Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

KPN: Dua suspek wanita bunuh Jong Nam terlatih

KUALA LUMPUR: Dua suspek wanita dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam telah menjalani latihan untuk melakukan jenayah berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua wanita yang masing-masing berasal dari Vietnam dan Indonesia itu menerima arahan daripada empat lelaki Korea Utara yang kini sudah melarikan diri ke Pyonyang.

Jelas Khalid, Doan Thi Huong, 29 dan Siti Aisyah, 25 tahu cecair berkenaan adalah beracun apabila kedua-duanya pergi mencuci tangan selepas menekup muka si mati.

"Mereka pernah berlatih melakukan aksi yang sama di Pavilion, KLCC sebelum hari kejadian di KLIA2.

"Kita tidak percaya kedua-duanya diperangkap atau sedang berlakon seperti yang didakwa, semua orang sudah lihat CCTV yang tersebar dan mustahil ia sekadar lakonan, " katanya.

Kenyataan Khalid itu sekaligus menafikan dakwaan kononnya kedua-dua individu tersebut dipergunakan untuk sebuah program jenaka.

Dalam perkembangan sama, Khalid berkata, pihaknya hari ini memohon untuk menya…

WhatsApp ada 'Status story' seperti Instagram?

Sempena ulang tahun yang ke-8, aplikasi sosial WhatsApp mengemaskini aplikasi sosialnya dengan memperkenalkan ciri terbaharu ‘WhatsApp Status’.

Ia membolehkan pengguna untuk skrol kandungan ‘story’ seperti Instagram dan juga Snapchat.

Ini bermaksud kemaskini terbaharu ini akan membolehkan pengguna berkongsi rakaman foto, GIF atau video dilapisi dengan lukisan, emoji dan kapsyen yang akan dapat dilihat oleh rakan-rakan yang terpilih untuk tempoh 24 jam, sebelum hilang.

#WhatsApp has just launched #Status, similar to #Snapchat Stories. Find out how to use it here.https://t.co/XP7YTLvHdPpic.twitter.com/8ZMyqmzUcY— Bluescope (@Bluescopeltd) February 21, 2017

Perkara ini mungkin tidak mengejutkan orang ramai.

Hal ini kerana Facebook, yang memiliki WhatsApp, melancarkan Instagram ‘stories’ yang hampir sama dengan ciri Snapchat pada tahun lalu.

Menurut media antarabangsa, kemaskini terbaharu ini dilancarkan pada Isnin lalu dan pengguna akan memperoleh akses sepenuhnya sebelum Jumaat ini.

Sem…

Recommendations by outbrain