Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Jurutera Facebook kaji teknologi taip status tanpa jari, tangan

LAMAN sosial paling popular, Facebook, mendedahkan beberapa projek 'luar biasa' yang sedang dirancang mereka dalam Persidangan F8 di San Jose, California.

Projek-projek tersebut bakal menyaksikan teknologi baharu diadaptasi untuk membolehkan interaksi yang lebih berkesan dengan pengguna.

Antara pembaharuan luar biasa yang dimaksudkan ialah menaip status tanpa perlu menggunakan jari, sebaliknya, hanya menggunakan otak.

"Bagaimana keadaannya jika anda boleh menaip hanya dengan memikirkannya di dalam otak?

"Hebat bukan? Jangan terkejut kerana kami sedang berusaha untuk merealisasikannya," kata Regina Dugan, Naib Presiden Building 8, yang merupakan kumpulan jurutera perkakasan (hardware) di bawah Facebook.

Menurut Dugan, kumpulan mereka kini dianggotai oleh 60 jurutera terbaik yang sedang menjalankan pelbagai uji kaji.

Jika ia menjadi kenyataan, teknologi itu akan menjadikan penulisan status lebih cepat daripada biasa, lapor NBC.

Tambah Dugan lagi, teknologi ini ak…

Norza hampir pasti jadi Presiden BAM yang baharu

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria hampir pasti dilantik sebagai presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu selepas ahli Majlis BAM sebulat suara menyokong supaya beliau tidak dicabar pada mesyuarat agung tahunan badan induk itu 29 April ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata ahli Majlis BAM yang mengadakan perjumpaan tertutup dengan Penaung BAM Datin Seri Rosmah Mansor hari ini bersetuju supaya Pemangku Presiden BAM, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid memberi laluan kepada Mohamad Norza, yang juga timbalan presiden BAM, untuk menduduki jawatan tertinggi badan induk itu.

Katanya beliau turut berterima kasih kepada Rosmah yang memberi nasihat terbaik dalam menyelesaikan soal pemilihan jawatan tertinggi persatuan itu.

"Ini adalah contoh kepada persatuan sukan (kebangsaan) yang lain, di mana soal pemilihan itu dapat diselesaikan dalam semangat kekeluargaan dan dengan mengambil kira pandangan dan sumbangan daripada semua pihak," katanya pad…

Lebih banyak anggota KWSP memilih skim simpanan Shariah menjelang 2018

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkakan untuk melihat lebih ramai anggotanya memilih skim persaraan patuh Shariah mulai 2018 dan seterusnya.

Ini adalah disebabkan oleh dividen positif yang diumumkan untuk 2017, kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

"Kami berpendapat bahawa skim persaraan patuh Syariah ini iaitu Simpanan Shariah, dijangka menjadi penggerak yang penting kepada landskap kewangan Islam memandangkan ia mampu meningkatkan permintaan terhadap produk kewangan Islam.

"Selain itu, Simpanan Shariah menumpu kepada prinsip-prinsip dalam tanggungjawab pelaburan sosial, salah satu bidang yang telah mendapat momentum dalam dunia pelaburan," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan Laporan Tahunan 2016 kumpulan dana itu di sini pada Khamis.

Shahril berkata selepas pendaftaran ditutup pada 23 Dis 2016, seramai 635,037 orang anggota telah menukar simpanan konvensional mereka kepada Simpanan Shariah di mana sejumlah RM59.03 …

Penarafan subjek bukti universiti tempatan antara yang terbaik di dunia

GEORGE TOWN: Pengiktirafan terhadap 11 mata pelajaran universiti tempatan oleh penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings sebagai antara terbaik dunia memberi petanda universiti awam di negara ini berada pada landasan yang tepat.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pengiktirafan itu sekaligus meningkatkan keyakinan terhadap kemampuan universiti awam negara ini untuk menawarkan pengajian tinggi yang berkualiti kepada rakyat dan juga pelajar asing.

Menurut Idris, 11 mata pelajaran yang tersenarai dalam kelompok 50 terbaik dunia oleh QS World University Rankings by Subject 2017 itu menunjukkan lonjakan ketara berbanding hanya tiga mata pelajaran diiktiraf QS pada tahun lalu.

“Kita melihat kedudukan universiti-universiti kita meningkat dari masa ke semasa, ini bermakna institusi pengajian tinggi kita memang mendapat pengktirafan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, kementerian menyasarkan lebih banyak mata pelajaran akan menerima pengiktirafan …

Kerajaan boleh keluarkan atau tarik balik pasport

PUTRAJAYA: Terletak pada budi bicara kerajaan sama ada untuk mengeluarkan, menangguhkan pengeluaran atau menarik balik pasport, Mahkamah Rayuan diberitahu pada Rabu.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan berkata demikian pada pendengaran rayuan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya bagi semakan kehakiman terhadap arahan Imigresen melarangnya daripada menaiki penerbangan ke Indonesia pada 22 Julai, 2015.

Menegaskan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan hak kepada warganegara untuk memiliki pasport, beliau berkata peruntukan 'kebebasan seseorang' hanya merujuk kepada kebebasan daripada ditahan secara salah dan ia tidak memberikan hak asasi kepada warganegara untuk meninggalkan negara.

Sebaliknya, kerajaan boleh menghalang seseorang itu daripada meninggalkan negara, sebagai contohnya, sekiranya seseorang itu sedang berdepan pertuduhan jenayah, hujah beliau dan menurutnya terdapat terma kh…

Persatuan Perubatan Malaysia sokong perlindungan untuk pengamal perubatan

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) telah secara rasmi mengesahkan skim perlindungan, Medical Practitioners Indemnity (MPI), satu pilihan bagi liputan perlindungan perubatan untuk pengamal perubatan di Malaysia, berkuatkuasa 1 April.

Broker insurans dan pentadbir skim ialah Jardine Lloyd Thompson Sdn Bhd (JLT) yang mempunyai pengalaman luas dalam mengurus skim insuran perlindungan profesional dan pendedahan salah laku perubatan di Malaysia dan rantau Asia.

Presiden MMA, Dr John Chew berkata MMA, bersama JLT akan berusaha menentukan insuran perlindungan perubatan adalah yang termampu dan cukup inovatif bagi menangani cabaran tuntutan salah laku perubatan yang meningkat.

"Premium bagi MPI adalah kompetitif dan polisi itu meliputi kos pembelaan, selain had perlindungan," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan MMA dan JLT di sini pada Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif JLT Malaysia Michael Leong berkata mereka percaya kolaborasi ini akan meletakkan MMA dan doktor di Ma…

Perbelanjaan IT Malaysia dijangka cecah RM71.7 bilion pada 2017

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan teknologi maklumat di Malaysia dijangka meningkat sebanyak lapan peratus dan mencecah RM71.7 bilion pada 2017 berbanding tahun lepas, menurut Gartner Inc.

Dalam kenyataan hari ini, Gartner berkata unjuran pertumbuhan itu sejajar dengan jangkaan peningkatan perbelanjaan teknologi maklumat di seluruh dunia, yang mencecah US$3.5 trilion (US$1=RM4.44) pada 2017, meningkat sebanyak 1.4 peratus berbanding 2016.

Syarikat penasihat dan penyelidikan teknologi maklumat itu berkata perbelanjaan ke atas peranti seperti komputer peribadi, tablet, ultramobile dan telefon mudah alih dijangka naik sebanyak 1.7 peratus kepada US$645 bilion pada tahun ini.

Ia juga berkata pertumbuhan bagi perbelanjaan telefon mudah alih pada tahun ini akan dipacu oleh peningkatan purata harga jualan bagi telefon di pasaran Asia Pasifik dan China yang sedang pesat membangun.

Bagaimanapun, Naib Presiden Penyelidikan John-David Lovelock berkata pengukuhan dolar AS mengurangkan US$67 bilion darip…

AWAS, KEJARA sedarkan pemandu jalan raya - Liow

KUALA LUMPUR: Keberkesanan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) akan dimaklumkan dalam masa sebulan selepas pelaksanaannya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemantauan awal mendapati kebanyakan pemandu sudah mematuhi had laju dan peraturan jalan raya sejak ia dikuat kuasa 15 April lepas.

"Saya rasa cukup senang hati apabila kita memperkenalkan AWAS dan KEJARA kerana ia memberi kesedaran kepada pemandu.

"Lain kali kerajaan tidak perlu penguatkuasaan lagi. Kita tidak mahu menghukum. Sistem ini memberi impak kepada pemandu. Saya akan beri statistik dalam sebulan," katanya semasa sidang media selepas Majlis Dialog TN50 di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) di sini pada Isnin.

Mana-mana pesalah yang melanggar un­dang-undang lalu lintas kali pertama akan dipotong mata deme­rit serta diberi amaran, manakala kesalahan kedua akan disaman, dan sekiranya masih lagi mela­kukan …

Anda Murung? Minta bantuan dan sokongan

Penyakit kemurungan boleh dipulihkan melalui rawatan efektif serta bantuan anggota keluarga dan rakan, kata Pengarah Hospital Taiping Dr Kamaruddin Alias.

Beliau berkata anggota keluarga, rakan dan masyarakat perlulah memahami mengenai kemurungan sebelum membantu mereka yang mengalami penyakit itu, yang boleh menyebabkan penghidapnya cenderung membunuh diri dan mencederakan orang lain.

"Sebanyak 60 kes bunuh diri dilaporkan setiap bulan di seluruh negara, tidak termasuk kes percubaan membunuh diri serta kes yang tidak didaftarkan atau tidak disahkan sebagai bunuh diri.

"Ia menyumbang sebanyak 4.4 peratus daripada beban penyakit global itu," katanya ketika berucap pada perasmian Pameran Hari Kesihatan Sedunia & Bulan Kesedaran Autisme di Hospital Taiping di sini, pada Isnin.

Mengenai autisme, Dr Kamaruddin berkata penyediaan intervensi dan pendidikan awal sempurna untuk kanak-kanak autisme mampu mengembangkan potensi mereka sepenuhnya di samping mengurangkan bebanan…

FAM mungkin guna khidmat pengadil luar untuk perlawanan penting - TMJ

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin akan menggunakan khidmat pengadil luar negara untuk perlawanan besar dan penting, kata Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah, ini berikutan badan induk bola sepak negara itu telah menerima beberapa laporan mengatakan pengadil menjalankan tugas dengan teruk untuk beberapa perlawanan sebelum ini.

"Saya telah mengarahkan pihak Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) untuk melihat semula perjanjian yang kami ada dengan Japan FA di mana untuk perlawanan-perlawanan besar dan penting kita akan menggunakan khidmat pengadil luar negara.

"Ia bagi mengelakkan daripada mana-mana pihak untuk menuding jari. Jika ada yang mengatakan JDT menang kerana saya adalah Presiden FAM, saya telah memenangi tujuh piala buat JDT dan menentang sistem sebelum menjadi Presiden FAM sebelum ini," katanya dalam entri terkini di laman Facebook, Football Association of Malaysia (official) pada Khamis.

Beberapa i…

Datuk Seri, anak direman berhubung skandal tanah Yayasan Bumiputra

GEORGE TOWN: Seorang Datuk Seri yang juga penasihat syarikat pemaju hartanah bersama anaknya yang bergelar Datuk ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penjualan tanah yang melibatkan Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 74 tahun dan anak lelakinya yang berusia 47 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid di Mahkamah Majistret Georgetown hari ini.

Kedua-dua suspek yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang di sini kira-kira jam 10.50 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Datuk Seri itu ditangkap di pejabat SPRM Pulau Pinang manakala anaknya yang merupakan pengarah urusan syarikat itu ditangkap di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Kedua-dua tangkapan dibuat kira-kira jam 7 petang Selasa selepas mereka hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes.

Tangkapan itu susulan penahanan seorang pemegang amanah yayasa…

Program Pembangunan Bola Sepak Negara kekal sebagai polisi kerajaan

KUALA LUMPUR: Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) akan diteruskan walaupun individu lain akan menerajui Kementerian Belia dan Sukan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata program yang menyambut ulang tahun ketiga penubuhannya hari ini, telah mendapat kelulusan daripada jemaah menteri sebelum ia dilaksanakan.

"Ini program nasional yang dilancarkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan ketika pelancaran beliau ada menyebut ini adalah program nasional.

Bila ia menjadi satu dasar dan program nasional, sesiapa saja yang menduduki kerusi menteri belia dan sukan, dia wajib meneruskan program ini," katanya kepada pemberita dalam temu bual khas sempena tiga tahun penubuhan PPBN.

PPBN dilancarkan pada 10 April 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersekali dengan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang yang merupakan satu usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak negara di samping menjadi sebuah kuasa yang dise…

AWAS mula dikuatkuasakan 15 April ini - Liow

SEPANG: Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) akan mula dikuatkuasakan 15 April ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tempoh percubaan akan dilaksanakan selama dua minggu bermula 1 April.
"Dalam tempoh percubaan ini, tiada mata dimerit akan dikenakan tetapi pemandu yang melakukan kesalahan akan diberi amaran.

"Sistem dimerit (KEJARA) ini akan berkuatkuasa 15 April yang diintegrasikan bersama sistem AES," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Badan Bukan Kerajaan Global Berkaitan Keselamatan Jalan Raya di sini hari ini.

Tambahnya, usaha menambah kesedaran tentang keselamatan jalan raya akan diperluas ke peringkat pra sekolah.

"Silibus subjek keselamatan jalan raya di peringkat prasekolah sedang didrafkan," tambahnya.

Mat Sentol bapa teknik kesan khas penerbitan filem Melayu

KUALA LUMPUR: Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya, mengakui dirinya bukan sahaja seorang pelakon komedi dan pengarah filem 1950-an hingga 1970-an, malah perintis atau Bapa Teknik Kesan Khas filem Melayu.

Mat Sentol, 91, yang berkecimpung lebih 40 tahun dalam dunia perfileman memiliki pengalaman luas dalam penghasilan teknik kesan khas menerusi filem arahannya, berkata beliau bersedia untuk berkongsi kebolehannya itu dengan pembuat filem pada masa kini.

Antara filemnya yang memperlihatkan teknik kesan khas adalah Mat Bond, Mat Tiga Suku dan Mat Magic, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mengenai pengalamannya dalam dunia perfileman pada Program Kajian Insan 'Khazanah Seni Negara' di Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas), di sini pada Selasa.

Mat Sentol berkata tidak ramai yang mengetahui kebolehannya itu dan beliau sanggup berkongsi ilmu mengenai kebolehan tersebut dengan mereka yang berminat.
Pada majlis yang dianjurkan oleh Gabungan Indust…

FAM sasar Harimau Malaya ke Piala Dunia 2026

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletakkan sasaran 2026 untuk pasukan kebangsaan layak ke Piala Dunia. Biarpun menyedari ia sukar dicapai, tetapi beliau optimis ia tidak mustahil jika semua pihak memberikan komitmen dan kerjasama.

Kadar jenayah di Labuan antara paling rendah di negara ini - Polis

LABUAN: Walaupun Labuan ialah pusat kewangan antarabangsa, kadar jenayah di pulau bebas cukai ini adalah antara yang paling rendah di negara ini.

"Sebenarnya, jenayah harta benda serius dan jenayah berkaitan pecah rumah mencatatkan penurunan ketara dan oleh itu, kita akan meningkatkan usaha untuk menangani jenayah berkaitan dadah," kata beliau.

Keadaan keselamatan di Labuan terus terkawal, kata Ketua Polis Labuan, Superitenden Adzhar Othman.

Beliau memberi jaminan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang kerana polis sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi mengawal keselamatan.

"Semuanya dalam keadaan baik, tidak perlu bimbang," kata beliau kepada pemberita selepas menerima kek Hari Polis daripada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa.

Beliau berkata program mendekati masyarakat yang dilancarkan oleh polis akan diteruskan kerana ia banyak membantu menangani gejala sosial dan kegiatan jenayah. - BERNAMA

Recommendations by outbrain