a nation in our fight against Dengue, and the same mosquito vectors carry Zika.
Dengue may ki…

Peta Rantau Nusantara Sekitar Tahun 1850

A map of southeast Asia made by the Sultanate of Aceh in 1850. It was sent to the Ottoman Sultan Abdülmecid I in Istanbul. Tag your Malaysian and Indonesian friends who might be interested in seeing this amazing piece of history. #Nusantara #Aceh #Indonesia #Malaysia #Ottoman
1850 yılında Aceh Sultanlığı tarafından yapılan güneydoğu Asya'nın haritası. Bu harita o zamanlar İstanbul'da bulunan Osmanlı Sultanı I. Abdülmecid'e gönderildi. Tarihten bu şaşırtıcı parçaya ilgi duyabilecek Malezyalı ve Endonezyalı arkadaşlarınızı etiketleyin.
خريطة لجنوب شرق آسيا التي حققتها سلطنة اتشيه في عام ١٨٥٠. حيث أرسلت السلطان العثماني عبد المجيد الأول في اسطنبول. أذكر إسم صديقك الماليزي والإندونيسي  في التعليق  قد تكون مثيرة للاهتمام  رؤية هذه  قطعة من التاريخ المدهشة.
Peta rantau ini 1850. Yg dpt di baca
1) Bandar Kilantan (KB) 2) Bandar Taranganun (KT) 3) Bandar Nahan? (JB/Kota Tinggi) 4) Bandar Daik (Riau) 5) Bandar Salangur (Kuala Selangor) 6) Bandar Perak (Teluk Intan) 7) Pulau Pinan (P. Pinang) …

Kes Zika di Singapura meningkat ke 151, wanita hamil kedua dijangkiti

SINGAPURA: Pemerintah Singapura pada Khamis telah mengenal pasti 31 lagi kes jangkitan Zika tempatan, termasuk yang melibatkan wanita hamil kedua.

Reuters melaporkan, jumlah terbaharu itu menjadikan angka kes keseluruhannya meningkat ke 151.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan republik itu, daripada 31 kes tersebut, tiga kes tidak mempunyai kaitan dengan kluster penghidap sebelumnya.

Singapura adalah satu-satunya negara Asia yang merekodkan jangkitan aktif daripada virus bawaan nyamuk itu, yang sangat membawa risiko kepada wanita hamil.

Making the most of Your C-Level Cover Letter

It has long been rumored that C-level executives don’t need cover letters; instead, a resume and executive summary should do the trick. While these two components are necessary, the cover letter is still an important piece of the job-seeking puzzle.

As you know, the executive resume and cover letter are like milk and cookies—they’re united as one. So it’s important for you to not only create one, but make it speak volumes as you push to convince a company you’re the right person for one of its top roles.

Create an Introduction That “Pops”

Possibly the most important section of the cover letter is its introduction. This portion of the letter not only introduces readers to who you are but convinces them to continue reading the rest of the document.

A great way to utilize this important portion of the cover letter is to use the first sentence to advertise your skills. For instance, instead of writing as your first sentence, “I am so excited to apply for your CTO position with XYZ Tec…

Google uji aplikasi kongsi kereta, bakal saingi Uber

SEKTOR perkhidmatan kongsi kereta yang diterajui syarikat Uber dan beberapa penyedia aplikasi lain bakal bersaing dengan pendatang baharu berprofil tinggi.

Google dilaporkan mula menguji program perintis di sekitar ibu pejabat mereka di California.

Dengan menggunakan aplikasi Waze, penumpang boleh memeriksa laluan pemandu dan memilih kenderaan yang menggunakan laluan ke destinasi sama.

Menurut Wall Street Journal, ciri ini dipilih oleh Google untuk membezakan aplikasi baharu dengan Uber yang menjadikan pemandu mirip perkhidmatan teksi iaitu membawa penumpang ke destinasi tertentu sebaliknya Google mahu menggalakkan perkongsian laluan.

Google turut dilaporkan mengenakan tambang lebih rendah berbanding Uber dalam program perintis tersebut dan setakat ini belum memungut sebarang bayaran daripada pemandu.

Menurut Google, pendapatan pemandu tidak seharusnya dimiliki oleh syarikat kerana bayaran penumpang dianggap sebagai ‘bayaran minyak kenderaan’ semata-mata.

Kemampuan Google yang dinaun…

Recommendations by outbrain