Skip to main content

PKR makin lemah bila putus hubungan dengan Pas


KUALA LUMPUR: Kedudukan PKR semakin lemah dan berkemungkinan besar hilang pengaruhnya terutama di Selangor selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa, ia disebabkan berikutan keputusan Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan parti itu seperti dipersetujui sebulat suara dalam Muktamar Tahunan Pas ke-63 yang berlangsung di Kedah.

"Ketiadaan hubungan dan kerjasama politik membabitkan Pas dan PKR sekali gus menyukarkan parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk mengekalkan kedudukannya pada PRU akan datang.

"Apa yang pasti, saya meramalkan PKR akan bungkus terutama di Selangor dan kita bakal menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di negeri berkenaan," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

Syed Ali menjelaskan, terputusanya tahaluf siyasi dengan PKR juga memberi gambaran jelas kepada umum bahawa Pas telah kembali kepada semangat asal perjuangannya untuk tidak bersekongkol dengan mana-mana parti yang menjalin kerjasama dengan DAP.

"Saya nampak Pas seperti sudah kembali kepada semangat asal mereka, tetapi apa juga kemungkinan boleh berlaku," katanya.

Bagaimanapun beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, Pas sepatutnya sudah lama memutuskan hubungan dengan regu DAP.

"Sudah lama Pas jadi keldai politik DAP, sepatutnya mereka sudah lama sedar untuk tidak terus bersekongkol dengan parti itu," tegasnya.

Berikutan perkembangan tersebut, beliau percaya Selangor akan jatuh kepada UMNO di samping rakyat semakin mual dengan kerenah politik Datuk Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar.

Beliau juga membayangkan keyakinan UMNO untuk merampas semula tiga kerusi Parlimen di Wilayah Pesrekutuan yang kini dikuasai PKR, iaitu Lembah Pantai, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju.

"Berdasarkan penerimaan rakyat menunjukkan PKR sudah hilang sokongan di ketiga-tiga kawasan berkenaan.

"Perjuangan politik PKR bukan untuk kepentingan rakyat sebaliknya hanya mahu memuaskan nafsu politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan di Sungai Buloh atas pertuduhan meliwat.

"Perjuangan PKR bukan untuk rakyat, apatah lagi untuk kepentingan orang Melayu dan umat Islam, tetapi hanya untuk memuskan nafsu politik, Anwar," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali mengingatkan UMNO supaya tidak leka dengan kemelut politik yang sedang berlaku dalam blok pembangkang.

Walaupun blok pembangkang sedang bercelaru dan ditimpa masalah kayakinan, UMNO harus mendepani kepentingan rakyat bagi memastikan kemenangan lebih cemerlang pada PRU akan datang.

"UMNO perlu lebih agresif mematikan hujah pihak lawan yang sekarang ini sedang memperhebatkan serangan fitnah dan adu domba terhadap UMNO," katanya.

Mengenai laporan semakin ramai yang keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), beliau berkata perkembangan tersebut menunjukkan parti serpihan UMNO itu tidak mendapat sokongan rakyat.

"Walaupun PPBM ditunjangi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin, ia tidak bermakna rakyat boleh begitu mudah untuk bersama mereka.

"Apa yang berlaku seperti dilaporkan media bahawa semakin ramai keluar BPPBM sedikit sebanyak memeberi kekuatan kepada UMNO," tegasnya.

Mengenai kemungkinan berlaku kerjasama politik UMNO dan Pas menjelang PRU ke-14 tidak lama lagi, Syed Ali berkata apa juga boleh berlaku kerana dalam politik semuanya tidak mustahil.

"Hari ini kita kawan, esok kita bermusuh, hari ini kita bermusuh, esok kita berbaik semula, itulah asam garam politik.

"Bagaimanapun, UMNO tetap konsisten dan bertambah yakin bahawa hala tuju perjuangan parti tidak pernah menyimpang daripada agenda rakyat.

"Bagi UMNO, rakyat adalah segala-galanya dan kerana itulah tradisi membela nasib rakyat tetap menjadi keutamaan perjuangan UMNO," jelasnya.

Popular posts from this blog

Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Buli Di Sekolah

Masalah membuli di sekolah patut ditangani dengan segera supaya tidak menjadi barah yang akan merosakkan pelajar dan sistem persekolahan. Isu gejala buli ini bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar-pelajar malah ibu bapa juga menerima kesannya. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam menangani gejala buli di kalangan pelajar sekolah.

lbu bapa perlu memainkan peranan utama dalam memberi pendidikan awal kepada anak-anak sama ada dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik. Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap masa. Malah, pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja. Di samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar dilakukan kepada anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi

Peranan media massa juga amat penting dalam membendung masalah buli di kalang…

Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri

Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira. Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga kesihatan diri dipraktikkan dengan sebaik mungkin.

Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri, kita dapat melakukan berbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa. Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat. Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.

Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik, kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema, demam, sakit perut dan lain-lain lagi.

Di samping itu, orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi seb…

Resepi Sup Ketam Nipah Buat Penawar Demam Denggi

Bahan-bahan:
Ketam nipah (dibersihkan)1/2 inci halia (dikisar/diketuk)2 ulas bawang putih (dikisar)2 ulas bawang merah (dikisar)1/2 bawang besar (dihiris)Sedikit lada putih (dikisar-tak letak pun tak mengapa)Sedikit daun sup dan daun bawang (dihiris)Sedikit bawang gorengSedikit minyak untuk menumisAir secukupnya untuk kuahGaram dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan semua bahan kisar sehingga garing.Kemudian masukkan air biarkan memdidih seketika.Masukkan pula ketam yang sudah dibersihkan.Kemudian tambahkan air lagi sehingga ketam-ketam tu tenggelam. (kuah boleh diperlebihkan untuk dihirup).Kemudian masukkan garam dan sedikit serbuk perasa dan biarkan mendidih dan biarkan kulit ketam bertukar warna menjadi kemerahan sehingga masak menyeluruh. Bila dah masak boleh la padamkan api.Semasa dihidang, taburkan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
Selamat mencuba !

Resepi Lain

Recommendations by outbrain