Skip to main content

Nauraj Singh diberi penghormatan baca ikrar atlet Sukan SEA

KUALA LUMPUR: Jaguh lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa dipilih sebagai pembaca ikrar atlet pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017). Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pemilihan atlet berusia 25 tahun itu berdasarkan rekod pencapaian sepanjang penglibatan Nauraj dalam sukan berkenaan. "Nauraj dilihat sebagai atlet yang menyerlah dalam program Kita Juara, dia melayakkan diri ke Program Podium. Nauraj adalah contoh atlet yang bermula dari bawah dan boleh jadi atlet bertaraf dunia. "Jadi saya bagi penghormatan kepada Nauraj Singh," katanya kepada pemberita pada program Larian Obor KL2017 di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 di sini hari ini. Selain itu, Khairy berkata Nauraj dipilih sebagai pembaca ikrar atlet kerana ketinggian yang dimilikinya iaitu 1.93 meter yang boleh menjadi tumpuan ketika ikrar dibacakan pada upacara pembukaan rasmi KL2017 pada 19 Ogos ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil. "Saya pilih Nauraj kerana dia tinggi, sebab orang yang tinggi bila baca ikrar orang akan beri tumpuan. Ikrar akan dibaca dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Inggeris dia (Nauraj) pun baik. Jadi tidak akan tersasul," kata Khairy. Nauraj merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar dan 2015 di Singapura. Atlet kelahiran Johor itu juga melakukan lompatan 2.29m di Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura sekali gus melebur rekod kebangsaan milik Lee Hup Wei yang dicatat pada 2008. Nauraj ialah satu-satunya atlet olahraga yang layak secara merit ke Sukan Olimpik Rio 2016 dan mendapat tempat ke-18 dalam acara lompat tinggi pada penampilan pertama di temasya itu. Mengenai dua acara yang bermula hari ini melibatkan skuad bola sepak dan bola jaring negara, Khairy berharap pemain akan mempamerkan aksi terbaik untuk mencipta kejayaan sulung dalam acara masing-masing dan mengucap selamat maju jaya kepada mereka. "Saya sempat berbual dengan skuad bola jaring dan juga Kim Swee (Datuk Ong Kim Swee, Ketua Jurulatih Bola Sepak negara) semalam. Kita harapkan dengan permulaan yang baik hari ini, kontinjen negara akan terus bersemangat mengharungi cabaran sepanjang temasya ini," katanya. Kira-kira 1,000 peserta termasuk 200 murid sekolah menyertai larian obor hari ini yang bermula di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2. Ia turut disertai anak Khairy, Jibriel Ali serta lagenda bola sepak negara seperti Datuk Santokh Singh, Datuk K. Rajagobal, Khalid Ali, Razip Ismail dan Zainal Abidin Hassan serta jaguh berbasikal negara Datuk Ng Joo Ngan. -- BERNAMA

Popular posts from this blog

Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Buli Di Sekolah

Masalah membuli di sekolah patut ditangani dengan segera supaya tidak menjadi barah yang akan merosakkan pelajar dan sistem persekolahan. Isu gejala buli ini bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar-pelajar malah ibu bapa juga menerima kesannya. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam menangani gejala buli di kalangan pelajar sekolah.

lbu bapa perlu memainkan peranan utama dalam memberi pendidikan awal kepada anak-anak sama ada dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik. Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap masa. Malah, pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja. Di samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar dilakukan kepada anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi

Peranan media massa juga amat penting dalam membendung masalah buli di kalang…

Resepi Sup Ketam Nipah Buat Penawar Demam Denggi

Bahan-bahan:
Ketam nipah (dibersihkan)1/2 inci halia (dikisar/diketuk)2 ulas bawang putih (dikisar)2 ulas bawang merah (dikisar)1/2 bawang besar (dihiris)Sedikit lada putih (dikisar-tak letak pun tak mengapa)Sedikit daun sup dan daun bawang (dihiris)Sedikit bawang gorengSedikit minyak untuk menumisAir secukupnya untuk kuahGaram dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan semua bahan kisar sehingga garing.Kemudian masukkan air biarkan memdidih seketika.Masukkan pula ketam yang sudah dibersihkan.Kemudian tambahkan air lagi sehingga ketam-ketam tu tenggelam. (kuah boleh diperlebihkan untuk dihirup).Kemudian masukkan garam dan sedikit serbuk perasa dan biarkan mendidih dan biarkan kulit ketam bertukar warna menjadi kemerahan sehingga masak menyeluruh. Bila dah masak boleh la padamkan api.Semasa dihidang, taburkan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
Selamat mencuba !

Resepi Lain

Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri

Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira. Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga kesihatan diri dipraktikkan dengan sebaik mungkin.

Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri, kita dapat melakukan berbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa. Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat. Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.

Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik, kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema, demam, sakit perut dan lain-lain lagi.

Di samping itu, orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi seb…

Recommendations by outbrain