Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

Tony Fernandes dipilih CEO Terbaik syarikat penerbangan buat kali ketiga berturut-turut

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, Tony Fernandes dipilih sebagai CEO Terbaik Tahunan syarikat penerbangan oleh Centre For Aviation (CAPA), kejayaan kali ketiga berturut-turut.

Mengulas anugerah itu, Fernandes berkata AirAsia sudah melalui perjalanan yang jauh sejak kali pertama beliau memenangi anugerah itu pada 2004, untuk menjadi syarikat penerbangan ASEAN sepenuhnya.

Beliau berkata menerusi operasi di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, India, dan tidak lama lagi di Jepun, syarikat penerbangan itu kini mempunyai lebih 200 pesawat dan 17,000 petugas.

"Kami satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang ke semua 10 negara anggota ASEAN dan menerusi Fly-Thru, kami menghubungkan keseluruhan Asia Pasifik, dari Jepun, Korea dan China ke Australia dan New Zealand ke India dan melepasinya, dengan hanya satu hentian. Kami kini terbang terbang sejauh Mauritius," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Anugerah…

Apple perkenal ciri terbaharu 'Touch Bar' buat penggemar MacBook Pro

SEMPENA ulang tahun ke 25 komputer riba pertama keluaran Apple Inc., syarikat teknologi gergasi itu melancarkan siri terbaharu notebook mereka, MacBook Pro.

Pelancaran berlangsung di ibu pejabat Apple di California, pada Khamis.

Seperti biasa, apa sahaja produk baharu keluaran Apple pastinya mendapat perhatian.

Ini merupakan generasi keempat siri MacBook Pro.

Kali ini, ciri yang mendapat perhatian ramai adalah Touch Bar yang kali pertama diperkenalkan.

Touch Bar itu terletak di bahagian atas papan kekunci, di mana sebelum ini merupakan lokasi papan fungsi (function keys) diletakkan.

Untuk dua saiz yang diperkenalkan, iaitu 13 inci dan 15 inci, Touch Bar akan membolehkan pengguna mengawal aplikasi Mac hanya dengan menggunakan hujung jari.

I never make final calls till I've tested and reviewed stuff. But Apple's new MacBook Pro Touch Bar was really impressive in my brief use. — Walt Mossberg (@waltmossberg) October 27, 2016

I’m sold on the Touch Bar https://t.co/B35G3hjEGL — Diete…

Mayat lelaki terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang ditemui

GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan mati lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, berhampiran Batu Maung pada pagi Selasa berjaya ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat pagi ini.

Menurut laporan, mayat mangsa yang dikenali sebagai Sukri Saad, 38, ditemui sekitar jam 9.02 pagi, kira-kira satu batu nautika dari kawasan mangsa dikatakan terjun.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Selasa lalu, pihak bomba menerima panggilan pada jam 8.40 pagi, mengenai seorang lelaki yang dipercayai terjun di 11.3km jambatan berkenaan arah Batu Maung.

Kehilangan mangsa disedari oleh seorang anggota peronda yang menemui sebuah motosikal ditinggalkan di lokasi terbabit.

Susulan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat melancarkan usaha menyelamat dan mencari.

21 gerabak tren kargo tergelincir di Batu Gajah

IPOH: Perkhidmatan tren di laluan utara dan selatan mengalami gangguan ekoran insiden kegelinciran tren kargo di KM200.332 antara Kota Bharu-Lahat di Stesen Batu Gajah dekat sini, awal hari ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini berkata kejadian pukul 3.15 pagi itu berlaku ketika tren kargo itu dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek di sini untuk mengambil muatan simen.

"Dua lokomotif dan 25 gerabak kosong telah tergelincir dan menghalang kedua-dua landasan.

"Ini menyebabkan semua tren yang melalui laluan ini telah terhalang dan penumpang yang menggunakan beberapa perkhidmatan tren dari Kampar-Ipoh-Kampar akan dipindahkan menggunakan bas," menurut kenyataan itu.


Maklumat mengenai insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan KTM Berhad memohon maaf di atas segala kesulitan.

Sementara itu, Ketua Zon Satu Balai Bomba dan Penyelamat Perak Mohd Khairul Jamil berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Dua orang pemandu tre…

Hoki Piala Juara-Juara: Razie selamatkan maruah negara

KUANTAN: Malaysia mengikat Korea Selatan 1-1 dalam perlawanan kelima Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan malam tadi, dengan Muhammad Razie Abdul Rahim muncul wira menyelamatkan maruah negara apabila menjaringkan gol penyamaan.

Sehingga suku kedua, perlawanan berlangsung seimbang selepas kedua-dua pasukan berbalas serangan untuk mencari jaringan pembukaan.

Korea Selatan memecah kebuntuan menerusi Jeong Jun Woo yang bijak memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan negara pada minit ke-37 menerusi jaringan padang.

Malaysia berusaha keras untuk mencari jaringan penyamaan dalam suku terakhir tetapi benteng pertahanan Korea Selatan begitu ampuh menyekat percubaan demi percubaan yang dilakukan skuad negara.

Malaysia, bagaimanapun, dihadiahkan pukulan sudut penalti dalam perlawanan berbaki lima minit. Pakar pukulan sudut penalti negara, Razie, menyumbat masuk gol untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Razie memiliki peluang untuk meletakkan skuad negara di hadapan a…

Pelajar dirantai: Kursus keibubapaan mungkin diwajibkan

KUALA LUMPUR: Kursus bimbingan keibubapaan mungkin akan diwajibkan bagi meningkatkan kemahiran dalam menunaikan tanggungjawab dalam keluarga berikutan semakin banyak kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kursus kelolaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara itu tidak diwajibkan ketika ini, namun kementerian akan mempertimbangkan untuk mewajibkan kursus itu terutama kepada ibu bapa yang terlibat dengan kes penganiayaan terhadap anak-anak mereka.

"Kursus keibubapaan tidak diwajibkan pada masa ini kerana ia memberi gambaran seolah-olah ibu bapa tidak pandai menjalankan tanggungjawab. Namun kita mungkin perlu mewajibkannya tidak lama lagi kerana banyak berlaku kes sedemikian (dera)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau mengulas gambar viral di media sosial mengenai seorang murid perempuan berpakaian seragam sekolah yang kakinya dirantai di tiang di …

Ceritalah ASEAN - Bagi novelis Eka Kurniawan, "Cinta itu Luka"

EKA Kurniawan, penulis novel Indonesia yang telah memenangi pelbagai anugerah, bukanlah untuk sesiapa yang senang berasa mual. Hasil karyanya yang terunggul, “Beauty is a Wound” (bertajuk asal “Cinta itu Luka”), dipenuhi dengan pelbagai gambaran yang kurang menyenangkan – bayangkan darah haid, air mani najis dan air kencing – sekali gus membuatkannya jauh berbeza dengan novel kisah cinta remaja ataupun kisah hubungan luar nikah dalam golongan borjuis di Hampstead ataupun sebuah novel genre jenayah.

Sebaliknya, Kurniawan menarik pembacanya masuk ke dalam dunia kepulauan Jawa yang tersendiri, justeru mengingatkan kita bahawa pulau yang mempunyai populasi terpadat di dunia (seratus lima puluh juta orang dalam kawasan sebesar England, dan masih bertambah..) jauh lebih hingar berbanding dengan kehidupan pasif golongan elitnya yang terkenal dengan tarian istananya yang serba pelahan dan lenggok bahasanya yang halus dan berlapik.

Teknik penceritaan novel tersebut adalah seperti satu khayala…

Celcom tingkat peruntukan internet pelan pelanggan Celcom FIRST

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd meningkatkan peruntukan Internet bagi pelan pascabayar Celcom FIRST, yang tersedia di seluruh negara mulai esok.

Ketua Pegawai Pemasarannya Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata Celcom FIRST Gold dan FIRST Platinum kini sudah dinaik taraf masing-masing kepada 20GB pada RM80 dan 60GB pada RM15, tanpa kos tambahan.

Beliau juga berkata ciri baharu Celcom FIRST, AnydayGB, membolehkan pelanggan menggabungkan peruntukan Internet hari biasa dan hujung minggu pada hanya RM10 sebulan.

"Sebelum ini, pelan Celcom FIRST menyediakan peruntukan Internet yang mencukupi. Namun susulan permintaan untuk ruang Internet yang lebih besar, pelan baharu Celcom FlRST ditambah dan menjadi lebih baik.

"Selain itu, pelanggan yang menggunakan pelan pascabayar semasa dengan Internet mudah alih, akan memperoleh peningkatan data yang ketara bagi pengalaman Internet mudah alih terbaik 4G," katanya pada taklimat media mengenai penambahbaikan produk itu di sini hari ini.

P…

ICU HSA terbakar: Warga emas koma, anak rayu bantu cari lokasi lain

OHOR BAHRU: Seorang warga emas, Fatimah Laksa, 70, yang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, koma susulan kejadian insiden kebakaran pada Selasa.

Susulan itu, anaknya, Rafizah Mohd Samusi, 49, mengharapkan pihak hospital dapat membantu pihak keluarga mencari Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital lain yang boleh menempatkan ibunya dengan kadar segera.

Ketika ditemui, Rafizah berkata ibunya yang menghidap penyakit kencing manis itu, sepatutnya menjalani pembedahan untuk memotong kakinya namun terpaksa ditangguhkan.

“Kita tengah tunggu sama ada Hospital Ismail ada kekosongan. Kalau tidak ada, kemungkinan pihak di sini akan menghubungi hospital di Kluang, Batu Pahat atau Segamat.

“Kita mengharapkan sangat kekosongan ini untuk selamatkan emak kita, sebab emak sudah koma,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini.

Rafizah yang memahami kekangan dan keadaan semasa hospital, bagaimanapun redha dengan kejadian tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi Selasa, enam pe…

Gangguan bekalan air di Negeri Sembilan pada 1-2 Nov

SEREMBAN: Pengguna di beberapa kawasan di Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 1 dan 2 Nov ini berikutan kerja-kerja pemasangan tee, pencucian kolam dan penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dan LRA Jelai.

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) dalam kenyataan, memaklumkan gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban dan Rembau adalah selama 24 jam mulai 8 pagi (1 Nov), manakala di Kuala Pilah dan Jempol juga selama 24 jam mulai 9 pagi (1 Nov).

"Kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan," menurut kenyataan itu hari ini.

Di Port Dickson antara kawasan terlibat ialah dari Escort Estet, Kampung (Kg) Sawah Sunggala, Bandar Sunggala, kawasan Taman (Tmn) Sirusa Jaya Batu (Bt) 6, Jalan (Jln) Pantai, seluruh kawasan Bt 5 Jln Pantai, kem-kem tentera Bt 5 Jln Pantai, kem-kem ten…

Bot tunda dan baj dirompak di perairan Bintulu, kru selamat

KUCHING: Sebuah bot tunda dan baj yang membawa hampir 2,499 tan muatan minyak sawit dilaporkan dirompak ketika dalam perjalanan dari Tawau, Sabah ke Pelabuhan Klang malam Selasa.

Insiden berlaku sekitar 62 batu nautika dari Pelabuhan Bintulu.

Pengarah Maritim Daerah 12 Bintulu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kapten Maritim Aminuddin Abdul Rashid memaklumkan bot Ever Ocean Silk dan baj Ever Giant itu bagaimanapun ditemukan kapal pasukannya KM Jepak dalam keadaan selamat sekitar 3.24 petang Rabu, kira-kira 30 batu nautika dari Pelabuhan Bintulu.

"Semua 10 kru dalam keadaan selamat dan tidak dicederakan, namun masih trauma," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan APMM pada Khamis.


Menurut Aminuddin perompak bersenjatakan parang mengambil beberapa peralatan komunikasi, barangan peribadi berharga dan memindahkan sejumlah minyak ke bot perompak.

"Kumpulan perompak itu menaiki dua bot, satu daripadanya jenis kayu. Jumlah perompak tidak dapat dipast…

Asia Tenggara berpotensi menjadi 'lubuk' inovasi digital - Google

SINGAPURA: Negara Asia Tenggara dilihat sebagai satu hab inovasi digital yang berkembang pesat, terutama dalam melahirkan pembangun aplikasi kata Pengarah Global Pembangunan Perniagaan Aplikasi dan Permainan Google Play, Purnima Kochikar.

Menurut Kochikar, ramai pembangun aplikasi permainan termuka lahir daripada Asia Tenggara dan mereka bukan sahaja memberi impak kepada ekonomi tempatan, namun memberi kesan kepada pasaran serantau serta global.

"Pasaran Asia Tenggara menunjukkan peningkatan pertumbuhan sebanyak dua kali ganda berbanding tahun 2014. Ia berikutan pengguna telefon pintar kini meluangkan lebih banyak masa menggunakan aplikasi.

"Keadaan ini jelas menunjukkan peluang yang cerah bagi pengguna di rantau ini," tambah beliau ketika memberi ucaptama Persidangan Google Play Time di Saffron Ballroom, Sofitel Sentosa Resort & Spa, di sini pada Isnin.

Persidangan ini mengumpulkan 200 pembangun daripada Asia Tenggara, sebagai platform untuk berkongsi dan mempelaja…

'Jangan hampiri kawasan air pasang besar' - Ketua Kampung Batu 4

KAPAR: Penduduk yang dipindahkan akibat ban yang pecah di Kampung Batu 5, Jalan Kapar diminta bersabar dan sentiasa mengelakkan diri dari risiko air pasang besar.

Ketua Kampung Batu 4, Mohd Samsidi Sudri berkata, penduduk harus mengikut semua arahan anggota keselamatan sepanjang bencana melanda kampung mereka.

"Kejadian ini yang Allah beri kepada kita, kena reda, kena terima sambil kita berusaha elakkan mana-mana yang bawa kepada keburukan.

"Jangan ke lokasi air pasang besar semasa ia di saat maksimum nanti, jauhkan diri. Pada masa itu mungkin bomba atau orang lain terlepas pandang dan kita mungkin terkena akibat yang tidak baik," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan banjir di Dewan Datuk Ahmad Razali di sini hari ini.

Mohd Samsidi mengulas kejadian ban yang pecah di Kampung Batu 5, Jalan Kapar akibat fenomena air pasang besar pada Isnin.

Kira-kira 60 keluarga dengan 160 orang berada di pusat pemindahan banjir di Dewan Datuk Ahmad Razali.

Menurut jurucakap Bilik …

Samsung henti keluaran telefon pintar Galaxy Note 7

Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) hari ini mengumumkan penggantungan pengeluaran model Galaxy Note 7 di seluruh dunia susulan beberapa insiden melibatkan kebakaran bateri telefon pintar itu.

Keputusan ini dibuat sehari selepas syarikat itu mengumumkan penggantungan sementara pengeluaran model tersebut.

"Keselamatan para pelanggan adalah keutamaan kami, jadi, kami telah memutuskan untuk menghentikan jualan dan pengeluaran Galaxy Note 7," kata syarikat itu seperti dipetik dari portal The Wall Street Journal.

Langkah ini diambil selepas saham Samsung jatuh lapan peratus, penurunan sehari terbesar dalam lapan tahun, selain kes kebakaran Galaxy Note 7 terbaharu di Amerika Syarikat.

Pada 2 September lalu, Samsung mengumumkan pemanggilan secara global 2.5 juta telefon bimbit Galaxy Note 7 berikutan kegagalan bateri yang menyebabkan insiden kebakaran.

Saingan Grab, Uber tidak harus jadi alasan pulangkan teksi

KUALA LUMPUR: Kewujudan perkhidmatan seperti Uber dan Grab tidak harus dijadikan alasan bagi pemandu teksi di bawah syarikat lain untuk memulangkan teksi dan berhenti kerja.

Penasihat Big Blue Capital (M) Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail berkata pemandu teksi sebaliknya harus mempunyai semangat keusahawanan yang kental dalam menjana pendapatan.

"Pemandu teksi yang berdisiplin dan melakukan kerja secara beretika akan terus survive. Jangan jadikan Uber dan GrabCar ini sebagai alasan," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Shamsubahrin menegaskan kalangan pemandu teksi perlu sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan dalam menghadapi persaingan memandangkan ia merupakan antara faktor utama menyebabkan pengguna beralih pilihan.

Sebuah akhbar semalam melaporkan kira-kira 10,000 pemandu teksi biasa di Lembah Klang mungkin telah menyerahkan semula teksi kepada syarikat masing-masing akibat persaingan daripada entiti seperti Uber dan Grab.

Presiden Persatuan Pengusaha Teksi da…

Celcom mula jual iPhone 7 dan iPhone 7 Plus 14 Oktober

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd akan menawarkan model iPhone paling canggih dan terbaik, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus, di Malaysia bermula 14 Okt, 2016.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata model-model tersebut menampilkan sistem kamera canggih baharu dan hayat bateri yang mampu bertahan lama selain kalis air dan tahan debu.

Pelanggan boleh menempah iPhone 7 dan iPhone 7 Plus bermula 7 Ogos, 2016 menerusi https://www.bluecube.com.my. - Sumber: BERNAMA

Proton terima tempahan memberangsangkan bagi Saga, Persona, Perdana

CYBERJAYA: Syarikat pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd, menerima jumlah tempahan memberangsangkan bagi model Saga, Persona dan Perdana baharu, kesemua yang dilancarkan pada separuh kedua 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Rohime Shafie berkata sejak dilancarkan pada 15 Jun, Proton Saga SV menerima 4,000 tempahan, menunjukkan kedudukan kukuh model itu sebagai pilihan utama pengguna bagi kenderaan sedan pembelian pertama.

"Setakat ini, kami telah menyerahkan 500 unit Proton Saga SV," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Pengukuhan Keusahawanan Pengedar dan Kecemerlangan Pembekal Automotif Institut Automotif Malaysia (MAI)-Proton di sini, pada Isnin.

Beliau berkata 720 unit model Perdana segmen D, daripada lebih 1,100 tempahan diterima, telah diserahkan kepada pelanggan sejak dilancarkan 14 Jun.

"Bagi generasi kedua Persona, kami menerima lebih 14,000 tempahan sejak dilancarkan 23 Ogos, dan kami telah menyerahkan 4,000 unit setakat…

127 geran tanah dirampas dianggar bernilai RM30 juta - SPRM

KUALA LUMPUR: Nilai 127 geran tanah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah yang ditahan pada 4 Okt lalu dianggarkan RM30 juta.

Sumber yang rapat dengan pasukan siasatan SPRM berkata antara geran tanah yang dirampas daripada timbalan pengarah berkenaan termasuk yang berstatus tanah perumahan, pertanian dan juga komersial di beberapa lokasi di Sabah.

"SPRM juga telah menerima maklumat berhubung beberapa akaun bank milik kedua-dua suspek (pengarah dan timbalan pengarah jabatan kerajaan itu) di tiga buah negara yang mana siasatan mendapati lebih RM30 juta telah dipindahkan ke akaun-akaun mereka.

"Maklumat awal mendapati, pengarah tersebut telah memindahkan wang lebih kurang RM1 juta ke akaunnya di luar negara manakala bakinya ialah milik timbalan pengarah tersebut," menurut sumber berkenaan, di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut sumber berkenaan, setakat hari ini, SPRM telah merakam percak…

Masalah kewangan pelajar di luar negara perlu penyelesaian komprehensif

KUALA LUMPUR: Satu pelan penyelesaian komprehensif perlu dirangka kerajaan bagi mengelakkan berulangnya, kes pelajar negara ini menghadapi masalah kewangan dalam pengajian mereka di luar negara.

Pengerusi Biro Pendidikan Persatuan Pribumi Perkasa Datuk Sirajuddin Salleh berkata, ia termasuk menyediakan peruntukan khas pendidikan pelajar luar negara serta menamatkan pembekuan biasiswa Majlis Amanah Rakyat dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau berkata langkah itu perlu dilaksanakan segera bagi memastikan isu seperti melibatkan 150 pelajar Malaysia di Mesir yang menanggung hutang yuran tidak berlaku lagi.

"Perkara ini melibatkan masa hadapan generasi pewaris negara dan seharusnya diselesaikan secara menyeluruh bagi memastikan konsentrasi pelajar kita tidak terganggu.

"Masalah kewangan pelajar kita di luar negara terutama Mesir agak membimbangkan kerana difahamkan mereka tidak menerima sebarang bantuan pinjaman atau biasiswa pendidikan," katanya dalam sidang media di sini p…

Amir bergelar Juara Akademi Fantasia 2016

SHAH ALAM: Pelajar dari Selangor, Amir Syazwan Masdi, 20 tahun muncul sebagai juara Akademi Fantasia 2016 di Konsert Akhir yang berlangsung di Auditorium Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

Amir membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan biasiswa pengajian di Universiti Utara Malaysia.

Pemenang naib juara diraih oleh peserta dari Kuala Lumpur, Muhammad Ammal Shafiq Osman dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh pelajar dari Selangor, Kureshma Martin John Patrick (Reshma) yang membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.

Sementara itu, pelajar dari Negeri Sembilan, Ara memenangi tempat keempat dan Afi pelajar dari Sabah memenangi tempat kelima.

Konsert Akhir Akademi Fantasia 2016 disiarkan di saluran Astro RIA.

Kapal Zaytouna-Oliva pembawa harapan ke Gaza ditawan Israel

KUALA LUMPUR: Kapal layar Zaytouna-Olivia berserta tiga krew dan 10 orang anak kapal telah ditawan oleh tentera Israel kira-kira 8.58 malam pada Rabu.

Turut berada di dalam kapal berkenaan ialah wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan.

Kapal Zaytouna yang dalam misi 'Women's Boat To Gaza' (WBG) itu dijangka akan ditunda oleh tentera Israel menuju ke pelabuhan Ashdod.

Perkembangan terbaru itu dimuat naik di Facebook Rose2Rose.

Ketika kejadian, kapal Zaytouna sudah melepasi garisan 100 batu nautika ke arah pantai Gaza, dan pada kedudukan itu, kapal berkenaan telah memasuki garisan perairan yang dikawal oleh tentera Israel.

Selain Dr Fauziah, delegasi wanita dari negara lain adalah dari Tunisia, Israel, Algeria, Kanada, Turki, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand dan Australia.

Pelayaran mereka bermula pada 8 malam (waktu tempatan Barcelona) 14 September dari pelabuhan Vell dan membuat persinggahan di Ajaccio, Perancis pada 19 September sebelum meneruskan perj…

Hina Jalur Gemilang umpama hina seluruh rakyat Malaysia - Zaman Khan

KUALA LUMPUR: Tindakan sekumpulan warga Australia yang memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang semasa menyaksikan Perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang Ahad lalu merupakan satu penghinaan kepada rakyat Malaysia.

Pengerusi Biro Integriti Majlis Perundingan Melayu Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan berkata tindakan sedemikian tidak bermoral kerana menjatuhkan maruah sesebuah negara.

"Walaupun seluar dalam itu dikatakan dibeli di Australia, ia tetap dianggap seperti menghina orang kita...hina darah orang kita.

"Perbuatan mereka itu kita tidak tahu tujuannya. Tetapi kalau untuk meraikan kemenangan pelumba yang mereka suka, tindakan sedemikian sangat tidak bermoral," katanya kepada Bernama di sini, pada Selasa.

Media tempatan semalam melaporkan pihak polis telah berjaya menahan sembilan lelaki warga Australia yang disyaki terlibat dengan insiden itu.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali dipetik berkata kesemua lelaki yang berumur 25 hingga 2…

Recommendations by outbrain