Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Drama 'Jong Nam' selesai selepas 46 hari

KUALA LUMPUR: Selepas 46 hari yang penuh tanda tanya, krisis Malaysia dan Korea Utara akibat kes pembunuhan seorang lelaki warganegara Korea Utara di Sepang, selesai hari ini.

Segalanya bermula susulan pembunuhan seorang lelaki, Kim Chol, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menunggu penerbangan ke Macau pada 13 Feb lepas.

Lelaki itu, yang kemudiannya dikenal pasti sebagai Kim Jong Nam iaitu abang pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, mati akibat mukanya dilumur dengan agen saraf VX oleh dua wanita warga asing.

Jong Nam, yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Dua wanita asing itu - Siti Aisyah, 25, warganegara Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warganegara Vietnam - didakwa membunuh Jong-nam di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lepas.

Susulan kes pembunuhan itu, Duta Korea Utara ke Malaysia Kang Chol membuat pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap usaha Malaysia mengendalikan kes itu, berten…

Kes Jong Nam: Sembilan warga Malaysia selamat kembali ke tanah air melalui KLIA

KUALA LUMPUR: Sembilan warga Malaysia yang dihalang keluar dari Korea Utara telah selamat tiba di tanah air dengan menaiki pesawat khas (M48-02) dari Pyongyang sekitar jam 5.03 pagi tadi.

Ketibaan mereka di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai khas Kerajaan dan kaum keluarga.

Warga Malaysia yang hadir ialah Penasihat Keselamatan Kedutaan Malaysia di Korea Utara, Mohd Nor Azrin Md Zain dan isteri, Iza Karmila Ramli serta tiga orang anak, Annur Zuaikha, Aynur Zhafirah dan Ayscha Zinnirah.

Warga Malaysia lain termasuk Pembantu Tadbir, Nirmala Malar, Pembantu Peribadi Duta, Noor Saadiah, Ieda Jamaludin dan Mohamad Redzuan Othman.
Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kesemua rakyat Malaysia yang 'terperangkap' daripada meninggalkan Korea Utara kini dibenarkan pulang ke tanah air sejak 7 Mac lalu.

Najib berkata kesemua mereka berlepas dari Pyongyang pada pukul…

Harga RON95, RON97 turun bagi minggu 30 Mac - 5 April

KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 17 sen dan 19 sen berkuat kuasa 30 Mac hingga 5 April.

Harga RON95 kini ialah RM2.13 seliter manakala RON97 pada 2.41 seliter.

Sementara itu, harga Diesel Euro 2 turun 9 sen kepada RM2.11, dan harga Diesel Euro 5 turun 9 sen kepada RM2.21.
Harga Kerosene turun 9 sen kepada RM3.41.

Pada minggu lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 malam.

UMNO tidak terkilan jika Pas muktamad tiada kerjasama - Syed Ali

KUALA LUMPUR: UMNO tidak terkilan jika Pas mengambil keputusan muktamad untuk tidak bekerjasama dengan parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan Pas yang dilihat bermain tarik tali sememangnya sudah diduga dan UMNO tidak pernah menggantung harapan terlalu tinggi kepada parti pimpinan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang itu.

"UMNO sebelum ini pernah menghulurkan salam perpaduan dengan Pas atas dasar kepentingan orang Melayu dan umat Islam tetapi ditolak mentah-mentah oleh parti itu.

"Dahulu sewaktu era Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pas dengan angkuh menegaskan tidak akan berlaku sebarang kerjasama politik dengan UMNO.

"Oleh sebab itu, pengumuman Abdul Hadi bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan mahupun UMNO pada PRU akan datang bukan sesuatu yang perlu dikesali," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

Kerjasama semua pihak untuk pupuk minat terhadap STEM

KOTA BHARU: Kerjasama pelbagai pihak amat penting dalam memupuk minat dan kesedaran pelajar sekolah terhadap aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching.

Katanya, kerjasama itu boleh dilaksanakan menerusi inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang mana pihak berkaitan dalam pendidikan bersama-sama merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk tujuan itu.

"Negara kekurangan pelajar yang meminati bidang sains dan teknologi pada peringkat sekolah dan kesannya telah dapat dirasakan pada peringkat universiti.
Matlamat negara untuk mempunyai nisbah 60:40 antara pelajar sains dan bukan sains dan ini memerlukan usaha gigih daripada semua pihak termasuk warga pendidik, ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan STEM Kebangsaan Cawangan Kelantan di sini, pada Ahad.

Turut hadir ke majlis itu Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelanta…

Selepas MTUC, Cuepacs tampil sokong cuti bersalin sebulan untuk bapa

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) senada dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu kerajaan memberikan cuti bersalin untuk bapa dengan bayaran gaji penuh.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata cuti tujuh hari yang diberikan ketika ini tidak memadai dan perlu dinaikkan demi kebajikan pekerja dan isteri kakitangan berkenaan.

Justeru, Cuepacs menggesa kerajaan mewujudkan polisi baharu mengenai cadangan berkenaan atau untuk di peringkat awal, kerajaan dicadang untuk meminda Akta Kerja 1955 untuk memasukkan terma mengenai cuti bersalin untuk bapa untuk kakitangan kerajaan mahupun swasta.

"Cuepacs menyokong cadangan MTUC ini sebab banyak perkara telah bertukar. Dulu negara sebelum ini berasaskan pertanian dan pada masa akan datang digital akan menjadi hab ekonomi yang paling penting kerana dalam sektor awam dan swasta dominasi dua sektor ini adalah wanita. Dalam soal ini , kita sokong jika satu undang-undang digubal untuk me…

Jangkitan virus ILI di Perak meningkat ke 465 kes

IPOH: Jumlah pelajar yang dijangkiti virus Influenza Like Illness (ILI) di negeri Perak terus meningkat ke 465 kes setakat Isnin berbanding 438 hari sebelumnya.

Terbaru, sebanyak 27 kes jangkitan virus baharu dilaporkan melibatkan 25 kes dari Sekolah Izzudin Shah, Ipoh, satu kes dari Sekolah Raja Perempuan Taayah dan satu kes dari Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) di Teluk Intan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata sejak semalam (Sabtu), hanya satu kluster baru melibatkan Sekolah Izuddin Shah, Ipoh dilaporkan.

“Pecahan bagi kesemua kes, Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) telah meningkat ke 115 kes, Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah sebanyak 226 kes, Kolej Vokasional Slim River kekal di 13 kes dan SK Klebang Jaya juga kekal 3 kes, SMART meningkat ke 83 kes dan 25 kes dicatatkan di Sekolah Izuddin Shah, Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Isnin.

Kerjasama Songkhla, Perlis boleh lonjak ekonomi kedua-dua pihak - Raja Muda Perlis

SADAO: Selatan Thailand khususnya Wilayah Songkhla boleh menjadi rakan strategik pembangunan Perlis selain mewujudkan kerjasama dua hala untuk melonjakkan ekonomi masing-masing.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah antara bidang yang boleh diteroka untuk kerjasama itu ialah pengeluaran bahan mentah dan industri halal.

"Kedua-dua bidang ini sangat berpotensi berkembang menjadi lebih besar yang secara tidak langsung akan menarik banyak syarikat kedua-dua pihak untuk bekerjasama," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian pada akhir program 'Kayuhan Basikal Salam Sawasdee Perlis-Sadao Songkhla Thailand 2017' sejauh 28 kilometer, bermula di Masjid Padang Besar Utara dan berakhir di Pejabat Datuk Bandar Sadao, pada Ahad.

Berangkat sama pada program itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kerjasama Sempadan negeri, Ahmad Bakri Ali d…

Teksi dan Uber bekerjasama guna aplikasi sama

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan dan Syarikat-syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GPST) memulakan kerjasama dengan Uber Malaysia yang menyaksikan penggunaan aplikasi Uber membabitkan teksi gabungan itu secara berperingkat bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Big Blue Taxi Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata memorandum persefahaman bagi kerjasama itu akan ditandatangani esok yang menyaksikan 500 teksi di bawah GPST akan terlibat pada peringkat permulaan.

"Kerjasama itu dilihat satu perubahan positif untuk menyatukan industri teksi dengan Uber Malaysia.

"Operasi Uber Malaysia telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), cuma kelulusannya akan diumumkan selepas pembentangan di Parlimen," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Menurutnya kerjasama itu mampu memberi manfaat kepada pemandu teksi berikutan aplikasi teksi sebelum ini tidak mendapat sambutan dalam kalangan orang ramai disebabkan kekurangan sokongan.

"Ada apli…

Recommendations by outbrain