Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Lebih ramai pendakwah akan dilatih bahasa isyarat

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia melatih lebih ramai pendakwah mendalami bahasa isyarat dalam memberi kelas agama kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) pekak.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Paimuzi Yahya ia juga adalah sebagai kesinambungan pendidikan agama, selepas mereka meninggalkan bangku sekolah.

Beliau berkata setakat ini, seramai 45,000 golongan pekak di Malaysia, dan majoritinya adalah beragama Islam.

Antara masalah yang dihadapi mereka adalah, tidak banyak kelas agama yang dapat dihadiri golongan tersebut kerana kurangnya guru yang boleh berbahasa isyarat.

"Kita ada pusat latihan dan kemudahan kerana masalah utama mereka ini adalah mereka tiada guru yang boleh menterjemah bahasa isyarat.

"Jadi kita boleh melatih para pendakwah kita, guru-guru agama kita, agar mereka dapat mendalami bahasa ilmu bahasa isyarat ini agarmereka dapat mengajar masyarakat pekak muslim ini," katanya.

Beliau berkata demikia…

JPJ nafi kenaikan kadar bayaran lesen kenderaan motor

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan bahawa terdapat pengumuman mengenai kenaikan kadar bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebanyak 25 peratus bermula Januari tahun depan.

JPJ, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan bahawa maklumat bahawa kononnya kadar bayaran LKM bagi semua jenis kenderaan bermula daripada 880cc dan ke atas adalah palsu, seperti mana tersebar meluas melalui media sosial termasuk aplikasi WhatApp baru-baru ini.

"Jabatan ini memandang serius isu kenaikan kadar bayaran LKM kerana boleh menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat awam. JPJ ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai sebarang mesej melalui media sosial dan aplikasi WhatApp yang tidak mempunyai sumber sah," menurut kenyataan itu.

JPJ juga menasihati orang ramai agar merujuk terus kepada JPJ sekiranya timbul sebarang kemusykilan serta tidak turut serta menyebarkan maklumat palsu tersebut.

LRT laluan Ampang akan kembali dilanjut hingga Sentul Timur bermula Disember

AMPANG: Bermula Disember ini, pengguna perkhidmatan Rapid KL LRT laluan Ampang tidak lagi perlu menukar tren di stesen Chan Sow Lin untuk ke arah ibu kota.

Ini kerana menurut Ketua Pegawai Operasi Rapid KL LRT Laluan Ampang, Abdul Hadi Amran, laluan tersebut akan kembali dilanjutkan hingga stesen Sentul Timur.

Katanya, ia hasil maklum balas orang ramai khususnya pengguna tegar laluan Ampang yang majoritinya tidak berpuas hati dengan sistem yang mula dilaksana pada Julai itu.

"Pada asalnya kami laksanakannya (keperluan tukar tren di stesen Chan Sow Lin) kerana mahu jadikan laluan Putra Heights sebagai laluan utama.

"Tetapi apabila menyedari hakikat bahawa ia telah menimbulkan rungutan pengguna laluan Ampang yang ramai sebenarnya, maka kami kembali lanjutkan laluan tersebut seperti dahulu," katanya.

Pada masa sama, sistem semboyan atau signalling system CBTC (Communication-Based Train Control) akan dilaksanakan menggantikan sistem fixed block yang diguna laluan Ampang.

I…

Derita etnik Rohingya dipaksa tukar agama jika mahu selamat

ALOR SETAR: Selain dianiaya dan dizalimi, etnik Rohingya memaklumkan nasib mereka lebih malang apabila ada diantara mereka pernah dipaksa menukar agama atau keluar daripada Islam.

Sebagai balasannya, mereka terkecuali daripada tindakan kejam tentera Myanmar.

Itu antara kisah derita Rohingya yang tidak berkesudahan seumpama tiada siapa peduli.

Sirazulislam Hamed Hussain, 30, antara yang masih trauma mengingati kekejaman tentera Myanmar.

Ceritanya, dia pernah diacu senjata oleh sepasukan tentera Myanmar.

Ketika itu juga, seluruh keluarganya dipaksa pasukan tentera menukar agama jika mahu kehidupan yang lebih selamat.

Konflik sedemikian menyebabkannya nekad melarikan diri ke Malaysia.

“Kena tukar agama. Kami tidak tukar meskipun mereka berlaku kejam kepada kami, dirogol, dibakar, Al-Quran pun ada yang dibakar dan masjid juga dibakar.

“Masalah timbul kerana mereka tidak mahu tengok kami, mahu kami tukar agama. Islam tidak disuka, kami yang Islam. Dalam Islam mana ada tukar (agama), kami…

F1: Rosberg gondol kejuaraan sulung

ABU DHABI: Nico Rosberg buat pertama kalinya berjaya menjulang juara dunia, meskipun berkedudukan kedua di belakang rakan sepasukan dari pasukan Mercedes, Lewis Hamilton pada perlumbaan Grand Prix Abu Dhabi pada Ahad.

Rosberg yang memulakan perlumbaan dengan 12 mata di hadapan Hamilton, tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan pendahuluan mata meskipun Hamilton memberikan tentangan sengit dan memenangi perlumbaan.

Berkedudukan kedua, Rosberg berkelebihan lima untuk meraih kejuaraan dunia sulung, sekaligus menyamai pencapaian ayahnya Keke pada 1982.

Dengan 10 gelaran dalam genggaman musim ini, Hamilton mengenepikan arahan pasukan untuk memecut dan ada ketikanya memperlahankan pecutan bagi membolehkan pemandu Sebastian Vettel dan Max Verstappen memintas Rosberg.

Namun kejuaraan akhirnya tetap milik Rosberg.

Polis diminta segera siasat laporan pemerdagangan bayi

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rohani Abdul Karim meminta pihak polis segera menyiasat laporan mengenai pemerdagangan bayi di negara ini.

Rohani merujuk kepada laporan bertajuk "Malaysia: Babies For Sale-101 East" yang disiarkan oleh Al-Jazeera yang kononnya Malaysia adalah negara terbesar yang mencatatkan aktiviti penjualan bayi di dunia.

"Oleh itu, Kementerian menyeru polis mengambil tindakan segera untuk menangkap mereka yang terlibat dalam urus niaga yang tidak bermoral ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Transformasi Ketua-Ketua Masyarakat Parlimen Batang Lupar di pusat peranginan Damai, kira-kira 35 kilometer dari sini, pada Ahad.

Rohani yang juga anggota Parlimen Batang Lupar berkata, kementeriannya mengecam sekeras-kerasnya sebarang aktiviti penjualan kanak-kanak yang dilakukan di Malaysia.

Beliau berkata pihaknya tidak tahu sama ada ia membabitkan penjualan bayi-bayi berkenaa…

Apa yang berbeza tentang ciri penstriman langsung Instagram?

Tidak mahu ketinggalan dengan platform media sosial yang lain, Instagram telah melancarkan ciri penstriman langsung.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman blog mereka, ciri ini berbeza dengan penstriman langsung seperti Facebook LIVE dan Periscope.

“Setelah anda selesai dengan pentriman langsung anda, ia akan hilang dari aplikasi agar anda selesa untuk berkongsi apa sahaja dan di mana sahaja,” kata Instagram dalam kenyataan itu.

Ini bermakna, video ini boleh ditonton ketika penstriman langsung sahaja, dan tiada ciri replay.

Pengguna boleh mula menggunakan ciri ini dalam masa terdekat dan had penstriman langsung adalah satu jam.

Selain itu, ciri baharu Instagram adalah perkongsian Instagram Stories kepada individu tertentu atau secara berkumpulan.

Gambar dan video yang dikongsi akan hilang selepas ia dilihat oleh pihak penerima.

Namun, beberapa netizen berkata mereka lebih suka jika aplikasi Instagram kekal ringkas, tanpa perlu meniru ciri-ciri yang terdapat di platform la…

Bahasa Melayu 'D' boleh terus ke tingkatan satu

SHAH ALAM: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang memperoleh D dalam kedua-dua kertas Bahasa Melayu boleh memasuki tingkatan satu tahun depan tanpa perlu melalui kelas peralihan.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata pembaharuan itu dilihat dapat menjimatkan tempoh persekolahan murid terlibat memandangkan kelas peralihan mengambil masa setahun untuk sesi pembelajaran mengikut silibus ditetapkan dengan menumpukan kepada penguasaan Bahasa Melayu.

Beliau berkata surat pekeliling berhubung langkah berkenaan akan diedarkan ke Jabatan Pendidikan negeri-negeri dalam tempoh terdekat.

"Bagaimanapun, murid yang mendapat keputusan satu D dan satu E bagi mana-mana kertas Bahasa Melayu masih perlu memasuki kelas peralihan, namun boleh membuat rayuan kepada sekolah sekiranya ingin terus ke tingkatan satu.

"Pentadbir sekolah akan menilai setiap rayuan itu berdasarkan kepada kelayakan akademik murid dan ibu bapa yang ingin berbuat demikian boleh menyemak tarikh…

Polis kesan individu tinggalkan bayi di Masjid Taman Melawati

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan individu yang disyaki terlibat dalam kes seorang bayi lelaki ditinggalkan di dalam kotak di hadapan sebuah masjid di Taman Melawati, di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek agar menyalurkannya kepada polis.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak membuang kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua belas tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Hamzah berkata Isnin lepas, polis mendapat maklumat daripada orang awam pada 8.23 malam yang menjumpai bayi berkenaan di hadapan masjid itu.

"Anggota Unit Rondaan Bermotosikal kemudian ke lokasi kejadian dan mendapati seorang bayi lelaki dalam keadaan baik di dalam sebuah kotak," katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan, polis menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan di dalam kotak bersama bayi tersebut.

Kata…

7 Khasiat Air Kelapa Yang Ramai Tidak Tahu

Anda suka tak minum kelapa? Air kelapa ni kalau kat Jepun mahal betul harga dia. Untung kita kat Malaysia, banyak je orang jual air kelapa, siap ada yang fresh lagi. Bukan hanya untuk hilangkan dahaga waktu cuaca panas sahaja, air kelapa ni sebenarnya mempunyai banyak manfaat kepada kita. Antaranya ialah;

1. Turunkan berat badan
Air kelapa mengandungi lemak yang sangat rendah. Malah, air kelapa membantu meningkatkan selera makan dan mengenyangkan kerana kaya dengan khasiat semulajadi.

2. Rawat masalah kulit
Bagi anda yang ada masalah seperti jerawat, parut dan gatal kemerahan, membasuh kulit dengan air kelapa bertindak membantu merawat dan melembapkan kulit.

3. Hilangkan rasa perut kurang selesa
Setiap kali berdepan dengan masalah perut, air kelapa mampu
beri keselesaan pada perut. Air kelapa boleh menggantikan cecair yang hilang dari tubuh akibat kekerapan kencing dan muntah.

4. Atasi pedih hulu hati
Kandungan serat tinggi di dalam air kelapa mampu atasi masalah kurang hadam dan memba…

'Gol ajaib' Faiz Subri tersenarai pendek untuk Anugerah Puskas FIFA

KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak Pulau Pinang Mohd Faiz Subri disenarai pendek untuk Anugerah Puskas FIFA 2016, sekaligus menyertai senarai 10 pemain bola sepak yang tercalon untuk anugerah yang mengiktiraf gol terbaik daripada puluhan ribu jaringan gol sepanjang tahun.

Ketika aksi Liga Super di Stadium Bandaraya pada Februari lepas, gol hasil sepakan percuma yang dilakukan Mohd Faiz dari jarak 35 meter melencong masuk ke gawang gol ketika membantu Pulau Pinang menang 4-1 ke atas Pahang.


Berikut 10 jaringan yang calonkan bagi Anugerah Puskas FIFA 2016:
Mario Gaspar (Sepanyol) - 13.11.2015, Spain V England, persahabatan antarabangsaHlompho Kekana (Afrika Selatan) - 26.03.2016, Cameroon V South Africa, Kelayakan Piala Negara-Negara AfrikaMarlone (Brazil) - 21.04.2016, Corinthians V Cobresal, Copa LibertadoresLionel Messi (Argentina) - 21.06.2016, USA V Argentina, Separuh akhir Copa América CentenarioNeymar (Brazil) - 08.11.2015, Barcelona V Villarreal, La LigaSaúl Ñíguez (Sepanyol) - 27.0…

Cadangan hapus UPSR: KPM muktamadkan tahun depan

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk menghapuskan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau tidak hanya akan dimuktamadkan pada tahun depan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, buat masa kini pihaknya masih lagi membuat analisis berasakan pandangan yang dikemukakan pihak berkepentingan termasuk ahli akademik.

"Kita masih lagi membuat kajian di peringakat Kementerian dan belum dikemukakan kepada Kabinet. Sama ada kita akan hapus atau tidak (UPSR) hanya akan diumumkan pada tahun depan.

"Analisis pandangan ini meliputi pelbagai pihak termasuk para profesor dan ramai lagi. Saya juga pergi ke Perancis untuk melihat sendiri sistem pendidikan di negara itu," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat di sini hari ini.

Cadangan transformasi pendidikan negara itu timbul lantaran Kerajaan melihat sistem pendidikan negara terlalu berpaksikan peperiksaan.

Menurutnya, analisis cadangan tersebut hanya dilaksanakan di peringkat kementerian dan belum dikemukakan ke Kabi…

Kapasiti lapangan terbang Langkawi akan ditambah

LANGKAWI: Kapasiti prasarana di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi akan dipertingkatkan lagi bagi menampung pertambahan jumlah pelancong yang mengunjungi pulau ini, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Johari Abdul Ghani.

Katanya jumlah pelancong ke Langkawi telah mencecah 3.6 juta orang tahun lepas dan angka ini dijangka akan meningkat lagi tahun ini yang memerlukan kemampuan lapangan terbang itu ditambah lagi.

"Sebagai Pengerusi LADA, saya akan memastikan Langkawi akan mendapat peruntukan yang mencukupi untuk menambahkan lagi kapasiti lapangan terbang ini," katanya semasa merasmikan pembukaan Pesta Sukan Kementerian Kewangan (PSKK) ke-42 di sini malam tadi.

Johari yang juga Menteri Kewangan II juga berkata beberapa buah jeti utama yang menjadi pintu keluar masuk pelancong ke pulau ini dan pulau-pulau yang berdekatan juga akan diperbaiki bagi tujuan yang sama.

"Sebanyak 14 tapak tanah juga telah dikenal pasti dan akan dipromosikan khususnya kep…

Perak pertimbang cadangan wujud pakej poligami

IPOH: Kerajaan negeri Perak sedia mempertimbang saranan supaya memperkenalkan pakej poligami secara Jama'ie atau nikah beramai-ramai, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Beliau berkata kerajaan negeri ketika ini hanya mempunyai Program Majlis Nikah Jama'ie Syar'ie untuk pasangan yang baharu hendak berkahwin dan ia dilaksanakan sejak 2013 pada setiap 16 September.

"Kita akan lihat dan pertimbangkan cadangan itu. Kita sedia maklum antara punca poligami termasuk yang bernikah di luar negara adalah kerana wali tidak bersetuju dengan perkahwinan itu.

Di peringkat kerajaan negeri dan Persekutuan kita sentiasa berurusan dengan negara tertentu seperti Thailand khususnya yang melibatkan poligami," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Abu Bakar Hussian (PAS-Titi Serong) yang ingin tahu jika kerajaan negeri sedia memperkenalkan pakej khas poligami secara Jama'ie.

T…

'Ego jantan' kurangkan jangka hayat lelaki

PUTRAJAYA: Budaya menekankan aspek 'kejantanan' dalam kalangan lelaki di Malaysia menjadi antara punca penurunan jangka hayat lelaki di Malaysia.

Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, kesan tingkah laku lelaki dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan mencetuskan jurang kesihatan lelaki yang amat serius.

"Kadang-kadang lelaki ini malu dan tidak mahu bersembang berkaitan hal kesihatan diri.

"Jadi, kebanyakan lelaki lebih selesa untuk berbincang hal kesihatan mereka bersama kawan-kawan tanpa merujuk kepada perkhidmatan kesihatan," katanya dalam sidang media selepas mewakili Menteri Kesihatan merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Lelaki Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia pada Selasa.

Jelasnya, kemudahan perkhidmatan kesihatan di Malaysia amat mesra lelaki, namun sikap tidak ambil peduli atau menafikan masalah kesihatan hanya menjadikan keadaan lebih parah.

Menurut kajian, golongan lelaki di Ma…

Dua terbunuh dalam gempa bumi 7.8 magnitud di New Zealand

WELLINGTON: Satu gempa bumi kuat dan beberapa gempa susulan menggegarkan New Zealand pada awal Isnin, mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang mati dan mencetuskan amaran tsunami yang menyebabkan ribuan orang melarikan diri ke kawasan yang lebih tinggi.

Pasukan tindakan kecemasan telah dihantar dengan helikopter ke kawasan yang terdedah kepada gempa bumi 7.8 magnitud itu, kira-kira 91 km ke utara-timur laut Christchurch di South Island, berikutan kes kecederaan dan bangunan runtuh dilaporkan.

Perdana Menteri John Key memberitahu satu sidang akhbar di Wellington, yang turut merasai getaran kuat, bahawa dua orang telah terbunuh.

Polis berkata, seorang daripada mangsa ditemui di sebuah rumah di bandar pelancongan pesisiran pantai Kaikoura.

"Sepanjang ingatan saya, ia merupakan kejadian gempa yang paling buruk di Wellington," kata Key kepada pemberita, walaupun beliau tidak mengisytiharkan keadaan darurat.

"Ia akan mengakibatkan wujud kos yang agak tinggi melibatkan jalan…

#Rafizi Ramli dihukum penjara 18 bulan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli berdepan kemungkinan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atasnya kerana didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Mohd Rafizi, yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), didapati bersalah kerana memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Mac lalu.

Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan yang dihadapi Mohd Rafizi, dan memerintahkannya menjalani hukuman tersebut secara serentak.

Mohd Rafizi, 39, menghadapi dua pertuduhan iaitu didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)…

Donald Trump tidak ambil gaji $400,000

WASHINGTON: Jutawan Republikan Donald Trump berkata dalam satu wawancara pada Ahad, beliau akan melepaskan gaji $400,000 sebagai Presiden Amerika Syarikat.

"Saya tidak akan mengambil gaji itu. Saya tidak akan mengambilnya," katanya kepada rancangan '60 minutes' CBS, mengesahkan janji yang dibuat beliau dalam satu video kempen September lalu.

"Saya rasa, mengikut undang-undang, saya perlu ambil $1. Jadi, saya akan ambil $1 setahun," katanya kemudiannya.

Menerusi wawancara televisyen pertama beliau sebagai presiden pilihan, Trump dilihat berusaha meyakinkan rakyat Amerika yang bimbang dengan tindakan keras beliau terhadap golongan minoriti.

Dalam masa sama, beliau turut memberi jaminan kepada penyokong tegarnya yang beliau tidak akan mengecewakan mereka berhubung isu penggunaan senjata, pengguguran atau imigresen.

Beliau yang berdepan protes berhari-hari susulan kemenangannya pada 8 November lalu memberitahu penunjuk perasaan, mereka tiada sebab untuk merasa …

Enam Tips Diet Seimbang

Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.


Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kenc…

Selebriti Hollywood luah kekecewaan di media sosial

NAMPAKNYA kemenangan bakal Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke atas calon Demokrat Hillary Clinton tidak disenangi beberapa selebriti Hollywood.

Antaranya penyanyi pop terkenal Lady Gaga yang bukan sahaja meluahkan kekecewaan di Twitter, namun turut membantah kemenangan itu di hadapan Trump Tower yang terletak di New York.

Gambar beliau di hadapan bangunan milik Trump dikongsi di Instagram.

❤️🇺🇸I want to live in a #CountryOfKindness where #LoveTrumpsHatepic.twitter.com/Eni145YgW1— #CountryOfKindness (@ladygaga) November 9, 2016

🙏say a prayer America— #CountryOfKindness (@ladygaga) November 9, 2016

Penyanyi pop Katy Perry turut meluahkan kekecewaan beliau menerusi beberapa tweet.

“Bangkit! Kuasa kepada rakyat! Revolusi akan bermula,” kata Perry di Twitter.

RISE UP— KATY PERRY (@katyperry) November 9, 2016

POWER TO THE PEOPLE— KATY PERRY (@katyperry) November 9, 2016

THE REVOLUTION IS COMING.— KATY PERRY (@katyperry) November 9, 2016

Beberapa selebriti lain turut mempunyai sentimen …

Chong Wei sah tarik diri daripada Terbuka China

Bintang badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, disahkan menarik diri daripada Kejohanan Terbuka China yang akan membuka tirai pada 15 November ini bagi memberi tumpuan kepada proses pemulihan kecederaan.

Walaupun sudah pulih daripada kecederaan hamstring ketika bersaing di Terbuka Perancis, Oktober lalu, Chong Wei enggan mengambil risiko.

Baginya, tiada apa yang mahu dikejarkan lagi pada baki saingan tahun ini kerana matlamat utamanya adalah Kejohanan Dunia di Glasgow tahun hadapan.

Penarikan diri daripada Terbuka China dilihat satu keputusan yang tepat kerana dia tidak mahu terburu-buru sehingga kecederaannya mungkin berulang.

"Saya sudah menarik diri daripada Terbuka China, jadi saya akan melihat sama ada kecederaan saya sempat pulih atau tidak.

"Jika pulih, saya akan beraksi di Terbuka Hong Kong dan jika tidak, mungkin untuk tahun ini saya hanya akan beraksi di Siri Super Dubai bulan depan," jelasnya.

Chong Wei juga ternyata tidak gusar dengan kedudukan ranking kejo…

Gempa bumi sederhana landa barat daya Sumatera

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 5.31 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata pusat gempa itu adalah 319km barat daya Sukabumi, Indonesia dan 1,115km tenggara Johor Bahru, Johor.

Bagaimanapun gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami.

'Tracking Lifebuoy', prototaip pelampung berteknologi ciptaan pelajar sekolah

SERI KEMBANGAN: Pengalaman hampir lemas ketika kecil mendorong Kang Xiao Wei, 18, mencipta sebuah prototaip pelampung penyelamat yang dinamakan 'Tracking Lifebuoy'.

Saat mencemaskan dilalui pelajar Kuan Cheng High School itu menjadi pendorong beliau dan dua rakannya menghasilkan alat yang berjaya memenangi pingat gangsa dalam pertandingan Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2016, di KLCC, Jun lalu.

Beliau berkata bahan asas Tracking Lifebuoy berbentuk oktagon itu ialah gabus yang dipasang alat pengesan gelombang ultrasonik serta pengesan haba di setiap penjuru berperanan mengesan kedudukan mangsa lemas selain dilengkapi motor, bateri dan propeller (kipas) sebagai penggerak.

"Dengan itu, jika berlaku situasi lemas, orang berhampiran mangsa hanya perlu mencampakkan pelampung ini ke dalam air dan ia secara automatik akan bergerak ke arah haba yang dikesan dikeluarkan tubuh manusia (mangsa) selain bantuan gelombang ultrasonik sebagai navigasi.

"…

Lebih sejuta rakyat Malaysia melancong ke Indonesia bagi Januari-September

KALIMANTAN BARAT: Sejumlah 1,006,583 rakyat Malaysia telah melancong ke Indonesia bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Festival Rantau Asia Tenggara, Kementerian Parawisata (Kemenpar) Indonesia, Eddy Susilo berkata destinasi pelancongan paling diminati rakyat Malaysia ialah Jakarta, Bandung, Bali dan Yogyakarta.

"Indonesia menyasarkan dua juta pelancong dari Malaysia tahun ini... masih ada kira-kira sebulan lebih lagi sebelum hujung tahun dan yakin sasaran dua juta pelancong dari Malaysia itu mampu dicapai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program 'Wonderful Indonesia' di Aruk yang terletak berhampiran Biawak, sempadan Malaysia-Indonesia, kira-kira 110 kilometer dari Kuching, Sarawak, hari ini.

Perasmian program itu disempurnakan oleh Bupati Sambas, Atbah Romin Suhaili. Turut hadir Konsul Penerangan, Sosial dan Budaya Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kuching, Marisa Febriana Wardani.

P…

Liverpool jadi pendahulu liga buat kali pertama sejak 2014

JORDAN Henderson enggan membandingkan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool, dengan kelas yang hampir memenangi gelaran itu pada musim 2013-14.

The Reds berada dalam prestasi menakjubkan selepas menewaskan Watford 6-1 di Anfield malam tadi, dengan Sadio Mane menjaringkan dua gol dan Philippe Coutinho, Emre Can, Roberto Firmino dan Georginio Wijnaldum masing-masing menjaringkan satu gol.

Keputusan itu membawa Liverpool ke puncak liga buat kali pertama sejak Mei 2014, apabila mereka kalah tipis kepada Manchester City dalam perebutan mahkota di bawah kendalian Brendan Rodgers.

Bagaimanapun, kapten Henderson masih berminat untuk mengekalkan jangkaan yang tinggi di Anfield walaupun skuad Jurgen Klopp berada dalam prestasi yang hebat.

"Saya tidak suka membandingkan pasukan," katanya. "Masa lalu adalah masa lalu.

"Saya rasa ini adalah satu pasukan yang sangat baik dengan pemain yang baik, tetapi anda tidak mendapat apa-apa berada di tangga teratas pada November.

&qu…

Peperiksaan SPM 2016 bermula

KUALA LUMPUR: Pelajar tingkatan lima sekolah menengah di seluruh negara mula menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 hari ini.

Bahasa Melayu Kertas 1 membuka tirai peperiksaan penting itu yang berlangsung sehingga 6 Dis melibatkan 434,535 calon berdaftar itu.

Kementerian Pendidikan berkata 3,732 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara dan 32,220 petugas peperiksaan dilantik untuk mengendalikannya.

Ibu bapa dan guru serta wakil Jabatan Pendidikan negeri dilihat memberi kata-kata semangat kepada calon SPM sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan dengan diiringi bacaan doa.

Sebanyak 377,194 calon SPM 2016 atau 86.8 peratus merupakan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, menurut kenyataan kementerian sebelum ini.

Calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan seperti Maktab Rendah Sains MARA adalah sebanyak 9,094 orang atau 2.1 peratus.

Sebanyak 7,931 calon (1.8 peratus) adalah calon sekolah menengah agama …

Kes rasuah meningkat, SPRM Sarawak lakukan 73 tangkapan tahun ini

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak melakukan 73 tangkapan sejak awal tahun sehingga kini selain mengemukakan 42 pertuduhan di mahkamah selepas membuka 79 kertas siasatan berkaitan rasuah.

Pengarahnya Datuk Badrul Shah Norman berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 59 tangkapan pada 2014 dan 67 tangkapan pada tahun lepas.

Beliau berkata 23 daripada mereka yang ditangkap tahun ini adalah kalangan penjawat awam yang terdiri daripada empat individu kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 19 orang daripada kumpulan sokongan.

Berucap pada Program Integriti bersama Ketua-ketua Jabatan dan Media di Dewan Sri Bunga Rampai di sini, malam Ahad, beliau berkata selebihnya terdiri daripada kakitangan bahagian penguatkuasaan, pegawai syarikat swasta dan orang awam.

Daripada 300 aduan yang diterima dari awal tahun hingga semalam, SPRM Sarawak membuka 79 kertas siasatan, dan sebanyak 73 kertas siasatan dibuka daripada 234 aduan yang diterima dan 72 pertuduhan…

Australia tepati ramalan sebagai juara SOJC 2016

JOHOR BAHRU: Australia menepati ramalan sebagai pasukan pilihan apabila dinobatkan sebagai juara Kejuaraan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2016 selepas mengalahkan Pakistan 3-1 pada aksi final di Stadium Hoki Taman Daya, di sini, malam Ahad.

Ini merupakan kali pertama Australia merangkul kejuaraan tersebut selepas muncul naib juara pada edisi sulung pada 2011 dan tempat ketiga pada tahun berikutnya.

Melakukan persiapan menghadapi Piala Dunia Remaja di India, bulan depan, Australia terlebih dahulu dikejutkan oleh jaringan awal pemain Pakistan, Hassan Anwar pada minit ketujuh menerusi pukulan sudut penalti.

Tertekan dengan keadaan, Australia bangkit menyamakan kedudukan menerusi hasil pukulan sudut penalti yang dihasilkan oleh Frazer Gerrard pada minit ke-13 untuk kedudukan 1-1 pada separuh masa.

Bersambung pada babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan sering melancarkan serangan bertali arus untuk mencari gol namun kesilapan pemain Pakistan membuka peluang kepada Australia menambah gol…

DIGI bakal sedia hubungan M2M bagi kereta Tesla di Malaysia

SUBANG JAYA: Digi.Com Bhd bakal menyediakan hubungan mesin-ke-mesin (M2M) bagi kereta Tesla susulan kerjasamanya dengan Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (Greentech) yang bertanggungjawab untuk membawa masuk kenderaan itu ke Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Albern Murthy berkata syarikat telekomunikasi itu bekerjasama dengan Tesla untuk menguji rangkaian hubungan tersebut menggunakan pelan Digi dan penyelesaian telematik Tesla ke atas kereta tersebut.

"Mereka bekerjasama dengan pasukan kami tentang bagaimana kereta itu dapat dikesan oleh pengguna daripada telefon bimbit dan lainnya.

"Terlalu awal untuk menyatakan bila Tesla akan menggunakan rangkaian hubungan kami, tetapi kami berada di barisan hadapan dan melakukan ujian bersama dengan mereka," katanya kepada pemberita pada Digi Digital Day di sini hari ini.

Kumpulan pertama 10 kereta Tesla Model S telah dibawa masuk ke Malaysia oleh Greentech, baru-baru ini.

Pada Februari 2016, kerajaan membenarkan pengimportan 10…

Hanya seri, Zidane kecewa dengan kesungguhan pemain Real Madrid

WARSAW: Zinedine Zidane menyelar pasukan kendaliannya, Real Madrid, yang dilabelnya sebagai kurang kesungguhan selepas membiarkan Legia Warsaw bangkit mengikat kedudukan 3-3, biarpun pada satu ketika penyandang juara Liga Juara-Juara itu selesa mendahului dengan 2-0.

Gareth Bale hanya memerlukan 57 saat untuk membuka tirai gol menerusi usaha dari jarak jauh untuk muncul sebagai pemain Real Madrid yang menjaringkan gol terpantas dalam kempen itu, dan kemudiannya menjadi arkitek bagi gol kedua Real Madrid yang disudahkan Karim Benzema.

Tuan rumah bagaimanapun bangkit pada penghujung babak kedua sebelum menjaringkan dua gol lagi pada babak seterusnya menerusi Miroslav Radovic dan Thibault Moulin.

Mujur, Mateo Kovacic sempat menyelamatkan maruah Real Madrid ketika perlawanan berbaki dua minit lagi untuk menyamakan kedudukan biarpun pintu gol Real Madrid sempat cemas dengan usaha terakhir Lucas Vazquez yang mengenai palang gol.

Keputusan itu menangguh hajat kelab gergasi Sepanyol tersebut …

Recommendations by outbrain