Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Polis Turki tembak mati dua penyerang di Izmir

ISTANBUL: Polis Turki menembak mati dua penyerang dan sedang memburu suspek ketiga susulan insiden letupan kereta di luar kompleks mahkamah di bandar Izmir di Turki pada Khamis.

Letupan itu mencederakan sekurang-kurangnya 10 orang, lapor media tempatan sepertimana dipetik oleh Reuters.

Letupan itu diakibatkan oleh bom kereta, menurut setiausaha agung majlis perbandaran Izmir Bugra Gokce kepada CNN Turk.

Sumber daripada pasukan keselamatan memaklumkan kepada Reuters yang polis telah menembak mati dua penyerang susulan letupan, dan agensi berita Anadolu melaporkan suspek ketiga sedang diburu.

Sumber hospital berkata 10 mangsa yang cedera telah dibawa masuk.

Pengeboman ini berlaku kurang seminggu selepas seorang penyerang menembak mati 39 pengunjung kelab malam di Istanbul pada Tahun Baru dalam satu serangan yang didalangi oleh Daish.

Penyerang terbabit masih bebas.

Ganjaran RM10,000 bantu tangkap pemburu gading gajah

LAHAD DATU: Jabatan Hidupan Liar Sabah menawarkan ganjaran kepada orang ramai yang dapat memberikan maklumat sahih membabitkan insiden dua spesies gajah mati akibat pemburuan haram untuk gading berhampiran Sungai Segama baru-baru ini.

Penolong Pengarahnya, Dr Sen Nathan berkata pihaknya akan memberi ganjaran wang tunai sebanyak RM10,000 kepada individu yang dapat memberi maklumat tepat dan sahih berkaitan pemburuan haram berkenaan.

"Ganjaran itu untuk pemberi maklumat yang membawa kepada penangkapan dan hukuman ke atas pemburu haram berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat tepat dan sahih berkaitan perkara itu boleh menghubungi Jabatan Hidupan Liar Sabah di talian 013-5441980.

Pada 1 Jan lepas, pasukan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) dan Unit Perlindungan Hidupan Liar menemukan dua ekor gajah jantan liar mati dibunuh oleh pemburu haram berhampiran Sungai Segama, Hutan Simpan Kawag.

Insiden pertama memb…

Terima padah lompat dari bangunan tapi mendarat di pinggir konkrit kolam renang

KEGILAAN melakukan aksi ekstrem tanpa pengawasan profesional sebenarnya untuk apa? Bangga memperoleh ribuan ‘LIKE’ di akaun media sosial? Bangga dipuji melambung? Mahu membuktikan diri sebagai wakil dalam kelompok generasi terhebat?

Ya, setiap perkara ekstrem memang ada ganjarannya jika berjaya dilaksanakan. Kepuasan itu memang tidak dapat ditandingi perasaan seronok yang lain. Namun, ia juga hadir bersama risiko yang pelbagai, lazimnya kecederaan mahupun lebih teruk, membawa maut.

Jika itu berlaku, siapa yang mahu dipersalahkan, dan siapa pula yang menanggung beban derita, kemerosotan kesihatan dan kecelaruan emosi serta psikologi?

Baru baru ini seorang ‘bintang ekstrem’ YouTube yang sering melakukan aksi terjun ke dalam kolam renang dari aras tinggi sudah menerima padahnya.

Lelaki berkenaan yang menggunakan nama 8Booth dalam akaun YouTube itu merancang untuk melompat ke dalam sebuah kolam renang dari aras bumbung bangunan tiga tingkat.

Malangnya aksi lagak ngeri itu tidak menjadi a…

Kesederhanaan kunci kejayaan Azerbaijan - Ilham Aliyev

BAKU: Konsep kesederhanaan ternyata berjaya menukar Azerbaijan menjadi sebuah negara yang dapat berdiri sendiri dengan ekonomi yang pelbagai dan kuat.

Presidennya Ilham Aliyev sentiasa menekankan kesederhanaan merupakan cara untuk menyatupadukan rakyatnya dan membawa kejayaan kepada negara Asia Barat ini yang mempunyai penduduk kira-kira 9.6 juta orang.

Dengan lain perkataan, presidennya amat fokus untuk menjadikan Azerbaijan yang mencapai kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet 25 tahun lalu sebagai sebuah negara yang lebih kuat dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Untuk itu, beliau sesungguhnya berjaya kerana ekonomi Azerbaijan yang kaya dengan pelbagai sumber tumbuh lebih tiga kali ganda sejak tiga tahun lalu.

Menurut Duta Malaysia ke Azerbaijan, Datuk Roslan Abdul Rahman, "menariknya ia (konsep kesederhanaan) berjalan baik, kurang berlaku ketegangan politik di sini."

Semua agama dilindungi di negara ini, katanya kepada Bernama semasa Kongres Agensi Berita Sedunia (NAWC) …

Wajibkan pihak penyedia perkhidmatan khatan supaya mendapat latihan dan lesen

SEREMBAN: Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Abdul Karim Mustafa menggesa kerajaan agar mewajibkan pihak yang menyediakan perkhidmatan khatan supaya mendapat latihan dan lesen yang diiktiraf daripada pihak berkuasa.

Beliau berkata di samping itu, peraturan dan undang-undang khusus perlu ada bagi mengawal selia perkhidmatan itu untuk mengelak kejadian tidak diingini terutama melibatkan kanak-kanak.

"Kita perlu ada satu langkah kawal selia supaya ibu bapa dapat menilai kepakaran dan kemampuan pihak yang mengkhatan anak-anak mereka. Kita juga tidak mahu ada sesetengah pihak menggunakan kesempatan lebih-lebih lagi pada masa cuti sekolah dalam meraih keuntungan dengan menawarkan khidmat berkhatan yang bukan bidang mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dua kejadian kemaluan kanak-kanak terpotong semasa berkhatan baru-baru ini, pada sidang media selepas Program Jelajah Bantuan Persekolahan Pelajar Miskin di Balai Raya Kampung Batu 3, Mam…

Puluhan terbunuh dalam serangan bersenjata di kelab hiburan Istanbul

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh manakala lebih 40 lagi cedera apabila seorang penyerang bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah kelab hiburan di Istanbul ketika pengunjung sibuk meraikan sambutan tahun baharu.

Penyerang itu pada awalnya menembak seorang anggota polis dan seorang mangsa lain di pintu masuk kelab Reina, sebelum memasukinya lantas melepaskan tembakan seterusnya.

Kelab tersebut terletak di pesisiran Selat Bosphorus di daerah Ortakoy, iaitu sebuah kawasan kosmopolitan yang banyak menempatkan kelab hiburan, restoran dan galeri seni.

“Seorang pengganas dengan senjata laras panjang menembakkan peluru ke arah orang yang tidak bersalah, yang berada di situ cuma untuk menyambut kedatangan tahun baharu serta bergembira,” ujar Gabenor istambul Vasip Sahin.

Kira-kira 500 hingga 600 orang dianggarkan berada di dalam kelab tersebut sewaktu insiden berlaku pada jam 1.15 pagi waktu tempatan.

Terdapat juga pengunjung kelab yang cuba melarikan diri dengan terjun k…

10 orang melecur terkena letupan bunga api sambutan tahun baru di Klang

SHAH ALAM: Keseronokan menyambut kedatangan tahun baharu 2017 bertukar panik apabila pertunjukan bunga api di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang malam tadi tidak berlangsung dengan baik, hinggakan seramai 10 orang melecur akibat terkena percikan api dan ledakan dari jarak dekat.

Kejadian dipercayai berpunca daripada masalah ledakan awal berikutan bunga api itu meletup sebelum ia ditembakkan lebih tinggi ke udara lalu terkena khalayak pengunjung yang berhampiran.

Bernama melaporkan, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata tiga mangsa mengalami lecur teruk manakala tujuh lagi melecur ringan di kaki.

"Yang melecur ringan diberi rawatan oleh pasukan perubatan di tempat kejadian sementara yang melecur teruk dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut," katanya.

Beberapa rakaman video amatur daripada saksi kejadian kini tersebar di media sosial.

Dalam video berkenaan, orang ramai lari bertempiaran untuk meninggalkan lokasi sambutan seju…

Recommendations by outbrain