Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

Pernah ke rumah urut di Jakarta? Awas! identiti anda mungkin akan didedah

JAKARTA: SEORANG ahli politik kanan Indonesia mahu maklumat pelanggan sebuah pusat hiburan di hotel ternama yang dilaporkan menjalankan aktiviti terlarang termasuk pelacuran di ibu kota Jakarta, didedah dan dikongsikan kepada umum.

CNN Indonesia melaporkan, Naib Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia Taufik Kurniawan telah mendesak Hotel Alexis untuk mendedahkan data pelanggannya yang pernah berkunjung ke premis berkenaan setelah banyak mendapat aduan berkenaan aktiviti tidak bermoral itu.

Menurutnya, masyarakat perlu tahu siapakah individu yang pernah berkunjung ke pusat hiburan itu, sebagai satu pengajaran kepada semua.

Beliau berpendapat langkah itu juga penting bagi mengenal pasti siapa sebenarnya yang bersikap ‘munafik’ dengan keputusan pihak berkuasa Jakarta untuk menghentikan lesen operasi Hotel Alexis.

Tidak cukup sekadar itu, Taufik juga meminta Alexis mendedahkan semua rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) berkenaan identiti pelanggannya.

Keizinan bagi Alexis untuk beropera…

Recommendations by outbrain