Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2016

Jenazah Tan Sri SM Salim selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR: Jenazah Seniman Tan Sri SM Salim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang di ibu negara.

Jenazah sebelum itu dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru selepas solat Jumaat.

Solat jenazah diimamkan Imam Kedua Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Ab Hamid.

Suasana sedih menyelubungi majlis pengkebumian jenazah yang dihadiri ahli keluarga, sahabat dan rakan-rakan artis tanah air.

Jenazah dikebumikan kira-kira jam 2.45 petang.

Antara rakan artis yang hadir ialah M.Nasir, Datuk Soni Abdullah, Rahim Jailani, Jeffry Din, M.Daud Kilau dan Uji Rashid.

Allahyarham Tan Sri SM Salim,88 meninggal dunia di rumah anaknya di Ukay Perdana , Hulu Klang, kira-kira jam 5.40 petang Khamis.

SM Salim atau nama sebenar, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, memulakan kariernya sebagai penyanyi pada 1950an dan merupakan pendukung lagu-lagu Melayu klasik.

Seniman veteran itu lumpuh akibat sakit saraf dan pergerakannya bergantung pada kerusi roda sejak 17 tahun lepas.

Allahy…

Zlatan akan akhiri kariernya di England

DI SEBALIK tawaran lumayan daripada Liga Bola Sepak Utama Amerika Syarikat (MLS) dan Liga Super China (CSL), pengurus Manchester United, Jose Mourinho, berkata penyerang berpengalaman, Zlatan Ibrahimovic, akan menamatkan kariernya di Old Trafford.

Pada usia 35 tahun, Ibrahimovic membuktikan dia masih mampu bersaing di pentas tertinggi dan bekas kapten Sweden itu menjadi penjaring terbanyak United selepas meledak 16 gol dalam 25 penampilan musim ini, dengan 11 daripada gol berkenaan hadir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ibrahimovic tiba di Old Trafford dengan kontrak selama setahun tetapi dilihat akan melanjutkan kontraknya selepas meledak 10 gol dalam sembilan perlawanan dan Mourinho yakin bekas bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu tidak akan menamatkan kariernya di Amerika atau China.

"Saya sangat gembira dengannya. Mungkin orang melihatnya sebagai penjaring terbanyak kelab dan bukan pemain berusia 35 tahun. Untuk Zlatan, 35 adalah sama dengan 25, Ligue 1 sama se…

Tragedi bas ekspres: Kementerian Pengangkuan arah siasatan rapi

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) untuk menjalankan siasatan terhadap nahas bas ekspres di Muar, Johor yang mengorbankan 14 nyawa, awal pagi tadi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian memandang serius kemalangan bas ekspres itu dan siasatan perlu dilakukan dari pelbagai sudut keselamatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Hasil siasatan yang mendalam ini akan diguna pakai oleh kementerian untuk membuat penambahbaikan yang diperlukan dari semua sudut bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pihak MIROS diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Prof Dr Wong Shaw Voon akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengumpul data di kawasan kemalangan, kata Liow.

"Miros dan SPAD juga akan bersama-sama mengaudit syarikat peng…

#SayangMalaysia: Promosi pelancongan 2017 melalui pertandingan foto, video pendek

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan melaksanakan pertandingan foto dan video pendek di media sosial dengan subtema #MyCuisine mulai 1 Januari 2017 hingga 28 Februari 2017.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu menghantar foto atau video pendek kreatif berkaitan keunikan dan kepelbagaian jenis makanan dan minuman yang menjadi tarikan dan warisan kaum-kaum di Malaysia melalui Instagram atau Facebook.

Bagi menyertai pertandingan video pendek, orang ramai perlu memuatnaik video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di Instagram dan Facebook dengan hashtag #SayangMalaysia berserta hashtag #MyCuisine.

Pertandingan ini menawarkan pelbagai hadiah menarik bagi tempat pertama hingga ketiga dan 5 hadiah saguhati. Antaranya hadiah yang disediakan berupa tiket percuma penerbangan dalam negara, penginapan percuma di destinasi popular terpilih dalam negara, tiket percuma taman tema terkenal, baucer beli-belah di pusat beli-belah terkenal dan…

Polis Jerman tangkap dua suspek rancang serangan di pusat beli-belah

BERLIN: Pihak berkuasa Jerman telah menangkap dua beradik yang dipercayai merancang serangan di sebuah pusat beli-belah di bandar Oberhausen, ujar polis pada Jumaat (23 Disember).

Media tempatan melaporkan, kedua-dua lelaki berkenaan berusia 28 dan 31 tahun dari Kosovo.

"Pada Jumaat pagi (23 Disember, kira-kira jam 12.45 tengah malam waktu tempatan) pasukan unit tindakan khas di Duisburg telah menahan dua suspek lelaki.

"Adik-beradik berusia 28 dan 31 tahun berasal dari Kosovo itu disyaki merancang serangan di CemtrO di Ober hausen," ujar polis Essen.

Tambah pihak polis, mereka sedang mendapatkan maklumat tentang sejauh mana persiapan serangan tersebut dan mengenal pasti jika ada pihak-pihak lain yang terlibat.

Kejadian serangan di pusat beli-belah itu amat mengejutkan memandangkan penduduk BErlin masih lagi dihantui insiden rempuhan trak di sebuah pasar Krismas.

Pada Isnin lalu, seramai 12 orang terbunuh apabila sebuah trak merempuh sebuah pasar Krismas di tengah banda…

Waris harap pencarian MH370 diteruskan di kawasan baharu

KUALA LUMPUR: Anggota keluarga dan waris penumpang dan anak kapal pesawat MH370 hari ini berharap usaha pencarian bangkai pesawat MH370 diteruskan dengan menumpukan di kawasan baharu yang paling berkemungkinan terletaknya bangkai pesawat itu.

Ini berikutan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang yakin kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan pencarian semasa, bukan merupakan tempat terletaknya bangkai pesawat MH370, yang hilang pada 8 Mac 2014.

ATSB, dalam Laporan Semakan Semula Utama pertamanya mengenai MH370, yang dikeluarkan pada Selasa, berkata para pakar mereka juga mengenal pasti satu kawasan kira-kira 25,000km persegi di utara kawasan pencarian sekarang sebagai kawasan paling berkemungkinan terletaknya bangkai pesawat itu.

Temu ramah Bernama dengan anggota keluarga dan waris MH370 mendapati rata-rata mereka, walaupun merasa kecewa, sedih dan resah dengan laporan itu, namun berharap usaha pencarian diteruskan demi mendapatkan satu…

Selangor bebas beg plastik dan polistirena mulai 2017

SHAH ALAM: Bermula 1 Januari tahun depan, 'Hari Tanpa Beg Plastik' yang sebelum ini hanya diadakan setiap hari Sabtu di Selangor akan dipanjangkan kepada tujuh hari seminggu.

Ini bermakna peniaga di Selangor tidak lagi akan membekalkan beg plastik secara percuma selari dengan kempen #BebasPlastik yang dilancarkan hari ini di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam.

Pada majlis berkenaan, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata mulai 1 Januari 2017, bekas makanan polistirena juga tidak lagi akan dibekalkan selaras dengan dasar kerajaan negeri untuk bebas plastik dan polistirena.

Bekalan air pulih 99 peratus di kawasan Zon 1

KUALA LUMPUR: Sejumlah 99 peratus kawasan di Zon 1 telah mendapat bekalan air setakat 9 pagi ini berikutan pengoperasian penuh Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata bekalan air di Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih 100 peratus manakala Petaling, 98 peratus.

Menurut kenyataan itu, kawasan di zon berkenaan yang masih belum pulih sepenuhnya ialah di Sungai Penchala, Bukit Lanjan dan Pinggiran TTDI serta SS21 Damansara.

Sementara itu, katanya kawasan di Zon 2 akan mula mendapat bekalan air selepas 4 petang ini.

Kenyataan itu menyebut pengguna di zon berkenaan yang tidak mendapat bekalan air selepas 4 petang boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip TANKER nama dan alamat.

"Untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air ke semua kawasan terlibat, pengguna dinasihati untuk menggunakan air secara berhemat," kata kenyat…

29 maut dalam letupan pasar mercun di Mexico

MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dan 70 lagi cedera dalam letupan pasar mercun di ibu negara Mexico pada Selasa, menurut pihak berkuasa tempatan.

Lapor Reuters, letupan tersebut di pasar mercun San Pablito di Tultepec, kira-kira 32 kilometer di utara Mexico City.

Ketua perkhidmatan kecemasan Tultepec, Isidro Sanchez berkata, angka kematian dijangka meningkat sementara usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Menurut Sanchez, letupan berlaku mungkin disebabkan oleh kekurangan langkah-langkah keselamatan.

Isidro Sanchez, ketua perkhidmatan kecemasan Tultepec, berkata, jumlah kematian adalah awal seperti pekerja penyelamat membaca seluruh laman web ini. Kekurangan langkah-langkah keselamatan yang mencukupi telah mungkin disebabkan letupan, katanya.

Letupan tersebut merupakan yang terbaru selepas kira-kira 10 tahun kejadian yang sama berlaku di pasar Tultepec pada September 2005 semasa sambutan hari kemerdekaan di Mexico.

Cuepacs perlu terus komited bela hak dan kebajikan penjawat awam

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu terus bekerja keras dan komited dalam memperjuangkan hak dan kebajikan penjawat awam, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Beliau berkata semenjak awal penubuhannya lagi Cuepacs telah berjaya mengemukakan banyak masalah dan isu berkaitan penjawat awam kepada kerajaan bagi diselesaikan.

"Cuepacs telah banyak menyumbang kepada kesejahteraan penjawat awam di Malaysia, selain membawa banyak keluhan dan rintihan daripada penjawat awam, mereka juga telah membawa beberapa cadangan bagi membantu membaik pulih sistem perkhidmatan awam di negara kita," katanya semasa berucap pada majlis makan malam Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-27 di sini, Selasa.

Menurut Mohamad Zabidi, kesejahteraan 1.4 juta penjawat awam penting kerana ia mampu membantu negara agar terus berkembang untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi seperti yang dihasratkan.

"K…

'Biskut berasap': Cecair nitrogen perlu meruap sepenuhnya sebelum dijual - KKM

KUALA LUMPUR: Pengeluar atau penyedia makanan yang menggunakan cecair nitrogen dalam produk mereka perlu memastikan ia meruap sepenuhnya sebelum dijual.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, ini bagi mengelak pengguna melecur atau mengalami radang dingin (frostbite).

Jelas Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan menjelaskan cecair itu perlu digunakan pada tahap bersesuaian bagi mencapai tujuan yang dimaksudkan, iaitu untuk membekukan produk.

“Pada amnya, selepas pembekuan produk makanan, cecair nitrogen akan meruap dengan cepat menjadi gas dan tidak kekal di dalam produk makanan siap.

“Oleh itu isu keselamatan makanan berhubung makanan yang dihasilkan atau disediakan menggunakan cecair nitrogen tidak timbul," katanya.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan, penggunaan cecair nitrogen dalam makanan yang didakwa menyebabkan kecederaan pada tangan seorang remaja lelaki selepas makan biskut 'dragon breath'.

Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) turut mengesah…

Trak rempuh pasar Krismas di Berlin, 9 maut

BERLIN: Sembilan terbunuh apabila sebuah trak merempuh sebuah pasar Krismas di tengah bandar raya Berlin, Jerman.

Sehingga kini lebih 50 orang dilaporkan cedera termasuk ada yang turut dilaporan kritikal.

Polis menahan pemandu trak berkenaan namun kelindan trak itu mati di dalam rempuhan.

Pihak polis juga menggesa penduduk di sekitar Berlin untuk berlindung di rumah masing-masing.

Dalam masa yang sama, polis turut memuat naik status di Twitter yang menyatakan tiada situasi bahaya lain dijangka di kawasan berkenaan.

Kawasan rempuhan sesak dengan orang ramai yang membuat persiapan untuk perayaan Krismas.

'Saya boleh bermain sehingga usia 50 tahun' - Ibrahimovic

PENYERANG Manchester United, Zlatan Ibrahimovic percaya dia mampu beraksi sehingga berusia 50 tahun.

Di usia 35 tahun, Ibrahimovic telah membuktikan usia hanyalah nombor sejak berhijrah dari juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) menyertai United, selepas meledak 16 gol dalam semua pertandingan untuk musim 2016-17 selepas menewaskan West Brom 2-0 pada Sabtu.

Ibrahimovic dijangka menandatangani kontrak baharu untuk kekal bersama United - meledak dua gol di The Hawthorns, bekas kapten pasukan Sweden telah menjaringkan 10 gol dalam sembilan perlawanan.

"Saya sangat gembira, dan berada di tahap terbaik," kata Ibrahimovic.

Dia mendakwa, walaupun kini berusia 35 tahun, mindanya masih berusia 20 tahun.

"Saya berasakan saya mampu beraksi sehingga berusia 50 tahun, tetapi ia bukan keputusan itu tidak terletak kepada saya.

"Semakin berusia umur saya, semakin berbisa permainan saya," katanya.

Blackberry beralih kepada teknologi kenderaan tanpa pemandu

OTTAWA: Syarikat Blackberry Ltd dari Kanada akan membuka pusat penyelidikan kenderaan tanpa pemandu pada Isnin, sebagai usaha memastikan kelangsungan operasi dalam kerancakan permintaan industri automotif.

Perdana Menteri Justin Trudeau akan menghadiri pelancaran oleh syarikat perintis telefon pintar berpangkalan di Waterloo, Ontario itu pada Ahad. Jurucakap Blackberry bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang projek tersebut.

Blackberry, yang pernah dikenali dengan rangkaian telefonnya kini mempertaruh masa depannya dalam perniagaan membangunkan perisian dan pengurusan peralatan mudah alih selepas tidak dapat bersaing dalam pasaran telefon pintar yang didominasi syarikat-syarikat seperti Apple dan Samsung.

Blackberry melalui syarikat QNX kini lebih fokus dalam membangunkan teknologi bimbingan lanjutan pemandu dan kenderaan tanpa pemandu.

Secara amnya, syarikat itu mahu menumpukan perhatian kepada keupayaan interaksi antara perisian dengan jaringan pengesan, kamera dan komponen lain…

Serangan di Karak, Jordan: 20 pelancong Malaysia selamat

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 20 pelancong Malaysia yang berada di lokasi serangan tembak-menembak ke atas Karak Castle di bandar Karak, Jordan pada petang Ahad (18 Disember), dilaporkan dalam keadaan selamat.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia di Amman hari ini.

Dalam serangan itu, beberapa kecederaan telah dilaporkan dan seorang pelancong dari Kanada dan beberapa orang anggota polis Jordan telah maut.

Kenyataan itu juga menyebut, semua warganegara Malaysia berkenaan telah berjaya diselamatkan oleh pasukan keselamatan Jordan. Terdapat dua orang daripada mereka mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan.

Menurut kedutaan juga, mereka telah berhubung dengan pihak berkuasa Jordan dan mengesahkan kesemua pelancong Malaysia dalam keadaan selamat.

Selain itu, rakyat Malaysia terutama para pelajar di Universiti Mu’tah berhampiran Bandar Karak dinasihatkan untuk mematuhi arahan keselamatan oleh pihak berkuasa dan kedutaan.

Setakat kini, tiada pihak yang mengak…

Senggaraan TNB hanya 16 jam, Syabas hentikan bekalan air 4 hari?

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Ahad mengadakan sidang media di ibu pejabatnya untuk memberikan penjelasan berhubung kerja-kerja senggaraan dan pemasangan sistem perlindungan arka Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Badong, Kuala Selangor.

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab. Rahman menegaskan, pihaknya telah beberapa kali menangguhkan kerja-kerja senggaraan tersebut.

Katanya, kerja senggaraan itu dijadualkan selama 16 jam bermula 8 pagi ini perlu dilakukan untuk memastikan kelangsungan bekalan air.

Namun, Roslan tidak tahu mengapa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) terpaksa menghentikan bekalan selama 4 hari sedangkan bekalan elektrik hanya dihentikan selama 16 jam.

Beliau turut mencadangkan syarikat pengendali air berkaitan untuk menaik taraf jana kuasa tunggu sedia (jana kuasa kedua) di loji rawatan air bagi mengelakkan gangguan ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.

Roslan berkata jana kuasa tunggu sedia yang ada ketika ini tidak mampu untu…

Hampir 3.9 juta pengguna mula hadapi gangguan bekalan air

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3.89 juta pengguna di sekitar Lembah Klang hari ini mula menghadapi gangguan bekalan air susulan kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Badong, Kuala Selangor.

Gangguan itu melibatkan 707,759 akaun di 814 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum ini memaklumkan kerja penyelenggaraan TNB dan henti tugas berkenaan akan dilaksanakan selama 16 jam mulai 8 pagi.

Ia sekali gus menjejaskan operasi di loji-loji rawatan air utama Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang.

Gangguan air dijangka berlaku sehingga ambang sambutan Krismas, 24 Disember ini.

Di sebalik kegusaran pengguna dan ketika sambutan Krismas bakal menjelma, TNB semalam menjelaskan kerja penyelenggaraan itu tidak boleh ditangguhkan lebih lama lagi.

Menurut syarikat pembekal tenaga itu, situasi peralat…

MARA jamin taja penuh pelajar daripada keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah

LANGKAWI: Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi jaminan akan menaja penuh pelajar cemerlang daripada kumpulan keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian di bawah kendaliannya.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata institusi-insitusi berkenaan termasuk Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kolej Politeknik Mara dan Universiti Mara yang akan ditubuhkan.

"Untuk pelajar daripada keluarga kumpulan B40 yang berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan dan kumpulan M40 (pendapatan sehingga RM6,000 sebulan), kita akan taja penuh," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pemukiman Yayasan Pelajaran Mara di sini hari ini.

Katanya Mara telah mendapat peruntukan sebanyak RM2 bilion daripada Bajet 2017 untuk meneruskan penajaan itu khususnya di bawah Skim Penajaan Cemerlang (SPC).

"Dengan (peruntukan) RM2 bilion ini, kita hendak memperbaharui kita punya komitmen bahawasanya program-program utama tajaan Ma…

42 pasangan ceria dapat kahwin percuma di Parlimen Lenggong

LENGGONG: Meraikan sepasang pengantin baharu sudah cukup menceriakan suasana, apatah lagi dengan majlis perkahwinan yang melibatkan 42 pasangan dalam satu masa.

Program majlis perkahwinan beramai-ramai 2016 yang julung kali diadakan di Parlimen Lenggong menyaksikan kesemua pasangan pengantin diberi penajaan percuma dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Ahli Parlimen Lenggong Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata konsep majlis kahwin secara percuma ini dibuat atas keprihatinan untuk membantu golongan kurang berkemampuan, khususnya anak muda melangsungkan perkahwinan.

“Perkahwinan ini satu program yang dekat dengan rakyat. Apatah lagi dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan. Tahun depan kita akan membuat konsep yang dilakukan secara lebih tradisional, konsep rewang sesuai dengan kawasan ini tempat pelancongan.

“Saya percaya selain daripada itu dia juga boleh merapatkan hubungan sesama kita kita mengadakan program tanpa kita mengira latar belakang. Yang penting ini sebagai…

Gempa 7.9 magnitud landa Papua New Guinea, amaran tsunami ditarik balik

SYDNEY: Satu gegaran kuat 7.9 magnitud melanda Papua New Guinea pada Sabtu, lapor pusat kajian gempa US Geological Survey (USGS), menyebabkan satu amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tusnami Pasifik (PTCW) di beberapa kawasan persisiran pantai.

Bagaimanapun amaran ditarik balik oleh PTCW, selepas didapati tiada ancaman atau kecederaan di laporkan.

Sebelum itu bencana tsunami dilaporkan berkemungkinan melanda kawasan pantai di Papua New Guinea, Solomon Islands, Indonesia, Nauru dan beberapa kepulauan lain dalam tempoh tiga jam, maklum PTCW.

Gempa berlaku pada jarak 60 km ke timur Taron, di New Ireland, pada pukul 8.51 malam waktu tempatan (1051GMT) dan pada awalnya dirakamkan pada kekuatan 8.0 magnitud namun diturunkan bacaan kepada 7.9 magnitud dan melanda pada kedalaman 75 km, lapor USGS.

Beberapa gegaran susulan turut dikesan.

Thailand pertahan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2016

BANGKOK: Skuad Thailand mengenepikan defisit gol 1-2 untuk muncul juara Piala AFF Suzuki 2016 apabila membenam pasukan pelawat Indonesia 2-0 pada perlawanan akhir timbal balik malam ini.

Dalam aksi dihadapan penyokiong tuan rumah di Bangkok, pertahanan baik skuad Gajah Perang menyaksikan asakan demi asakan oleh Indonesia gagal membuahkan hasil.

Sebaliknya Thailand yang berjaya menyamakan agregat dengan membuka gol pada minit ke 37 menerusi Siroch Chatthong.

Bersambung babak kedua, tuah terus berpihak tuan rumah, apabila Siroch meraih gol peribadi kedua sejurus bermula babak kedua.

Usaha Indonesia untuk merapatkan jurang menemui jalan buntu, kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus Thailand mempertahan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.

MP Parit Sulong dipilih pengerusi anggota parlimen wanita negara Komanwel

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad menjadi rakyat Malaysia pertama dipilih memegang jawatan sebagai pengerusi Anggota Parlimen Wanita Negara Komanwel(CWP).

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) itu dipilih melalui pengundian pada Persidangan Anggota Parlimen negara Komanwel ke-62 di London, United Kingdom, hari ini.

Pada sesi pengundian berkenaan, Noraini mendapat 53 undian mengalahkan Linda Reid dari Kanada yang memperoleh sembilan undi, Joyce Watson dari Wales (15) dan Poto Williams dari New Zealands (10).

Dengan kemenangan ini, beliau akan memegang jawatan sebagai pengerusi baharu CWP selama tiga tahun menggantikan Speaker Parlimen Uganda, Rebecca Kadaga yang mencalonkan Noraini dalam pengundian tersebut.

Dalam kenyataannya kepada Bernama, Noraini berkata beliau amat terharu dan berterima kasih atas mandat dan kepercayaan yang diberi para anggota CWP kepada Malaysia dan Asia Tenggara untuk memikul amanah besar di peringkat…

Amri Yahyah tandatangani kontrak setahun dengan Melaka United

SEPANG: Penyerang kebangsaan Mohd Amri Yahyah mengikat kontrak setahun bersama Juara Liga Perdana, Melaka United, bagi memantapkan pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan.

Amri, 35, yang dilepaskan oleh pasukan lamanya, Johor Darul Ta'zim (JDT) dilihat sebagai sandaran untuk membantu pasukan barunya itu mencapai kejayaan terutama apabila pasukan itu akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

Pemain itu mengakui tawaran yang diberikan kepadanya sukar untuk ditolak walaupun jauh di sudut hatinya ingin kembali menabur bakti ke negeri kelahirannya, Selangor.

"Sebenarnya selepas tamat kontrak bersama JDT, saya menantikan tawaran daripada Selangor tetapi selepas Melaka datang memberikan tawaran, saya tidak menunggu lama untuk membuat keputusan.

Secara peribadi saya percaya ini adalah pilihan tepat kerana Melaka merupakan pasukan yang dahagakan kejayaan dan mereka sudah membuktikan kecemerlangannya sejak dua musim lalu," katanya selepas…

Tingkat nilai agama, moral atasi gejala sosial kanak-kanak

KUALA LUMPUR: Setiap ibu bapa perlu meningkatkan penerapan nilai agama dan moral kepada anak-anak mereka dalam berdepan gejala sosial yang dihadapi pada ketika ini.

Pengasas Yayasan Chow Kit, Dr Hartini Zainudin berkata ibu bapa juga perlu berani dalam memberi pendidikan seks kepada anak mereka.

"Kadang-kala ibu bapa yang duduk di bandar ini terpaksa bekerja mencari nafkah. Jadi mereka mungkin terlepas pandang apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka.

"Pendidikan itu penting untuk dititik beratkan bukan sahaja agama dan moral malah melibatkan pendidikan seks. Kanak-kanak perlu tahu apa yang mereka akan dan sedang lakukan," katanya.

Hartini berkata demikian ketika ditemui pada Forum 'Who is going to protect our children?' di ibu negara semalam.

Kami tetap anggap Anwar tidak bersalah - Nurul Izzah

PUTRAJAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan semakan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat.

Tegasnya, keluarga dan pimpinan Pakatan Harapan akan terus menggunakan apa sahaja saluran bagi membebaskan Bekas Ketua Pembangkang itu.

"Keputusan (Mahkamah Persekutuan ) hari ini mengecewakan. Ini tidak bermakna kami tidak ada ruang-ruang lain untuk pembebasan Datuk Seri Anwar.

"Keluarga, pimpinan PKR , Pakatan Harapan akan menggunapakai segala ruang. Kita juga telah menyiapkan permohonan pengampunan pengenepian prinsip keadilan," katanya semasa ditemui di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Menurut Nurul Izzah, keluarga dan pimpinan parti tetap bertegas untuk mengatakan Anwar tidak bersalah dalam kes liwat ke atas pembantu peribadinya itu.

"Apa pun yang berlaku hari ini, kita masih jelas kata beliau seorang yang tidak bersalah …

Anwar gagal ketepi keputusan kes liwat II

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan semula Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kehakiman keputusan mahkamah itu yang mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman penjara kerana meliwat.

Keputusan dibuat sebulat suara lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Hakim membuat keputusan itu selepas meneliti penghujahan dan melihat permohonan itu tidak mempunyai merit dan tidak sempurna.

Anwar memohon untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 kerana mendapatinya bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 31.

Anwar memohon Mahkamah Persekutuan menggunakan Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 dan menyemak semula keputusan panel lima anggota yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Anwar, 69, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah P…

Malaysia tewaskan Vietnam 4-0 Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Asean

KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak ASEAN 2016 penuh bergaya selepas mencatat kemenangan 4-0 ke atas Vietnam pada perlawanan pembukaan Kumpulan B hari ini.

Pada aksi di Padang C Majlis Sukan Negara (MSN) itu, skuad negara mendahului 1-0 sebaik berakhir babak pertama, dengan gol dijaringkan Edelson Dell Evaristus pada minit ke-24.

Babak kedua bersambung menyaksikan Malaysia terus menguasai perlawanan sehingga dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Aqif Ikhwan pada minit ke-74, sebelum Razilawali meledak dua gol pada minit ke-79 dan 90 untuk mengesahkan kemenangan pasukan negara.

Malaysia akan bertemu Myanmar dalam aksi terakhir Kumpulan B, Rabu ini, manakala Vietnam dijadual menentang Myanmar, esok.

Sementara itu, dalam aksi pembukaan Kumpulan A menyaksikan Thailand mencatat kemenangan besar membelasah Kemboja 14-0, manakala Indonesia menundukkan Laos 6-4.

Thailand dijadual bertemu Laos, sementara Kemboja akan menentang Indonesia di Padang P…

How to Automate Your Tweets: 3 Useful Twitter Apps

Why Automate Twitter?

Putting together a Twitter content calendar can be a time-consuming task. You’ve likely experienced times when you’ve run out of ideas or had trouble finding articles to curate.

A great way to keep your posting schedule full is to automate Twitter. You can schedule your posts automatically when the engagement and potential reach are higher.

#1: Find Out When to Tweet With Tweriod

Before you start scheduling content on Twitter, take the time to analyze your followers’ activity. You want to find out when your audience is most active and engaged on Twitter. This is a necessary step to maximize engagement.



#2: Set Up a Posting Schedule in Buffer

A scheduling tool like Buffer can save you a lot of time with your Twitter account. Here’s how to set up your own scheduling plan.

After you sign in with your Twitter account, click on the Schedule menu.

Make sure the time zone matches the settings of your Twitter account.


#3: Fill Your Buffer Queue Using IFTTT

IFTTT is a servi…

Recommendations by outbrain