Skip to main content

Wanita histeria ketika menonton 'Annabelle Creation'

GEMPAR kisah di sebuah panggung wayang di Kuala Terengganu apabila seorang wanita tiba-tiba meracau ketika sedang menonton filem seram, Annabelle Creation malam tadi. Malah, wanita itu juga menjerit-jerit kesakitan. Kejadian yang disedari oleh orang awam itu memaksa pihak pawagam menghentikan tayangan filem itu dan meminta bantuan perubatan. Filem prekuel Annabelle Creation itu telah memulakan tayangan perdana seluruh Malaysia pada malam tadi dan mendapat reaksi positif daripada penggemar filem seram.
Filem Annabelle Creation mengisahkan pasangan suami isteri yang telah kehilangan seorang anak perempuan, Bee, yang maut akibat kemalangan. Oleh kerana terlalu obses dengan anak tunggal mereka, perjanjian dengan syaitan telah dibuat untuk membolehkan pasangan itu melihat kehadiran anaknya di rumah. Dalam perkembangan sama, kisah histeria di pawagam Kuala Terengganu itu bukan seperti yang ditularkan sejak malam tadi. Hakikatnya, wanita itu hanya mengalami kekejangan otot kerana suhu penghawa dingin yang terlalu sejuk di dalam pawagam. "Saya tahu situasi sebenar yang berlaku sebab saya duduk di barisan hadapan dia. Kaki dia cramp sebab sejuk air condition, bukan kena rasuk," tulis seorang saksi, Sis Biela di Facebooknya.
Sumber: FB Metafora Anafora

Popular posts from this blog

Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Buli Di Sekolah

Masalah membuli di sekolah patut ditangani dengan segera supaya tidak menjadi barah yang akan merosakkan pelajar dan sistem persekolahan. Isu gejala buli ini bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar-pelajar malah ibu bapa juga menerima kesannya. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam menangani gejala buli di kalangan pelajar sekolah.

lbu bapa perlu memainkan peranan utama dalam memberi pendidikan awal kepada anak-anak sama ada dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik. Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap masa. Malah, pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja. Di samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar dilakukan kepada anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi

Peranan media massa juga amat penting dalam membendung masalah buli di kalang…

Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri

Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira. Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga kesihatan diri dipraktikkan dengan sebaik mungkin.

Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri, kita dapat melakukan berbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa. Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat. Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.

Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik, kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema, demam, sakit perut dan lain-lain lagi.

Di samping itu, orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi seb…

Resepi Sup Ketam Nipah Buat Penawar Demam Denggi

Bahan-bahan:
Ketam nipah (dibersihkan)1/2 inci halia (dikisar/diketuk)2 ulas bawang putih (dikisar)2 ulas bawang merah (dikisar)1/2 bawang besar (dihiris)Sedikit lada putih (dikisar-tak letak pun tak mengapa)Sedikit daun sup dan daun bawang (dihiris)Sedikit bawang gorengSedikit minyak untuk menumisAir secukupnya untuk kuahGaram dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan semua bahan kisar sehingga garing.Kemudian masukkan air biarkan memdidih seketika.Masukkan pula ketam yang sudah dibersihkan.Kemudian tambahkan air lagi sehingga ketam-ketam tu tenggelam. (kuah boleh diperlebihkan untuk dihirup).Kemudian masukkan garam dan sedikit serbuk perasa dan biarkan mendidih dan biarkan kulit ketam bertukar warna menjadi kemerahan sehingga masak menyeluruh. Bila dah masak boleh la padamkan api.Semasa dihidang, taburkan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
Selamat mencuba !

Resepi Lain

Recommendations by outbrain